Monday, December 31, 2012

Suka duka pahit manis 2012

Tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirainya
Ya, begitu cepat masa berlari meninggalkan kita. Seolah-olah berlumba dengan manusia siapa yang dapat mendahului siapa.
Tahun 2012 menyaksikan aku bukan lagi bergelar pelajar. Tidak lagi memakai nametag bertali. Tidak lagi menaiki bas untuk ke kelas.
Tahun ini menjadi titik mula hidupku yang baru nak 'naik', yang baru nak menapak mencari hidup.
Alhamdulillah mungkin rezeki berpihak pada aku. Awal tahun Januari aku menerima tawaran untuk menjadi guru sementara di sekolah menengah berhampiran dengan rumah keluarga aku. Dan di situ lah bermulanya rutin aku sebagai seorang guru.

Lima bulan sebagai guru sementara bukanlah suatu tempoh masa yang pendek bagiku. Mungkin kerana beban tugas yang banyak menyebabkan aku terfikir untuk berhenti. Teringat juga zaman bergelar mahasiswa dahulu. Lebih mudah rasanya. Kerana tidak terikat dengan tanggungjawab dan komitmen mungkin. Tapi, aku gagahi juga. Aku cuba laksanakan tanggungjawab itu dengan sehabis baik, yang aku mampu. Dan pada pertengahan Mei, secara rasminya aku telah menjadi seorang guru.

Dan buat pertama kalinya Syawal pada tahun ini rumah aku didatangi oleh pelajar-pelajar yang nak datang beraya. Pertama kali juga aku 'memberi' hasil titik peluh sendiri. Perasaan gembira itu hanya Tuhan yang tahu. Kini 2012 akan melabuhkan tirainya. Diam tak diam pejam celik dengan rutin yang sama setiap hari sudah tiba di penghujungnya. Aku berharap yang baik-baik sahaja untuk 2013 yang mendatang. Berjumpa jodoh mungkin? Mudah-mudahan...

Monday, December 24, 2012

Sabar menunggu

Masuk je mesti terus cari mesin kecik tu
Yang bila ditekan akan mengeluarkan kertas yang kecik juga
Ambil dan tengok nombor
Allah... itu yg mampu diucapkan dalam hati
Lama lagi ni...
Hati masih lagi berkira-kira
Nak tunggu atau nak pergi tempat lain dulu
Nak duduk pun penuh
Haih.. garu kepala.
Nak bayar hutang ni
Karang tak bayar aku jugak yang susah
So?
Paksa rela la kena tunggu
Sabar...

Tuesday, December 18, 2012

Esok result PMR

Aku tahu dia berdebar.
Walaupun dia tak tunjuk.
Aku tahu dia risau.
Walau muka dia nampak tenang.
Aku tahu dia takkan boleh tidur malam ni sebab hatinya resah.
Esok keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan.
Satu keluarga berharap padanya.
Berharap dia antara yang cemerlang.
Kerana dia yang paling kecik dalam keluarga.
Aku juga tidak ketinggalan merasai debaran itu.
Sampai demam dibuatnya.
Alahai, kena gagahkan jua kerana esok ada tugas yang menanti.
Semoga keputusannya cemerlang.
Aameen.

Sunday, December 16, 2012

Sehari di Universal Studio Singapore USS

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu semua. Buat apa hari ni?
Sambil-sambil rehat takda buat apa tu meh baca pengalaman aku pergi Pulau Sentosa.

pulau sentosa resort worl
Ada apa kat sana? Tarikan utamanya tentulah Universal Studio. Ataupun nama glamournya orang panggil USS.

monorail sentosa island
Monorail juga disediakan bagi sesiapa yang tidak mahu memandu sendiri. Okay, kitorang sampai sana lebih kurang pukul 10.30 pagi. So, sebelum apa-apa kita isi perut dulu. 

halal food malaysia food
Kitorang makan dekat Malaysian Food Street. Premisnya di luar, sebelum pintu masuk USS. Murah sikit. Hehe. So, dekat dalam ni ada dua je premis makanan yang halal iaitu Kampung Nasi Lemak dan Roti Canai & Nasi Briyani.

Dah nama pun food street bila masuk dalam memang macam kat tepi jalan la kan..

Untuk sarapan kitorang makan nasi lemak. Sambal dia sedap.


Dah kenyang semua, masa yang ditunggu-tunggu. Jom masuk!


Ramainya orang...berbilang bangsa berbilang kaum berbilang warna bermacam gaya. 
Jom kita jelajah USS! Antara yang gambar-gambar yang sempat diambil..


Dari jauh Far Far Away Castle ~

Antara yang wajib tonton, Shrek 4D

Sebelum ni takut nak naik..tapi kali ni tak lepaskan peluang. Pengalaman 90 saat yang takkan dilupakan. Kuat sangat menjerit sampai tekak pun sakit. Jom tengok dua rollercoster yang boleh membuatkan korang menjerit sekuat hati.

Warna merah : Human
Warna biru : Cylon

video
Klik untuk melihat sendiri. Anda berani? Ok, ada bunyi bising sikit sebab dekat dengan kumbang the mummy..

Jangan tengok macam tu.. I malu!

Dan akhir sekali sebelum balik, kita cuba nasi briyani pulak. Pun sedap. Ke sebab lapar ye?

So, itulah serba sedikit pengalaman di USS kota Singa.. Seronok dan penat. Tapi memang berbaloi-baloi pergi sana. Kumpul duit siap-siap sebab nilai Sing dollar tinggi wo... sekali sekala bercuti bersama keluarga memang tak rugi. 

Segmen Tambah Follower di Hujung Tahun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Selamat pagi!
Selamat berhujung minggu~

hari ni nak join segmen oleh miss banu
jom ramai-ramai meriahkan segmen beliau
buat masa ni follower ada : 1019
target : 1119

hm..cantik nombor tu kan?.hehehe
siapa yg beminat boleh join segmen ni. klik je banner comel tu. tamat pada 29-12-12
selamat bersegmen :)

Thursday, December 13, 2012

Kerdil

Frust dengan Harimau Malaya malam ini. Geram dengan pasukan gajah yang main taktik kotor. Hah. Apa pun aku masih nak ucapkan tahniah buat pasukan Harimau Malaya yang telah mampu bertahan dengan asakan hebat Thailand. Namun ternyata rezeki tidak berpihak pada kita. Mereka bermati-matian bermain membawa nama Malaysia. Jangan patah semangat ya.

Kembali pada topik. Sungguh aku terasa kerdil apabila membaca entri2 mereka yang hebat dalam tulisannya. Yang membuatkan pembaca ternanti-nanti karyanya. Bukan seperti aku yang hanya menulis mengikut rasa. Bukan ikut bahasa. Sungguh rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan orang lain. Aku tiada bakat. Mungkin. Kerana bukan semua orang boleh menulis. Berkarya. Orang yang tinggi ilmunya sahaja yang mampu. Aku. Masih belum penuh ilmu di dada. Masih perlu belajar. Masih perlu usaha. Apa yang kita rasa juga berbeza lantas yang terlakar di fikiran juga tidak sama. Kerana kita adalah unik. Kembar sekali pun tidak sama cap jarinya.

Tuesday, December 11, 2012

Aku relakan kau pergi

Dah lama aku fikirkan
Apa yang perlu aku lakukan
Sudah lima tahun kita bersama
Banyak kenangan yang terlukis bersama
Ketawa bersama
Menangis bersama
Kau sentiasa di sisi
Mungkin kini
Masanya telah tiba
Untuk aku lepaskan kau pergi
Terima kasih
Kerna sentiasa hadir setia menemaniku
Di waktu sedihku, gembiraku
Kau tetap di situ
Hingga aku bisa bangun semula
Maafkan aku
Selamat tinggal.

