Showing posts with label field trip. Show all posts
Showing posts with label field trip. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Dimandikan gajah

...ini juga adalah pengalaman yang tak akan dilupakan selagi aku masih bernafas di dunia ini...

Lepas ke Deerland, kami ke Kuala Gandah pula...
Sampai di sana, kami mendaftar masuk dan terdapar dua warna sticker diberikan.
Merah: Melawat sahaja
Kuning: Menunggang dan memandikan gajah





Selesai acara menunggang gajah, tibalah masa untuk memandikannya atau kami yang dimandikan?






Begitulah acara memandikan gajah tersebut...
tapi, sebenarnya siapa yang mandikan siapa nie??
hmmm...

Saturday, August 7, 2010

Sehari yang tidak mungkin dilupakan

Salam. Field trip sem ni, kami ke Deerland, Pahang. Seronok sangat. Terima kasih kepada jawatankuasa yang mencadangkan tempat ni. This is one of my precious memory...memang tak akan dilupakan pengalaman semasa dikelilingi oleh rusa masa bagi makan, monyet lompat atas kepala, pegang ular, beruang...tgk kucing hutan..burung puyuh (baru kenal kot), kancil dan byk lagi la. InsyaAllah, kalau ada umur lagi, nak ajak famili pergi sana atau mungkin bawak pelajar pulak ke sana. Gambar kenangan...




pembetulan: Ini adalah rusa Javan Rusa
Yang ni namanya Muda. Bulunya tidak selembut 'teddy bear' kat kedai ye.

Friday, March 26, 2010

Kuala Selangor

Fieldtrip yg terakhir..
Ke Kuala Selangor
Bukit Malawati
Memerhatikan lakuan monyet perak (Silver leaf monkey)
Berpeluang menyaksikan kelip-kelip
Di kg Kuantan
Masyaallah...indahnya ciptaan Tuhan
Kemudian menerokai alam paya bakau
kat Taman Alam

Gambar kenangan. Peace v(^_^)

 Sangat cumil gaya monyet ni

Warna anak monyet ini ialah oren
Di pintu masuk Kampung Kuantan

 Pantang larang yang perlu dipatuhi

Ketam - merah

Ketam - biru

Ikan belacak @ tembakul

Rama-rama

Thursday, March 11, 2010

Teluk Senangin

Salam. 
Sudah hampir dua minggu tidak meng'update' kan blog ini. Dek kerana kekangan masa yang amat sangat. Ok, nak flash back sikit masa pergi Teluk Senangin 2 minggu lpas. Secara keseluruhannya, Teluk Senangin tu cantik tempatnya. Seronok sangat kat sana, cuma dapat pengalaman baru iaitu minum, makan dan mandi air paya. Serius rasa macam air karat. Kitorang bercuti kat sana 3 hari dua malam. Siap la dengan barbeku, mandi laut segala. Tapi, tugasan tetap perlu dilakukan. Maka pada hari kedua kami di sana, satu hari berjemur kat tengah panas kat pesisir pantai tu. Akibatnya, kitorang semua balik dah jadi dayang senandung. Sunburn.

Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua kengkawan untuk memori terindah itu. Walaupun masing-masing kepenatan, namun wajah keceriaan dan rasa puas masih terukir di wajah kalian semua. Sikap saling membantu, kerjasama dan komitmen  yang diberikan dapat dilihat semasa field trip tersebut.
Kepada Aa, Dayah, Fareha dan Nad: THANK YOU GUYS. Sayang korang..







Thursday, February 18, 2010

Gunung Lang

Alhamdulillah, tercipta lagi sebuah kenangan manis selama dua hari satu malam di Ipoh, Perak. Field trip kali kedua ini bertempat di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Perjalanan ke Ipoh mengambil masa selama dua jam dari tg malim. Sampai je Gunung Lang, masing-masing dengan riak muka teruja dengan pemandangan yang sangat cantik. Untuk ke camp site, kami dikehendaki menaiki bot kerana kawasan rekreasi tersebut dikelilingi oleh tasik serta gunung batu kapur. Setibanya di camp site, seperti biasa iaitu aktiviti memasang khemah dan settle down barang masing-masing. Kali ni, kitorang dapat khemah yang special sedikit sebab boleh memuatkan sehingga 8 orang satu khemah. Juga terdapat satu ruang untuk beristirehat dan sembahyang. :)

Kumpulan kami mendapat tugasan tentang kepelbagaian serangga dan burung. Selepas taklimat daripada pensyarah, kami meneruskan aktiviti memasang jaring burung dan menangkap serangga. Untuk menangkap serangga, dua cara digunakan iaitu "pit-fall trap" dan menggunakan sweeper. Petang itu, saya dan asz berkejar-kejaran dengan pepatung di tengah padang yang panas. Last-last pepatung juga yang menang. Hasil tangkapan pada petang itu hanyalah kupu-kupu kecil, belalang, cengkerik dan pianggang.

