Salam. Sekembalinya dari cuti raya yang panjang, assignment beratur berderet-deret minta disiapkan. Dan natijahnya (mcm buat karangan pulak keluar perkataan natijah) baru hari ini aku boleh online..hahaha..padahal kat rumah 24/7 online. Ya Allah, banyak sungguh kerja yang perlu disiapkan. Sekarang da macam kerja ofis...Keluar rumah sebelum kul 8, balik kul 5...(hm..xper la...anggap training sebelum masuk alam pekerjaan nanti..) Tapi kalau jadi cikgu, kul 7.30 dah kena sampai sekolah kan? Takpe, takpe..ikhlas kan hati..dapat pahala. Aku harap aku sempat la siapkan semua kerja-kerja yang banyak tu especially tesis! Huhu..orang lain dah analisis data, aku masih lagi bertungkus lumus di lab...doakan aku ye...
Showing posts with label projek akhir. Show all posts
Showing posts with label projek akhir. Show all posts
Sunday, September 26, 2010
Tuesday, July 20, 2010
Misi mencari paku merah
Wah...sudah dua hari berturut-turut aku ke pasar tg malim. Kul 7.30 dah keluar rumah. Semangat betul. Sebab apa?
Mencari segala pucuk-pucuk yang orang jadikan ubat tradisional. Selepas selesai urusan di pasar, kesemua pucuk-pucuk serta sayur-sayuran yang telah dibeli, di bawa ke makmal untuk diproses. Bayangkan, pucuk paku tu dipetik daunnya satu-persatu. Ambil masa beberapa jam jugakla.. Dan akhirnya, inilah hasilnya.
Kesemua tumbuh-tumbuhan yang siap diproses akan dijemur dan dimasukkan ke dalam oven untuk proses pengeringan. Sebenarnya, ini ialah projek thesis akhir aku. Kami berlima di bawah supervisor yang sama akan mengkaji kandungan kimia yang ada dalam tumbuhan yang orang biasa jadikan sebagai makanan/ubat tradisional. Antara tumbuhan yang akan dikaji ialah pucuk paku pakis, paku merah (pucuk midin), cekur manis, pucuk meranti, bayam keremak merah, terung pipit, peria kecil, daun kucai, daun sup, cendawan butang dan cendawan sisir. Aku harap thesis kali ni, berjaya...insyaallah...
Tuesday, June 1, 2010
Fighting!
Eksplan yang telah dikultur habis semua tercemar @ contaminate. Warghh! Hancus harapan nak balik awal. Bila dah jadi macam tu, kena buat medium baru. Kultur balik eksplan tu. Bak kata Dr Nafizah, “Contaminate tu biasa lah…Kamu kena cuba jaya dan dapatkan sistem tu dulu” Baikk..dr…
FIGHTING!
.Usaha lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)