Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Welcome 2011

Salam and hello to all bloggers...
I have nothing much to say...

Lets this picture tells you
Source: Tumblr
And I hope that 

Source: Tumblr
Ameen.

Tuesday, December 21, 2010

Marah-marah sayang

Salam dan ucapan selamat buat semua pembaca-pembaca setia blog WA yang tidak seberapa ini…

Pernahkah anda dimarahi atau memarahi orang lain? Tentu pernah bukan? Namun apa yang WA ingin highlight kan ialah kepada yang dimarahi.

Kalau yang kerja di ofis tu mungkin pekerja kena marah dengan orang atasan, kalau di sekolah pula mungkin dengan pengetua ataupun guru penolong kanan, yang di rumah pula mungkin dimarahi oleh ibu atau ayah, pelajar dimarahi oleh cikgu di sekolah, ahli kumpulan dimarahi ketua kumpulan dan macam-macam lagi lah.

Gambar dari Bing images

Apa perasaan anda apabila dimarahi? Tentu bercampur-baur bukan? Lebih-lebih lagi apabila dimarahi bukan atas kesilapan yang kita lakukan. Orang kata, “Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga”. Sedikit-sedikit tu, terkena juga tempiasnya…

Apa yang anda semua lakukan apabila dimarahi?
- Buat muka seposen?
- Melawan kembali?
- Buat-buat tak dengar?
- Mengiakan sahaja?
- Membisu seribu bahasa?
- Tunduk dan merasakan lantai tersebut lebih cantik daripada orang yang dimarahi?
- Atau apa sahaja?

Walaupun begitu, apa yang dimarahi itu melekat juga di dalam hati…sedang yang dimarahi itu dalam hatinya menjawab juga…hanya lidah kelu untuk berkata-kata, diam seribu bahasa…Terasa lambat masa berjalan pada waktu itu mengalahkan kura-kura (maaf en Turtie)…

So, macam mana nak ‘cool’ kan perasaan selepas kena marah tu?

Bagi WA sendiri, menangis adalah terapi yang paling mujarab buat diri WA ni…tapi tu lah, setakat menangis sorang-sorang boleh lah…tak tunjuk depan adik sebilik (huh..mau jatuh air muka). Selain tu, ada yang lebih senang dengan berwudhuk, mendengar lagu, tidur, marah orang lain (kesian, tak pasal-pasal jadi mangsa) dan macam-macam lagi.

Kata orang tua-tua, marah tu tandanya sayang…betulkah??

Saturday, December 11, 2010

Kenangan waktu SPM

Salam dan ucapan selamat kepada semua..
Mula-mula sekali senyum dulu :)
Kenapa?
Sebab WA akan mengimbau kembali kenangan semasa SPM dahulu dalam segmen kenangan waktu SPM oleh Bangku Kosong


WA amek SPM tahun 2005. Masa tu duduk asrama...terperuk di bumi Mersing dua tahun. Masa tu main friendster je..facebook takda lagi..nak telefon famili pun guna public phone je...sebab tak mampu nak ada handset lagi. 

Ingat lagi masa tu, 24 jam mengadap buku..kecuali masa makan, solat, ke tandas, tidur...petang-petang pergi riadah pun still bawak note kecik-kecik lagi [takut punya pasal nak SPM]. Adik-adik junior semua dah balik kampung..sebab masa tu dah cuti sekolah. Tinggallah kami abang-abang dan kakak-kakak Tingkatan 5 sahaja bersama-sama dengan warden asrama.  

Perbualan atau borak-borak masa tu tidak lain tidak bukan hanyalah berkaitan akademik sahaja...fuhh..hebat sungguh penangan nak SPM. Hari first exam, breakfast kat dewan makan agak special berbanding hari-hari biasa. Siap dengan telur separuh masak lagi yang mana sebelum ni makcik dewan makan tak pernah jamu kami dengan telur separuh masak..Special sungguh layanan yang diterima masa tu..Lepastu, kami berkumpul dekat dataran dan ketua pelajar akan bacakan doakan yang di'amin'kan oleh kami dan guru-guru yang bertugas. Berdebar tak perlu cerita. Dup dap dup dap. Tapi bila dah dapat kertas, alhamdulillah semua ok..

Seperti biasa, habis je paper macam-macam riak muka dapat dilihat. Riuh jangan cerita. Hehehe.. Balik je hostel, terus pergi public phone telefon mak cerita paper hari tu macam mana. Dan begitulah hari-hari berikutnya...Bila fikir-fikir balik, dah lama rupanya WA tinggalkan zaman sekolah...[dah tua rupanya aku] - Baru sedar ye. Begitulah serba sedikit kenanganku semasa SPM...

p/s: Sangat rindu kepada warga INTEM @ SMSSI...

