Showing posts with label rants and ravings. Show all posts
Showing posts with label rants and ravings. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Genap setahun berdiam diri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Terasa janggal pula nak menulis. Aku tengok last post aku tahun lepas bulan Mac. Setahun tu blog aku ni terbiar. Terfikir, apa yang dah aku buat dalam masa setahun ni. Bila tengok post-post yang terdahulu, rupanya dah 6 tahun sejak aku mula blogging. Pehh, lama tu! Sayang pula nak delete. Banyak suka-duka dah aku kongsikan dalam blog ni..walaupun kadang-kadang aku merapu sorang-sorang.. Bila diteliti, aku mula on off sejak mula bekerja.. entah. seiring usia aku ni bertambah, banyak yang aku fikirkan sebelum nak menulis. Lagi-lagi dalam zaman penuh fitnah dan manipulasi sekarang. Seiring meningkat usia, aku tak lagi seghairah dulu untuk bercerita apa sahaja yang bermain di benak fikiran. Lebih suka monolog sendiri dari bercerita. Tapi aku masih ikuti la kisah-kisah blogger yang aktif sejak dari dulu lagi dan aku memang kagum la dengan dorang ni. Antaranya cik Epal, fatin liyana dan shea rasol. Mereka ni antara orang yang konsisten kemaskini blog walaupun ada yang dah berumah tangga. [respect]

Mungkin tahun 2016 ni aku kembali aktif?
Mungkin.

Thursday, August 29, 2013

Bahagia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Entri aku kali ini adalah respons kepada entri "Jika bahagia boleh dibeli, berapakah harganya?" by archer.
Terus terang aku masih lagi mencari erti bahagia yang sebenar. 

Zaman kanak-kanak
Bahagia bila aku dapat jumpa kawan-kawan, main sama-sama, pergi ngaji sama-sama, masa tu tak fikir apa. Tudung senget kain singkat pun tak kisah. Zaman innocent.

Zaman aku masih bersekolah
Bahagia bila aku dapat tunjukkan keputusan yang baik kepada ayah aku. Bahagia bila aku dapat buktikan yang aku memang serius dengan subjek arab aku. Dan aku rasa bahagia bila aku berjaya.

Zaman remaja
Bahagia bila ada teman hidup. Kononnya. Baru nak kenal erti cinta. Baru nak up masa tu. Tapi bahagia itu tak lama. Kenalan makin ramai. Pergaulan makin luas. Makin bebas. Jauh dari ibu bapa. Memang terasa bebas yang amat sangat. Cuma entah kenapa jauh di sudut hati rasa kekurangan. Tapi aku tak tahu apa.

Zaman dewasa
Sekarang umur aku sudah melewati dua puluhan. Bahagia yang aku rasa bila aku dapat menggenggam segulung ijazah. Bahagia yang aku rasa apabila aku tidak lagi berjauhan dengan keluarga. Bahagia kerana sudah mempunyai kewangan sendiri tanpa perlu bergantung. 

Tapi disebalik mencari kebahagian sendiri, aku ingin sekali membahagiakan orang yang berada disekeliling aku. Kerana aku yakin, bila orang sekeliling bahagia, aku juga akan turut bahagia. Dan jawapan aku kepada soalan itu, 
"kebahagiaan itu tidak boleh dibeli kerana bahagia itu lahir dari jiwa orang yang merasainya.."

Sunday, August 11, 2013

Topeng

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Topeng
Sentiasa dibawa bersama ke mana sahaja
Befungsi sebagai pelindung yang ampuh
Baik juga untuk penyamaran
Kerana topeng itu tidak akan memberi makna sebenar
isi hati si pemakai
Dengan riak bersahaja yang dipamerkan pada topeng
tentu sahaja ia mampu menjadi perisai
daripada apa yang disembunyikan di sebaliknya

topeng muka, mask

Namun
topeng itu dibuka juga
tatkala bersendirian
tatkala semua orang sibuk dengan dunia mereka
tatkala kesepian
Di sebalik topeng itu tersimpan
seribu satu rasa
yang hanya diketahui si pemakainya

--agha, jb--

Friday, July 19, 2013

Lukisan rahsia hati

ayu lagenda budak setan
sumber
Terdapat pada wajah.

