sumber |
Terdapat pada wajah.
Setiap apa yang berlaku kepada diri kita akan terpamer pada wajah. Kerana wajah itu saling berkait dengan perasaan. Raut wajah yang kita tunjukkan secara tidak langsung memberi klu terhadap perasaan kita pada ketika tersebut.
Pelik. Ada orang dapat mentafsir wajah. Bila kita sudah sedaya upaya menyembunyikan apa yang tersirat di hati namun masih ada insan yang dapat menterjemahkannya. Masih ada insan yang nampak kedukaan yang cuba disembunyi.
Misteri. Kerana mungkin disebalik wajah itu tersimpan seribu satu rahsia yang mungkin tak terjangkau dek akal. Hanya pemilik wajah itu dan Tuhan sahaja yang mengetahui. Hakikatnya apa yang dipamerkan belum tentu menggambarkan seratus peratus perasaannya ketika itu.
Pamerkanlah raut wajah yang akan menjadi penyejuk mata orang yang melihat. Biarlah wajah itu kurang cantik pada pandangan manusia namun sangat indah pada pandangan yang maha mencipta...