Saturday, December 4, 2010

Pengemas terhebat

Salam. Alhamdulillah, peperiksaan akhir untuk semester ini telah secara rasminya telah tamat pada 031210 semalam jam 1030 pagi. Keluar dewan peperiksaan senyum je [bukan sebab boleh jawab]. Dalam kepala dah start merancang segala bagai apa yang hendak dibuat. So, sampai je kampus terus pergi makan dulu..lapar kot..

Kemudian pusing-pusing jap cuci mata..Balik rumah kononnya semangat nak terus kemas tapi WA postpone dulu sebab barang-barang terlalu banyak maka WA hanya merehatkan diri dahulu sebelum memulakan proses mengemas. 

Selepas berkumandangnya azan maghrib, barulah mula mengemas apa yang patut. Makin kemas, makin menggunung pulak barang-barang WA..[hahahaha]. Entah apa barang je kan. Tapi yelah, mana nak diletak baldi-baldi, bakul sampah, buku-buku semua. Tu belum masuk pakaian lagi, kasut..[erk, banyaknya]. Entah muat ke tak kereta pakcik adnan tu. Hehe.

Akhirnya proses mengemas siap dalam pukul 10 lebih. Barang bertimbun tak tahu nak kata apa. Sampah juga. Bila cerita pasal final sem ni, biasalah kan akan masuk gear memory lane kan..Tapi tak nak cerita pasal tu dulu. Yang tu WA akan buat entry khas ok..


Banyakkan...tu belum masuk dua beg lagi kat dalam bilik. Ok lah..cukup dulu setakat ni..bilik WA sekarang memang dah kosong. Loker pun. Tinggal baju nak pakai utk 3 hari ni je sebelum balik kampung..hoyeh!

Friday, November 26, 2010

Peperiksaan akhir

Ya
Sebab selepas ini aku tidak akan mengambil exam 
di Universiti Pertemuan Suami Isteri ini lagi
Masih berbaki lagi dua kertas
Dua kertas yang sudah berlalu [no comment]


Pepatah arab ada mengatakan:
man jadda wa jada
(sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya)
Insya Allah.

Thursday, November 18, 2010

P.U.R.E

Pesanan PURE perfume dah sampai.
.Suke.


Yang paling aku suka ialah
Pure Mediterranean Perfumes Red Set
Wangi je

Kenapa aku suka perfume ni?

Bau dia kena dengan taste aku
Tahan satu hari, lebih kurang one drop perfumes
Design kotak dia cantik
Affordable: RM28 satu set
Yang penting aku puas hati guna pure ni..hehe..

Kalau berani, cubalah.
Maklumat lanjut boleh klik di sini.

Friday, November 12, 2010

Eh, birthday kita sama la

Selepas 22 tahun hidup, aku baru jumpa orang yang sama birthday dengan aku..[30 Julai 1988]..sama dengan tahun-tahun sekali. Hahaha [lol]. Mungkin orang lain akan cakap ek eleh, budak ni..tu pun nak kecoh ke..tapi biar r! Suka hati aku r nak suka kan. hehehehehe...

So, setelah meng'google'kan diri, aku jumpa beberapa fakta menarik tentang birthday aku ni..Just for fun :)


  • Your lucky days are Saturday (Conceivement date, Your parents decided to not to have an abortion, You were born) and Sunday (Your first cell is built, Your mother suspects she is pregnant, Your heart beat for the first time).





  • You are exactly 22 years 15 weeks 5 days 5 hours 2 minutes 22 seconds old (pada masa aku google tersebut).





  • You will receive your next birthday gift in 37 weeks 18 hours 57 minutes 38 seconds later.





  • If your hair were never cut since 30.July.1988, it would be 3.248 m. today.





  • If your nails were never cut since 30.July.1988, they would be 8.059 cm. today.





  • An apple tree seeded on 30.July.1988, bore 1,979.298 kg. apple till today.





  • Kepada yang menyambut harinya pada hari ini, selamat hari lahir...semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu...

    Tuesday, October 19, 2010

    What does it feels when...

    What does it feels when you can't 
    say what is deep inside your heart?

    What does it feels when you can't 
    tell others what you really wants?

    What does it feels when you can't
    cry when you are crying inside?

    What does it feels when you
    know that you might hurt others?

    The answer?

    It's HURT 
    deep inside your
    HEART

    Tuesday, September 14, 2010

    Riang ria aidilfitri

    Salam. Diam tak diam, sudah 4 Syawal berlalu...namun kemeriahan aidilfitri masih terasa. Mana tidaknya, kita masih lagi diziarahi oleh sahabat handai, jiran tetangga dan sanak saudara yang datang bertandang ke rumah...Pada hari raya ke-3 baru-baru ini aku aku juga tidak ketinggalan untuk berhari raya ke rumah sahabat lama aku...Shamirah nama dia...sahabat yang kukenali sejak menengah rendah lagi...sama-sama berkongsi suka dan duka sepanjang bergelar budak sekolah.
    