Setiap apa yang berlaku kepada diri kita akan terpamer pada wajah. Kerana wajah itu saling berkait dengan perasaan. Raut wajah yang kita tunjukkan secara tidak langsung memberi klu terhadap perasaan kita pada ketika tersebut.

Pelik. Ada orang dapat mentafsir wajah. Bila kita sudah sedaya upaya menyembunyikan apa yang tersirat di hati namun masih ada insan yang dapat menterjemahkannya. Masih ada insan yang nampak kedukaan yang cuba disembunyi.

Misteri. Kerana mungkin disebalik wajah itu tersimpan seribu satu rahsia yang mungkin tak terjangkau dek akal. Hanya pemilik wajah itu dan Tuhan sahaja yang mengetahui. Hakikatnya apa yang dipamerkan belum tentu menggambarkan seratus peratus perasaannya ketika itu.

Pamerkanlah raut wajah yang akan menjadi penyejuk mata orang yang melihat. Biarlah wajah itu kurang cantik pada pandangan manusia namun sangat indah pada pandangan yang maha mencipta...

Saturday, May 11, 2013

Move on

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Perkataan "move on" lazimnya sinonim dengan seseorang yang baru putus cinta atau "break" atau "clash" atau apa-apa sahaja term yang boleh menerangkan tentang hubungan yang putus di tengah jalan. Tidak kisahlah atas sebab apa pun. Yang penting jika sebelumnya sehati sejiwa, ber"hubby" ber"baby" tapi setelah putus mungkin boleh jadi musuh seteru yang sangat-sangat dibenci. Kalau boleh sebut nama pun tak mahu.

Well, bagi yang sudah atau pernah melalui fasa "move on" ini, sudah semestinya ia suatu fasa yang perit di mana setiap hari-hari yang dilalui itu membuatkan engkau seolah-olah makan hati berulam jantung. Maksudnya berada dalam fasa kemurungan, sedih, rasa sunyi, dan sebagainya. Tapi tidaklah bagi yang lepas putus aje sudah ada pengganti. Mungkin tidak terasa sangat fasa move on tu.

Move on. Bergantung kepada diri engkau sendiri. Sejauh mana engkau kuat untuk menghadapi setiap hari itu tanpa ada lagi dia di sisi. Aku sendiri pernah berada dalam fasa ini. Jujur aku katakan aku sendiri ambil masa setahun untuk betul-betul move on selepas putus dahulu. (Sebab tu kita tak digalakkan untuk bercinta, couple sebelum kahwin. sebab ini lah) ok, aku tak nak ulas bab itu. Nama pun remaja kan...Dan kawan-kawan engkau akan nampak perubahan besar pada diri engkau. Aku sendiri, entah macam mana berat badan aku turun mendadak. Entah, diri sendiri tak sedar perubahan tu, sebab aku rasa aku makan macam biasa saja. Ha ha ha.

Fake smile. Pernah buat untuk bagitahu orang lain bahawa aku 'okey'. [credit]

Dalam move on ni, benda paling perit ialah menerima kenyataan bahawa segala rutin yang engkau dan dia selalu buat sudah tidak ada lagi. Jika masa dalam fasa bercinta itu, setiap pagi engkau akan wish good morning, sekarang setiap pagi handphone engkau jadi sepi. Tiada lagi tanya khabar, usik-mengusik, otp (on the phone), mesej bunga-bunga, keluar dating, semua tu terus lenyap. Dan pada masa itu engkau akan merasakan kejanggalan yang amat sangat. Dari situlah engkau akan mula teringat, terkenang dan mungkin menangis menyesali tindakan kau itu.

So, apa yang pernah aku buat ialah menerima hakikat bahawa dia tiada lagi di sisi. Menerima kenyataan yang dia bukan lagi milik kau. Menerima kenyataan yang engkau bukan lagi orang yang dia sayang (aku rasa, itulah paling susah sekali nak buat). Sekiranya engkau tidak dapat lakukan itu, engkau akan hidup dalam fasa penafian. Mulalah engkau stalk dia. Dan akhirnya engkau juga yang akan sedih. So, come on lah. Jangan buat macam tu ok. Ye, aku tahu susah...tapi usahalah.

Move on tu satu benda yang bagus. Yang akan buat engkau muhasabah balik segala tindakan engkau. Kalau sebelum ini engkau tinggalkan kawan-kawan demi kekasih, sekarang kawan adalah pendorong utama untuk kau move on. Keluarga juga. Dan yang paling penting, yang mengatur semua suratan takdir diri kau. Yang kat 'atas' sana tu. Bila move on, janganlah musnahkan diri sendiri ya. Ingat, mugkin bukan dia yang terbaik buat diri engkau, dan mungkin bukan engkau yang terbaik untuk dia. Kembali pada Tuhan. Insya Allah, kau akan berjaya move on dengan cemerlang.

entri lama: awal-awal move on dulu
sisi lain move on: moving on is not just for love (promote sikit)
sekian.

Wednesday, May 1, 2013

Anak-anak mak ayah dah besar

Terjaga dari tidur, susah nak tidur balik. Sekarang sana sini orang cakap pasal inikalilah, ubah, tukar. Well aku tak nak cakap pasal PRU kali ni. Aku nak cerita pasal ubah. Means ubah diri sendiri untuk menjadi orang yang lebih baik. Well, penghujung Julai tahun ni insyaallah umur aku akan masuk suku abad. Ye, dah nak masuk 25 dah aku dan masih single. Ha ha ha. Tak sedar sangat umur dah banyak...kawan2 sebaya almost all dah bertunang berumah tangga bagai. Well, jodoh tu pun part of rezeki kan..mungkin rezeki aku kat situ tak ada lagi. Doakan mudah-mudahan cepat aku bertemu jodoh.

Bila aku 25, maksudnya adik aku yang tengah dah nak masuk 23. Woow..dah besar ok. Dah lepas umur mengundi dah. Macam tak percaya pulak..well, aku masih rasa yang adik2 aku kecil lagi. Sekarang, alhamdulillah aku dah bekerja. And the second one pun dah habis diploma. Melihat dia struggle untuk hidup buat aku muhasabah balik. Itu jalan yang dia pilih... lagi pula anak lelaki. Mesti nak hidup atas kaki sendiri. Macam aku, ditakdirkan aku posting di tempat sendiri memang duduk rumah famili la kan selagi belum bersuami. Sebab tipikal. aku anak perempuan...

Dan aku sangat jeles melihat students2 aku yang sangat indipendent. Berdiri atas kaki sendiri. Well, faktor keadaan ekonomi keluarga juga sangat mempengaruhi kat situ. Sebab nak dibandingkan aku dengan mereka sangat jauh beza. Same goes to my brother. He's struggling hard untuk hidup sendiri. Dan kita dua2, habis belajar dibebani dengan hutang yang perlu dilunaskan...*sedih*

Bila aku dan adik-adik membesar, aku juga hampir terlupa yang mak dan ayah semakin berumur. Mereka semakin tua..dan itu menyedihkan aku. Tak boleh ke mereka muda sentiasa? Boleh, insyAllah di syurga yang abadi...jangan lupa untuk sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita. Bila sampai tahap ni, niat aku hanya nak menggembirakan mereka. Cuba nak membalas budi mereka yang dah jaga aku selama hampir suku abad ni. Ya Allah, memang tak terbalas walau dengan wang ringgit. So, duduk kat rumah tu kena rajin2 la ringankan tulang. Macam mana aku tahan perasaan aku nak marah kat anak murid, macam tu juga la aku rasa parents aku bersabar dengan perangai anak-anak dorang.

