Saturday, August 27, 2011

生日快乐.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


生日快乐
Shēngrì kuàilè


Hari ini merupakan hari lahir bonda tercinta. Kira entri ini Alisya tujukan khas buat dia la. Selamat hari lahir buat emak. Tiada orang lain dapat ganti tempat emak di dunia mahupun di akhirat kelak...Terima kasih kerana membesarkan Alisya dari kecil sampai sekarang..Segala budi emak hanya Allah yang mampu membalasnya...

Hari ini juga insya Allah kami akan pulang ke kampung. Perjalanan yang makan masa hampir 12 jam jika direct terus dari JB ni. Kampung emak di Kelantan. Dia seorang sahaja memandu sebab tak konfiden anaknya yang sorang ni boleh  bawa kereta dia atau tidak. Takpelah. Jadi co-pilot pun penat jugak. Tak boleh tidur. Kalau larat, sampailah kami di Kelantan hari ini. Kalau tidak, mungkin akan transit dulu di Kuantan. Teringin juga nak berbuka ramai-ramai di padang MPK. Nampak macam seronok je?

No comments: