Friday, December 31, 2010

Welcome 2011

Salam and hello to all bloggers...
I have nothing much to say...

Lets this picture tells you
Source: Tumblr
And I hope that 

Source: Tumblr
Ameen.

sakinhani giveaway

Salam malam..
Malam tahun baru ni, ligat pulak jari jemari WA ni menaip nak join GA.


ok, GA ni anjuran tuan punya blog di sini...junior WA tu masa sekolah dulu..hadiahnya seperti yang tertera pada banner tu lah...tarikh tutup..lambat lagi...

Baiklah, mereka yang bertuah WA tag ialah:

1. Hamziela
2. Cik Diana
3. Leashizuka

Thursday, December 30, 2010

Spageti Melayu

Salam dan hallu bloggers sekalian..

Apa khabar hari ni? WA harap semuanya ceria gumbira lah kan sebab Harimau Malaya dah menang semalam..dapat cuti lagi tu esok..hehe..

Tengah dok fikir nak masak apa tengah hari tadi, tekak ni tiba-tiba gatal pulak nak makan spageti..haa...tapi spageti WA ni lain sikit la..ikut tekak orang melayu..nak pedas-pedas sikit..baru sedap..

So, WA nak share sikit kat sini..tapi resepi ni ikut kepala WA ye..main campak sesuka rasa..maklumlah, WA tak berapa nak pandai sangat masak. Sikit-sikit boleh la..

Okay, bahan-bahan yang kita diperlukan:


1. Bawang merah - dihiris
2. Bawang besar - dimayang
3. Cili kisar/cili padi
4. Tomato/sayur
5. Bebola udang (ikut selera masing-masing)
6. Prego
7. Sos cili
8. Sos tomato
9. Daging kisar
10. Spageti
11. Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. First sekali, rendam spageti dalam air untuk beberapa minit (macam rendam bihun tu). Dalam masa yang sama, rebus air dalam periuk. Letak sedikit garam ye. Bila air dah mendidih baru masukkan spageti tadi.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan bawang merah dan cili kisar/cili padi. Setelah garing, masukkan sedikit air. Kacau rata dan biar mendidih.

3. Kemudian masukkan daging kisar, kacau sehingga daging masak. Dan masukkan bebola udang. Kacau rata.

4.  Pastu masukkan prego, sos cili dan sos tomato. Yang part ni, boleh masukkan ikut citarasa masing-masing. Ada yang suka masam sikit, ada yang suka pekat..terpulang.

5. Kemudian masukkan sayur dan bawang besar. Kacau rata dan selepas tu boleh masukkan tomato.

6. Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh letakkan sedikit perasa (Ajinomoto) jika perlu.

7. Setelah puas hati dengan rasanya, boleh padamkan api dan hidangkan. Dah siap pun. Senangkan?

Inilah hasilnya. Selamat mencuba.

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia!

Tahniah buat pasukan Malaysia..
rasanya semua orang dah tahu sebab apa kan?

Alhamdulillah..

Lepas ni isu apa pulak ye yang timbul??

Debaran Piala AFF

Salam buat semua bloggers..

Tak senang duduk dibuatnya untuk menantikan siapakah yang bakal menjuari Piala AFF yang sedang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.

Sama-sama kita berdoa agar pasukan kebangsaan dapat menjulang Piala AFF yang diidam-idamkan.

Go Malaysia!

Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Johor

Salam dan hallu,

Blog Pilihan Malaysia sekarang ni tengah mengumpulkan blogger-blogger dari seluruh negeri.
Check this out : Link

Jadi kena lah jawab soalan sikit kan..

1. Nama anda
Wardah Alisya - dunia maya
Tapi nak panggil Fara pun boleh :)

2. Status anda
WA is the only kakak in the house. Ada dua adik lagi di bawah. Belajar tak habis lagi..insya-Allah akan praktikal sem depan..dan belum berkahwin.

3. Cara hubungi
Emel/ym: ara_ixora@yahoo.com

4. Daerah/Jajahan
Johor Bahru

5. Tempat tinggal
Taman Daya

6. Apa yang menarik di tempat anda
Kalau nak makan seafood boleh makan dekat Senibong. Konpem pueh hati. :)

Monday, December 27, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

Salam dan hallu2..
Apa khabar semua? Jom join giveaway eqbalzack!


Hadiah menarik menanti..
Barangan IKEA bernilai RM 111.11
Klik sini untuk join.

