Monday, June 6, 2011

Bila nak kahwin?

Assalamualaikum w.b.t,
Sempena cuti sekolah ni banyak terima undangan perkahwinan? WA juga tak kurang banyaknya jemputan yang diterima. Almaklumlah, umur dah lepas waktu mengundi ni memang ramai lah yang dah sampai 'seru', ye tak? Tanggal 4 Jun 2011 baru-baru ni, sepupu perempuan WA yang paling rapat telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah, WA tumpang gembira. Upacara akad nikah di Johor ni agak berbeza pada pandangan WA kerana terdapat upacara membaca lafaz taqlid (kalau tak silap istilahnya) bermula daripada suami kepada isteri, isteri kepada suami, bapa kepada pengantin perempuan serta ibu kepada pengantin perempuan. Kalau di negeri lain ada juga, cuma ia hanya dilafazkan di hadapan tok imam sahaja (bak kata mak WA lah). Terharu jugalah WA semasa mendengar lafaz tersebut, tapi tak sampai menitiskan air mata. Tetap 'maintain'...hehe.

Disebabkan kami sebaya, maka sedikit sebanyak WA terima juga tempiasnya. Antara soalan cepu cemas yang paling susah untuk WA jawab ialah, "Kamu bila lagi nak langsungnya?" Erk...dan WA hanya mampu tersenyum di situ ya...Terus terang WA katakan untuk menjawab soalan itu, WA tiada jawapannya. Biarlah masa yang menentukan dan WA hanya berserah kepada-Nya. 

Dengan ini, kepada:
Noma Syafieqa dan pasangannya (4 Jun 2011)
Farina Samad dan pasangannya (4 Jun 2011)
Nor Hasana dan pasangannya (5 Jun 2011)


WA ucapkan

Selamat Pengantin Baru
"Semoga kalian berbahagia hingga ke anak cucu"

2 comments:

uncle gedek said...

jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama... dia di ambil orang....

OK, tu lagu orang tua...!

haha!

Wardah alisya said...

Telaga Putih: OK, nanti alisya LIKE.

gedek!: lagu orang tua pun best!hehe