Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, August 20, 2012

Kemeriahan syawal di rai bersama

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Alhamdulillah...kita telah meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan dengan menyambut 1 Syawal semalam. Tapi, jangan dilupa, 'musuh' utama kita telah pun lepas bebas.
Bagaimana sambutan raya korang? Meriah? ataupun sebaliknya...

Salam aidilfitri daripada kami...

Walau bagaimana sekalipun sambutan raya anda, diharapkan semuanya berada dalam lindungan Allah...
Juga sempena dengan Syawal yang mulia, ambil peluang untuk ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
Juga bermaaf-maafan sesama kita. Di sini, Wardah juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat antara tulisan di blog ini yang mengguriskan hati pembaca-pembaca semua...

Makanlah dengan berpada-pada,
Jangan main mercun.
Dan besederhanalah...
Salam lebaran.

Sunday, November 6, 2011

Weekend husband and father

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Bagaimana sambutan Aidiladha anda pada tahun ini? Kat sini (maksudnya JB), sambutan Aidiladha tak berapa meriah macam kat kampung (di Kelantan). Suasana raya tu tak rasa. Adeh, kalau kat kampung ni, confirm-confirm meriah.

Walaupun macam tu, tahun ni sambutan Aidiladha tu istimewa sikitlah..sebab tarikh hari ini bersamaan dengan anniversary perkahwinan kedua orang tua aku. Alhamdulillah. Tak sambut pun, tapi tengah hari tadi, mak aku masak special sikitlah. Faham-fahamlah sebab apa... Pulak makcik dari KL datang bertandang..kena muliakan tetamu, ye tak?

Bercerita pasal weekend husband and father ni, ada sape-sape yang satu kapal dengan aku? Maksudnya, suami atau ayahnya hanya ada di rumah hujung minggu lah... Sebab kerja jauh... Dalam kes aku, weekend father la.. sebagai seorang anak, aku dapat lihat pengorbanan yang begitu besar dilakukan oleh kedua orang tuaku. Ayah yang kalau boleh akan cuba untuk balik tiap-tiap minggu (kl-jb-kl). Mak yang begitu gigih menjaga kami seorang diri tanpa suami di sisi. Hanya dapat berjumpa hujung minggu.

Alangkan yang baru berkapel pun kalau boleh tiap-tiap hari nak jumpa, nikan pulak yang dah kahwin, ye tak? Tapi, tu lah pengorbanan mereka... Aku memang tabik spring toing toing toing lah dengan mak dan ayah. 

Sungguh besar pengorbananmu, hanya Tuhan dapat membalasnya... 

Terima kasih emak, terima kasih ayah...

Tuesday, September 6, 2011

Keseronokan beraya di kampung

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Dah dekat dua tahun tak balik kampung, sekali dapat balik seronoknya...Adik beradik sebelah mak ramai, lapan orang semua sekali. Kebetulan semua adik beradik emak dapat balik, memang seronoklah. Tambah pulak dengan sepupu dan anak sedara, meriah... Penuh rumah. 


Walaupun atuk dan nenek dah tak ada, tapi berkat hubungan adik beradik yang erat, semua dapat berkumpul sama-sama. Seronok tengok semua pakat-pakat buat kerja sorang sikit. Gotong-royong buat persiapan raya. Yang paling penting sekali ialah jentera memasak di dapur. Sekali masak buat lima hidangan oo..Nasib baik ramai tukang masak kat rumah tu. So far, hidangan di pagi raya berbeza sikit lah kalau nak dibandingkan dengan di johor. Kat sini, makanan yang wajib ada ialah ketupat daun palas. No rendang or lontong. Simple je kat sini. Dapat jugaklah belajar macam mana nak bungkus ketupat tu. 


Hm..lagi ada satay dan kuah kacang. Yang ni pun best jugak. Kalau kat johor tu jarang nak jumpa sate kecuali yang buat open house. Makan memang puas hati sebab tak letak lemak. 100% daging. Sedap.


Oh..kat sini kuat mercun oo..bukan budak-budak je yang main, bapak budak pun join sekali. Macam mana boleh dapat mercun tu pun tak tahula... Berdentam-dentum bunyi dari rumah ke rumah. Sabar je lah...

Kesimpulan: Raya kat kampung lagi seronok dari raya di bandar. 

Bisik-bisik: First time minum air tuak. Rasa macam masam-masam kelat.