Tarikh tutup : 1.1.11 jam 1.11 pagi
Keputusan : 1.1.11 jam 11.11 pagi

WA nak tag: Dayat

Sunday, December 26, 2010

Mari Sertai Bloglist Izamir Ridzwan

Hai...rasanya mesti ramai yang dah join Bloglist Izamir Ridzwan ni kan?
Ala, yang header blog dia ada lebah terbang-terbang dengan bunga besar tu...
Penyertaan akan ditutup pada 11.59pm ni...
Ada kurang lebih sejam setengah lagi..
Haha..WA memang suka join last-last minit...

Ok seperti yang diketahui, WA ialah 'si jelita' ..jelitakah??

Pandangan WA tentang blog IR..blognya simple, takda banyak widget or autoplay...loading pun cepat..entri pun best juga..

Setelah usha-usha tadi, WA suka tentang Blog sebab melalui situ WA boleh update dengan isu-isu yang berkaitan dengan blog.

Okay, dah siap..
Berkenaan tag tu, disebabkan WA join dah last minit...jadi WA tag semua pembaca blog WA yang belum join segmen ni..boleh?

500 blog!

Salam dan hallu..

WA join lagi segmen dari BA...nak jugak sumbangkan 500 blog tu...


Serba sedikit tentang WA:

Wardah Alisya - bukan nama sebenar...
Kenapa guna nama Wardah Alisya - sebab suka dengan nama wardah..maksudnya bunga mawar..alisya pula bermaksud dilindungi Tuhan..
Mula berblog untuk tujuan menghantar assignment dan kemudiannya semakin berminat dengan dunia blog.
Sebab - blogging itu menyeronokkan.

Friday, December 24, 2010

AutoPing Entri di BlogLarian FB

Salam hari Jumaat,


Hari ini WA baru berkesempatan untuk join AutoPing BlogLarian di Facebook. 
Suka betul buat kerja last minute. Haish.

Checklist:
1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian :: DONE
2. 'Like' BlogLarian FB :: DONE
3. Buat satu entri dan letakkan banner BlogLarian :: DONE
4. Nombor rumah di BlogLarian : No 92
5. Kongsikan keburukan atau kebaikan yang telah anda rasai :: DONE

Sejak join BlogLarian ni rasanya takde apa-apa keburukan pun, kebaikan lagi ada..trafik tu lebih banyak daripada biasa dan kebanyakannya dari BlogLarian. Selain tu, memudahkan urusan ber'blogwalking' dan menjimatkan masa. Thanks BlogLarian!

Kepada sesiapa yang masih belum join lagi dan berminat, jangan risau kerana pendaftaran dibuka sehingga 12 tengah malam ini :) Boleh klik sini untuk join.

Wednesday, December 22, 2010

Award blogger cemerlang

Salam dan hallu...

Award dari blog cikgu Akim..

create your own banner at mybannermaker.com!

Jap, jawab soalan dulu:

1. Apa pandangan tentang blog Catatan Loqman Hakim?
Pandangan WA - hm..sebenarnya baru je jumpa blog cikgu akim ni..tapi WA tengok headernya cantik, banyak gambar dan entri pun best-best

2. Boleh ceritakan sikit pasal blog anda.
Blog WA secara keseluruhannya bersifat personal, dan kebanyakannya WA cerita tentang pengalaman-pengalaman yang WA peroleh sepanjang mengikuti program dan apa sahaja yang menarik pandangan WA

3. Tujuan utama anda berblog?
Tujuan utama adalah untuk berkongsi apa sahaja yang WA rasa boleh dikongsikan kepada semua pembaca blog WA.

Candid itu cun la..!

Salam dan hallu hallu bloggers..

Wah, candid itu cun? Mari kita lihat ye nanti...
Okay, sebenarnya WA telah di tag oleh myssmie untuk join satu contest yang ala-ala candid camera nie..Setelah menggodeh lappy kesayangan ni..akhirnya jumpa juga..

Jap jap.. WA letak banner dulu..Boleh terjah sini untuk ke blog penganjur.


Gambar yang WA pertaruhkan untuk contest gambar candid ini ialah.....
*Drumrolls......!!!*


Ha....candid kan, kan? Nampak kat dalam gambar tu macam kebulur giler...hahaha..tapi memang pun..lapar sangat masa tu. Masa ni dekat Teluk Chempedak, Kuantan. Bercuti dengan family...

Ok, untuk join contest ni, WA nak tag
1. aisya
2. shelliey
3. waalllaa

Tuesday, December 21, 2010

Giveaway lagi

Salam dan hallu...

Malam-malam ni WA nak masuk satu giveaway yang dibuat oleh ~Artika~


Disebabkan puan rumah berbesar hati nak membuat giveaway, maka WA juga berbesar hati untuk join GA tersebut. Hehe.. Jom tengok apa yang menarik dari puan rumah ni:



Dua set kerongsang ini adalah untuk 2 orang yang bertuah...Due date GA ini ialah sehingga puan rumah mempunyai seramai 50 orang follower...meh, join ramai-ramai sementara ada tempat kosong lagi. Hehe.