Aku belajar dari pengalaman. Aku belajar dari pemerhatian. Aku belajar dari pembacaan. Niat dalam hati hanya satu, aku nak berbakti kepada kedua-duanya selagi hayat mereka dikandung badan. Ok, part ni aku dah mula sedih. Aku berharap sangat aku menjadi anak yang baik untuk mereka dan mereka redha ke atas aku...siapa tak nak cium bau syurga kan? I love you mak, ayah. Walaupun tak tunjuk depan-depan, aku tunjuk dengan perbuatan. Semoga Allah redha. Ameen.

Thursday, April 18, 2013

Ohh..pelajar-pelajarku

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sudah masuk April. Hampir genap setahun aku bergelar guru secara rasminya. Secara total. Bila dah jadi cikgu ni pagi petang siang dan malam memang asyik fikir pasal sekolah, pelajar, PBS, buku rekod, bla bla bla. Dan sememangnya tugas guru masa kini tersangatlah mencabar. Lebih-lebih lagi mengajar generasi-Y. Generasi yang boleh aku kata banyak sangat cabaran bagi mereka. Dah nama pun generasi-Y ni mereka sememangnya celik IT, celik teknologi. Malah mereka punya gadget mengalahkan cikgu-cikgu mereka.

Dan disebabkan itu, aku sendiri tidak terlepas dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang maha berat ni. Sudah menjadi lumrah bila kita sayangkan seseorang itu, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengetahui apa yang dia buat bukan? Dan terkadang aku semacam kesal menjadi seorang guru yang celik twitter, facebook, blog dan sebagainya. Kerana secara tak langsung aku akan terdedah dengan peragai sebenar mereka ini. Ohh...sungguh aku katakan, kebenaran itu sangat perit untuk aku telan.

Di sekolah mereka kurang adab, tak mahu belajar dengan alasan mereka sudah tiada exam PMR, yang Islam, tidak mahu solat. Ok, aku bercakap skop sekolah aku ya. Umur mereka sekitar 13, 14 tahun. Jangan fikir aku samakan semua pelajar, tidak sama sekali. Ok, bab solat tu aku tersangatlah sedih. Dipaksa, dikejar, dah sampai surau masih tak nak juga solat. Sanggup lari. Ya Allah, jika inilah gayanya, bagaimana nanti mereka mahu memimpin negara. Kalau yang perempuan pula, di luar sekolah itu memang hilanglah tudungnya. Ohh..untuk pengetahuan kepala aku masih tidak boleh terima yang mendedahkan rambut itu perkara biasa. Aku ortodoks. Itu belum lagi masuk bab bercinta. Bayangkan baru tingkatan 2 sudah ber'mama' ber'papa'...aduh...

Yang aku hairannya, mereka semacam sudah hilang perasaan malu dalam diri. Baik lelaki, baik perempuan. Menjerit, melolong, perkataan-perkataan yang negatif tu jangan cakap la..pelajar melayunya begitu, pelajar cinanya begini. Aku juga pernah di'cib*i' di'lanc*u' oleh pelajar aku sendiri. Tanpa rasa hormat. Sehinggakan aku merasakan aku ini hanyalah patung bernyawa yang hidup tanpa perasaan, yang boleh disepak, dipijak. Rotan? Jauh sekali. Denda? Cubit? Silap-silap haribulan cikgu juga disamannya. Cikgu juga yang salah. Ibu bapa zaman sekarang hanya tahu menangkan anak tanpa usul periksa.

Itulah pelajar-pelajar aku. Ditegur cara baik, ulang lagi perkara yang sama. Diguna cara kasar memberontak, maki di twitter. Tak pasal-pasal cikgu itu juga yang s**l, b**i, f**k. Lalu bagaimana??

