Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

cakap siang pandang-pandang

Menjadi diri aku, kadang-kadang amat payah
mata aku cepat nampak kesalahan
telinga aku cepat tangkap kata-kata sinis
terutama bila aku menjadi fokus umpatan itu
ohhh...sungguh aku tidak sanggup mendengarnya

hati pedih, mata menyampah lihat si pengata
sekali lagi otak berperang dengan hati
otak kata sabar
hati kata menjerit
ah, diamkan saja agar tidak berubah riak
dalam hati Tuhan saja tahu

aku akui satu perkara
kadang-kadang kita tak sedar kita mengata orang
tapi bila kita berada di tempat dia...
baru kita tahu apa rasanya
juga bila diri kita dibanding-bandingkan
kita, cara kita. mana sama dengan orang lain kan?

betapa susahnya untuk tidak menghakimi orang lain.
begitu susah juga untuk menjaga agar tidak mengata orang
kena kat batang hidung sendiri baru tahu kan....


**tetap cuba untuk bersabar selagi mampu
-agha-

Sunday, November 24, 2013

Pelajaran baru

Tahun ni, satu lagi pelajaran baru yang aku pelajari dalam kerjaya aku. Pertama kali jaga spm. Dan pertama kali juga bertugas di hospital. Sungguh sebelum ni tak pernah terfikir pulak bagaimana agaknya pelajar-pelajar yang menjawab peperiksaan di hospital. Maka berulang-alik lah aku dari rumah ke hospital.

Hospital. Faham-faham sajalah bagaimana keadaannya. Macam aku ni nak jejakkan kaki ke hospital tu memang tak lah kalau tiada apa-apa urusan kan..tapi dalam masa hampir sebulan ni, itulah tempat yang aku selalu ulang-alik. Banyak yang aku belajar. Bila aku lihat pesakit-pesakit di hospital tu, buat aku berfikir betapa beruntungnya aku. Allah masih belum tarik nikmat sihat tu daripada aku. Alhamdulillah.

Satu lagi yang menyentuh hati aku ialah kasih sayang seorang ibu, seorang ayah, seorang suami, seorang isteri, seorang adik, seorang kakak, seorang abang dan sesiapa sahaja terhadap orang-orang yang mereka kasihi. Betapa setianya ibu temankan anaknya, melayan keluh kesah anak mereka, berdoa agar Tuhan kurniakan nikmat sihat terhadap anak mereka. Juga buat aku terfikir, secekal itukah aku nanti...

Dan akhir sekali, aku nak lahirkan rasa kagum aku kepada petugas-petugas di hospital. Melayan pesakit yang berbagai-bagai ragam, berbagai-bagai kerenah. Insya Allah jika kita menjalankan tugas kita dengan ikhlas, ganjaran di sana menanti kita..mudah-mudahan.

Buat calon-calon yang mengambil peperiksaan di hospital, kuatkan semangat...ambil lah kesakitan itu sebagai dugaan dari Allah. Jangan cepat putus asa, jangan cepat patah semangat.

p/s: Dalam tempoh ni, aku masih belum terserempak dengan kawan-kawan aku yang tengah buat houseman dekat sini..kalau ada rezeki, insya Allah..aku bangga dengan kalian.

Sunday, September 22, 2013

Bangun dari mimpi

Aku tak tahu kenapa
Bila tiba suatu masa 
Aku resah tanpa arah
Seperti sesuatu yang tertahan
Yang buat aku tak keruan
Mencari punca

Mungkin sebab itu..
Masa lalu yang kembali menerjah fikiran
Yang tak mungkin dapat dilupakan
Menghantui seumur hidup
Tidak!
Aku tak izinkan

Mungkin hingga suatu masa
Yang aku juga tidak tahu
Tapi aku perlukan masa..
Untuk membuang sebab itu jauh-jauh
Atau adakah kerana aku yang tak ingin membuangnya?

Sedikit demi sedikit
Lenyapkan memori itu
Kau pasti boleh
Kerana kau yang dulu
Bukanlah kau yang sekarang

Duhai hati,
Bangunlah dari mimpi
Bangunlah dari dunia khayalan palsu
Tabahlah
Suatu hari kau pasti akan melepaskannya jua...

p/s: Luka yang dalam itu pasti akan sembuh. Tapi memerlukan masa..setahun, sepuluh tahun...atau, seumur hidup?

