Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Pengantin Baru

To my beloved sis...
Selamat Pengantin Baru




What more can I say. Alhamdulillah, tiba jua hari bahagia itu. You looks gorgeous on that day...To abg Nuar, please, please and please take good care of my sis. Semoga kalian bahagia hingga ke anak cucu.

.Happy.

Saturday, November 6, 2010

Explorace

Kali ini kami menyertai pertandingan explorace yang dianjurkan oleh kump nurul dan fadh..
Kumpulan kami hanya bertiga (walaupun pada asalnya 4 orang)
Oleh sebab kawan aku yang sorang lagi tu sakit, maka tinggallah
[Aku, Aa dan Dayah]
Ada 5 checkpoint semuanya.
Disebabkan explorace ni, aku berjaya tawaf satu kampus ulang-alik dah macam terbang untuk mengejar checkpoint.
Ada checkpoint main bahasa isyarat, susun barang kitar semula ikut warna tong, buat tangan daripada kertas, jawab cross-word puzzle dan lastly buat origami.
Terketar-ketar jugaklah tangan buat origami yang last tu.
Apa-apa pun, aku enjoy sangat join explorace ni, sebab hilang sekejap segala masalah dalam kepala nie…
Anyway, kami adalah kumpulan kedua yang berjaya habiskan explorace ni…
Hehe.

IMG_0014

Perbentangan mini projek

Setelah beberapa lama tidak berkesempatan untuk menulis, aku ingin menyambung kembali beberapa ‘event’ yang tidak sempat aku kongsikan di sini…

Hari ke-3 minggu alam sekitar…
Perbentangan mini projek Animal Physiology

IMG_0265

IMG_0283

IMG_0272

Pada sebelah padi, diadakan perbentangan secara Power Point presentation manakala pada sebelah petangnya pula ialah perbentangan poster. Sebelah malamnya, diadakan tayangan filem The Day After Tomorrow.

poster the day after tomorrow Walaupun sehari suntuk di kampus, tayangan pada sebelah malamnya menghilangkan segala kepenatan pada waktu siang kerana mendapat sambutan daripada kawan-kawan yang memberi sokongan. Tidak lupa juga kepada pensyarah yang bersama-sama menonton tayangan ini…

Wednesday, October 20, 2010

Pameran BioToolKit

Hari pertama minggu alam sekitar.
IMG_0227 Model blood circulatory system

IMG_0239
The pathway of gaseous exchange in leaf during respiration

IMG_0238
Proses of meiosis – kromosom dililit menggunakan benang

IMG_0242 
Model respiratory system

IMG_0245
Types of blood vessel

IMG_0249

IMG_0254
Kreatif – guna dawai kokot (ubat stapler) untuk plotkan graf bagi menstrual cycle

Secara keseluruhannya, semua kumpulan berjaya menghasilkan BioToolKit yang kreatif  dan menarik untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar kelak. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar dan komen yang membina sebagai bekalan buat kami kelak.

Sunday, October 10, 2010

PBA di hati

Salam. Coretan kali ini adalah cebisan kenangan sepanjang aku terlibat dengan Persatuan Bahasa Arab di UPSI…

Program pertama: Program Mari Mengajar - P2M (Maahad Abbasiah, Sungkai) 2009

IMG_2008 Buat pertama kalinya aku berada di hadapan kelas sebagai seorang guru. Mereka banyak mengajar aku erti kesabaran dan baru aku tahu bahawa betapa sukarnya tugas seorang insan bernama guru.

Program kedua: Muktamar sanawi (2009)

DSCN0113 Diberi taklifan sebagai Exco Perhubungan Awam PBA bagi sesi 2009/10 secara rasmi.

Program ketiga: Iftar Jamaie
Program pertama yang dikendalikan oleh exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan-mantan PBA pada masa itu atas tunjuk ajar dan galakan dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Program keempat: Hari keluarga (2010)

S6305906 Aktiviti pada hari tersebut telah mengeratkan lagi hubungan antara ahli jawatankuasa serta ahli-ahli PBA.

