Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Ohh Yuna

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Tak tahu kenapa suka sangat Yuna. Suka dengar suara dia. Lagu-lagu dia...
Inspiring. Tak sabar nak tunggu album dia yang terbaru dilancarkan - Nocturnal
Setakat ni, lagu-lagunya boleh dikatakan rancak, happy gitu.
Yang dah dengar setakat ni untuk album Nocturnal
I wanna go, rescue, falling & colours


Ya Allah, semua best. Untuk album kali ini aku rasa lain sikit lagu dia.
Sebelum ni lagunya more to sedih sentimental gitu.
And Yuna punya vlog tour pun aku dah tengok semua.
Susah senang dia kat negara orang.
All the best Yuna..!

Album baru dia release 29 Oktober ni.
Will get it soon!

Saturday, April 6, 2013

Kyle Hanagami

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ok, tiba-tiba je update pasal Kyle Hanagami ni kan.. sebenarnya aku tak kenal pun dia siapa, tapi sebab Bruno Mars punya pasal aku boleh tertengok video-video dari si Kyle ni. Ceritanya macam ni, dua tiga hari ni dalam kepala aku asyik bermain lagu 'locked out of heaven' je memanjang...habis semua video kat youtube tu aku tengok aku rasa. Ok, tu tipu. Takde la semua, tapi banyak jugak la.

Duk sedap-sedap skrol aku punya hp kesayangan tu kan...tiba-tiba jumpa la si kyle ni. Ohh..sangat kool video dia. Siapa Kyle Hanagami ni?

Jeng jeng jeng

kyle hanagami
image: google image

Ha..tu dia si Kyle tu. Dia merupakan seorang koreografer atau dalam bahasa mudahnya ialah cikgu tarian ler. Serius semua koreografi dia kool habis. Penuh emosi. Dan yang penting best. Bagi aku la. Mungkin bagi orang lain biasa je. Tapi aku suka je tengok orang menari walaupun aku tak pandai menari. Ha ha ha. So kalau nak tengok kehebatan si Kyle ni, sila lah ke youtube sendiri ye. Antara video yang aku suka dari Kyle:

1. Locked out of heaven
2. Marry me
3. The lazy song
4. Give me love --> video latest dia

Oh, kalau tak silap aku dia ada keturunan Jepun sikit. Nama pun Kyle HANAGAMI kan...
ok. bye.
selamat berhujung minggu.

Monday, December 14, 2009

Derita merindu

Aku suka dengan lagu ini. Derita merindu. Lagu yang cukup mendalam maknanya. Credit to Ahli Fiqir =)

"Seandainya kau berada di depan mata Mudah untuk aku berkata-kata Supaya dapatku melihat seraut wajahmu Walaupun belum tentu kau mahu bertemu Apalagi memandangku Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan… Aku masih terkilan"
Hmm...macam terkena batang hidung sendiri pula. Iyakah??