--agha, jb--

Sunday, August 11, 2013

Topeng

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Topeng
Sentiasa dibawa bersama ke mana sahaja
Befungsi sebagai pelindung yang ampuh
Baik juga untuk penyamaran
Kerana topeng itu tidak akan memberi makna sebenar
isi hati si pemakai
Dengan riak bersahaja yang dipamerkan pada topeng
tentu sahaja ia mampu menjadi perisai
daripada apa yang disembunyikan di sebaliknya

topeng muka, mask

Namun
topeng itu dibuka juga
tatkala bersendirian
tatkala semua orang sibuk dengan dunia mereka
tatkala kesepian
Di sebalik topeng itu tersimpan
seribu satu rasa
yang hanya diketahui si pemakainya

--agha, jb--

Friday, July 19, 2013

Lukisan rahsia hati

ayu lagenda budak setan
sumber
Terdapat pada wajah.

Setiap apa yang berlaku kepada diri kita akan terpamer pada wajah. Kerana wajah itu saling berkait dengan perasaan. Raut wajah yang kita tunjukkan secara tidak langsung memberi klu terhadap perasaan kita pada ketika tersebut.

Pelik. Ada orang dapat mentafsir wajah. Bila kita sudah sedaya upaya menyembunyikan apa yang tersirat di hati namun masih ada insan yang dapat menterjemahkannya. Masih ada insan yang nampak kedukaan yang cuba disembunyi.

Misteri. Kerana mungkin disebalik wajah itu tersimpan seribu satu rahsia yang mungkin tak terjangkau dek akal. Hanya pemilik wajah itu dan Tuhan sahaja yang mengetahui. Hakikatnya apa yang dipamerkan belum tentu menggambarkan seratus peratus perasaannya ketika itu.

Pamerkanlah raut wajah yang akan menjadi penyejuk mata orang yang melihat. Biarlah wajah itu kurang cantik pada pandangan manusia namun sangat indah pada pandangan yang maha mencipta...

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday #31 - Dare to dream

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

credit: The healing nest

Dare to dream
Dare to work hard
Insya Allah success will be in your hand
:)

Saturday, May 11, 2013

Move on

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Perkataan "move on" lazimnya sinonim dengan seseorang yang baru putus cinta atau "break" atau "clash" atau apa-apa sahaja term yang boleh menerangkan tentang hubungan yang putus di tengah jalan. Tidak kisahlah atas sebab apa pun. Yang penting jika sebelumnya sehati sejiwa, ber"hubby" ber"baby" tapi setelah putus mungkin boleh jadi musuh seteru yang sangat-sangat dibenci. Kalau boleh sebut nama pun tak mahu.

Well, bagi yang sudah atau pernah melalui fasa "move on" ini, sudah semestinya ia suatu fasa yang perit di mana setiap hari-hari yang dilalui itu membuatkan engkau seolah-olah makan hati berulam jantung. Maksudnya berada dalam fasa kemurungan, sedih, rasa sunyi, dan sebagainya. Tapi tidaklah bagi yang lepas putus aje sudah ada pengganti. Mungkin tidak terasa sangat fasa move on tu.

Move on. Bergantung kepada diri engkau sendiri. Sejauh mana engkau kuat untuk menghadapi setiap hari itu tanpa ada lagi dia di sisi. Aku sendiri pernah berada dalam fasa ini. Jujur aku katakan aku sendiri ambil masa setahun untuk betul-betul move on selepas putus dahulu. (Sebab tu kita tak digalakkan untuk bercinta, couple sebelum kahwin. sebab ini lah) ok, aku tak nak ulas bab itu. Nama pun remaja kan...Dan kawan-kawan engkau akan nampak perubahan besar pada diri engkau. Aku sendiri, entah macam mana berat badan aku turun mendadak. Entah, diri sendiri tak sedar perubahan tu, sebab aku rasa aku makan macam biasa saja. Ha ha ha.

Fake smile. Pernah buat untuk bagitahu orang lain bahawa aku 'okey'. [credit]

Dalam move on ni, benda paling perit ialah menerima kenyataan bahawa segala rutin yang engkau dan dia selalu buat sudah tidak ada lagi. Jika masa dalam fasa bercinta itu, setiap pagi engkau akan wish good morning, sekarang setiap pagi handphone engkau jadi sepi. Tiada lagi tanya khabar, usik-mengusik, otp (on the phone), mesej bunga-bunga, keluar dating, semua tu terus lenyap. Dan pada masa itu engkau akan merasakan kejanggalan yang amat sangat. Dari situlah engkau akan mula teringat, terkenang dan mungkin menangis menyesali tindakan kau itu.