Friday, December 7, 2012

Ku mencari tenang

Petang yang damai
Ku mencari tenang
Di tasik indah ini
Air mengalir damai
Ikan-ikan tenang mencari makanan
Bunyi itik menyapa telinga
Berteman celoteh kanak-kanak
Riang ria menunggu keputusan
Ah apa yang aku cari di sini
Tenang mungkin?
Entah...

Thursday, December 6, 2012

Khamis yang spontan 14 Semangat semangat

Bangun pagi bersiap pergi pasar beli ikan, sayur dan sarapan. Balik rumah, makan, kemas rumah, masak, dan yang paling best nak buat chocolate cake! Walaupun aku bukannya baker terhebat tapi semangat tu.. nak buat. Ahahaha. Lepastu pergi sekolah settle kan kerja sikit dan boleh balik merehatkan diri.

Oh..hari ni kertas terakhir bagi peperiksaan SPM. Kertas Ekonomi Asas 2. Jangan ada yang bawak mercun sudah la ye. Kut happy sangat dah habis exam kan...

Eh. Dah jadi panjang pulak post ni. Dah tak jadi spontan kan...tapi nak buat macam mana dah itu yang spontan aku menaip ni. Ok. Nak start buat segala benda kat atas tu. Bye.

Wednesday, December 5, 2012

Environmental campaign More Walking Less Driving

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

I'm sharing this to everyone out there!
A very brilliant idea to create awareness among the society about the environment.
This campaign was held in China. Check this out.



Green Pedestrian Crossing created by Jody Xiong
The China Environmental Protection Foundation developed an outdoor campaign, displayed on the street, to creatively promote this message. They decided to leverage a busy pedestrian crossing; a place where both pedestrians and drivers meet.
The campaign involved laying a canvas 12.6 metres long by 7 metres wide on the ground, thus covering the pedestrian crossing with a large leafless tree. On either side of the road, beneath the traffic lights, were placed sponge cushions soaked in green, environmentally friendly, washable paint. As pedestrians walked towards the crossing, they stepped on the green sponge, thus leaving green foot imprints on the canvas of the tree. Each ‘green’ footprint on the canvas looked like leaves growing on a bare tree, which made people feel that by walking they could create a greener environment.
The ‘Green Pedestrian Crossing’ was carried out across 7 thoroughfares in Shanghai. The campaign was then extended to 132 roads across 15 cities in China, with a participation exceeding 3,920,000 people.

Watch their video below:


All pictures are from : m0iety
Video from: Youtube

Thursday, November 22, 2012

Spontan Khamis 13 - Aku nak buat bloglist baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sempena cuti-cuti Malaysia ni kan, aku nak buat bloglist baru..
jadi, sape-sape yang berminat nak masuk dalam bloglist aku, mestilah follower blog ini dan tinggalkan komen link blog anda di ruangan komen ini sahaja :)


Tawaran sah sehingga 12 tengah malam.


Wednesday, November 21, 2012

Rabu tak bercakap #28 - Free Palestine

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


source

Doa adalah senjata orang-orang mukmin.

Monday, November 19, 2012

Ibu Berbicara VS Tyka Syazwani

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Selamat hari Isnin. Bagi yang bekerja tu, ada monday blues tak? Hari ini juga merupakan hari pertama pelajar SPM naik kembali untuk sambung perjuangan mereka setelah seminggu bercuti. Semoga mereka dapat menjawab soalan dengan baik sekali. Yelah, dah recharge bateri seminggu kan...

Ops, sebelum terlupa. Kenapa tajuk entri aku hari ini Ibu Berbicara VS Tyka Syazwani? Sebelum tu, singgah blog Ibu Berbicara dulu..

Klik saya

Cantikkan header blog ibu. Jenguk-jenguk blog ibu, aku suka entri Kelasku, Rumahku. Wah, tak sangka ibu seorang guru juga.. mohon tunjuk ajar daripada ibu..hihi. Lihatlah pengorbanan seorang guru, mencantikkan kelas agar pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam suasana yang ceria, selesa dan kondusif. Dan kelas ibu sangat cantikkk :)

Yang kedua pula blog Tyka Syazwani.

