Sunday, March 13, 2011

Keseronokan menjadi cikgu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua.
Apa khabar? Ha..buat apa tu? Blogwalking ke...Apa-apa pun WA harap korang semua gembira lah macam WA sekarang ni. Sebab WA tengah cuti..dapatlah menyapu sawang-sawang yang dah macam kek lapis kat blog WA ni..WA nak ucapkan terima kasih kepada yang singgah blog WA..maaf sebab tak dapat balas kunjungan kalian. Maklumlah, WA takda broadband. Dah balik rumah ni, baru ada internet. WA akan singgah blog korang kay.

Pejam celik pejam celik, dah sebulan pun WA menjadi sebahagian daripada warga sekolah yang kat atas bukit tu..Alhamdulillah, seronok je WA kat sana. Lagi best bila dapat cuti seminggu sekali dengan budak-budak. Hehe. 

Baru-baru ni, dunia digemparkan dengan kejadian tsunami yang melanda Jepun. Masya-Allah, betapa besarnya kuasa Tuhan. Semalam nak balik Johor pun, berdebar-berdebar je sebab lalu ikut tepi pantai. WA tak nak ulas lebih panjang berkaitan dengan tsunami yang melanda. Tetapi, kita yang dianugerahi akal fikiran ni, gunakanlah sebaik-baiknya untuk muhasabah kembali perbuatan-perbuatan kita masa lalu. Mungkin itu adalah peringatan kepada kita semua. Bayangkan tsunami tu melanda Malaysia. Nauzubillah. Rasanya tenggelam terus negara kita ni.

OK lah WA tak nak cakap banyak. Selamat berhujung minggu!

Thursday, February 10, 2011

Cabaran guru pelatih

Salam 1 Malaysia, 1 blogger.


8 hari tak update blog! Rindu giler WA...tapi apa boleh buat, WA dah start praktikum di sebuah sekolah di atas bukit. Ni pun curi-curi update sebab dah habis waktu sekolah. Nasib baik lah, kat sekolah ni ada wireless. Sudah 4 hari WA melaporkan diri sebagai guru pelatih. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah tapi segalanya selesai. Setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. 4 hari di sekolah melayan kerenah pelajar. Baru sekarang aku merasa betapa mencabarnya menjadi seorang guru. Waktu untuk aku mengajar semuanya ada 13 waktu. 9 waktu bagi subjek major dan 4 waktu minor. Tapi yang minor tu agak tersasar sedikitlah daripada opsyen aku. Nak tahu apa? PJ...Pendidikan Jasmani...Tapi okaylah, seronok jugak. Pagi-pagi dah berpeluh.

Suara aku dah semakin mantap. Daripada ayu-ayu gitu tiba-tiba dah jadi macam rockers. Tips daripada cikgu-cikgu lama, masuk kelas jangan senyum. Garang-garang sikit. Tapi tips yang aku praktikkan tu tak menjadi untuk kelas yang tersangat hiperaktif. Nasib aku lah dapat kelas macam tu. Daripada nak marah boleh tergelak aku dibuatnya. Well, minggu pertama kat sini, aku dah masuk kelas dan mengajar. Semput jugak la. Memang terlalu banyak benda yang perlu aku belajar lagi, yang perlu aku mantapkan lagi terutamanya pengawalan kelas. Agaknya muka aku ni tak cukup garang tak budak-budak tu tak dengar cakap aku. Mana taknya, disuruh keluarkan buku, macam-macam alasan yang diberi. Tu belum lagi mengacau kawan-kawan, yang buat tak tahu...Alahai..sabar je lah. Nak marah sangat pun, budak-budak lagi. Nak di rotan karang, tak pasal-pasal aku masuk paper. Haha, popular sekejap. Apa-apapun, aku memang tabik spring lah pada cikgu-cikgu cemerlang dan yang ada aura tersendiri tu. Lalu jer budak dah senyap. Bukan apa, jadi cikgu zaman sekarang ni, bukan setakat mengajar sahaja. Banyak lagi woo...hanya cikgu saja yang tahu betapa banyaknya kerja cikgu-cikgu sekarang. Tak gitu??

Wednesday, February 2, 2011

25 Random facts about me, myself and I

Salam. Mari kita merungkaikan 25 fakta mengenai WA. Tag daripada Nina Juliana. Thank you
Pesanan penaja:
Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.
 Ok, mari kita mulakan...

1. Anak sulung daripada 3 beradik.
2. Tak banyak cakap
3. Suka mencuba sesuatu yang baru
4. Peminat setia Hlovate
5. Mudah memaafkan tapi tak mudah melupakan
6. Pernah bersekolah di empat buah sekolah yang berbeza
7. Suka buat crosstitch
8. Ada akaun Tumblr
9. Suka main dengan Ricky (sugar glider)
10. Mudah tersentuh
11. Ada teddy besar kat bilik
12. Menghargai pemberian orang
13. Suka melancong (walaupun tak ada passport)
14. Suka cakap sorang-sorang depan cermin
15. Pernah jadi MC dalam bahasa Arab
16. Duduk asrama sejak tingkataan 2
17. Ada seorang kakak angkat
18. Tak pandai pujuk orang
19. Ada handphone warna pink
20. Pernah berjalan atas bara api
21. Independent
22. Cita-cita nak jadi pensyarah tapi sekarang bakal guru
23. Suka barang yang cantik tapi murah
24. Tak pandai bawak motor
25. Perfectionist dalam membuat sesuatu tugasan

Akhirnya. Selesai juga. WA nak tag:


P/S: WA minta maaf jika anda pernah buat tag ini. Tag yang telah dibuat harap dapat sertakan link ke blog WA. Kesudian anda menjawab tag ini WA dahulukan dengan ucapan terima kasih :)