So, apa yang pernah aku buat ialah menerima hakikat bahawa dia tiada lagi di sisi. Menerima kenyataan yang dia bukan lagi milik kau. Menerima kenyataan yang engkau bukan lagi orang yang dia sayang (aku rasa, itulah paling susah sekali nak buat). Sekiranya engkau tidak dapat lakukan itu, engkau akan hidup dalam fasa penafian. Mulalah engkau stalk dia. Dan akhirnya engkau juga yang akan sedih. So, come on lah. Jangan buat macam tu ok. Ye, aku tahu susah...tapi usahalah.

Move on tu satu benda yang bagus. Yang akan buat engkau muhasabah balik segala tindakan engkau. Kalau sebelum ini engkau tinggalkan kawan-kawan demi kekasih, sekarang kawan adalah pendorong utama untuk kau move on. Keluarga juga. Dan yang paling penting, yang mengatur semua suratan takdir diri kau. Yang kat 'atas' sana tu. Bila move on, janganlah musnahkan diri sendiri ya. Ingat, mugkin bukan dia yang terbaik buat diri engkau, dan mungkin bukan engkau yang terbaik untuk dia. Kembali pada Tuhan. Insya Allah, kau akan berjaya move on dengan cemerlang.

entri lama: awal-awal move on dulu
sisi lain move on: moving on is not just for love (promote sikit)
sekian.

Wednesday, May 1, 2013

Anak-anak mak ayah dah besar

Terjaga dari tidur, susah nak tidur balik. Sekarang sana sini orang cakap pasal inikalilah, ubah, tukar. Well aku tak nak cakap pasal PRU kali ni. Aku nak cerita pasal ubah. Means ubah diri sendiri untuk menjadi orang yang lebih baik. Well, penghujung Julai tahun ni insyaallah umur aku akan masuk suku abad. Ye, dah nak masuk 25 dah aku dan masih single. Ha ha ha. Tak sedar sangat umur dah banyak...kawan2 sebaya almost all dah bertunang berumah tangga bagai. Well, jodoh tu pun part of rezeki kan..mungkin rezeki aku kat situ tak ada lagi. Doakan mudah-mudahan cepat aku bertemu jodoh.

Bila aku 25, maksudnya adik aku yang tengah dah nak masuk 23. Woow..dah besar ok. Dah lepas umur mengundi dah. Macam tak percaya pulak..well, aku masih rasa yang adik2 aku kecil lagi. Sekarang, alhamdulillah aku dah bekerja. And the second one pun dah habis diploma. Melihat dia struggle untuk hidup buat aku muhasabah balik. Itu jalan yang dia pilih... lagi pula anak lelaki. Mesti nak hidup atas kaki sendiri. Macam aku, ditakdirkan aku posting di tempat sendiri memang duduk rumah famili la kan selagi belum bersuami. Sebab tipikal. aku anak perempuan...

Dan aku sangat jeles melihat students2 aku yang sangat indipendent. Berdiri atas kaki sendiri. Well, faktor keadaan ekonomi keluarga juga sangat mempengaruhi kat situ. Sebab nak dibandingkan aku dengan mereka sangat jauh beza. Same goes to my brother. He's struggling hard untuk hidup sendiri. Dan kita dua2, habis belajar dibebani dengan hutang yang perlu dilunaskan...*sedih*

Bila aku dan adik-adik membesar, aku juga hampir terlupa yang mak dan ayah semakin berumur. Mereka semakin tua..dan itu menyedihkan aku. Tak boleh ke mereka muda sentiasa? Boleh, insyAllah di syurga yang abadi...jangan lupa untuk sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita. Bila sampai tahap ni, niat aku hanya nak menggembirakan mereka. Cuba nak membalas budi mereka yang dah jaga aku selama hampir suku abad ni. Ya Allah, memang tak terbalas walau dengan wang ringgit. So, duduk kat rumah tu kena rajin2 la ringankan tulang. Macam mana aku tahan perasaan aku nak marah kat anak murid, macam tu juga la aku rasa parents aku bersabar dengan perangai anak-anak dorang.

Aku belajar dari pengalaman. Aku belajar dari pemerhatian. Aku belajar dari pembacaan. Niat dalam hati hanya satu, aku nak berbakti kepada kedua-duanya selagi hayat mereka dikandung badan. Ok, part ni aku dah mula sedih. Aku berharap sangat aku menjadi anak yang baik untuk mereka dan mereka redha ke atas aku...siapa tak nak cium bau syurga kan? I love you mak, ayah. Walaupun tak tunjuk depan-depan, aku tunjuk dengan perbuatan. Semoga Allah redha. Ameen.

Wednesday, March 27, 2013

Lidah tidak bertulang

Assalamualaikum semua..
Ok dah lama gila aku tak update blog ni. Dah berhabuk bersawang bagai dah. Dan bertukar template lagi. Hm.. back to basic katanya...
Sekarang aku kat perodua tunggu servis kereta kesayangan aku tu. Ok, lagu dia pasang kat luar semua best2. Dan disebabkan influence lagu Aishah yang aku dengar tadi maka itulah tajuk post aku, lidah tak bertulang. Betul, lidah tu tak bertulang sebab tu kerana lidah berlaku pergaduhan, salah faham dan pertelingkahan.
Betullah peribahasa orang dulu2, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Jap2, apa kaitan santan dengan pulut eh? Ok... aku memang tak tau. Sebab tu sebelum mengeluarkan kata2 mesti kena fikir dulu. Hati orang kan... siapa yang tahu. Depan kita da tak tunjuk tapi siapa tahu dia mengamuk pulak kat twitter. Opss!
Kuasa yang ada pada kata2... ia boleh membina semangat orang dan juga boleh menjatuhkan orang lain. Kerana mungkin dengan kata2 kita tu ia akan memberi kesan seumur hidup pada seseorang. Lontarkan kata2 yang positif agar orang disekeliling kita mendapat manfaatnya.
Salam ceria.

Thursday, February 7, 2013

Jurnal hidup 1: Hormati ibu bapa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Seburuk-buruk perangai manusia itu, jika dia masih bergelar ibu dan bapa kita hormatilah dia. Kerana dialah satu-satunya ibu dan bapa kita yang tiada galang gantinya. Di rumah, lihatlah dia sebagai seorang bapa. Seorang ayah kepada kita. Dia yang matanya sudah kabur, badan yang sudah uzur, raut wajah yang dimamah usia...lihatlah dia dari kaca mata itu. Dan bukannya dari kaca mata dia di hadapan masyarakat. Kerana itu hanyalah samaran kepada dirinya yang sebenar. Juga kepada ibu. Lihatlah dari sinar matanya yang redup, kerutan di dahinya dan pelukannya yang mendamaikan...

Walau betapa garangnya mereka kepada kita, betapa bingitnya telinga mendengar leteran, terimalah ia. Kerana mungkin suatu hari nanti kita akan rindukan bebelan emak setiap hari, kata-kata nasihat daripada bapa. Dan pada masa itu, hanya doa dari anak yang soleh sebagai bekalan buat mereka. Oleh itu, jika mereka ada mengguriskan hati kita sebagai anak, maafkanlah mereka kerana mereka juga manusia biasa. Yang bisa melakukan kesilapan. Leraikanlah segala dendam yang terbuku di hati dan doakan kesejahteraan mereka..Redha Allah terletak pada redha ibu dan bapa..

P/S: Sebak setiap kali dengar lagu ayah dan ibu oleh Sudirman

Friday, January 25, 2013

Pelajaran baru 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah hampir sebulan berada dalam tahun baru. Cepat betul masa bergerak. Pantas. Dah banyak juga pelajaran yang dikutip. Belajar dengan pelajar sendiri. Belajar menjadi ikhlas. Belajar bekerja dengan orang yang mempunyai kuasa. Belajar mengawal emosi. Belajar menghargai kelebihan dan kelemahan orang lain.

Ahh...banyak. Dan yang paling penting, belajar untuk keluar dari 'comfort zone'. Ya..bila berlaku sesuatu yang tidak terjangka oleh akal, sungguh menguji ketahanan mental dan fizikal. Dan aku sedang belajar. Belajar menerima hakikat itu.

