Showing posts with label cinta itu love. Show all posts
Showing posts with label cinta itu love. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Awak

Awak...
Awak...
Awak...

tabiat yang lama dulu ditinggalkan
kembali
setiapkali sentiasa ingatkan diri
walau hati kembali terisi
kerna parut itu
takkan pernah hilang
walau luka itu sembuh

Awak...
Awak...
Awak...

setiapkali tika 
memohon pada yang Esa
tak aku lupa untuk titipkan 
agar digerakkan hati

'kita'

-saya, jb-


Wednesday, July 9, 2014

Rindu kali sejuta

Kau teringat 'kawan' lama kau
Kau peluk teddy dia bagi tiap-tiap malam
Kau nak text tapi takut tak dilayan
Kau nak call tapi takde kekuatan
Kau nak jumpa tapi malu
Kau sengaja buat helah konon-konon nak tanya khabar
Padahal kau nak bagitahu, "aku rindu kaulah bodoh"
Kau tak pasti sampai bila kau akan begini
Dah bertahun-tahu berlalu masih tak kebah, masih lemah, masih berharap
Cepatlah sampai utusan keramat
Agar kau lenyap dari ingatan
Agar aku tak rindu kau lagi

Wednesday, May 29, 2013

Keroncong untuk Ana

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Aku baru pertama kali dengar lagu ni semalam. Masa buat carian lagu Yuna dekat youtube. Skrol dan skrol jumpa lagu ni. Lagu yang aku dengar bukanlah lagu asal yang dinyanyikan oleh M. Nasir, tapi cover oleh Qi dan Yuna. Sedap pulak aku dengar walaupun aku baca komen-komen negatif yang mengatakan bahawa lagu itu dirosakkan. Sama seperti lagu Bulan Ditutup Awan kat entri sebelum ni. Entah ye, bagi aku best je lagu ni..

Walaupun tajuk dia keroncong, tapi aku rasa lagu ni lagu sedih. Mungkin sebab nama dia Ana so aku suka. Intro lagu ni best. Ha ha ha.

qi dan yuna
Source: Google image
Lirik lagunya...

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapatku berdiri
Di ambang pintumu

*Ke mana
Hilangnya keroncong 
Oh cinta yang kita
Nyanyikan bersama
Ataupun aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja...

Ana...ana...
ana...ana...

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untuk ku
Hingga ku termangu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku

Lagu ni macam menceritakan tentang cinta yang tak kesampaian. Sedih. Maknanya memang mendalam. Deep. Kalau sekali dengar macam Qi je yang nyanyi. Suara Yuna tenggelam. Halus je.
Apa pun orang kata, aku tetap suka lagu ni. Tekan replay je dari tadi.

#okbye

Saturday, May 11, 2013

Move on

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Perkataan "move on" lazimnya sinonim dengan seseorang yang baru putus cinta atau "break" atau "clash" atau apa-apa sahaja term yang boleh menerangkan tentang hubungan yang putus di tengah jalan. Tidak kisahlah atas sebab apa pun. Yang penting jika sebelumnya sehati sejiwa, ber"hubby" ber"baby" tapi setelah putus mungkin boleh jadi musuh seteru yang sangat-sangat dibenci. Kalau boleh sebut nama pun tak mahu.

Well, bagi yang sudah atau pernah melalui fasa "move on" ini, sudah semestinya ia suatu fasa yang perit di mana setiap hari-hari yang dilalui itu membuatkan engkau seolah-olah makan hati berulam jantung. Maksudnya berada dalam fasa kemurungan, sedih, rasa sunyi, dan sebagainya. Tapi tidaklah bagi yang lepas putus aje sudah ada pengganti. Mungkin tidak terasa sangat fasa move on tu.

Move on. Bergantung kepada diri engkau sendiri. Sejauh mana engkau kuat untuk menghadapi setiap hari itu tanpa ada lagi dia di sisi. Aku sendiri pernah berada dalam fasa ini. Jujur aku katakan aku sendiri ambil masa setahun untuk betul-betul move on selepas putus dahulu. (Sebab tu kita tak digalakkan untuk bercinta, couple sebelum kahwin. sebab ini lah) ok, aku tak nak ulas bab itu. Nama pun remaja kan...Dan kawan-kawan engkau akan nampak perubahan besar pada diri engkau. Aku sendiri, entah macam mana berat badan aku turun mendadak. Entah, diri sendiri tak sedar perubahan tu, sebab aku rasa aku makan macam biasa saja. Ha ha ha.

Fake smile. Pernah buat untuk bagitahu orang lain bahawa aku 'okey'. [credit]

Dalam move on ni, benda paling perit ialah menerima kenyataan bahawa segala rutin yang engkau dan dia selalu buat sudah tidak ada lagi. Jika masa dalam fasa bercinta itu, setiap pagi engkau akan wish good morning, sekarang setiap pagi handphone engkau jadi sepi. Tiada lagi tanya khabar, usik-mengusik, otp (on the phone), mesej bunga-bunga, keluar dating, semua tu terus lenyap. Dan pada masa itu engkau akan merasakan kejanggalan yang amat sangat. Dari situlah engkau akan mula teringat, terkenang dan mungkin menangis menyesali tindakan kau itu.