Marah-marah sayang

Salam dan ucapan selamat buat semua pembaca-pembaca setia blog WA yang tidak seberapa ini…

Pernahkah anda dimarahi atau memarahi orang lain? Tentu pernah bukan? Namun apa yang WA ingin highlight kan ialah kepada yang dimarahi.

Kalau yang kerja di ofis tu mungkin pekerja kena marah dengan orang atasan, kalau di sekolah pula mungkin dengan pengetua ataupun guru penolong kanan, yang di rumah pula mungkin dimarahi oleh ibu atau ayah, pelajar dimarahi oleh cikgu di sekolah, ahli kumpulan dimarahi ketua kumpulan dan macam-macam lagi lah.

Gambar dari Bing images

Apa perasaan anda apabila dimarahi? Tentu bercampur-baur bukan? Lebih-lebih lagi apabila dimarahi bukan atas kesilapan yang kita lakukan. Orang kata, “Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga”. Sedikit-sedikit tu, terkena juga tempiasnya…

Apa yang anda semua lakukan apabila dimarahi?
- Buat muka seposen?
- Melawan kembali?
- Buat-buat tak dengar?
- Mengiakan sahaja?
- Membisu seribu bahasa?
- Tunduk dan merasakan lantai tersebut lebih cantik daripada orang yang dimarahi?
- Atau apa sahaja?

Walaupun begitu, apa yang dimarahi itu melekat juga di dalam hati…sedang yang dimarahi itu dalam hatinya menjawab juga…hanya lidah kelu untuk berkata-kata, diam seribu bahasa…Terasa lambat masa berjalan pada waktu itu mengalahkan kura-kura (maaf en Turtie)

So, macam mana nak ‘cool’ kan perasaan selepas kena marah tu?

Bagi WA sendiri, menangis adalah terapi yang paling mujarab buat diri WA ni…tapi tu lah, setakat menangis sorang-sorang boleh lah…tak tunjuk depan adik sebilik (huh..mau jatuh air muka). Selain tu, ada yang lebih senang dengan berwudhuk, mendengar lagu, tidur, marah orang lain (kesian, tak pasal-pasal jadi mangsa) dan macam-macam lagi.

Kata orang tua-tua, marah tu tandanya sayang…betulkah??

Sunday, December 19, 2010

"100"

Salam u olls, macam mana hujung minggu anda hari ini?
Harap-harapnya semua gumbira ceria sahaja lah ya.

Ada apa dengan nombor 100?
Ha...sebenarnya follower WA sudah mencapai yang ke-100 pada hari ini..
Wee~
WA tak jangka pun yang bilangan follower WA boleh cecah angka se100.
Yelah, blog WA biasa-biasa sahaja...entri juga biasa-biasa saja..
Mana nak challenge anda-anda yang sudah mempunyai follower beratus-ratus atau beribu itu..
Anyway, kepada mary ann - terima kasih kerana menjadikan bilangan follower WA genap menjadi se100.


P/S: Apalah ada pada nombor jika orang yang betul-betul baca blog kita tak sampai se10 pun..

Saturday, December 18, 2010

Mawar berduri

Biar gambar berbicara…

Klik pada gambar untuk lebih jelas
" Mawar merah nan indah ini bisa membuatkan jarimu berdarah sekiranya terkena tusukan duri berbisa.."

Friday, December 17, 2010

Tag from IntanKuTerpilih

Salam dan halluu2 semua!

Apa khabar anda semua? WA harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria gumbira macam WA..hehe..

Okay, hari ini  WA telah ditag oleh IntanKuTerpilih untuk menjawab soalan-soalan cepu cemas yang diutarakan.

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
i. Bubur lambuk yang mak WA masak
ii. Asam pedas mak masak juga
iii. Tomyam


2. 2 jenis air apa yg korang paling suker?
i. Air buah-buahan
ii. Teh ais


3.Which type of food yg korang prefer,pilih 3… malay,chinese,japanese,westren,italian,mexican,arabian?
Malay, Western dan Japanese (walaupun WA tak pernah makan sushi)


4. Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata ‘wah! gila sedap’
Megi (haha..boleh terima ke jawapan tu?)


5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?

RM 8.. (nasi putih, tomyam, telur dadar, air tembikai - banyak giler makan)

6. Beri nama restorant favourite. Apa makanan kt situ yg paling sedap?
Hasmidi tomyam (tepi jalan area taman perumahan WA tinggal) - semua makanan kat situ sedap.

7. Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak. Mana satu yg korang suker? klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.
Suka burung puyuh walaupun tinggi kolesterol.

8. Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?
Pass~

9. Apa makanan yg selalu remind korang trhadap pasangan korang?kenapa?
Pass lagi~



10. Klu pegi umah orang, korang brharap org tue hidang apa?
Biskut tawar dengan teh o je...teringat masa kecik-kecik dulu.

11.Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung. samada x sedap/tekak korang dh kembang.
Makanan yang dah basi.

12.Menu raya yg paling disukai.
Sayur lodeh

13 Jajan/cekedes favourite?
Mister potato

14. Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
i. Sambal goreng
ii. Bubur lambuk

15.Makanan paling pedas yg korang mkn. sapa masak?
Ketam masak lemak cili padi. Mak masak.

16.Korang klu jumpa org yg TAGG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?
Oren sunquick - senang je nak buat.

17. Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?
Follower WA yang berminat nak jawab tag ini...silakan :)

Wednesday, December 15, 2010

Contest pertama anjuran KomenSen

Salam dan selamat petang

Anda semua sudah makan tengah hari belum?? Kalau ada yang belum tu, pergilah makan yea..nanti perut masuk angin, kan susah..Semasa WA blogwalking tadi, WA terjumpa satu contest yang menarik.. Hadiahnya juga lumayan. Wang tunai RM300.00 tu..Tuan penganjur blog ini ialah al-lavendari



Apa yang bestnya tentang blog al-lavendari ini ialah beliau suka kongsikan tempat-tempat menarik yang pernah dilawati oleh beliau. Umur tidak menjadi penghalang untuk beliau berblogging bersama-sama dengan para bloggers yang lain. Harap dapat tunjuk ajar daripada al-lavendari yang sudah tentu lebih makan garam dari WA.

OK, mereka yang bertuah ini WA tag untuk join contest ini :)

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Salam dan ucapan selamat buat semua..
Entry WA kali ini ialah berkaitan dengan kempen menutup aurat anjuran blog thepotpetking.


WA sokong sangat dengan kempen sebegini..Betul, kadang-kadang tu rasa macam duduk kat Hollywood je walaupun berada di negara sendiri.. Bagi WA, aurat tu perlu dijaga dan ditutup sebaik-baiknya..Bukannya susah pun, senang jer. Tutup aurat tak cantik? Tak hensem? Siapa kata? WA tengok cantik je...lagipun dengan menutup aurat ni, dapat melindungi diri kita sebenarnya..Lagi satu, berbulu benor mata WA nengok perempuan yang pakai tudung tapi pakai baju adik-adik.. [baik tak payah pakai tudung terus]. Maaf kalau ada yang terasa. Ini adalah pandangan peribadi WA.

WA nak tag semua pembaca blog WA ini..Jom ramai-ramai support kempen ini!

Tuesday, December 14, 2010

Susah betul nak jumpa

Salam dan ucapan selamat buat semua..

Hm...apa yang susah nak jumpa tu? Sudah semestinya novel-novel yang best di bawah ini...

Novel ini adalah novel paling laris bulan November di Harris Aeon Tebrau..Jadi WA tertanya-tanya lah juga apa yang bestnya novel ni..Tahu-tahu sudah tiada stok.. 
Melepas lah sudah...

Okay, VT daripada Hilal Asyraf. Novel ni WA cari sebab bestfriend WA cakap novel ni memang best. Lagipun, WA sudah menghabiskan Sinergi dan ternyata memang best pun..Tapi, novel ni juga susah nak jumpa...
Melepas lah lagi...

Yang ketiga ialah Tuesday with Morrie..novel ini juga telah di reccommend oleh seorang kawan baik WA juga..katanya asyik baca novel BM saja..apa salahnya baca novel Inggeris? Betul-betul...cuma WA jarang la baca novel Inggeris..selalu baca yang BM je..cepat sikit halaju pembacaannya. Hehe.

WA harap tak lama lagi dapatlah memiliki ketiga-tiga buah buku di atas..kalau ada rezeki jumpa, adalah tu. Betul tak?

Sunday, December 12, 2010

BEN ASHAARI BLOG LIST 2011


Yeay!! Abg Ben buka kembali segmen bloglistnya..Siapa yang tidak kenal dengan Abg Ben kan? Blogger otai yang tidak lokek untuk berkongsi tips yang best-best. Sape-sape yang belum kenal boleh ke blognya di sini. Soalan yang perlu dijawab:

1. Sehari berapa kali update?
Sebelum cuti-cuti Malaysia, WA akan update blog bergantung kepada masa free...sekarang ni, WA cuba update blog sekali sehari..ataupun 2 hari sekali..