Dan kita takkan pernah berhenti belajar. Walaupun sudah menjadi 'pengajar', proses itu tidak akan terhenti. Malah ketika sedang bekerja juga kita sedang belajar. Belajar dari pengalaman. Belajar dengan orang sekeliling. Banyak yang ingin aku kongsikan tentang pelajaran yang aku dapat. Banyak.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, masuk tahun baru menandakan bertambah juga umur. Bertambah kerutan dan kedutan di wajah. Apapun, di awal tahun ini aku belajar untuk menjadi diri sendiri. Belajar untuk memahami diri sendiri yang terkadang susah untuk makan ajar. Belajar untuk menjadi tenaga pengajar yang terbaik buat pelajarnya.

Monday, December 31, 2012

Suka duka pahit manis 2012

Tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirainya
Ya, begitu cepat masa berlari meninggalkan kita. Seolah-olah berlumba dengan manusia siapa yang dapat mendahului siapa.
Tahun 2012 menyaksikan aku bukan lagi bergelar pelajar. Tidak lagi memakai nametag bertali. Tidak lagi menaiki bas untuk ke kelas.
Tahun ini menjadi titik mula hidupku yang baru nak 'naik', yang baru nak menapak mencari hidup.
Alhamdulillah mungkin rezeki berpihak pada aku. Awal tahun Januari aku menerima tawaran untuk menjadi guru sementara di sekolah menengah berhampiran dengan rumah keluarga aku. Dan di situ lah bermulanya rutin aku sebagai seorang guru.

Lima bulan sebagai guru sementara bukanlah suatu tempoh masa yang pendek bagiku. Mungkin kerana beban tugas yang banyak menyebabkan aku terfikir untuk berhenti. Teringat juga zaman bergelar mahasiswa dahulu. Lebih mudah rasanya. Kerana tidak terikat dengan tanggungjawab dan komitmen mungkin. Tapi, aku gagahi juga. Aku cuba laksanakan tanggungjawab itu dengan sehabis baik, yang aku mampu. Dan pada pertengahan Mei, secara rasminya aku telah menjadi seorang guru.

Dan buat pertama kalinya Syawal pada tahun ini rumah aku didatangi oleh pelajar-pelajar yang nak datang beraya. Pertama kali juga aku 'memberi' hasil titik peluh sendiri. Perasaan gembira itu hanya Tuhan yang tahu. Kini 2012 akan melabuhkan tirainya. Diam tak diam pejam celik dengan rutin yang sama setiap hari sudah tiba di penghujungnya. Aku berharap yang baik-baik sahaja untuk 2013 yang mendatang. Berjumpa jodoh mungkin? Mudah-mudahan...

Tuesday, December 6, 2011

Percaya pada kebolehan diri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Kadang-kadang sebelum kita buat sesuatu tu, rasa macam tak boleh je kan. Rasa je la. Tapi bila dah lepas, lah..aku boleh buat rupanya. Ingatkan susah sangat...tapi sebenarnya kita boleh je buat perkara tu. Antara nak dan tak nak je.

Dulu, aku selalu kena marah dengan ayah sebab fikir macam tu. Sebab kadang-kadang rasa tak tercapai akalmu, nak capai target tu. Tapi alih-alih, eh? Dah lepas pun....boleh pun buat. Saje je kan...

Sebenarnya, nak buat apa pun, kena ada satu sikap percaya pada diri. Aku boleh buat. Walaupun pada mulanya nampak terrrrsangat payah nak lalui, percayalah tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Biasalah, bukan senang nak berjaya. Mesti rasa yang pahit-masam-kelat dulu, barulah dapat rasa yang manis pada akhirnya...Tak gitu?

Monday, December 5, 2011

Satu panggilan itu sudah mencukupi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hanya dengan satu panggilan, impaknya berbeza-beza pada setiap individu. Ya. Satu panggilan telefon itu sudah mencukupi untuk...

Menggembirakan orang lain. Aku dapati panggilan telefon yang dibuat sudah cukup untuk membuatkan orang yang dilawan bercakap senyum sampai ke telinga. Tak kurang juga yang gembira sepanjang hari. Selalunya, bila aku down atau sedih, aku akan membuat panggilan kepada orang yang boleh mengurangkan kegundahan hati aku. Dan sudah semestinya nombor "emak" yang ditekan. 

pic credit
Tapi dengan satu panggilan itu juga boleh membuatkan seseorang itu menangis. Aku juga pernah mengalaminya. Tapi tu masa tengah bercinta monyet lah...Bercakap telefon pun boleh menangis? Dah tak betul agaknya. Memang masa tu kepala aku memang tengah tak betul. Perempuan dan emosi memang tak boleh dipisahkan. Gelak kat diri sendiri.