    Di pagi syawal

    Sanak-saudara

    Di rumah Shamirah
    Namun dalam kita bergembira, masih terdapat  insan yang berduka tatkala Syawal menjelma. Kita telah digemparkan dengan berita kehilangan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya yang telah dibunuh dengan kejam oleh manusia yang tidak berhati perut. Takziah aku ucapkan buat keluarga mangsa dan semoga orang melakukan kejahatan itu mendapat hukumannya yang setimpal.

    Thursday, May 20, 2010

    Hati manusia sukar diramal

    Salam
    Kembali bercakap soal hati...
    Hati manusia, memang sukar diramal. Kadang-kadang tidak terjangka pun.
    Semoga dianugerahkan kesabaran untuk berhadapan dengan hati-hati ini..
    Lalu aku teringat sepotong doa daripada surah Ali Imran, ayat 8:

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi

    “(Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)."


    Semoga hati ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya
    Ameen.

    Monday, May 17, 2010

    Hatiku...

    Sakit!


    It's hurt.
    Really, really hurt.
    Ouchh!

    Sunday, May 9, 2010

    Ibu, kau ratu hatiku

    Salam,
    Baru balik dari Program Mari Mengajar...Kebetulan pula hari ibu jatuh pada hari ini. Bonda di Singapura. Huhu. Nak ikut sebenarnya. Tapi, xpe la...(ayat pasrah). Insyaallah, boleh pergi lainkali. Kan?

    Kepada bonda tercinta: Che Faridah bt Che Lah

    I love you!
    Selamat Hari Ibu...Rindu mak...
    Terima kasih atas segalanya...
    Hanya Tuhan yang mampu membalas segala jasamu...




    Saya sayang emak saya :)

    Wednesday, April 21, 2010

    Dear you...kuat semangat sikit eh?


    Untuk diri sendiri:
    Ya...walau sebanyak mana kita belajar, ttp jika bukan kerana Allah, apalah gunanya...
    Ttp jika tidak belajar, lalu bagaimana ingin berjaya?
    Please, please, please...
    [Be strong!]

    Entah la...sem ni "sangat" kot...
    Sangat bermain-main
    Sangat malas
    Sangat tidak peduli
    Sangat tidak terurus
    Sangat banyak dugaan
    Sangat, sangat dan sangat

    Duhai hati, tak baik tau merungut. Allah tak suka...Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang? Insya Allah... So, wake up please! Bangunlah dari mimpi lena yang asyik itu...Ia tidak menyumbang apa-apa langsung kepada kamu...
    Ya Allah, aku telah banyak melakukan dosa...Ya Allah, ampunilah aku...Permudahkanlah aku untuk menghadapi peperiksaan ini. Kau tenangkanlah hati aku Ya Allah, hanya kepada Mu tempat aku bergantung..
    Ameen.

    Tuesday, December 8, 2009

    Jauh perjalanan luas pemandangan

    2 Disember 09
    - Pulang ke kampung, bertolak pada jam 1030 pagi. - Sampai di Terengganu, perjalanan tidak dapat diteruskan kerana hujan yang sangat lebat ditambah dengan jalan yang pecah-pecah serta berlubang-lubang. - Maka kami bermalam di Batu Buruk, Terengganu.
    3 Disember 09
    - Perjalanan diteruskan - Alhamdulillah, kami sampai di kampung halaman pada waktu petang - Hujan lebat - Air banjir sudah sampai dalam kebun getah di hadapan rumah
    4 Disember 09
    - Melawat pakcik di Hospital Perdana. - Ziarah makcik di Machang.
    5 Disember 09
    - Balik ke Johor Bahru. - Di Terengganu, singgah di pantai Teluk Mak Nik. Makan satar dan otak-otak. - Tidur di Kuantan semalaman.
    6 Disember 09
    - Perjalanan diteruskan. - Singgah di Tanjung Leman, Mersing. - Sampai di Johor Bahru jam 5 petang.
    Dungun

    Banjir di kampung

    Sudah mahu pulang

    Di pantai Teluk Mak Nik
    ara =)
    Sekian saja 'sharing moment' untuk kali ini.

    Wednesday, August 5, 2009

    Terima kasih kawan-kawan!

    Salam. Just drop by to say THANKS to my beloved friends: ::Nurfarahain bt. Md Sikin:: ::Illyasha Hazreny bt Zainudin:: As they were likely spent their precious time with me although in a just short period. May the ukhwah last forever ~ameen~