2. Kenapa nak berada dalam blog list di Blog Ben Ashaari
WA nak berada dalam blog list abg Ben sebagai usaha WA mempromosikan blog WA yang tak seberapa ni. Orang kata apa, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [eh, ada kaitan ke?] Selain tu, WA kagum dengan Abg Ben sebab ada sahaja idea beliau dalam men'update' blognya. Bila ada peluang ni, tak salahkan WA mengambil peluang tersebut..Orang kata, peluang hanya datang sekali sahaja..Sekian.

The Most Beautiful Flower Contest using Digital Camera

Salam dan ucapan selamat kepada semua..
Selamat berhujung minggu, selamat beristirehat semua..Tengah WA siram pokok bunga pagi tadi teringat ada satu contest pasal bunga..Terus ambil camera dan snap..bunga orkid mak WA yang jadi mangsa. Hehe. Harap-harap penyertaan WA diterima..sebab tarikh tutup hari ini..kalau ada rezeki, adalah kan?

Ok, contest ini adalah anjuran Syat0za


Ini gambar dari WA

Sebelum editting

Selepas editting

Jenis kamera: Canon Digital IXUS 55, 11.17am.

Saturday, December 11, 2010

Kenangan waktu SPM

Salam dan ucapan selamat kepada semua..
Mula-mula sekali senyum dulu :)
Kenapa?
Sebab WA akan mengimbau kembali kenangan semasa SPM dahulu dalam segmen kenangan waktu SPM oleh Bangku Kosong


WA amek SPM tahun 2005. Masa tu duduk asrama...terperuk di bumi Mersing dua tahun. Masa tu main friendster je..facebook takda lagi..nak telefon famili pun guna public phone je...sebab tak mampu nak ada handset lagi. 

Ingat lagi masa tu, 24 jam mengadap buku..kecuali masa makan, solat, ke tandas, tidur...petang-petang pergi riadah pun still bawak note kecik-kecik lagi [takut punya pasal nak SPM]. Adik-adik junior semua dah balik kampung..sebab masa tu dah cuti sekolah. Tinggallah kami abang-abang dan kakak-kakak Tingkatan 5 sahaja bersama-sama dengan warden asrama.  

Perbualan atau borak-borak masa tu tidak lain tidak bukan hanyalah berkaitan akademik sahaja...fuhh..hebat sungguh penangan nak SPM. Hari first exam, breakfast kat dewan makan agak special berbanding hari-hari biasa. Siap dengan telur separuh masak lagi yang mana sebelum ni makcik dewan makan tak pernah jamu kami dengan telur separuh masak..Special sungguh layanan yang diterima masa tu..Lepastu, kami berkumpul dekat dataran dan ketua pelajar akan bacakan doakan yang di'amin'kan oleh kami dan guru-guru yang bertugas. Berdebar tak perlu cerita. Dup dap dup dap. Tapi bila dah dapat kertas, alhamdulillah semua ok..

Seperti biasa, habis je paper macam-macam riak muka dapat dilihat. Riuh jangan cerita. Hehehe.. Balik je hostel, terus pergi public phone telefon mak cerita paper hari tu macam mana. Dan begitulah hari-hari berikutnya...Bila fikir-fikir balik, dah lama rupanya WA tinggalkan zaman sekolah...[dah tua rupanya aku] - Baru sedar ye. Begitulah serba sedikit kenanganku semasa SPM...

p/s: Sangat rindu kepada warga INTEM @ SMSSI...

Thursday, December 9, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Salam dari WA.
Setelah bersenang lenang tengok The Amazing Race Asia 4 tadi, sekarang WA nak join giveaway pulak.
Giveaway ini adalah anjuran Mama Kembar 3 sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-6.
Tahniah2..semoga mama kembar 3 bahagia sehingga ke akhir hayat.


Okay, syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini boleh klik sini. Dan hadiahnya ialah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets. Check this out

Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel



Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Ketiga: Telekung Travel


Amacam? Best tak hadiah-hadiahnya? Pemenang-pemenang akan dipilih secara rawak oleh mama & ayah. [Harap-harap WA termasuklah dalam orang yang bertuah tu.]
Sekarang WA nak tag Dayang Bulat, Cikgu Faten dan Anamizu. Jom pakat ramai-ramai join. Hehe.

Tarikh tutup penyertaan : 6 Januari 2011

Bercakap pasal cinta

Salam dan selamat petang semua.