Wednesday, March 27, 2013

Lidah tidak bertulang

Assalamualaikum semua..
Ok dah lama gila aku tak update blog ni. Dah berhabuk bersawang bagai dah. Dan bertukar template lagi. Hm.. back to basic katanya...
Sekarang aku kat perodua tunggu servis kereta kesayangan aku tu. Ok, lagu dia pasang kat luar semua best2. Dan disebabkan influence lagu Aishah yang aku dengar tadi maka itulah tajuk post aku, lidah tak bertulang. Betul, lidah tu tak bertulang sebab tu kerana lidah berlaku pergaduhan, salah faham dan pertelingkahan.
Betullah peribahasa orang dulu2, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Jap2, apa kaitan santan dengan pulut eh? Ok... aku memang tak tau. Sebab tu sebelum mengeluarkan kata2 mesti kena fikir dulu. Hati orang kan... siapa yang tahu. Depan kita da tak tunjuk tapi siapa tahu dia mengamuk pulak kat twitter. Opss!
Kuasa yang ada pada kata2... ia boleh membina semangat orang dan juga boleh menjatuhkan orang lain. Kerana mungkin dengan kata2 kita tu ia akan memberi kesan seumur hidup pada seseorang. Lontarkan kata2 yang positif agar orang disekeliling kita mendapat manfaatnya.
Salam ceria.

Friday, January 25, 2013

Pelajaran baru 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah hampir sebulan berada dalam tahun baru. Cepat betul masa bergerak. Pantas. Dah banyak juga pelajaran yang dikutip. Belajar dengan pelajar sendiri. Belajar menjadi ikhlas. Belajar bekerja dengan orang yang mempunyai kuasa. Belajar mengawal emosi. Belajar menghargai kelebihan dan kelemahan orang lain.

Ahh...banyak. Dan yang paling penting, belajar untuk keluar dari 'comfort zone'. Ya..bila berlaku sesuatu yang tidak terjangka oleh akal, sungguh menguji ketahanan mental dan fizikal. Dan aku sedang belajar. Belajar menerima hakikat itu.

Dan kita takkan pernah berhenti belajar. Walaupun sudah menjadi 'pengajar', proses itu tidak akan terhenti. Malah ketika sedang bekerja juga kita sedang belajar. Belajar dari pengalaman. Belajar dengan orang sekeliling. Banyak yang ingin aku kongsikan tentang pelajaran yang aku dapat. Banyak.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, masuk tahun baru menandakan bertambah juga umur. Bertambah kerutan dan kedutan di wajah. Apapun, di awal tahun ini aku belajar untuk menjadi diri sendiri. Belajar untuk memahami diri sendiri yang terkadang susah untuk makan ajar. Belajar untuk menjadi tenaga pengajar yang terbaik buat pelajarnya.

Monday, December 24, 2012

Sabar menunggu

Masuk je mesti terus cari mesin kecik tu
Yang bila ditekan akan mengeluarkan kertas yang kecik juga
Ambil dan tengok nombor
Allah... itu yg mampu diucapkan dalam hati
Lama lagi ni...
Hati masih lagi berkira-kira
Nak tunggu atau nak pergi tempat lain dulu
Nak duduk pun penuh
Haih.. garu kepala.
Nak bayar hutang ni
Karang tak bayar aku jugak yang susah
So?
Paksa rela la kena tunggu
Sabar...

Tuesday, December 18, 2012

Esok result PMR

Aku tahu dia berdebar.
Walaupun dia tak tunjuk.
Aku tahu dia risau.
Walau muka dia nampak tenang.
Aku tahu dia takkan boleh tidur malam ni sebab hatinya resah.
Esok keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan.
Satu keluarga berharap padanya.
Berharap dia antara yang cemerlang.
Kerana dia yang paling kecik dalam keluarga.
Aku juga tidak ketinggalan merasai debaran itu.
Sampai demam dibuatnya.
Alahai, kena gagahkan jua kerana esok ada tugas yang menanti.
Semoga keputusannya cemerlang.
Aameen.