Monday, August 29, 2011

Persiapan terakhir sebelum raya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masing-masing sibuk ye..dah nak raya katakan..dalam kesibukan tu, biasanya apa yang korang buat ya? Macam alisya, biasanya akan sibuk menerima tempahan menggosok baju. Adeh...lemah semangat eden. Selalu lah tu tiap-tiap tahun. Buat nasi impit..susun kuih raya dalam balang, sediakan duit raya...tapi alisya takdelah. Belum kerja wo..so, tak dapat nak bagi duti raya. Rumah memang dah siap bersihkan hujung minggu sebelum raya tu. 

So, taklah penat sangat malam raya kan. Last sekali, tidur awal sebab paginya nak bangun tolong mak masak hidangan untuk pagi raya dan nak siap-siap pergi sembahyang raya. Wee... tapi yang ralat sikit tu, tak pergi terawih. Patutnya malam-malam akhir lagi semangat nak terawih, tapi lagi semangat buat persiapan raya jadinya. Kongsikan dengan Alisya aktiviti malam raya anda...Jangan lupa tinggalkan komen ya?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari Wardah Alisya

Tuesday, August 23, 2011

Blogwalking sebelum raya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Ehem-ehem, pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berpuasa. Mungkin ramai yang dah mula membuat persiapan raya. Namun, dalam keghairahan kita membuat persiapan raya, janganlah kita melupakan Ramadhan yang semakin meninggalkan kita. Mungkinkah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang? Wallahua'alam. 

Masuk mode segmen balik. Blogwalking sebelum raya? Ok, dalam segmen ini anda berpeluang untuk membuat ucapan sempena Aidilfitri. Buat semua pembaca sekalian, 
Wardah Alisya ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran, maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri kali ini akan membawa seribu erti kepada kita dan semoga segala amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang seterusnya. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung, memandulah dengan berhemah. Takkan lari kampung dikejar. Ingatlah orang yang tersayang -Pesanan ikhlas daripada Wardah Alisya-
Segmen tutup jam 3 petang hari ini. Boleh klik banner untuk join sekali. 

Tuesday, September 14, 2010

Riang ria aidilfitri

Salam. Diam tak diam, sudah 4 Syawal berlalu...namun kemeriahan aidilfitri masih terasa. Mana tidaknya, kita masih lagi diziarahi oleh sahabat handai, jiran tetangga dan sanak saudara yang datang bertandang ke rumah...Pada hari raya ke-3 baru-baru ini aku aku juga tidak ketinggalan untuk berhari raya ke rumah sahabat lama aku...Shamirah nama dia...sahabat yang kukenali sejak menengah rendah lagi...sama-sama berkongsi suka dan duka sepanjang bergelar budak sekolah.


Di pagi syawal

Sanak-saudara

Di rumah Shamirah
Namun dalam kita bergembira, masih terdapat  insan yang berduka tatkala Syawal menjelma. Kita telah digemparkan dengan berita kehilangan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya yang telah dibunuh dengan kejam oleh manusia yang tidak berhati perut. Takziah aku ucapkan buat keluarga mangsa dan semoga orang melakukan kejahatan itu mendapat hukumannya yang setimpal.

Friday, September 10, 2010

Salam lebaran

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Tuhan tabahkan hatiku agar luka ini mampu kurawat sendiri. Lara itu mampu kujahit sendiri. Berikanku pengertian seperti mengertinya insan-insan yang terdahulu. Mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi padaku juga adalah limpah kurnia-Mu. Mengambil juga adalah hak-Mu. Semoga aku kian berani menempuh hari-hari-Mu. Insya Allah. Amin...

Esok, 1 Syawal akan menjelma...meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah. Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada Tuhan kerana masih diberi kekuatan menempuh hari-hari yang telah meninggalkan seribu satu macam memori pahit manis suka dan duka. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin atas kekhilafan diri ini. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, insan lemah yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.


p/s: aku doakan dia bahagia di samping orang yang disayanginya dengan sepenuh hati

Friday, September 18, 2009

ucapan raya buat semua

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .Saya dengan ini secara rasminya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini : Sahabat handai yang jauh mahupun dekat, rakan taulan, ahli PBA, rakan sekelas (sekarang), pensyarah-pensyarah dan seterusnya bloggers sekalian. .Andainya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan, mengguris hati, ataupun ada yang terasa. .Andainya termakan / terminum / terguna / terambil dan sebagainya apa yang bukan milik cik agha. .Andainya buat muka tak tentu hala. .Andainya buat perangai ntah apa-apa. .Andainya termerapu tak kira tempat. .Andainya terkasar bahasa. .Ampunan dan kemaafan kupohon dan semoga kalian semua mendapat maghfirah dari-Nya jua. .Selamat Hari Raya Aidilfitri. .Maaf zahir dan batin. p/s: Jangan lupa bawak balik kuih raya ^^
More Graphics @ CPGrafix.net