Cinta? Semua orang tahu apa itu cinta. Rasanya tidak perlu untuk WA terangkannya di sini. Bercakap pasal cinta ni, ada satu contest yang dianjurkan oleh En Pojie aka Turtie. Okay, contest ini adalah sempena video 'ERTI CINTA' yang telah dibangunkan oleh tuan penganjur dan beliau dengan murah hatinya ingin memberikan sedikit cenderahati kepada blogger-blogger sekalian.


Cara nak join? Mudah saja..
1. Tengok ketujuh-tujuh part video ERTI CINTA
2. Kira ada berapa banyak perkataan ADAM yang digunakan dalam video tersebut.
3. Lengkapkan slogan yang diminta.

Ha..mudahkan? Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12 Disember 2010, Ahad, 11.59pm. So, sape-sape yang belum join lagi tu..jangan tunggu lagi ok. Cepat sementara belum due date lagi. Hehe.

Ok, kepada En Turtie:

Pertama sekali tahniah diucapkan kerana berjaya menghasilkan satu video yang sangat comel dan best. Walaupun nampak simple, tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah jelas ditambah pula dengan penambahan elemen audio yang best-best belaka. 

Slogan daripada WA:
"Saya suka video ERTI CINTA kerana kisah cinta Adam telah membuktikan bahawa masih terdapat lagi lelaki yang ikhlas mencintai seseorang wanita dan tetap ingin menjaga perhubungan itu sehingga  diijab-kabulkan walaupun beliau mempunyai peluang untuk mencemarinya."

Jawapan WA bagi perkataan Adam dalam video : 12

Kemudian WA nak tag kura-kurac0mey.

Okay, siap. Harap-harap ada lah ye rezeki.. :)

Berjogging di BlogLarian

Salam dan hai semua.
Kali WA nak join segmen "Mari masuk senarai BlogLarian" pula.

Okey, first sekali kena letak banner..


Link ke BlogLarian: Klik sini

Kemudian lengkapkan slogan..
"Saya suka berblogwalking kerana dapat menambah berbagai-bagai informasi baru dengan hanya satu klik sahaja serta dapat 'refresh' minda dengan idea-idea yang segar daripada para bloggers sekalian."

Lepas tu, 3 orang yang bertuah untuk di'tag' ialah:



Itu saje.
Sharing is caring :)

Wednesday, December 8, 2010

~LoLiPoP 1st GiVeAwAy~

Salam semua...
Jom2 join contest


Cara nak join contest ni senang je.
Jadi follower-copypaste banner-jawab soalan-tinggalkan comment
Amacam?
Dan jawapan untuk soalan: "Apakah warna kegemaran cik lollipop?"
Jawapan WA ialah purple.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10/01/11 dan/atau follower owner blog sudah mencecah 87 orang
Untuk details contest ni, click sini ye

Hadiahnye dari UK taw..jom ramai-ramai join.
:)

Sunday, December 5, 2010

Short update

Salam semua..
Novel yang WA baru beli semalam tu sudah selamat WA baca.
Lelaki Berkasut MERAH
Separuh dah pun.
Asyik gelak je masa baca tu.
Tapi WA tahan kan je sebab room-mate WA dah jeling semacam je tengok WA.
Hehe. Jangan risau, WA masih waras lagi.
Cuma WA tak boleh tahan gelak sebab ayat-ayat yang digunakan lucu dan selamber saja.
Mungkin malam nanti selamat lah novel itu dikhatamkan.

That's all for now. Babai :)

Pasar malam Tg Malim

Salam. Petang tadi sempat ke pasar malam. Macam biasa, memang ramai orang kat pasar malam ni. Misi sebenar adalah untuk mencari KFC, buku dan inner cotton. Tapi lain yang dicari, lain pula yang dibeli [adeyh]

Sepanjang WA di Tanjung Malim ni, setiap kali WA ke pekan memang tak sah kalau tak beli salah satu daripada makanan-makanan kat bawah ni. Jom kita tengok..

1. Cendawan goreng
Tengok tu, cepat je mangkuk cendawan tu dah kosong. Laris sungguh.

2. Char kue teow
Sedap wooo

3. Moi sup (bubur air)
Saudagar. Jenama sup yg terkenal kt Tg Malim ni.

4. Cucuk-cucuk
Ha..yg ni WA panggil cucuk-cucuk..ekekeke..sbb tak tahu nak panggil apa

OK. Yang ni WA baru je try tadi. Sebelum ni tak pernah cuba pun. Potato spring. WA pilih perisa black pepper. Sedapnya..sehingga menjilat lidi.

Potato spring

Yang ni pizza buatan sendiri. Sepotong RM 1.50 je.