Monday, October 15, 2012

Aku sudah tiada jiwa blogger kah?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar? Aku harap kalian sihat-sihat selalu. Aku sudah tiada jiwa blogger? Satu persoalan yang harus dijawab. Menjadi seorang blogger itu perlukan jiwakah? Menjadi seorang aku, setiap kali melihat dashboard, idea yang sebelumnya mencurah-curah hilang entah ke mana? Buktinya, blog aku berhabuk bersawang dan berdebu tanpa sebarang entri. Petanda apakah itu?

Menjadi seorang blogger itu perlukan komitmen. Setuju? Kerana setiap blog itu pasti ada pembacanya tersendiri. Bila ada pembaca, haruslah ada entri-entri yang terkini. Betul tak? Blog aku ini entahkan ada pembaca ke tidak ya? Oh...jangan tertipu dengan bilangan follower itu. Kerana itu tidak mencerminkan bilangan trafik anda...

Lalu mengapa tidak update? Jawapan cliche - tiada masa. Ya...kekangan masa membuatkan blog aku terbiar sepi tanpa entri. Terbiar tidak dijaga. Mengapa tidak schedule post sahaja? Entah...kerana aku tidak tahu penyakit apa yang menjangkiti diri aku kerana aku buntu, stuck tiap kali aku punya niat untuk update. Oleh itu, kepada kalian yang masih berjiwa blogger, teruskan menulis. Jangan jadi seperti aku...jiwanya ada, tapi komitmennya entah ke mana. Ikut sedap jari, sesedap rasa bila aku mahu menulis.

Oh ya, hari ini merupakan kertas terakhir bagi calon-calon PMR yang tidak mengambil subjek Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Sudah "Merdeka" lah ya. Mesti seronok bukan main. Tapi harus diingat, dalam seronok-seronok tu, jangan tinggalkan buku terus ya. Anda masih ada 2 tahun lagi sebelum peperiksaan yang paling besar iaitu SPM. Tapi kalau nak release tension tu bolehlah...dipersilakan...
Buat calon-calon yang akan mengambil peperiksaan hari esok, selamat maju jaya diucapkan. Jawablah sehabis baik agar mendapat keputusan yang cemerlang. Kelebihan pada diri anda kerana mengambil subjek lebih daripada orang lain. Aku juga begitu suatu masa dahulu :)

Sebelum aku merapu entah apa-apa lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah walau sekejap ke blog usang aku ini. Yang meninggalkan komen apatah lagi. Aku sangat-sangat menghargainya. Terima kasih.

Sunday, July 1, 2012

Deja vu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


"deja vu"
satu term yang susah nak diterangkan. Kadang-kadang terjadi pada aku. Yang bila sesuatu berlaku (in the present), aku akan terhenti untuk berfikir yang, "eh, macam dah pernah berlaku je" (in the past)
walaupun yang macam pernah berlaku tu hanya dalam mimpi, atau angan-angan atau bayangan aku.
Menakutkan jugak bila fikir balik. Tak logik pun ye jugak.
Tapi satu yang aku tahu, lagu dejavu by shila amzah memang best!
Bagi aku. Telinga korang aku tak tahu la..
Dan bila aku merasakan sesuatu itu deja vu, selalunya aku akan diamkan saje..


Korang pernah ke alami apa yang pernah aku alami?

Sunday, May 13, 2012

Mula-mula kenal blogger

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masa tu tahun 2009, masih lagi dalam pengajian. Semester 6 kalau tak silap. Sebelum tu ada juga kawan-kawan yang sudah mempunyai blog, tapi tak takde inisiatif pun nak pergi tengok. Tapi, selepas mendapat tugasan dari pensyarah, pulak tu nak kena hantar melalui penulisan artikel di blog, masa tu barulah mula nak explore dunia blog ni. Terkial-kial jugalah masa tu.

Masa tu design blog ke, follower ke, segmen ke semua tak ambil kisah.. yang penting tugasan siap dan dihantar sebelum tarikh akhir penghantaran. Tapi lepas tu, mula timbul minat nak tambah kawan-kawan blogger, rasa nak cantikkan blog sendiri..nak ada bloglist..bermula dari minat tu aku belajarlah serba sedikit pasal blog ni. Mula-mula tu macam pelik je nak join segmen dengan giveaway. Tapi dengan segmen, giveaway dan contest lah membolehkan kita mendapat kawan-kawan blogger yang baru.

