Salam. Coretan kali ini adalah cebisan kenangan sepanjang aku terlibat dengan Persatuan Bahasa Arab di UPSI…
Program pertama: Program Mari Mengajar - P2M (Maahad Abbasiah, Sungkai) 2009
Buat pertama kalinya aku berada di hadapan kelas sebagai seorang guru. Mereka banyak mengajar aku erti kesabaran dan baru aku tahu bahawa betapa sukarnya tugas seorang insan bernama guru.
Program kedua: Muktamar sanawi (2009)
Program ketiga: Iftar Jamaie
Program pertama yang dikendalikan oleh exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan-mantan PBA pada masa itu atas tunjuk ajar dan galakan dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Program keempat: Hari keluarga (2010)
Aktiviti pada hari tersebut telah mengeratkan lagi hubungan antara ahli jawatankuasa serta ahli-ahli PBA.
Program kelima: Ijtima’ PBA (2010)
Terima kasih kepada Fhazrul, kak Sakinah, Aini dan Hong atas komitmen yang kalian berikan sepanjang kita bekerja bersama-sama. Walaupun telah bekerja keras untuk program delegasi ke UKM, mungkin bukan rezeki kita serta kekangan masa membuatkan kita tidak berkesempatan untuk ke sana…
Program keenam: Kempen Kenali Bahasa Arab (KKBA), 2010
Banyak program yang disediakan semasa KKBA ini. Antaranya ialah kelas bahasa arab, pertandingan khat, kuiz, ceramah dsb.
Program ketujuh: Program Mari Mengajar – P2M (Maahad Taufiqiah Diniah, Behrang) 2010
P2M sesi pertama bagi tahun 2010. Alhamdulillah, walaupun banyak halangan untuk menjayakan program ini, namun kami berjaya juga melaksanakannya. Banyak pengalaman manis dengan pelajar. Mereka bagaikan sebuah keluarga yang besar, saling tolong-menolong dan membantu antara satu sama lain.
P2M sesi 2 di MTD. Kali ini lebih berstruktur dan berjadual. Buat adik-adik yang mengambil peperiksaan PMR, semoga kejayaan menjadi milik kalian. Program ini merupakan program terakhir sebelum pertukaran saf kepimpinan baru.
Muktamar Sanawi (2010)
Pada 7Ogos 2010, secara rasminya aku meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada saf kepimpinan yang baru.
9 Oktober 2010: Watikah perlantikan dan Jamuan Hari Raya PBA
Terima kasih kepada PBA kerana sudi menjemput kami ke majlis watikah perlantikan dan jamuan hari raya. Sempat juga mendengar kata-kata daripada ustaz Azman, penasihat persatuan. Kepada Mustaqim dan Hazwan Farih, terima kasih buat kalian atas komitmen sepanjang menjayakan program. Semoga kalian terus sukses dan tetap bersama PBA.
Begitulah serba sedikit kenangan aku bersama PBA. Sepanjang berpersatuan ni, banyak pengalaman yang telah aku dapati dan aku harap ia boleh menjadi bekalan bagiku untuk mengaplikasikannya di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment