Showing posts with label cerita cikgu praktikal. Show all posts
Showing posts with label cerita cikgu praktikal. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Peta dunia ‘in making’


Salam dan ucapan selamat buat semua. Dah makan? Kali ni nak cerita pasal lukisan dinding pulak aka mural. Bila jadi guru praktikal ni, buat mural tu dah jadi macam trend, kan? Dan tugas yang telah diberikan kepada kami ialah peta dunia untuk dipenuhkan di dinding blok. Whoa…mula-mula dapat tugas, rasa macam ada batu hempap atas kepala. Perkara pertama dalam kepala, siapa pandai lukis? Apa-apapun, kami sahut cabaran tu. Mesti boleh punyalah. Mesti ada cara…

Maka bermula dengan lukis grid sampailah kepada nak guna LCD projector. Negara apa yang berjaya lukis? Australia sahaja. Nak tergelak pun ada. Masing-masing tak berani nak gerak. Maklumlah, dinding tu BESAR. Tapi, kami telah ‘diselamatkan’ oleh seorang cikgu praktikal yang baru masuk ke sekolah tu. Senang je dia lukis. Tak payah ada grid. Tangan sebelah pegang pensel, sebelah lagi pegang peta. Memang mantap. Disebabkan itu, peta tersebut dapat disiapkan dalam masa dua hari sahaja. Waa….memang tabik spring toing! toing! toing! dekat cikgu tu.

Dan selepas 2 bulan kurang lebih, peta tersebut semakin lengkap. Cuma yang masalahnya sekarang ialah laut yang tersangatlah LUAS itu…

IMG_0061

IMG_0192

Dua gambar je? Cukuplah tu… Peta lom siap lagi maa…dah siap nanti WA tunjukkan keseluruhan peta yang dah siap tu.
p/s: Hard work pays! Smile

Sunday, May 8, 2011

Farhana oh farhana

Hai semua..wah, memang dah lama betul WA tak update blog. Untuk bulan 4, WA tak sempat langsung nak buat entry. Tapi takpe, blog tetap di hati..hehe. Pejam celik pejam celik tinggal 2 minggu saja lagi WA akan berada di sekolah di atas bukit tu..banyak sangat pengalaman yang WA dapat. Daripada seorang guru pelatih yang tak tahu apa-apa sekarang dah lebih yakin berada di hadapan kelas. Sekarang dah lebih rapat dengan pelajar.
Bercakap pasal rapat ni, disebabkan nama WA hampir sama dengan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Jinbara, Farhana, ada je pelajar yang akan nyanyikan lagu tu bila WA lalu kelas diorang. Kelakar pun ada, malu pun ada. Part yang paling diorang suka yang chorus tu lah,
“Farhana oh farhana….” Lepastu lagu tu jadi lirik-cipta-sendiri. Gelak je diorang.
Macam-macam…
p/s: WA hanya mampu tersenyum dengan gelagat mereka…

Sunday, March 13, 2011

Keseronokan menjadi cikgu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua.
Apa khabar? Ha..buat apa tu? Blogwalking ke...Apa-apa pun WA harap korang semua gembira lah macam WA sekarang ni. Sebab WA tengah cuti..dapatlah menyapu sawang-sawang yang dah macam kek lapis kat blog WA ni..WA nak ucapkan terima kasih kepada yang singgah blog WA..maaf sebab tak dapat balas kunjungan kalian. Maklumlah, WA takda broadband. Dah balik rumah ni, baru ada internet. WA akan singgah blog korang kay.

Pejam celik pejam celik, dah sebulan pun WA menjadi sebahagian daripada warga sekolah yang kat atas bukit tu..Alhamdulillah, seronok je WA kat sana. Lagi best bila dapat cuti seminggu sekali dengan budak-budak. Hehe. 

Baru-baru ni, dunia digemparkan dengan kejadian tsunami yang melanda Jepun. Masya-Allah, betapa besarnya kuasa Tuhan. Semalam nak balik Johor pun, berdebar-berdebar je sebab lalu ikut tepi pantai. WA tak nak ulas lebih panjang berkaitan dengan tsunami yang melanda. Tetapi, kita yang dianugerahi akal fikiran ni, gunakanlah sebaik-baiknya untuk muhasabah kembali perbuatan-perbuatan kita masa lalu. Mungkin itu adalah peringatan kepada kita semua. Bayangkan tsunami tu melanda Malaysia. Nauzubillah. Rasanya tenggelam terus negara kita ni.

OK lah WA tak nak cakap banyak. Selamat berhujung minggu!

Thursday, February 10, 2011

Cabaran guru pelatih

Salam 1 Malaysia, 1 blogger.


8 hari tak update blog! Rindu giler WA...tapi apa boleh buat, WA dah start praktikum di sebuah sekolah di atas bukit. Ni pun curi-curi update sebab dah habis waktu sekolah. Nasib baik lah, kat sekolah ni ada wireless. Sudah 4 hari WA melaporkan diri sebagai guru pelatih. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah tapi segalanya selesai. Setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. 4 hari di sekolah melayan kerenah pelajar. Baru sekarang aku merasa betapa mencabarnya menjadi seorang guru. Waktu untuk aku mengajar semuanya ada 13 waktu. 9 waktu bagi subjek major dan 4 waktu minor. Tapi yang minor tu agak tersasar sedikitlah daripada opsyen aku. Nak tahu apa? PJ...Pendidikan Jasmani...Tapi okaylah, seronok jugak. Pagi-pagi dah berpeluh.

Suara aku dah semakin mantap. Daripada ayu-ayu gitu tiba-tiba dah jadi macam rockers. Tips daripada cikgu-cikgu lama, masuk kelas jangan senyum. Garang-garang sikit. Tapi tips yang aku praktikkan tu tak menjadi untuk kelas yang tersangat hiperaktif. Nasib aku lah dapat kelas macam tu. Daripada nak marah boleh tergelak aku dibuatnya. Well, minggu pertama kat sini, aku dah masuk kelas dan mengajar. Semput jugak la. Memang terlalu banyak benda yang perlu aku belajar lagi, yang perlu aku mantapkan lagi terutamanya pengawalan kelas. Agaknya muka aku ni tak cukup garang tak budak-budak tu tak dengar cakap aku. Mana taknya, disuruh keluarkan buku, macam-macam alasan yang diberi. Tu belum lagi mengacau kawan-kawan, yang buat tak tahu...Alahai..sabar je lah. Nak marah sangat pun, budak-budak lagi. Nak di rotan karang, tak pasal-pasal aku masuk paper. Haha, popular sekejap. Apa-apapun, aku memang tabik spring lah pada cikgu-cikgu cemerlang dan yang ada aura tersendiri tu. Lalu jer budak dah senyap. Bukan apa, jadi cikgu zaman sekarang ni, bukan setakat mengajar sahaja. Banyak lagi woo...hanya cikgu saja yang tahu betapa banyaknya kerja cikgu-cikgu sekarang. Tak gitu??