Klik saya juga

Disebabkan tak boleh copy header tyka, kita buat manually je lah ye. *sorry tika
Ok, untuk pengetahuan semua, Tyka baru menyambut hari lahirnya baru-baru ni. Entri. Happy birthday :) Semoga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Jangan lupa follow blog Ibu Berbicara dan Tyka Syazwani :)
Entri ini khas buat mereka kerana merupakan follower blog Wardah Alisya yang ke-999 dan 1000 :)
Thank you, thank you, thank you

Sunday, November 18, 2012

SEGMEN: CARI FOLLOWERS NOVEMBER

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah lama tak bersegmen :)


dan dah lama follow blog Bicara Hati Dot Blogspot :)


siapa-siapa yang berminat nak join, sila klik banner ye.
tamat: 20 nov 2012 (selasa)

Thursday, November 15, 2012

Tahun baru buku baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Selamat tahun baru maal hijrah diucapkan buat seluruh warga muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Alhamdulillah, aku panjatkan syukur kerana kita masih hidup dalam keadaan yang aman dan tenang hari ini kerana masih ada saudara-saudara kita yang berada dalam ketakutan di Gaza. Sama-sama kita mendoakan agar mereka dilindungi Allah dan diberi kekuatan untuk menghadapi segala ancaman Israel laknatullah.

Sebak rasanya semasa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun semalam. Memikirkan bahawa amalan-amalan yang telah aku lakukan selama setahun ini. Terdetik juga di hati, baikkah amalanku? Apakah sumbanganku demi agama tercinta ini? Mudah-mudahan dengan semangat tahun baru yang ada ini menjadikan kita muslimin yang lebih produktif bermula hari ini hingga masa-masa akan datang.

Apa yang telah berlaku, biarkan ia pergi. Kerana kita tiada kuasa untuk memutarkan kembali masa itu. Apa yang lebih penting, bersedialah untuk menghadapi masa hadapan dan penuhkanlah buku kita yang baru ini dengan amalan-amalan yang diredhai-Nya. Insya-Allah :)

Saturday, October 27, 2012

Berkorban apa saja

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya sedang berkorban. Berkorban masa, tenaga, wang ringgit, kasih sayang apa saja. Kerana pengorbanan itu tidak dilafazkan, ia dizahirkan dengan perbuatan. Hanya keikhlasan membezakan darjah pengorbanan itu. Dan hanya orang yang celik hatinya akan menghargai pengorbanan tersebut.

Salam aidiladha buat semua. *Berkorban apa saja itu boleh tapi janganlah sehingga diri sendiri terkorban.

Monday, October 15, 2012

Aku sudah tiada jiwa blogger kah?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar? Aku harap kalian sihat-sihat selalu. Aku sudah tiada jiwa blogger? Satu persoalan yang harus dijawab. Menjadi seorang blogger itu perlukan jiwakah? Menjadi seorang aku, setiap kali melihat dashboard, idea yang sebelumnya mencurah-curah hilang entah ke mana? Buktinya, blog aku berhabuk bersawang dan berdebu tanpa sebarang entri. Petanda apakah itu?

Menjadi seorang blogger itu perlukan komitmen. Setuju? Kerana setiap blog itu pasti ada pembacanya tersendiri. Bila ada pembaca, haruslah ada entri-entri yang terkini. Betul tak? Blog aku ini entahkan ada pembaca ke tidak ya? Oh...jangan tertipu dengan bilangan follower itu. Kerana itu tidak mencerminkan bilangan trafik anda...

