Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Lain kali kita pergi ye dik...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


credit
Birthday dia dua hari lepas...17 haribulan...disebabkan masa kejadian tak sempat nak bawak dia celebrate birthday, maka kakak dengan abangnya nak tebus balik lah celebrate birthday dia. Kakak dengan abang ni pun plan nak bawak dia pergi fun-fair. Dah siap-siap semua, kita bertiga pun pergi lah ke tempat yang ada fun-fair tu. Tiba-tiba si abang cakap, "aik, mana pulak fun-fair nih?" Kakak pulak cakap, "kat sini ke tempatnya. Nape kosong je?" Adik di belakang diam je. Dalam hati, takkan dah habis kut. Macam baru je nampak minggu lepas. Dua tiga kali pusing, last-last balik rumah balik. Fun-fair tu memang dah takda. Alahai...kesian adik...takde rezeki nak pergi main fun-fair...

Lain kali kita pergi ye kalau ada lagi...
Happy birthday dik!

Saturday, August 27, 2011

生日快乐.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


生日快乐
Shēngrì kuàilè


Hari ini merupakan hari lahir bonda tercinta. Kira entri ini Alisya tujukan khas buat dia la. Selamat hari lahir buat emak. Tiada orang lain dapat ganti tempat emak di dunia mahupun di akhirat kelak...Terima kasih kerana membesarkan Alisya dari kecil sampai sekarang..Segala budi emak hanya Allah yang mampu membalasnya...

Hari ini juga insya Allah kami akan pulang ke kampung. Perjalanan yang makan masa hampir 12 jam jika direct terus dari JB ni. Kampung emak di Kelantan. Dia seorang sahaja memandu sebab tak konfiden anaknya yang sorang ni boleh  bawa kereta dia atau tidak. Takpelah. Jadi co-pilot pun penat jugak. Tak boleh tidur. Kalau larat, sampailah kami di Kelantan hari ini. Kalau tidak, mungkin akan transit dulu di Kuantan. Teringin juga nak berbuka ramai-ramai di padang MPK. Nampak macam seronok je?

Saturday, July 30, 2011

Selamat pendek umur

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Hari ini 30 Julai 2011 bersamaan dengan tarikh aku dilahirkan ke dunia ini. Alhamdulillah..hadiah hari lahir tahun ini merupakan yang paling bermakna bagi ku. Baru dua hari lepas aku secara rasminya telah menamatkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan secara rasminya telah menjadi Alumni Ibu Kandung Suluh Budiman. Itu juga merupakan hadiah buat ayahanda dan bonda yang telah banyak berkorban untuk membesarkan anak mereka yang seorang ini. 

Dah besar panjang ni, aku takdelah sambut hari lahir dengan tiup kek. Tapi untuk makan tengahari tadi, kitorang makan di Ichiban Ramen. Selalunya begitulah cara keluarga aku meraikan hari lahir. Terima kasih mak..terima kasih ayah..

Coffee jelly blended with ebi fried bento
Sesekali makan makanan jepun apa salahnya kan? Aku juga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pensyarah, cikgu, kawan-kawan, student dan semua yang wish birthday aku hari ini. Terharu weh. Walaupun sekadar tulis HB, hepi burfday, selamat hari lahir dan sebagainya, cukup untuk buat aku tersenyum sepanjang hari ini. Antara wish yang menarik untuk dikongsikan bersama

ada yang panggil cikgu
ada yang panggil cik agha
daripada cikgu kimia...terima kasih cikgu!
makin bertambah umur, makin tua dah aku...
sanah helwah maksudnya happy birthday :)
ohhh..soalan yang ini aku tak dapat nak jawab..
Ohh...seorang blogger yang juga merupakan 'kembar' aku yang lahir pada hari ini juga iaitu Alya Esprezzo. Happy birthday! 

Friday, November 12, 2010

Eh, birthday kita sama la

Selepas 22 tahun hidup, aku baru jumpa orang yang sama birthday dengan aku..[30 Julai 1988]..sama dengan tahun-tahun sekali. Hahaha [lol]. Mungkin orang lain akan cakap ek eleh, budak ni..tu pun nak kecoh ke..tapi biar r! Suka hati aku r nak suka kan. hehehehehe...

So, setelah meng'google'kan diri, aku jumpa beberapa fakta menarik tentang birthday aku ni..Just for fun :)


  • Your lucky days are Saturday (Conceivement date, Your parents decided to not to have an abortion, You were born) and Sunday (Your first cell is built, Your mother suspects she is pregnant, Your heart beat for the first time).





  • You are exactly 22 years 15 weeks 5 days 5 hours 2 minutes 22 seconds old (pada masa aku google tersebut).





  • You will receive your next birthday gift in 37 weeks 18 hours 57 minutes 38 seconds later.





  • If your hair were never cut since 30.July.1988, it would be 3.248 m. today.





  • If your nails were never cut since 30.July.1988, they would be 8.059 cm. today.





  • An apple tree seeded on 30.July.1988, bore 1,979.298 kg. apple till today.





  • Kepada yang menyambut harinya pada hari ini, selamat hari lahir...semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu...