Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Rindu kali sejuta

Kau teringat 'kawan' lama kau
Kau peluk teddy dia bagi tiap-tiap malam
Kau nak text tapi takut tak dilayan
Kau nak call tapi takde kekuatan
Kau nak jumpa tapi malu
Kau sengaja buat helah konon-konon nak tanya khabar
Padahal kau nak bagitahu, "aku rindu kaulah bodoh"
Kau tak pasti sampai bila kau akan begini
Dah bertahun-tahu berlalu masih tak kebah, masih lemah, masih berharap
Cepatlah sampai utusan keramat
Agar kau lenyap dari ingatan
Agar aku tak rindu kau lagi

Wednesday, February 5, 2014

cakap siang pandang-pandang

Menjadi diri aku, kadang-kadang amat payah
mata aku cepat nampak kesalahan
telinga aku cepat tangkap kata-kata sinis
terutama bila aku menjadi fokus umpatan itu
ohhh...sungguh aku tidak sanggup mendengarnya

hati pedih, mata menyampah lihat si pengata
sekali lagi otak berperang dengan hati
otak kata sabar
hati kata menjerit
ah, diamkan saja agar tidak berubah riak
dalam hati Tuhan saja tahu

aku akui satu perkara
kadang-kadang kita tak sedar kita mengata orang
tapi bila kita berada di tempat dia...
baru kita tahu apa rasanya
juga bila diri kita dibanding-bandingkan
kita, cara kita. mana sama dengan orang lain kan?

betapa susahnya untuk tidak menghakimi orang lain.
begitu susah juga untuk menjaga agar tidak mengata orang
kena kat batang hidung sendiri baru tahu kan....


**tetap cuba untuk bersabar selagi mampu
-agha-

Sunday, September 1, 2013

Guilty pleasure

Minum air. Seteguk.
Tengok dia.
Skrol timeline twitter.
Tengok dia lagi.
Skrol, skrol
Minum air.
Sabar..sabar..
Tapi, mata ni degil.
Toleh lagi.
Telan air liur.
Ok.
Surrender.

Friday, August 23, 2013

Halwa telinga

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sejak akhir-akhir ni, 10 buah lagu yang aku ulang-ulang dengar:

1. I miss you (Incubus)  - cover by Yuna
2. Stand Up - J-Min (OST To the beautiful you)
3. Lullabies - Yuna
4. Decorate - Yuna
5. When I was your man - Bruno Mars
6. Why did you come now - Jung Yup (OST I hear your voice)
7. Thinking Bout You (remix) cover - Eanmusic (soundcloud)
8. Keroncong untuk Ana - Qi ft Yuna
9. I wanna go - Yuna
10. Locked out of heaven - Bruno mars

So, tu la yang aku dok ulang-ulang dengar.
Nak menghabiskan tag sebenarnya. Dah dua tahun tak siap-siap lagi. LOL
Nak tahu pasal apa? Klik sini.

Saturday, April 6, 2013

Kyle Hanagami

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ok, tiba-tiba je update pasal Kyle Hanagami ni kan.. sebenarnya aku tak kenal pun dia siapa, tapi sebab Bruno Mars punya pasal aku boleh tertengok video-video dari si Kyle ni. Ceritanya macam ni, dua tiga hari ni dalam kepala aku asyik bermain lagu 'locked out of heaven' je memanjang...habis semua video kat youtube tu aku tengok aku rasa. Ok, tu tipu. Takde la semua, tapi banyak jugak la.

Duk sedap-sedap skrol aku punya hp kesayangan tu kan...tiba-tiba jumpa la si kyle ni. Ohh..sangat kool video dia. Siapa Kyle Hanagami ni?

Jeng jeng jeng

kyle hanagami
image: google image

Ha..tu dia si Kyle tu. Dia merupakan seorang koreografer atau dalam bahasa mudahnya ialah cikgu tarian ler. Serius semua koreografi dia kool habis. Penuh emosi. Dan yang penting best. Bagi aku la. Mungkin bagi orang lain biasa je. Tapi aku suka je tengok orang menari walaupun aku tak pandai menari. Ha ha ha. So kalau nak tengok kehebatan si Kyle ni, sila lah ke youtube sendiri ye. Antara video yang aku suka dari Kyle:

1. Locked out of heaven
2. Marry me
3. The lazy song
4. Give me love --> video latest dia

Oh, kalau tak silap aku dia ada keturunan Jepun sikit. Nama pun Kyle HANAGAMI kan...
ok. bye.
selamat berhujung minggu.

Tuesday, January 29, 2013

Kisah di pagi hari

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Selamat pagi! Senyum sikit.. barulah semangat macam tu.
Ok, nak cerita sikit apa yang berlaku pagi ni. Alkisah malam tadi tidur lambat..tapi tak la lambat sangat. Ala-ala princess gitu la waktu tidurnya dalam pukul 12. So, pagi tadi bangun dalam keadaan terkejut lepas mak panggil nama suruh tengokkan tulang atas dapur. What?? Tulang. Dapur. Ha..mamai mamai. Ok, rupa-rupanya mak tengah rebus tulang nak buat sup. Bangun terkejut tu bukan apa, sebab ingat dah lambat nak pergi sekolah. Ha ha ha ha. Rupa-rupanya aku sekolah petang kan.. pastu mak pesan suruh aku pergi cari lengkuas kat tepi rumah. OK. Dan lepastu dia keluar pergi kerja. Yang aku ni pulak boleh lagi nak sambung tidur kan..

Wait! Tunggu jap. Lengkuas pokok dia macam mana eh?? Oh.. aku tak pernah pergi ambil lengkuas. Serai tu selalu lah. Betapa kesiannya seorang aku, pergi Google dulu pokok lengkuas macam mana. Ok, dah tahu macam mana. Yang tak tahan tu siap mesej mak balik tu pokok dia kat mana. Tak jadi tidur. Pergi cari lengkuas dulu. So, cubaan pertama memang fail la kan. Ohh, serius tak pernah ambil lengkuas. Terkial-kial jugaklah nak mengorek pasir tu, nak pastikan dapat isi lengkuas tu. Nasib baik pisau kesayangan mak aku tu tak patah. Done.

pokok lengkuas
Haa ini dia pokok lengkuas bagi siapa-siapa yang tak kenal. sumber: google image.

Masuk rumah pergi kat dapur bersihkan dan hiris masuk periuk. Letak garam dah rasa ok tutup api. Ha...sedapnya bau. Perasan pulak aku yang masak. Ha ha ha. Dah settle tu takkan tidur balik kan.. mata dah cerah ni. Kerja yang mak tinggalkan lagi - sidai kain baju. Ok. Dan lepastu entah kenapa terlebih rajin pulak nak cuci kereta. Akhirnya dalam pukul 9 suku baru masuk rumah. Apalagi. Terus cari makanan la kan, perut dah berkeroncong. Disebabkan perut aku dah rasa lain macam..maka dengan terpaksanya aku bancuh nesvita perisa honey ditambah lagi dengan 2 sudu oats.

nesvita campur oats
Gambar malas nak crop. Inilah sarapan saya hari ini.

Alhamdulillah. Perut dah terisi. Begitulah kisahnya pagi-pagi hari ni. Dan tahun ni aku mengajar sesi petang. Mengajar budak-budak form 1. Bergelumang dengan PBS la nampaknya. Nantikan kisah seterusnya...

Monday, December 24, 2012

Sabar menunggu

Masuk je mesti terus cari mesin kecik tu
Yang bila ditekan akan mengeluarkan kertas yang kecik juga
Ambil dan tengok nombor
Allah... itu yg mampu diucapkan dalam hati
Lama lagi ni...
Hati masih lagi berkira-kira
Nak tunggu atau nak pergi tempat lain dulu
Nak duduk pun penuh
Haih.. garu kepala.
Nak bayar hutang ni
Karang tak bayar aku jugak yang susah
So?
Paksa rela la kena tunggu
Sabar...

Thursday, December 13, 2012

Kerdil

Frust dengan Harimau Malaya malam ini. Geram dengan pasukan gajah yang main taktik kotor. Hah. Apa pun aku masih nak ucapkan tahniah buat pasukan Harimau Malaya yang telah mampu bertahan dengan asakan hebat Thailand. Namun ternyata rezeki tidak berpihak pada kita. Mereka bermati-matian bermain membawa nama Malaysia. Jangan patah semangat ya.

Kembali pada topik. Sungguh aku terasa kerdil apabila membaca entri2 mereka yang hebat dalam tulisannya. Yang membuatkan pembaca ternanti-nanti karyanya. Bukan seperti aku yang hanya menulis mengikut rasa. Bukan ikut bahasa. Sungguh rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan orang lain. Aku tiada bakat. Mungkin. Kerana bukan semua orang boleh menulis. Berkarya. Orang yang tinggi ilmunya sahaja yang mampu. Aku. Masih belum penuh ilmu di dada. Masih perlu belajar. Masih perlu usaha. Apa yang kita rasa juga berbeza lantas yang terlakar di fikiran juga tidak sama. Kerana kita adalah unik. Kembar sekali pun tidak sama cap jarinya.

Friday, December 7, 2012

Ku mencari tenang

Petang yang damai
Ku mencari tenang
Di tasik indah ini
Air mengalir damai
Ikan-ikan tenang mencari makanan
Bunyi itik menyapa telinga
Berteman celoteh kanak-kanak
Riang ria menunggu keputusan
Ah apa yang aku cari di sini
Tenang mungkin?
Entah...

Thursday, December 6, 2012

Khamis yang spontan 14 Semangat semangat

Bangun pagi bersiap pergi pasar beli ikan, sayur dan sarapan. Balik rumah, makan, kemas rumah, masak, dan yang paling best nak buat chocolate cake! Walaupun aku bukannya baker terhebat tapi semangat tu.. nak buat. Ahahaha. Lepastu pergi sekolah settle kan kerja sikit dan boleh balik merehatkan diri.

Oh..hari ni kertas terakhir bagi peperiksaan SPM. Kertas Ekonomi Asas 2. Jangan ada yang bawak mercun sudah la ye. Kut happy sangat dah habis exam kan...

Eh. Dah jadi panjang pulak post ni. Dah tak jadi spontan kan...tapi nak buat macam mana dah itu yang spontan aku menaip ni. Ok. Nak start buat segala benda kat atas tu. Bye.