Lalu mengapa tidak update? Jawapan cliche - tiada masa. Ya...kekangan masa membuatkan blog aku terbiar sepi tanpa entri. Terbiar tidak dijaga. Mengapa tidak schedule post sahaja? Entah...kerana aku tidak tahu penyakit apa yang menjangkiti diri aku kerana aku buntu, stuck tiap kali aku punya niat untuk update. Oleh itu, kepada kalian yang masih berjiwa blogger, teruskan menulis. Jangan jadi seperti aku...jiwanya ada, tapi komitmennya entah ke mana. Ikut sedap jari, sesedap rasa bila aku mahu menulis.

Oh ya, hari ini merupakan kertas terakhir bagi calon-calon PMR yang tidak mengambil subjek Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Sudah "Merdeka" lah ya. Mesti seronok bukan main. Tapi harus diingat, dalam seronok-seronok tu, jangan tinggalkan buku terus ya. Anda masih ada 2 tahun lagi sebelum peperiksaan yang paling besar iaitu SPM. Tapi kalau nak release tension tu bolehlah...dipersilakan...
Buat calon-calon yang akan mengambil peperiksaan hari esok, selamat maju jaya diucapkan. Jawablah sehabis baik agar mendapat keputusan yang cemerlang. Kelebihan pada diri anda kerana mengambil subjek lebih daripada orang lain. Aku juga begitu suatu masa dahulu :)

Sebelum aku merapu entah apa-apa lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah walau sekejap ke blog usang aku ini. Yang meninggalkan komen apatah lagi. Aku sangat-sangat menghargainya. Terima kasih.

Sunday, September 16, 2012

Saya nak berhenti sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Aku harap semuanya sihat hendaknya. Lamanya aku tak update blog, lama juga aku memendam rasa. Semakin lama aku menimba pengalaman sebagai seorang guru, semakin berat tanggungjawab yang terasa di atas bahuku ini.

Kisahnya selepas dapat jadual baru, aku dapat mengajar satu kelas ni. Mereka ramai..semua pelajar Melayu. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada seorang yang boleh dikatakan bermasalah sedikit. Ceritanya dia hendak berhenti sekolah. Aku tidak mengenalinya kerana sebelum ini aku tidak mengajarnya. Bila mengajar kelasnya baru aku tahu kisah dia. 

Yang hairannya, dia tegar mengatakan kepadaku yang dia mahu berhenti sekolah. Alahai...luluhnya hati aku pada masa itu hanya Tuhan je yang tahu. Tanpa dia memberi peluang kepadaku untuk menasihatinya, dia terus-terusan menyatakan hasratnya untuk berhenti. Dah tak mahu belajar katanya. Bila ditanya, tak nak belajar nak buat apa? Nak kerja...

Mengapalah singkat sungguh fikirannya..dunia sekarang ni, tanpa SPM, kerja apalah sangat...takkan selamanya hanya mahu menjadi buruh. Kerja penat tetapi pulangannya sedikit? Mesti ada sesuatu yang berlaku membuatkan dia begitu tegar untuk berhenti. Satu desakan yang maha kuat. Kalau dia katakan dia sudah terlambat, masih sempat lagi...yang penting diri sendiri ada keinginan untuk belajar, untuk berubah.

Ah, cikgu mana kenal saya. Main serkap jarang je..bagaimana cikgu nak mengenali kamu andainya kamu tak beri peluang untuk cikgu dengar masalah kamu... Aku berharap sangat agar dia menukar keputusannya untuk berhenti. Ibu bapa mana yang tak nak lihat anaknya berjaya? Mudah-mudahan Allah bukakan hatinya untuk terus belajar dan terang hatinya untuk menerima pelajaran...

Friday, August 31, 2012

Salam kemerdekaan

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Hari ini cuti lagi sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Tapi adakah kita  bebas merdeka sepenuhnya? Hargailah nilai sebuah kemerdekaan itu dan jangan biarkan pemikiran kita masih dijajah walau luarannya kita sudah merdeka..