Panggilan itu juga boleh menukarkan orang kepada 'ogre' bila panggilan itu membuatkannya marah. Kan dah tak cantik dah jadi makhluk hijau. Well, situasi macam ni jarang berlaku kat aku. Buat apa nak marah-marah....dalam telefon je pun. Tak beri kesan pun kat orang yang kena marah. Paling-paling, aku tekan butang merah je terus. Tak payah banyak cerita.

Tapi dalam banyak-banyak panggilan, aku paling takut dengan panggilan yang berbaur kecemasan. Mintak dijauhkanlah dengan panggilan-panggilan yang macam ni. Silap-silap boleh gugur jantung dibuatnya. 

Panggilan apa yang anda dapat hari ini?

Friday, December 31, 2010

Welcome 2011

Salam and hello to all bloggers...
I have nothing much to say...

Lets this picture tells you
Source: Tumblr
And I hope that 

Source: Tumblr
Ameen.

Tuesday, December 21, 2010

Marah-marah sayang

Salam dan ucapan selamat buat semua pembaca-pembaca setia blog WA yang tidak seberapa ini…

Pernahkah anda dimarahi atau memarahi orang lain? Tentu pernah bukan? Namun apa yang WA ingin highlight kan ialah kepada yang dimarahi.

Kalau yang kerja di ofis tu mungkin pekerja kena marah dengan orang atasan, kalau di sekolah pula mungkin dengan pengetua ataupun guru penolong kanan, yang di rumah pula mungkin dimarahi oleh ibu atau ayah, pelajar dimarahi oleh cikgu di sekolah, ahli kumpulan dimarahi ketua kumpulan dan macam-macam lagi lah.

Gambar dari Bing images

Apa perasaan anda apabila dimarahi? Tentu bercampur-baur bukan? Lebih-lebih lagi apabila dimarahi bukan atas kesilapan yang kita lakukan. Orang kata, “Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga”. Sedikit-sedikit tu, terkena juga tempiasnya…

Apa yang anda semua lakukan apabila dimarahi?
- Buat muka seposen?
- Melawan kembali?
- Buat-buat tak dengar?
- Mengiakan sahaja?
- Membisu seribu bahasa?
- Tunduk dan merasakan lantai tersebut lebih cantik daripada orang yang dimarahi?
- Atau apa sahaja?

Walaupun begitu, apa yang dimarahi itu melekat juga di dalam hati…sedang yang dimarahi itu dalam hatinya menjawab juga…hanya lidah kelu untuk berkata-kata, diam seribu bahasa…Terasa lambat masa berjalan pada waktu itu mengalahkan kura-kura (maaf en Turtie)

So, macam mana nak ‘cool’ kan perasaan selepas kena marah tu?

Bagi WA sendiri, menangis adalah terapi yang paling mujarab buat diri WA ni…tapi tu lah, setakat menangis sorang-sorang boleh lah…tak tunjuk depan adik sebilik (huh..mau jatuh air muka). Selain tu, ada yang lebih senang dengan berwudhuk, mendengar lagu, tidur, marah orang lain (kesian, tak pasal-pasal jadi mangsa) dan macam-macam lagi.

Kata orang tua-tua, marah tu tandanya sayang…betulkah??

Tuesday, July 20, 2010

Asam garam mahasiswa

Alhamdulillah, hari ini telah berjaya dilalui walaupun banyak ‘perkara’ yang terjadi yang sesungguhnya sungguh menguji kesabaran diri ini. Tidak dinafikan, berada di semester 7 adalah semester yang paling sibuk kurasakan sepanjang pengajianku di bumi Tanjung Malim ini. Kebimbangan, kerisauan, tertekan, terasa hati, sudah menjadi asam garam hidupku di sini. Adatlah bila kita terasa hati atau berjauh hati atau terkecil hati, kerana tanpa kita sedari sebenarnya kita telah melakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Di saat-saat mengharapkan teman atau sahabat datang memberi sokongan kepada kita, saat itulah baru ku sedar bahawa aku sebenarnya keseorangan. Semua orang mempunyai masalah tersendiri dan sibuk menguruskan hal masing-masing. Namun, apa yang paling terpahat kuat di sanubari ini ialah,
“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?, dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu, dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”
[Al-Insyirah, 1-8]
la tahzan
Sungguh, kalau diikutkan hati, ingin saja aku menjerit dan menangis sepuas-puasnya, namun adakah itu dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu diriku ini? Tidak. Sama sekali tidak. Benar, setiap kesulitan yang kita alami itu akan ada kemanisan di akhirnya...Aku perlu berusaha dan yakin dengan ketentuan Tuhan dan kebolehan sendiri. Namun, setelah kita merancang dan melakukan sesuatu itu, Allah jualah yang menentukan. Pada masa itu, berlapang dadalah dan terima seadanya ketentuan itu…
Wallahua’lam.

