Showing posts with label hlovate. Show all posts
Showing posts with label hlovate. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sudah agak lama tidak menghantar apa-apa di blog buruk ni. Berhabuk bersawang berdebu dah kan...
Mungkin faktor usia kot... hahaha.. ada kaitan ke? Sempena menyambut bulan yang dinanti-nantikan bulan Ramadhan yang mulia ni, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia..

Kepada teman-teman yang mengenali aku, mohon maaf andai terkasar bahasa tersalah kata.
Maafkanlah aku ye.
Semoga dalam bulan yang mulia ni dapat kita sama-sama perbaiki diri agar menjadi yang lebih baik..insyaallah..ok dah. tu je.

*tiapkali datang Ramadhan, aku akan teringat cerita Chad dalam Contengan Jalanan - Hlovate
memang terkesan sangat kat diri aku.. "the eleventh hour"
**tiapkali Ramadhan jugak akan mengingatkan aku kepada masa lalu yang pernah berlaku dalam hidup aku

Sunday, July 17, 2011

Contengan Jalanan | Hlovate

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alisya baru sahaja menghabiskan novel Hlovate - Contengan Jalanan yang merupakan koleksi ke-lapan novel Hlovate yang Alisya ada. Alhamdulillah, Hlovate sekali lagi tidak menghampakan Alisya yang sememangnya peminat kipas-susah-mati (baca die-hard-fans) beliau. Mula-mula jumpa buku ni tak sangka novel Hlovate sebab font untuk initial Hlovate ditukar. Dan apa yang mengejutkan Alisya, buku ni unik!


Kalau tengok cover buku ni dicetak terbalik kerana terdapat dua kisah di dalamnya. Pertama - Fend dan kedua - K2 (disebut K-square). Dan kedua-dua cerita ini mengisahkan tentang pengalaman perjalanan cari Tuhan. Kata-kata yang Alisya tak boleh lupa ialah
"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"
Source
 Speechless.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (al-fatihah, 6)