Program kelima: Ijtima’ PBA (2010)

Fhazrul aini kak sakinah hong Terima kasih kepada Fhazrul, kak Sakinah, Aini dan Hong atas komitmen yang kalian berikan sepanjang kita bekerja bersama-sama. Walaupun telah bekerja keras untuk program delegasi ke UKM, mungkin bukan rezeki kita serta kekangan masa membuatkan kita tidak berkesempatan untuk ke sana…

Program keenam: Kempen Kenali Bahasa Arab (KKBA), 2010

IMG_0257 Banyak program yang disediakan semasa KKBA ini. Antaranya ialah kelas bahasa arab, pertandingan khat, kuiz, ceramah dsb.

Program ketujuh: Program Mari Mengajar – P2M (Maahad Taufiqiah Diniah, Behrang) 2010

S6306850 P2M sesi pertama bagi tahun 2010. Alhamdulillah, walaupun banyak halangan untuk menjayakan program ini, namun kami berjaya juga melaksanakannya. Banyak pengalaman manis dengan pelajar. Mereka bagaikan sebuah keluarga yang besar, saling tolong-menolong dan membantu antara satu sama lain.

IMG_0114P2M sesi 2 di MTD. Kali ini lebih berstruktur dan berjadual. Buat adik-adik yang mengambil peperiksaan PMR, semoga kejayaan menjadi milik kalian. Program ini merupakan program terakhir sebelum pertukaran saf kepimpinan baru.

Muktamar Sanawi (2010)

IMG_0162 Pada 7Ogos 2010, secara rasminya aku meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada saf kepimpinan yang baru.

9 Oktober 2010: Watikah perlantikan dan Jamuan Hari Raya PBA

IMG_0200 Terima kasih kepada PBA kerana sudi menjemput kami ke majlis watikah perlantikan dan jamuan hari raya. Sempat juga mendengar kata-kata daripada ustaz Azman, penasihat persatuan. Kepada Mustaqim dan Hazwan Farih, terima kasih buat kalian atas komitmen sepanjang menjayakan program. Semoga kalian terus sukses dan tetap bersama PBA.

Begitulah serba sedikit kenangan aku bersama PBA. Sepanjang berpersatuan ni, banyak pengalaman yang telah aku dapati dan aku harap ia boleh menjadi bekalan bagiku untuk mengaplikasikannya di masa hadapan.

Wednesday, August 11, 2010

Dimandikan gajah

...ini juga adalah pengalaman yang tak akan dilupakan selagi aku masih bernafas di dunia ini...

Lepas ke Deerland, kami ke Kuala Gandah pula...
Sampai di sana, kami mendaftar masuk dan terdapar dua warna sticker diberikan.
Merah: Melawat sahaja
Kuning: Menunggang dan memandikan gajah





Selesai acara menunggang gajah, tibalah masa untuk memandikannya atau kami yang dimandikan?






Begitulah acara memandikan gajah tersebut...
tapi, sebenarnya siapa yang mandikan siapa nie??
hmmm...

Saturday, August 7, 2010

Sehari yang tidak mungkin dilupakan

Salam. Field trip sem ni, kami ke Deerland, Pahang. Seronok sangat. Terima kasih kepada jawatankuasa yang mencadangkan tempat ni. This is one of my precious memory...memang tak akan dilupakan pengalaman semasa dikelilingi oleh rusa masa bagi makan, monyet lompat atas kepala, pegang ular, beruang...tgk kucing hutan..burung puyuh (baru kenal kot), kancil dan byk lagi la. InsyaAllah, kalau ada umur lagi, nak ajak famili pergi sana atau mungkin bawak pelajar pulak ke sana. Gambar kenangan...




pembetulan: Ini adalah rusa Javan Rusa
Yang ni namanya Muda. Bulunya tidak selembut 'teddy bear' kat kedai ye.

Sunday, May 9, 2010

Ibu, kau ratu hatiku

Salam,
Baru balik dari Program Mari Mengajar...Kebetulan pula hari ibu jatuh pada hari ini. Bonda di Singapura. Huhu. Nak ikut sebenarnya. Tapi, xpe la...(ayat pasrah). Insyaallah, boleh pergi lainkali. Kan?

Kepada bonda tercinta: Che Faridah bt Che Lah

I love you!
Selamat Hari Ibu...Rindu mak...
Terima kasih atas segalanya...
Hanya Tuhan yang mampu membalas segala jasamu...




