Tuesday, May 11, 2010

Program Mari Mengajar sesi 1

Salam. Alhamdulillah, tamat sudah sesi 1 Program Mari Mengajar yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Arab UPSI pada 5-7 Mei lepas. Terdapat tiga buah sekolah yang terlibat iaitu di Maahad Abbasiah, Sungkai, Maahad Islah, Teluk Intan dan Maahad Taufiqiah Diniah (MTD), Behrang. Saya sendiri  telah mengikuti program di MTD bukan maktab tentera diraja ya. Hanya seramai empat orang peserta hadir ke MTD walaupun sepatutnya bilangan asal peserta ialah 9 orang. Namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk berkongsi ilmu bersama adik-adik di sana.

Di MTD, kami hanya masuk mengajar di dalam kelas pada waktu P&P sebelah pagi sahaja. Manakala bagi aktiviti petang dan malam, pihak sekolah meminta kami untuk menjalankan aktiviti selain daripada belajar.  Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar okey, nakal sikit-sikit tu biasalah. Di sini, bilangan pelajar yang sedikit membolehkan guru menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajar-pelajar. Hubungan antara guru dan pelajar juga sangat rapat. 

Antara aktiviti yang telah kami jalankan di sana ialah:

  • Sg Asid
  • Jambatan goyang-goyang
  • Saya kata
  • Kata hati
  • Slot motivasi dan pengisian rohani
  • Jatuhkan botol berisi air dengan menggunakan tiga gelang getah
  • Alihkan cawan berisi air tanpa menggunakan tangan, tetapi dengan menggunakan getah dan tali rafia  
Pada 8 haribulan pula, pihak sekolah telah menjemput kami untuk bersama-sama ke Maahad Islah kerana berlangsungnya temasya sukan antara sekolah. Maka kami dengan berbesar hatinya menerima jemputan tersebut sekaligus menjadi guru pengiring pelajar perempuan. Pada sebelah petangnya, kami telah ke Hutan Rekreasi Kuala Woh. Siap rebus telur lagi. Sebab kat situ ada mata air panas. Gambar kenangan... 














No comments: