Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Bangun dari mimpi

Aku tak tahu kenapa
Bila tiba suatu masa 
Aku resah tanpa arah
Seperti sesuatu yang tertahan
Yang buat aku tak keruan
Mencari punca

Mungkin sebab itu..
Masa lalu yang kembali menerjah fikiran
Yang tak mungkin dapat dilupakan
Menghantui seumur hidup
Tidak!
Aku tak izinkan

Mungkin hingga suatu masa
Yang aku juga tidak tahu
Tapi aku perlukan masa..
Untuk membuang sebab itu jauh-jauh
Atau adakah kerana aku yang tak ingin membuangnya?

Sedikit demi sedikit
Lenyapkan memori itu
Kau pasti boleh
Kerana kau yang dulu
Bukanlah kau yang sekarang

Duhai hati,
Bangunlah dari mimpi
Bangunlah dari dunia khayalan palsu
Tabahlah
Suatu hari kau pasti akan melepaskannya jua...

p/s: Luka yang dalam itu pasti akan sembuh. Tapi memerlukan masa..setahun, sepuluh tahun...atau, seumur hidup?

--agha, jb--

Tuesday, December 18, 2012

Esok result PMR

Aku tahu dia berdebar.
Walaupun dia tak tunjuk.
Aku tahu dia risau.
Walau muka dia nampak tenang.
Aku tahu dia takkan boleh tidur malam ni sebab hatinya resah.
Esok keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan.
Satu keluarga berharap padanya.
Berharap dia antara yang cemerlang.
Kerana dia yang paling kecik dalam keluarga.
Aku juga tidak ketinggalan merasai debaran itu.
Sampai demam dibuatnya.
Alahai, kena gagahkan jua kerana esok ada tugas yang menanti.
Semoga keputusannya cemerlang.
Aameen.

Sunday, December 16, 2012

Sehari di Universal Studio Singapore USS

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu semua. Buat apa hari ni?
Sambil-sambil rehat takda buat apa tu meh baca pengalaman aku pergi Pulau Sentosa.

pulau sentosa resort worl
Ada apa kat sana? Tarikan utamanya tentulah Universal Studio. Ataupun nama glamournya orang panggil USS.

monorail sentosa island
Monorail juga disediakan bagi sesiapa yang tidak mahu memandu sendiri. Okay, kitorang sampai sana lebih kurang pukul 10.30 pagi. So, sebelum apa-apa kita isi perut dulu. 

halal food malaysia food
Kitorang makan dekat Malaysian Food Street. Premisnya di luar, sebelum pintu masuk USS. Murah sikit. Hehe. So, dekat dalam ni ada dua je premis makanan yang halal iaitu Kampung Nasi Lemak dan Roti Canai & Nasi Briyani.

Dah nama pun food street bila masuk dalam memang macam kat tepi jalan la kan..

Untuk sarapan kitorang makan nasi lemak. Sambal dia sedap.


Dah kenyang semua, masa yang ditunggu-tunggu. Jom masuk!


Ramainya orang...berbilang bangsa berbilang kaum berbilang warna bermacam gaya. 
Jom kita jelajah USS! Antara yang gambar-gambar yang sempat diambil..


Dari jauh Far Far Away Castle ~

Antara yang wajib tonton, Shrek 4D

Sebelum ni takut nak naik..tapi kali ni tak lepaskan peluang. Pengalaman 90 saat yang takkan dilupakan. Kuat sangat menjerit sampai tekak pun sakit. Jom tengok dua rollercoster yang boleh membuatkan korang menjerit sekuat hati.

Warna merah : Human
Warna biru : Cylon

Klik untuk melihat sendiri. Anda berani? Ok, ada bunyi bising sikit sebab dekat dengan kumbang the mummy..

Jangan tengok macam tu.. I malu!

Dan akhir sekali sebelum balik, kita cuba nasi briyani pulak. Pun sedap. Ke sebab lapar ye?

So, itulah serba sedikit pengalaman di USS kota Singa.. Seronok dan penat. Tapi memang berbaloi-baloi pergi sana. Kumpul duit siap-siap sebab nilai Sing dollar tinggi wo... sekali sekala bercuti bersama keluarga memang tak rugi. 

