Friday, December 11, 2009

Jangan ganggu tidurku lagi!

Kenangan itu sering datang lewat tidurku. "Pergi!" Hanya itu yang terdetik di hati kecilku. Aku tidak mahu kau mengganggu ketenanganku. Payah untuk aku lepaskan. Payah untuk aku buangkan. Namun, apakan daya. Aku hanya insan biasa...

Thursday, December 10, 2009

Masih belum mahu tidur

Haish! Sangat geram dengan blog ini. Kenapa sudah di-edit post nya tidak mau tukar? Haila. Geram. Sangat. Sekarang udah lewat malam. Tinggal saya seorang saja yang belum tidur..Mula lah nak merapu di tengah-tengah malam begini. Tak tahu mengapa, tergerak hati nak cari balik kengkawan masa sekolah rendah dahulu. Sejak pindah rumah, da 'lost contact' dengan dorang...Cari dekat facebook. Ada yang jumpa. Da kerja pun dorang. Ada yang da kahwin pun. Aku jer yang masih berjuang di medan ilmu. Takpe, takpe. Bersabarlah...Tiba-tiba rasa pedih pulak mata ni. Tu tandanya, mata ni minta berehat cik agha oi. Faham-faham je la. Hoho. Ok la. Rasanya aku patut tidur sekarang. Sign out. Turn off pc. Gudnights~

Tuesday, December 8, 2009

Jauh perjalanan luas pemandangan

2 Disember 09
- Pulang ke kampung, bertolak pada jam 1030 pagi. - Sampai di Terengganu, perjalanan tidak dapat diteruskan kerana hujan yang sangat lebat ditambah dengan jalan yang pecah-pecah serta berlubang-lubang. - Maka kami bermalam di Batu Buruk, Terengganu.
3 Disember 09
- Perjalanan diteruskan - Alhamdulillah, kami sampai di kampung halaman pada waktu petang - Hujan lebat - Air banjir sudah sampai dalam kebun getah di hadapan rumah
4 Disember 09
- Melawat pakcik di Hospital Perdana. - Ziarah makcik di Machang.
5 Disember 09
- Balik ke Johor Bahru. - Di Terengganu, singgah di pantai Teluk Mak Nik. Makan satar dan otak-otak. - Tidur di Kuantan semalaman.
6 Disember 09
- Perjalanan diteruskan. - Singgah di Tanjung Leman, Mersing. - Sampai di Johor Bahru jam 5 petang.
Dungun

Banjir di kampung

Sudah mahu pulang

Di pantai Teluk Mak Nik
ara =)
Sekian saja 'sharing moment' untuk kali ini.