Saya sayang emak saya :)

Thursday, March 11, 2010

Teluk Senangin

Salam. 
Sudah hampir dua minggu tidak meng'update' kan blog ini. Dek kerana kekangan masa yang amat sangat. Ok, nak flash back sikit masa pergi Teluk Senangin 2 minggu lpas. Secara keseluruhannya, Teluk Senangin tu cantik tempatnya. Seronok sangat kat sana, cuma dapat pengalaman baru iaitu minum, makan dan mandi air paya. Serius rasa macam air karat. Kitorang bercuti kat sana 3 hari dua malam. Siap la dengan barbeku, mandi laut segala. Tapi, tugasan tetap perlu dilakukan. Maka pada hari kedua kami di sana, satu hari berjemur kat tengah panas kat pesisir pantai tu. Akibatnya, kitorang semua balik dah jadi dayang senandung. Sunburn.

Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua kengkawan untuk memori terindah itu. Walaupun masing-masing kepenatan, namun wajah keceriaan dan rasa puas masih terukir di wajah kalian semua. Sikap saling membantu, kerjasama dan komitmen  yang diberikan dapat dilihat semasa field trip tersebut.
Kepada Aa, Dayah, Fareha dan Nad: THANK YOU GUYS. Sayang korang..







Thursday, February 18, 2010

Gunung Lang

Alhamdulillah, tercipta lagi sebuah kenangan manis selama dua hari satu malam di Ipoh, Perak. Field trip kali kedua ini bertempat di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Perjalanan ke Ipoh mengambil masa selama dua jam dari tg malim. Sampai je Gunung Lang, masing-masing dengan riak muka teruja dengan pemandangan yang sangat cantik. Untuk ke camp site, kami dikehendaki menaiki bot kerana kawasan rekreasi tersebut dikelilingi oleh tasik serta gunung batu kapur. Setibanya di camp site, seperti biasa iaitu aktiviti memasang khemah dan settle down barang masing-masing. Kali ni, kitorang dapat khemah yang special sedikit sebab boleh memuatkan sehingga 8 orang satu khemah. Juga terdapat satu ruang untuk beristirehat dan sembahyang. :)

Kumpulan kami mendapat tugasan tentang kepelbagaian serangga dan burung. Selepas taklimat daripada pensyarah, kami meneruskan aktiviti memasang jaring burung dan menangkap serangga. Untuk menangkap serangga, dua cara digunakan iaitu "pit-fall trap" dan menggunakan sweeper. Petang itu, saya dan asz berkejar-kejaran dengan pepatung di tengah padang yang panas. Last-last pepatung juga yang menang. Hasil tangkapan pada petang itu hanyalah kupu-kupu kecil, belalang, cengkerik dan pianggang.

Pada sebelah petangnya, hujan turun mencurah-curah ke bumi mengingatkan saya dengan field trip di Sungkai. Hujan turun dengan sangat lebat. Namun itu tidak mematahkan semangat Fadh, Aida, Mas, Dayah dan yang lain-lain untuk bersama-sama menyiang ayam untuk barbeku pada sebelah malamnya. Dalam hujan lebat kitorang buat kerja. Memang pengalaman yang tak akan dilupakan. Habis semua basah lencun. Sejuk usah cerita. Alhamdulillah, menjelang Isyak, hujan berhenti dan aktiviti diteruskan dengan persembahan daripada setiap kumpulan. Persembahan kumpulan Asyraf mendapat tempat pertama pada malam itu. Cerita tentang keluarga siamang. Best. Persembahan kumpulan lain juga tak kurang hebatnya. Kemudian aktiviti diteruskan dengan membakar ayam untuk barbeku. Jam 1 pagi, melelapkan mata.

Pagi Ahad, selepas bersarapan kami hanya memeriksa perangkap serangga dan melihat jaring. Tiada tangkapan bagi burung mungkin disebabkan oleh hujan lebat pada petang semalam. Untuk serangga pula, kami meneruskan pencarian sehingga jam 11. Teruja sangat bila dapat tangkap rama-rama dan pepatung. Alahai, macam budak kecil pula rasa. Tepat jam 11 kami berkumpul dan mengemas kembali tapak perkhemahan dan selepas makan tengahari, kami bertolak pulang ke tg malim.






p/s: Gambar terakhir ini daripada asz. Suka gambar ni :)

Kepada kumpulan satu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ijat, Kak Ecah, Asz, Izzati, Sue, Ct, Aini dan Fizah atas kerjasama daripada korang semua. Jumpa lagi.