So, apa yang pernah aku buat ialah menerima hakikat bahawa dia tiada lagi di sisi. Menerima kenyataan yang dia bukan lagi milik kau. Menerima kenyataan yang engkau bukan lagi orang yang dia sayang (aku rasa, itulah paling susah sekali nak buat). Sekiranya engkau tidak dapat lakukan itu, engkau akan hidup dalam fasa penafian. Mulalah engkau stalk dia. Dan akhirnya engkau juga yang akan sedih. So, come on lah. Jangan buat macam tu ok. Ye, aku tahu susah...tapi usahalah.

Move on tu satu benda yang bagus. Yang akan buat engkau muhasabah balik segala tindakan engkau. Kalau sebelum ini engkau tinggalkan kawan-kawan demi kekasih, sekarang kawan adalah pendorong utama untuk kau move on. Keluarga juga. Dan yang paling penting, yang mengatur semua suratan takdir diri kau. Yang kat 'atas' sana tu. Bila move on, janganlah musnahkan diri sendiri ya. Ingat, mugkin bukan dia yang terbaik buat diri engkau, dan mungkin bukan engkau yang terbaik untuk dia. Kembali pada Tuhan. Insya Allah, kau akan berjaya move on dengan cemerlang.

entri lama: awal-awal move on dulu
sisi lain move on: moving on is not just for love (promote sikit)
sekian.

Sunday, November 6, 2011

Weekend husband and father

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Bagaimana sambutan Aidiladha anda pada tahun ini? Kat sini (maksudnya JB), sambutan Aidiladha tak berapa meriah macam kat kampung (di Kelantan). Suasana raya tu tak rasa. Adeh, kalau kat kampung ni, confirm-confirm meriah.

Walaupun macam tu, tahun ni sambutan Aidiladha tu istimewa sikitlah..sebab tarikh hari ini bersamaan dengan anniversary perkahwinan kedua orang tua aku. Alhamdulillah. Tak sambut pun, tapi tengah hari tadi, mak aku masak special sikitlah. Faham-fahamlah sebab apa... Pulak makcik dari KL datang bertandang..kena muliakan tetamu, ye tak?

Bercerita pasal weekend husband and father ni, ada sape-sape yang satu kapal dengan aku? Maksudnya, suami atau ayahnya hanya ada di rumah hujung minggu lah... Sebab kerja jauh... Dalam kes aku, weekend father la.. sebagai seorang anak, aku dapat lihat pengorbanan yang begitu besar dilakukan oleh kedua orang tuaku. Ayah yang kalau boleh akan cuba untuk balik tiap-tiap minggu (kl-jb-kl). Mak yang begitu gigih menjaga kami seorang diri tanpa suami di sisi. Hanya dapat berjumpa hujung minggu.

Alangkan yang baru berkapel pun kalau boleh tiap-tiap hari nak jumpa, nikan pulak yang dah kahwin, ye tak? Tapi, tu lah pengorbanan mereka... Aku memang tabik spring toing toing toing lah dengan mak dan ayah. 

Sungguh besar pengorbananmu, hanya Tuhan dapat membalasnya... 

Terima kasih emak, terima kasih ayah...

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #18 - Where are u?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Wednesday, September 7, 2011

Cinta sahaja cukupkah?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Aku suka baca artikel mengenai cinta. Lebih-lebih lagi di terfaktab. Walaupun cinta itu wataknya sama, lelaki dan perempuan, tapi aku masih tidak jemu untuk mencari rahsia disebalik cinta itu sendiri. Ia sesuatu yang misteri. 

credit: marjoee
Aku sendiri pernah jatuh cinta. Tapi aku tak dapat nak kelaskan cinta aku sebagai cinta apa. Cinta monyet? Cinta syok sendiri? Cintan-cintun? Entah...Aku tak punya banyak pengalaman bercinta. Tapi melalui pengalaman yang tak seberapa itulah aku ingin berkongsi pandangan aku mengenai cinta. 

Berdasarkan pengalaman aku, aku mendapati cinta sahaja tidak cukup untuk menjamin sesuatu perhubungan. Untuk menjayakan sebuah percintaan itu, ia memerlukan sokongan material dan sejauh mana kita commit dengan percintaan tersebut. Tetapi aku hanya ingin ulas mengenai sokongan material sahaja dulu.

Aku bukanlah materialistik, cuma aku cuba untuk bersikap realistik. Bagaimanakah keadaan anda saat pertama kali jatuh cinta? Tunggang terbalik hidup dibuatnya bukan? Buatlah apa saja, pasti si dia yang bermain di dalam kepala. Saat itu terasa seperti di awangan. Indahnya...

credit: ayujaded
Jadi, apakah perkara pertama yang akan dilakukan oleh sang teruna untuk memikat hati sang dara? Mula-mula mungkin miscall. Lepastu berbalas-balas mesej, itu belum lagi bergayut sampai dua tiga jam. Dan kemudian, muncullah istilah keluar dating.  Bila dah jumpa haruslah makan dan paling kurang tengok wayang bukan? Itu belum lagi surprise gift untuk memikat hati si dia. Hey, semua itu memerlukan wang bukan? Jadi cukup sahajakah modal cinta untuk menjamin kebahagiaan sesebuah perhubungan?

Sekiranya hubungan cinta itu ingin diteruskan hingga ke jinjang pelamin, mampukah anda hanya dengan bermodalkan cinta?

Bisik-bisik: Alangkah membazirnya jika cinta yang disemai itu putus di tengah jalan.