Kemudian terbehenti kat apek yang jual beg yang ada 'feng shui'. Yang paling  WA ingat kata-kata dia ialah, "Mari beli beg ini, datang dari Korea. Buka, tutup dan tak keluar-keluar" Eer. Apakah? Sebenarnya dia tengah cakap pasal beg tu. Macam magik pulak aku tengok. Last-last aku beli lah jugak dengan harga RM 15 dua..Dayah juga turut menjadi mangsa. Hehe.

Demonstrasi menggunakan dompet itu

Dan last sekali...

WA sempat juga beli novel baru. Yeah. Macam best je...Tak sabar nak baca. Harap-harap novel ni best lah. Tadi sudah menghabiskan Sinergi. Novel tulisan Hilal Asyraf. 5 thumbs up. Recommended.

So, memang apa yang list kat atas tu awal-awal lagi dah tak ikut kan. Takpe la, pergi KFC tadi panjang sangat beraturnya...tak larat aih nak tunggu..Inner? Lain kali boleh beli..Yang penting WA happy sangat petang tadi.

Saturday, December 4, 2010

Pengemas terhebat

Salam. Alhamdulillah, peperiksaan akhir untuk semester ini telah secara rasminya telah tamat pada 031210 semalam jam 1030 pagi. Keluar dewan peperiksaan senyum je [bukan sebab boleh jawab]. Dalam kepala dah start merancang segala bagai apa yang hendak dibuat. So, sampai je kampus terus pergi makan dulu..lapar kot..

Kemudian pusing-pusing jap cuci mata..Balik rumah kononnya semangat nak terus kemas tapi WA postpone dulu sebab barang-barang terlalu banyak maka WA hanya merehatkan diri dahulu sebelum memulakan proses mengemas. 

Selepas berkumandangnya azan maghrib, barulah mula mengemas apa yang patut. Makin kemas, makin menggunung pulak barang-barang WA..[hahahaha]. Entah apa barang je kan. Tapi yelah, mana nak diletak baldi-baldi, bakul sampah, buku-buku semua. Tu belum masuk pakaian lagi, kasut..[erk, banyaknya]. Entah muat ke tak kereta pakcik adnan tu. Hehe.

Akhirnya proses mengemas siap dalam pukul 10 lebih. Barang bertimbun tak tahu nak kata apa. Sampah juga. Bila cerita pasal final sem ni, biasalah kan akan masuk gear memory lane kan..Tapi tak nak cerita pasal tu dulu. Yang tu WA akan buat entry khas ok..


Banyakkan...tu belum masuk dua beg lagi kat dalam bilik. Ok lah..cukup dulu setakat ni..bilik WA sekarang memang dah kosong. Loker pun. Tinggal baju nak pakai utk 3 hari ni je sebelum balik kampung..hoyeh!

Tuesday, November 30, 2010

Personal taste

Salam dan selamat petang.
Petang-petang macam ni kan aku dah tak boleh nak study sebab perut aku ni dah berkeroncong lagu samba. Aih...lambat pulak kawan-kawan aku yg lain ni [sebab nak mintak tolong. hihi]. Sementara menunggu mereka-mereka yang berkenaan baik aku update blog kan...aku nak cerita sikit la pasal drama korea yang aku tengah 'gila' sekarang ni. Bukan gila apa, aku suka sangat tengok.

Personal Taste


Tengok tajuk pun biasa-biasa saja..Tapi bila dah tengok, asyik nak tengok je. [Haha, mungkin sebab aku dah takde keje lain nak buat agaknya].


Dan salah satu sebab utama kenapa aku suka tengok cerita ni ialah sebab ada Lee Min Ho [saranghaeyo :">].
Hm..satu benda yang aku tengok pelik sikit dalam cerita ni ialah aktor lelaki dia [yang muda je la] seluar slack dorang semua paras buku lali je. Trend sekarang ke? Tapi OK je sebenarnya. Mungkin sebab kat sini aku tak pernah jumpa lagi kot lelaki yang pakai seluar macam tu. Sebab tu aku rasa pelik. 

So, sape-sape yang minat K-drama tu, jangan lupa tengok Personal Taste OK. 

Friday, November 26, 2010

Peperiksaan akhir

Ya
Sebab selepas ini aku tidak akan mengambil exam 
di Universiti Pertemuan Suami Isteri ini lagi
Masih berbaki lagi dua kertas
Dua kertas yang sudah berlalu [no comment]


Pepatah arab ada mengatakan:
man jadda wa jada
(sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya)
Insya Allah.

Friday, November 19, 2010

Muka aku gatal..tolong..