Gambar ada kaitan ke? sumber

Sampai sekarang, aku masih lagi setia dengan blogspot ni. Walaupun dah tak sekerap dulu aku update tapi blog tetap di hati. Dan aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi jadi kawan-kawan aku dalam dunia maya ni. Apa yang baik dari blog aku ni, moga dapat dijadikan pengajaran dan yang buruk tu moga mendapat teguran untuk penambahbaikan...

Tuesday, May 8, 2012

Iron lady

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Kadang-kadang aku suka perasan yang aku ni iron lady. Sebab, time senggugut nak guling-guling pun masih boleh lagi drive balik rumah. Memang perasan kan? Bila macam tu aku selalu terbayangkan perasaan seorang isteri yang dah sakit nak beranak drive sorang-sorang pergi hospital. *Pengaruh novel punya pasal la ni*

But then, bila fikir balik...seorang ibu itulah iron lady yang sebenar. Aku yang baru bekerja ni pun dah terlepak dah bila balik rumah. Tak sempat dah nak peduli hal keliling. Tapi seorang ibu tidak... Dengan suami kerja jauh.. (weekend husband)..Seorang ibu, bangun awal pagi nak masakkan makan tengah hari untuk anaknya yang akan lapar bila balik sekolah nanti... Kemudian sebelum pergi kerja, sempat lagi sidai kain... Balik kerja pulak, sambung lagi buat kerja rumah..melipat kain, menyapu sampah dan pastikan anak-anak dan rumah dalam keadaan selamat. Dan rutin itu berulang setiap hari.

Pernah aku terfikir, bolehkah aku menjadi sekental ibu? Menjadi segagah ibu? Menjadi sepenyayang ibu?
Dan aku rasa aku tahu kenapa ibu boleh...
Sebab, dalam diri ibu ada satu rasa tanggungjawab untuk keluarganya..Sama juga contoh seorang doktor yang akan mengulurkan bantuan bila berlaku hal-hal kecemasan di luar hospital walaupun dia sebenarnya sedang bersantai atau bercuti. Dan seharusnya tanggungjawab aku sebagai anak pula untuk tidak membebankan ibu...membantu ibu mana yang boleh dibantu...dan pembelajaran ini akan mengambil masa untuk menjadi sebati dengan diri.. tidak semudah 1+1=2.

Aku harap aku juga mampu menjadi iron lady seperti ibu.

p/s: Maaf atas penggunaan bahasa rojak dalam entri...

Friday, May 4, 2012

Kekok

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah lama tak menulis. Rasa kekok sangat. Tulis pun merangkak-rangkak. Satu-satu fikir ayat. Well, lepas post Wordless Wednesday #26 tu, bukan tak nak update...tapi...

Haih, sebab tu kena ingat masa lapang sebelum sempit...kesibukan yang amat sangat. Padahal kalau dengar cakap-cakap orang, "alah..cikgu apa yang sibuknya". Tapi hakikatnya...cikgu itu jugalah yang tahu kesibukan itu.

So, dalam lama tak menulis ni, banyak sangat sebenarnya nak cerita. Bila dah berjiwa blogger ni, nampak sesuatu je fikir nak blog, berlaku sesuatu je nak blog. Tapi tu semua hanya sempat dalam kotak fikiran je..tak sempat nak menekan di keyboard. Oh yes, tempoh perkhidmatan INTERIM aku dilanjutkan. Dan dikatakan mungkin akan tamat dalam masa terdekat. Entahlah....malas dah nak berharap. Kalau ada rezeki aku posting tahun ni, adalah tu. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing...