Tuesday, December 11, 2012

Aku relakan kau pergi

Dah lama aku fikirkan
Apa yang perlu aku lakukan
Sudah lima tahun kita bersama
Banyak kenangan yang terlukis bersama
Ketawa bersama
Menangis bersama
Kau sentiasa di sisi
Mungkin kini
Masanya telah tiba
Untuk aku lepaskan kau pergi
Terima kasih
Kerna sentiasa hadir setia menemaniku
Di waktu sedihku, gembiraku
Kau tetap di situ
Hingga aku bisa bangun semula
Maafkan aku
Selamat tinggal.

Saturday, March 17, 2012

Kawan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Apa itu kawan?
Definisi aku - Kawan ialah orang yang paling hampir dengan kita selepas ibu bapa. Banyak masa dihabiskan dengan kawan. Dari kecik sampai besar. Dari bujang sampai dah berumahtangga, mesti ada kawan. Banyak juga rasa yang dikongsi bersama. Pahit, manis, masam, masin, tawar semua dirasai bersama. Terima kasih kerana menjadi kawan aku.

Rindu kawan-kawan lama.

Saturday, August 6, 2011

Pengalaman berpuasa di hostel

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Siapa pernah duduk asrama? Seronok kan... Tapi bila dah keluar asrama barulah rasa seronoknya. Masa dalam asrama rasa nak keluar je.. Tapi itulah manusia, tak pernah bersyukur dengan apa ada. Sebenarnya Alisya tulis entri ni sebab nak respon entri ini by iPai. Nak tulis kat ruangan komen, panjang berjela pulak jadinya nanti.


Alisya mula duduk asrama masa umur 14 tahun. Budak baru tingkatan 2 masa tu. Lepas PMR, masih lagi duduk di asrama. Tapi masa tu dah tukar sekolah. Yang Alisya nak cerita ni, pengalaman puasa masa tingkatan 4 dan 5 la. Dah jadi 'kakak' lah masa tu. 

Subuh
Bermula dengan bersahur, biasanya Alisya tak turun dewan makan. Malas. Selalu Alisya sahur kat dalam dorm je. Makan roti dengan kurma. Lepas sahur tu terus siap-siap mandi segala dan pergi surau. Masa ni memang sembahyang 5 waktu sehari semalam berjemaah. Lepas solat, bacaan al-Mathurat dan tadarus sekejap kalau sempat. Target bulan puasa nak khatamkan Quran. Lepastu sekolah sampai pukul 2.30 petang. Habis lambat sikit masa tu sebab kelas Alisya ambil subjek bahasa arab. 

Zuhur dan Asar
Habis waktu sekolah, solat Zuhur dan balik dorm rehat. Pastu sambung prep sampai 4.30 petang. Solat, dan lepastu riadah pulak. Fuhh, memang terkejar-kejar masa tu. Kelakar pulak bila ingat-ingat balik. Habis je riadah semua cepat-cepat pergi dewan makan (DM). Sebab nak 'chop' tempat. Kalau tak 'chop' DM penuh...pastu tak dapat makan sekali dengan geng-geng. Memang jelas perangai kebudak-budakan masa tu ye.


Maghrib
Lepas 'chop' tempat, kitorang siap-siap mandi dan kemudian beramai-ramai ke DM. Masa ni semua muka senyum je. Dah nak berbuka lah katakan. Oh, masa ni beratur panjang ambil makanan. Yang 'kakak-kakak' ni dah ambil makanan siap-siap lepas riadah. So, sampai DM terus pergi tempat duduk lah kan. Sementara tunggu azan, kitorang zikir ramai-ramai. Azan Maghrib je, akan ada seorang wakil baca doa dan alhamdulillah, berbuka dah.

Isyak dan terawih
Lepas berbuka, terus pergi surau untuk solat Maghrib dan kemudian sambung tadarus sampai Isyak. Solat Isyak dan tarawih. Masa ni boleh dikatakan dugaan hebat jugak. Sebab mata kuyu mengantuk. Jadi boleh faham-faham lah kan masa terawih tu macam mana. Habis terawih sambung prep malam pulak. Masa ni  lagilah. Boleh dikatakan ramai yang tersengguk-sengguk. Tak kurang jugak yang tidur terus. 