Wednesday, April 21, 2010

Dear you...kuat semangat sikit eh?


Untuk diri sendiri:
Ya...walau sebanyak mana kita belajar, ttp jika bukan kerana Allah, apalah gunanya...
Ttp jika tidak belajar, lalu bagaimana ingin berjaya?
Please, please, please...
[Be strong!]

Entah la...sem ni "sangat" kot...
Sangat bermain-main
Sangat malas
Sangat tidak peduli
Sangat tidak terurus
Sangat banyak dugaan
Sangat, sangat dan sangat

Duhai hati, tak baik tau merungut. Allah tak suka...Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang? Insya Allah... So, wake up please! Bangunlah dari mimpi lena yang asyik itu...Ia tidak menyumbang apa-apa langsung kepada kamu...
Ya Allah, aku telah banyak melakukan dosa...Ya Allah, ampunilah aku...Permudahkanlah aku untuk menghadapi peperiksaan ini. Kau tenangkanlah hati aku Ya Allah, hanya kepada Mu tempat aku bergantung..
Ameen.

Thursday, January 7, 2010

Tidak kecewa dengan kuliah pertama

Salam. Semalam = hari Rabu merupakan hari yang penuh dengan kuliah. Walaupun sudah lima jam kuliah pada waktu siang, kelas ganti Ekologi pada sebelah malamnya mampu menaikkan kembali semangat untuk meneruskan kuliah selama dua jam. Betullah kata orang, first impression itu sangat penting. Disebabkan oleh itu, saya mula rasa seronok untuk belajar Eko. Begitu juga dengan Fisio. Kenapa? Sebab lecturernya pandai mengawal kelas dan pandai menarik perhatian para pelajarnya. Alangkah baiknya jika suatu hari nanti sekiranya saya yang berada di hadapan, saya mampu untuk berbuat perkara yang sama juga...Bak kata Dr. Shakinaz, belajar, belajar juga tapi dalam masa yang sama enjoy life. Aku setuju dengan kata-kata itu. Mindset juga penting dalam memberikan mood untuk belajar di dalam kelas. Jika kita berfikiran positif, maka akan ceria dan gembiralah kita di dalam kelas itu. Jika sebaliknya, mungkin kita tidak sedar yang kita telah melirik jam tangan walaupun sudah hampir sepuluh kali. Hati kata, "Cepatlah habis, cepatlah habis." Sedangkan kita tidak berbuat apa-apa pun setelah kembali ke rumah atau kolej masing-masing.

Tidak dinafikan, semester ini agak berat bagi aku...dengan kerja lapangan yang bakal dilakukan + mini project + lab + assignment dan segala bagai yang lain yang bakal dilakukan, aku harap aku diberikan kekuatan dan kesabaran olehNya untuk melakukan semua itu. Kadang-kadang macam rasa tak boleh, tapi sebenarnya, boleh je kita buat. Macam masa kat matrik dulu...Bila dah habis je, rasa macam "Waaa, aku dah habis matrik" tanpa ada yang masuk hospital mental dan aku suka suki je aku rasa. Tak percaya dengan kehebatan diri sendiri. Boleh je dapat cemerlang. Tapi tu dengan usaha la..dan doa..dan berkat pensyarah. Aku harap dengan berbekalkan semangat yang ada pada kuliah pertama ini, ia mampu berkekalan hingga ke minggu peperiksaan...Insyaallah...

Saturday, January 2, 2010

True

Sangat setuju dengan kata-kata dalam gmbar ni...jika berlaku sesuatu yang bukan dalam jangkaan kita, itu telah ditentukan oleh-Nya...sekali terjatuh, tidak semestinya akan terus terjatuh. Bangun dan teruskanlah perjalanan. Nescaya kita akan menemukan sesuatu yang berharga disebalik apa yang berlaku...