Dalam kekok-kekok ni, dapat jugak aku tulis satu entri. Sorry guys, blog lama tak berupdate. Lama tak blogwalking. Oh well, statistik blog aku pun macam dah nak masuk bawah tanah je. Haha...penangan sawang-sawang kat blog aku banyak sangat. 

Well, selamat berhujung minggu semua~

Tuesday, April 3, 2012

Perubahan yang tidak disedari

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hari-hari lalui rutin yang sama. Bila jumpa kawan lama, bertanya khabar. Wah...kau banyak berubahlah. Orang yang melihat nampak perubahan yang berlaku, tapi kita empunya badan kadang-kadang tak terasa pun perubahan itu.

Cuma bila ditegur, baru perasan. Dan aku juga baru perasan yang aku telah banyak berubah. Kalau dulu belajar, sekarang sudah bekerja. Kalau dulu duduk sebelah pemandu, sekarang diri sendiri yang duduk di tempat pemandu. Kalau dulu ikut keputusan orang lain, sekarang dah boleh buat keputusan sendiri.

image via

Sebenarnya setiap hari berlaku perubahan itu. Sebab setiap hari kita akan belajar benda yang baru, jumpa benda yang baru. Cuma konteks belajar dahulu dan sekarang sudah berbeza. Dulu belajar, belajar, belajar kemudian exam tapi sekarang belajar apa yang dikatakan sebagai asam garam kehidupan.

Untuk perubahan akan datang aku cuma berharap agar perubahan itu merupakan perubahan yang positif yang akan memberi kebaikan dan manfaat buat orang disekeliling aku.

Thursday, March 29, 2012

Kesibukan yang amat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat pagi. Ha..sempat lagi nak update walaupun nak pergi sekolah dah kan... minggu ini memang minggu yang sangat sangat sangat sibuk bagi cikgu-cikgu macam aku ni. Sebab minggu ni minggu terakhir kami berkhidmat di sekolah. Banyak tugas yang perlu diselesaikan. Banyak buku yang perlu ditanda. Projek mural dan bermacam-macam projek lagilah. Doakan aku dapat sempurnakan tanggungjawab yang diberi. Minggu depan? Free....boleh update hari-hari!

Sunday, March 18, 2012

p tido esok sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Setelah seminggu beristirehat, akhirnya esok kembali bertugas seperti biasa. Mesti ramai yang cakap,"Sekejapnya cuti..tak terasa pun." Apa boleh buat.. Aku pun termasuk salah seorang yang cakap macam tu. Mana nak rasa cuti. Tanda kertas exam, buat teks syarahan, buat slaid alih-alih dah nak naik balik dah. Takpe, takpe, demi amanah yang dipikul..kugagahi juga.. Ha...yang ada homework tu dah siap belum? Jangan esok dah kena denda dengan cikgu sebab tak siap homework sudahla ye?

Dah pukul 11 lebih... kecik-kecik dulu, waktu macam mak dah hambat suruh tido dah ni. Esok sekolah..nanti liat pulak nak bangun pagi. 

image via

Mata dah mengantuk. Tengok kucing-kucing ni lagi tambah mengantuk. Selamat malam semua.
Selamat bertugas. Selamat kembali ke sekolah.

Wednesday, February 29, 2012

Sekali dalam 4 tahun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masa buat buku rekod petang tadi baru perasan, eh, hari ni 29 feb rupanya. Besok dah 1 Mac...cepatnya masa berlalu. Macam air. Buat sesiapa yang menyabut hari lahir pada hari ini, selamat hari lahir. Empat tahun sekali tu baru baru boleh wish happy birthday. Kalau umur panjang, kita akan jumpa lagi 29 feb empat tahun dari sekarang.

So, hari ni, hari yang lebih penat dari biasa. Mungkin sebab kerja lebih masa. Tapi confirm, kejap lagi mesti susah nak tidur. Otak tu ligat berfikir. Selalunya macam tu lah.Tahu-tahu je dah pagi. Sambung lagi rutin harian macam biasa. Semoga esok akan lebih produktif dari hari ini.

Sedap pulak aku tengok ceri ni
eh? link