Bunyi je loceng terus balik dorm. Pukul 11 lights off. Dan rutin berulang kembali.

p/s: Haa kan dah berjela-jela panjang entri ini. 

Tuesday, August 2, 2011

Day 9: Something you're proud of in the past few days

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Meneruskan cabaran hari ke-9. Beberapa hari yang lepas, Alisya dan kawan-kawan sudah selamat mengikuti Istiadat Konvokesyen ke-13 UPSI. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Akhirnya segala penat lelah dan usaha terbayar juga pada tanggal 28 Julai 2011 di dewan SITC, UPSI. Dewan itu telah menjadi saksi kami  menjadi warga UPSI dengan menyertai minggu suai kenal (MSK) dan sekali lagi dewan itu telah menjadi saksi apabila kami melangkah dari dewan tersebut kami akan bergelar alumni anak kandung suluh budiman.

Begitu cepat masa berlalu. Kalau dulu, muka semua naif je. Perangai macam budak-budak. Tapi sekarang, setelah empat tahun, masing-masing sudah menjadi dewasa dan memikul satu tanggungjawab yang cukup berat apabila bergelar 'cikgu'. Memetik kata-kata pro-canselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim, "Once a teacher, always a teacher". Cukup besar makna kata-kata tersebut. Buat semua teman-teman seperjuangan, Alisya ucapkan tahniah buat kalian kerana berjaya menamatkan pengajian dengan wajah yang berseri-seri di samping keluarga tercinta. Perjalanan kita masih panjang kerana ini baru permulaan dalam menghadapi dunia sebenar. Cabaran menjadi guru pada masa kini lebih hebat. 


Air menurun ke tepian panji
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi 
Semakin berisi semakin menunduk


Hard work pays! Alhamdulillah~

Day 8: Short term goals for this month and why

Sunday, July 3, 2011

Day 7: A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Masih meneruskan cabaran blogger ni..baru hari yang ke-7. Lambat betul WA buat yer...Ok, soalan nak gambar kan? So, WA letak gambar je lah. Boleh?


Ha, sape yang pernah lalu Mersing mesti perasan bangunan ni kan? WA mula-mula masuk sini tahun 2004. Masa tu kanak-kanak ribena lagi...tapi, di sinilah WA mula belajar jadi dewasa. Belajar solat jemaah tiap-tiap waktu. Belajar solat sunat yang selama ni tak pernah nak dibuat di rumah. Belajar erti persahabatan. Belajar yang ilmu di dunia ni kalau dikejar tapi kalau tak diseimbangkan dengan agama rosak jadinya. Di sini segala ilmu dikutip tanpa penat lelah siang dan malam untuk dibuat bekalan masa depan. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar WA dahulu. Alhamdulillah~


Big time. Really missed it.


Monday, May 9, 2011

Day 5: A picture of somewhere you’ve been to

Hello guys,
After quite sometimes, I’d like to continue the challenges that I’ve started before.
Oops, speaking London lah pulak. Hehe. Sesekali, apa salahnya… ye tak? Okay, bercakap pasal tempat yang WA pernah pergi. Hm…sekejap ye. Nak explore laptop jap.
Okeh, jumpa.
DSCN1239
Gambar di atas di ambil di Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan. Ha, bukan senang nak dapat peluang macam kat atas tu. Mula-mula rasa macam berani, tapi cuba amek pegang tengok. Berani ke tak? Yang penting WA berjaya lawan rasa takut tu. Nama ular di atas ialah ular punti. Tidak beracun walaupun warnanya menunjukkan ular itu membahayakan.

Thursday, April 15, 2010

R.I.N.D.U


Rindu sangat pada si dia...

Tuesday, April 13, 2010

Simposium oh simposium

Salam. Setelah beberapa minggu tidak berblog, saya kembali ala-ala tora datang lagi. Setelah hampir tiga minggu bergerak kerja, akhirnya tiba jua hari yang dinanti-nantikan iaitu "Simposium Biologi Prasiswazah 2010". Simposium ini adalah hasil gabungan daripada tiga subjek Biologi iaitu Ekologi, Morfologi dan Histologi Haiwan serta Fisiologi Tumbuhan.  

