Thursday, December 31, 2009

Menjelang tahun baru

Pejam celik pejam celik tahun 2009 sudah hampir melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar, usia juga semakin meningkat. Beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru iaitu tahun 2010. Sepanjang tahun 2009 ini, banyak cubaan dan dugaan yang berlaku. Mane taknya, dua sem sudah berlalu iaitu sem 4 dan sem 5. Kepada kawan-kawan yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan lepas tu, aku ucapkan tahniah kepada kamu semua. Aku tumpang gembira dengan pencapaian yang cemerlang itu. Semoga sem 6 ni lebih cemerlang hendaknya. Semester 6 sudah hampir seminggu kulalui. Melihatkan subjek yang diambil dan tugasan yang perlu diselesaikan pada semester ini, sedikit sebanyak aku berasa sedikit 'goyang' apatah lagi semester ini subjek-subjeknya agak 'berat'. Untuk subjek Ekologi sahaja sudah ada 3 kerja lapangan yang perlu dilakukan. Aku harap tiada perkara buruk yang berlaku sepanjang kerja lapangan tersebut dan semoga kami satu kumpulan dapat bekerjasama dengan baik. Kawan-kawan semua, doakanlah ye... Bercakap tentang azam, hm...tak semua azamku tercapai untuk tahun 2009 ni. Walaubagaimana pun terdapat satu azam yang berjaya aku capai. Nak tahu apa dia? Biarlah rahsia... Akhir sekali, disebalik kesedihan itu pasti ada kegembiraan sesudahnya...disebalik kepayahan itu pasti ada kesenangan sesudahnya dan disebalik kesempitan itu tentu sekali adanya kelapangan. Terpulang kepada pemikiran masing-masing. Dan aku harap semester 6 ini akan meninggalkan memori paling manis sepanjang pembelajaranku di UPSI ini. Insyaallah...

Sunday, December 27, 2009

Santau vs Avatar

Dua hari berturut-turut tengok wayang! Tak pernah lagi aku buat sebelum ni. But I just did.

Santau--> Tak expect pun nak tengok so mind set aku takdelah set ke mode takut or seram. Neutral je. Masa tengok pun boleh cool lagi. Tak macam mase tengok Histeria dulu. Cuak. Tapi Santau, macam tak caya je aku boleh rilek. Cerita dia, O-K la...Maka disebabkan cerita tu, adik aku tak dapat tidur dua hari berturut-turut. And he is a guy! Pengajaran daripada cerita ni: Kawan masih boleh makan kawan walaupun kawan baik sendiri.

Avatar--> Pada mulanya aku tak berminat langsung nak tengok cerita tu. Orang Arab kata apa, takda 'zuk' nak tengok. Disebebkan tiket pun dah dibeli, maka dengan paksa relanya aku tengok la jugak. Tapi bila dah duduk tengok, ai macam best la pulak. Rasa nak jadi saintis jer. Berbaloi r tengok. Seronok je rasa. Apa yang aku dapat daripada cerita ni...semua makhluk ciptaan Allah mempunyai fungsinya yang tersendiri yang kadang-kadang kita tak sedar. Terdapat hikmah disebalik segala penciptaanNya. Hanya manusia yang kurang mahu bersyukur...

Wednesday, December 23, 2009

steam+boat=steamboat?

Apakah? Seperti yang kita tahu steam ialah wap air manakala boat pula ialah sejenis pengangkutan air. Tetapi jika dua perkataan ini dicantumkan maka jadilah ia perkataan steamboat. Lain pula maksudnya. Steamboat ialah sejenis makanan berupa makanan laut atau seafood mentah yang direbus di dalam periuk yang mempunyai lubang ditengah-tengahnya. Seafood ini direbus seberapa lama mengikut citarasa orang itu sendiri. Ada yang suka mentah, separuh masak, dan masak sepenuhnya. Makanan yang direbus tidak terhad kepada seafood sahaja malah boleh dipelbagaikan kepada sayur-sayuran, tauhu, soohon dan sebagainya. Selain itu, steamboat ini boleh juga dimakan bersama menu sampingan yang lain seperti ketam masak cili dan lain-lain. Kuah steamboat pula boleh dipilih mengikut citarasa samada mahukan sup ayam ataupun tomyam. Kepada yang sukakan makanan laut, steamboat mungkin merupakan makanan yang paling enak untuk dimakan tetapi kepada yang kurang menggemarinya, steamboat boleh jadi satu 'nightmare' kepada orang tersebut. Kenapa? Terdapat sesetengah orang yang alah kepada makanan laut. Jadi, berhati-hati ya. Kenapa aku cerita pasal steamboat? Sebab semalam ayah belanja kami makan steamboat =) P/S: Hm...bagi aku yang tidak biasa makan steamboat, agak kurang enak rasanya bila ia menuruni anak tekak aku ni. Jangan marah ha...