Muka: En tangan, tolonglah berhenti menggaru saye..tolonglah..
Tangan: Mintak maaf la cik muka, bukan aku nak sangat pun pegang engkau, dah tindakan refleks nak buat macam mana?
Muka: Tapi tolonglah tahan...walaupun engkau nak sangat garu (walaupun aku terseksa sangat..GATALnye)..hukhuk
Tangan: Mintak maaf la ye, aku tahu kalau aku garu, makin teruk gatal tu nanti.
Muka: Tahu takpe..tapi tak tahan sangat nie..gatal, gatal, gatal..
Tangan: Hm..aku rasa ko ada resdung la cik muka..sebab tu ko gatal...
Muka: Ye ke..aku pun rasa macam tu, tapi aku xde bersin-bersin pun. Hingus pun xde..
Tangan: Hm...menurut carian di google...artikel ni ckp antara tanda-tanda resdung:

  1. Sakit kepala [ada sakit kepala x kira masa..aku tidur je kalau sakit kepala ni]
  2. Gatal-gatal [aku gatal kat pipi, hidung, telinga]
  3. Rambut gugur [memang selalu gugur pun, jarang tak gugur]
  4. Hidung berair [Jarang berlaku]
  5. Bersin selalu [jarang juge]
  6. Mulut berbau busuk [bangun tidur ada la bau yang x best ni]
  7. Mata gatal-gatal [jarang]
  8. Penglihatan kabur [alhamdulillah, setakat ni ok lagi]
  9. Telinga gatal [ada]
  10. Seluruh muka gatal [sedang gatal..tolong]
  11. Jerawat biasa atau batu [ada juga]
  12. Muka berbintik hitam [ada akibat drpd jerawat tu]
  13. Kahak banyak di kerongkong [jarang]
  14. Gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah [yang ni gatal kt badan tu ada..tp yg hidung berdarah tu tak pernah lagi la setakat ni]
Muka: Hm..daripada senarai tu, daripada 14, banyak juga la tanda-tanda yang ada kat aku ni..huhu
Tangan: Cadangan yang aku boleh bagi kt kau ialah pergi jumpa doktor la..kalau buat anggapan sendiri tak semestinya betul..ye tak?
Muka: Baiklah2...tapi aku tengah gatal ni...tolongggggg

Thursday, November 18, 2010

P.U.R.E

Pesanan PURE perfume dah sampai.
.Suke.


Yang paling aku suka ialah
Pure Mediterranean Perfumes Red Set
Wangi je

Kenapa aku suka perfume ni?

Bau dia kena dengan taste aku
Tahan satu hari, lebih kurang one drop perfumes
Design kotak dia cantik
Affordable: RM28 satu set
Yang penting aku puas hati guna pure ni..hehe..

Kalau berani, cubalah.
Maklumat lanjut boleh klik di sini.

Tuesday, November 16, 2010

Diet Rasulullah

1. Jenis makanan

Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh makan dengan sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai-bagai penyakit antaranya kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan penyakit-penyakit lain. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (cthnya koktel)
2. Cara makan

a. Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
b. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
c. Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
d. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Sumber: Berita Harian Online

Monday, November 15, 2010

Pengantin Baru

To my beloved sis...
Selamat Pengantin Baru




What more can I say. Alhamdulillah, tiba jua hari bahagia itu. You looks gorgeous on that day...To abg Nuar, please, please and please take good care of my sis. Semoga kalian bahagia hingga ke anak cucu.

.Happy.

Friday, November 12, 2010

Eh, birthday kita sama la

Selepas 22 tahun hidup, aku baru jumpa orang yang sama birthday dengan aku..[30 Julai 1988]..sama dengan tahun-tahun sekali. Hahaha [lol]. Mungkin orang lain akan cakap ek eleh, budak ni..tu pun nak kecoh ke..tapi biar r! Suka hati aku r nak suka kan. hehehehehe...

So, setelah meng'google'kan diri, aku jumpa beberapa fakta menarik tentang birthday aku ni..Just for fun :)


  • Your lucky days are Saturday (Conceivement date, Your parents decided to not to have an abortion, You were born) and Sunday (Your first cell is built, Your mother suspects she is pregnant, Your heart beat for the first time).





  • You are exactly 22 years 15 weeks 5 days 5 hours 2 minutes 22 seconds old (pada masa aku google tersebut).





  • You will receive your next birthday gift in 37 weeks 18 hours 57 minutes 38 seconds later.





  • If your hair were never cut since 30.July.1988, it would be 3.248 m. today.





  • If your nails were never cut since 30.July.1988, they would be 8.059 cm. today.





  • An apple tree seeded on 30.July.1988, bore 1,979.298 kg. apple till today.





  • Kepada yang menyambut harinya pada hari ini, selamat hari lahir...semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu...

    Under construction

    Sorry, the site you are looking for is still under construction.
    Please come back soon.
    Thank you.