Alhamdulillah segala penat lelah barisan ahli jawatankuasa pelaksana terbalas jua dengan perjalanan program selama tiga hari berjalan seperti yang dirancang. Adatlah bila terdapat kekurangan semasa hari kejadian, namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan program. Semasa berlangsungnya simposium, saya bertugas di bahagian makanan. Pengalaman "serve" VIP tidak dapat dilupakan dan saya akui, kerja-kerja melayan para VIP ini perlu diberikan kepada yang terlatih sahaja. Namun, pengalaman itu saya kutip sebagai sesuatu yang mungkin akan saya gunakan pada masa hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini.

Pada hari terakhir simposium, telah diadakan pembentangan poster bagi subjek Fisiologi Tumbuhan. Wah, tiap-tiap kumpulan tidak kurang hebatnya dengan kreativiti masing-masing mempamerkan hasil kerja mereka. Tema mini projek kumpulan saya ialah Water Treatment. Kami telah menggunakan tumbuhan akuatik iaitu kiambang dan keladi bunting untuk merawat sisa air kumbahan. Pengalaman mengambil sampel air longkang Bitarasiswa dan Perpustakaan adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjalankan ujikaji tersebut. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada pemenang walaupun rezeki tidak berpihak kepada kami. 

Gambar kenangan

Setting meja VIP

Barisan AJK makanan

Welcome!

Bersama presenter projek ekologi: Dayah dan Hafiza aka aa

Setting poster Fisiologi Tumbuhan

Poster kami

Bersama ahli kumpulan

Semoga segala kelemahan sepanjang program dapat dijadikan pengajaran dan dielakkan untuk program semester hadapan pula. Aja-aja fighting! 

Monday, December 14, 2009

Catatan masa lalu

Entah sejak bila tabiat suka mencatat apa sahaja yang boleh dikira sebagai kenangan ini bermula. Kata orang menulis diari. Namun kebiasaan itu semakin berkurang di matrikulasi disebabkan oleh kekangan masa. Jika berkesempatan, aku suka membuat aktiviti 'gunting dan tampal' seperti di waktu tadika dahulu. Muka hadapan diari itu akan ku tampal dengan gambar daripada majalah. Biasanya Ujang atau Remaja yang menjadi mangsa. Dengan menulis, segala kesedihan dan kerisauan sedikit sebanyak akan hilang dari diriku ini. Aku juga dapat menilai kembali perjalanan hidupku pada hari tersebut. Antara muka hadapan diariku. Pada tahun 2006, 2007 dan 2008 ---covernya sahaja lah ye...

Sekarang? Masih lagi menulis. Tetapi di laman blog pula. =)

Friday, December 11, 2009

Jangan ganggu tidurku lagi!

Kenangan itu sering datang lewat tidurku. "Pergi!" Hanya itu yang terdetik di hati kecilku. Aku tidak mahu kau mengganggu ketenanganku. Payah untuk aku lepaskan. Payah untuk aku buangkan. Namun, apakan daya. Aku hanya insan biasa...

Thursday, November 19, 2009

Detik-detik mengambil keputusan UPSR

Hari ini keputusan UPSR diumumkan. Teringat pula sembilan tahun lalu detik-detik mengambil keputusan UPSR. Macam tak percaya jer rasa. Hari ini, giliran adikku yang bongsu pula mengambilnya. Cepat sungguh masa berlalu...Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat semua A, namun kejayaan itu amat bermakna buat kami semua walaupun pada hakikatnya adikku itu menangis kerana tidak berjaya mencapai targetnya-->5A. Biasalah dalam menimba ilmu, ada pahit manisnya..Yang penting ilmu itu mampu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai bekalan di hari muka nanti...Insyaallah...