Pada sebelah petangnya, hujan turun mencurah-curah ke bumi mengingatkan saya dengan field trip di Sungkai. Hujan turun dengan sangat lebat. Namun itu tidak mematahkan semangat Fadh, Aida, Mas, Dayah dan yang lain-lain untuk bersama-sama menyiang ayam untuk barbeku pada sebelah malamnya. Dalam hujan lebat kitorang buat kerja. Memang pengalaman yang tak akan dilupakan. Habis semua basah lencun. Sejuk usah cerita. Alhamdulillah, menjelang Isyak, hujan berhenti dan aktiviti diteruskan dengan persembahan daripada setiap kumpulan. Persembahan kumpulan Asyraf mendapat tempat pertama pada malam itu. Cerita tentang keluarga siamang. Best. Persembahan kumpulan lain juga tak kurang hebatnya. Kemudian aktiviti diteruskan dengan membakar ayam untuk barbeku. Jam 1 pagi, melelapkan mata.

Pagi Ahad, selepas bersarapan kami hanya memeriksa perangkap serangga dan melihat jaring. Tiada tangkapan bagi burung mungkin disebabkan oleh hujan lebat pada petang semalam. Untuk serangga pula, kami meneruskan pencarian sehingga jam 11. Teruja sangat bila dapat tangkap rama-rama dan pepatung. Alahai, macam budak kecil pula rasa. Tepat jam 11 kami berkumpul dan mengemas kembali tapak perkhemahan dan selepas makan tengahari, kami bertolak pulang ke tg malim.






p/s: Gambar terakhir ini daripada asz. Suka gambar ni :)

Kepada kumpulan satu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ijat, Kak Ecah, Asz, Izzati, Sue, Ct, Aini dan Fizah atas kerjasama daripada korang semua. Jumpa lagi.

Sunday, January 31, 2010

Seminggu selepas field trip

Salam
Terasa masa sungguh cepat masa berlalu. Sudah seminggu selepas pergi field trip ke Sungkai. Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku di sana. Walaupun terpaksa menghabiskan cuti hujung minggu di dalam hutan, namun pengalaman yang ditimba sungguh bermakna dan bernilai. Program selama tiga hari dua malam di sana sangat memberi manfaat kerana banyak input baru yang didapati di sana. Antara aktiviti yang dilakukan di sana ialah:
  • Pemasangan perangkap (kaedah tangkap, tanda, lepas dan tangkap kembali)
  • Night walk (melihat padok rusa dan seladang)
  • Mendengar taklimat dari wakil PERHILITAN
  • Jungle trekking (ada 3 trail iaitu sg. milo, pembalakan dan seladang)
  • Pemahaman ekosistem hutan - kuadrat
  • Sesi pembentangan
Secara keseluruhannya seronok sangat kat sana walaupun kepenatan yang amat sangat. Hari first sampai hujan lebat sangat sampai khemah banjir, menangkis serangan pacat-pacat, khemah xjadi,macam-macam...

Kepada Kak Ecah, Asz and Ijat: BIG thanks from me...I had a very wonderful moment with u guys...:D Tidak lupa juga kepada teman sekhemah aku..aa, dayah, fareha dan liza...terima kasih eh korang...

Bergambar bersama lecturer

 
Nampak tak katak bertanduk?

  
Semasa membuat kuadrat

 
Enggang yang sangat jinak

Insyaallah, minggu depan ada field trip lagi. Ke Gunung Lang pulak :)

Friday, January 22, 2010

Off to field trip

Salam. Petang ini selepas Jumaat akan bertolak ke Sungkai. Ada kerja lapangan untuk subjek Ekologi.

Tarikh: 22-24 Januari 2010
Tempat: Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai
Harapan:
  • Aku harap field trip yang pertama ini berjalan dengan lancar hendaknya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
  • Kerjasama dan komitmen dapat disumbangkan oleh setiap ahli kumpulan.
  • Semoga kami semua berada dalam lindungan Allah hendaknya.
p/s: Semalam petang hujan. Bila hujan pacat = semakin banyak. Er...faham-faham saje lah...PACAT!! Mak tolong!