Friday, November 13, 2009

Kenangan bersama rumah no 10

Nak buat ape ye? Mentang-mentang tinggal satu paper lagi...bersuka ria je gaya. Hari Rabu lepas, habis je Biochem, terus pergi makan char kuey teow dekat depan KHAR tu...jumpa pulak dgn roomate dayah kt sane. Lepas tu, terus ke rumah kak syitar dan malamnye ke KFC. Hehe. Gathering dengan budak-budak rumah sebelum cuti semester ni. Mane tahu, sem depan tak dapat serumah sekali...
Antara gambar yg sempat diambil... Ahli rumah no 10 terdiri drpd: Cik Agha, Cik Un, Zai, Ilham Qaseh, Farah Adilla, Jen dan Sandra...tidak ditampilkan di sini ialah Nor (beliau sudah pulang ke kg halaman). Penat adjust kamera nak bagi semua masuk. Idea bernas daripada Mis Unz. Sesi bergambar diteruskan dgn gaya bebas. Sweet memories... Housemate yang sporting dan happening Dan akhir sekali, bergambar sebelum naik ke rumah no 10. Haha, lawak je. Tak pernah lagi aku bergambar kat lif cmni. Sekian saje sesi perkongsian untuk kali ini...Ucapan buat budak2 rumah no 10...
  • Do keep in touch
  • Panjang umur kita berjumpa lagi
  • Buat roomate ku, selamat berpraktikum... dan semoga bahagia di samping orang tersayang

Sunday, October 11, 2009

Jalan-jalan cari makan

Hoho...setelah sekian lama bertapa di bumi KHAR, akhirnya semalam aku keluar juga bersama-sama dgn "aida and the geng" dan x lupa jua dgn "hyda--fiza"..ahaks.
Seawal jam 2.oo ptg kami (hyda-na-fiza) sudah siap sedia menunggu bas di bustop Khar, menunggu aida serta kuncu2 nya bersiap. Namun akhirnya kami terpaksa menunggu mereka di bustop kampus shj. Dan seterusnya lebih kurang jam 3.00 kami telahpun sampai di pekan tg malim...hoho..terasa lain dgn suasana di sana disebabkan pasar malam telah berubah kedudukannya. Maka kami terus straight ke destinasi yang ingin dituju iaitu KFC...dan hujan menemani perjalanan kami ke sana. Da sampai sana, apa lagi beratur la jawabnya...agak ramai jugak org kt sane...sume pakat2 nak makan kfc.. Kitorang guna vaucer kfc TM, so ada la satu makanan tu cheezy chikaroni. Aa citer, adk dia panggil menda tu makanan bulat-bulat macam terowong...Tergelak aku. Budak-budak kan...ada je idea dorang. =)
So, mase yg ditunggu-tunggu telah tiba.
.semua nampak x sabar dah nk makan tu.
.faten pon ade sekali. .muka2 ceria...da kenyang la katakan.
.hoho..gambar ini dayah yg candid.
Setelah selesai menikmati hidangan...kami meneruskan misi mencari hadiah utk majlis hari raya pada hari esok. Kami ke Cahaya Gifts dan seterusnya ke kedai cenderamata yang lain (x tw nama kedai tu). Dan rupa-rupanya bukan kami sahaja yg ke situ kerana kami telah terserempak dgn azie dan mas. Kantoi!. Ahaks.
.di kedai cenderamata.
.faten, da jumpa lom tudung yg dicari2?.
Seronok sgt berjalan sampai x sedar da petang. Maka cerita akan bersambung dgn jamuan raya di KHAR. Kesimpulan: Aku sangat gembira dan semua orang berwajah ceria =) Terima kasih kawan-kawan!

Wednesday, July 22, 2009

the pencil

Assalamualaikum pembuka bicara. Di sebalik nama the pencil. sebenarnya saje2 je. mase nk create blog ni, teringat seorang kawan. dia pernah bgtw...hidup ni umpama sebatang pensel...kerana setiap apa yang kita lakukan akan sentiasa meninggalkan kesan. kemudian, kita sentiasa boleh membetulkan kesalahan yg kita tlh lakukan, ketiga, apa yang penting bukan luaran tetapi dalaman sebatang pensel itu. utk menjadi lebih tajam, kita kena asah,dan jadi pendek. memang sakit. namun, untuk menjadi lebih baik, kita perlu rasa sedikit kesakitan itu. dan yang terakhir, kita mesti rela dipegang dan ditunjukkan jalan dengan orang yang pandai...jangan jadi bodoh sombong...