Watch "Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية" on YouTube

Monday, August 20, 2012

Kemeriahan syawal di rai bersama

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Alhamdulillah...kita telah meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan dengan menyambut 1 Syawal semalam. Tapi, jangan dilupa, 'musuh' utama kita telah pun lepas bebas.
Bagaimana sambutan raya korang? Meriah? ataupun sebaliknya...

Salam aidilfitri daripada kami...

Walau bagaimana sekalipun sambutan raya anda, diharapkan semuanya berada dalam lindungan Allah...
Juga sempena dengan Syawal yang mulia, ambil peluang untuk ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
Juga bermaaf-maafan sesama kita. Di sini, Wardah juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat antara tulisan di blog ini yang mengguriskan hati pembaca-pembaca semua...

Makanlah dengan berpada-pada,
Jangan main mercun.
Dan besederhanalah...
Salam lebaran.

Wednesday, August 15, 2012

Majlis khatam quran dan majlis berbuka puasa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulilah hari ini diadakan majlis khatam al-quran dan berbuka puasa. Sejuk rasa hati bila tengok pelajar-pelajar cantik berbaju kurung dan segak berbaju melayu.

Sedar tak sedar malam ini sudah masuk malam ke-26 ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Tanpa sedar telah meninggalkan kita. Masih belum terlambat untuk mengejar malam lailatul qadar.

Selepas tamat bacaan quran, kita berbuka dan seterusnya solat dan berterawih. Sape yang nk moreh,akan makan dulu sebelum balik.



Tuesday, August 14, 2012

Ziarah kasih 2012

Assalamualaikun and greetings to all. Semalam telah berlangsungnya majlis ziarah kasih di sekolah. Sumbangan berupa beras dan makanan keperluan seperti tepung, gula, minyak masak dsb tlh diberikan kepada pelajar-pelajar yang ibu dan ayahnya kurang berkemampuan.

Aku telah menghantar dua pelajar dan bila aku melihat sendiri, keadaan rumah mereka, hatiku tersentuh. Adik beradik pula ramai. Kedua-dua mereka ibunya ialah suri rumah sepenuh masa. Kedua-dua mereka juga melahirkan harapan untuk melihat mereka berjaya dan dapat mengubah keadaan hidup keluarga..

Aku doakan agar mereka menjadi insan yang berjaya satu hari nanti.


Saturday, August 11, 2012

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lama sangat dah rasanya tak update kt blog.. apa cerita? Pergi mana? Sebenarnya aku ada je, idea tu sentiasa ada tapi bila bukak je blogger dashboard terus blur nk tulis apa. Penyakitkah? Ntah, aku pun tak tahu.

Tapi, dalam tempoh masa tak mengupdate ni, banyak yang aku belajar. Tapi tu lah masa tak mengizinkan untuk aku aktif seperti dulu. Tapi jangan risau, insya allah aku akan kongsikn juga suatu hari nanti.

So, sempena 10 malam terakhir ini, marilah kita merebut ganjaran bonus yang diberikan allah kepada kita dalam malam lailatulqadar. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkanya..

Saturday, July 21, 2012

Azam Ramadhan tahun ini

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Alhamdulillah, dah berbuka semua? Apa khabar hari ini?
Setelah lama tak update, pejam celik dah masuk bulan puasa pun..
Ingatkan tahun baru je ada azam..tapi ramadhan kali ini juga aku punya azam.
Aku berazam agar ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun0tahun sebelumnya. Lebih banyak pengisian rohani..Alhamdulillah, tahun pertama ramadhan bergelar pendidik. Besar cabarannya.

Di sini aku kongsikan "My Ramadhan Resolution" oleh zahra tajuddin. Tak salah berkongsi perkara yang baik kan?


Mudah-mudahan segala amalan baik di bulan mulia ini diterima oleh Allah dan akan menjadi latihan disiplin buat diri kita. Mendisiplinkan diri melawan nafsu.

Tuesday, July 3, 2012

Festival sains dan teknologi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Buat pertama kalinya aku iring pelajar untuk ke pertandingan di luar daerah. Hari ini akan berlangsungnya Festival Sains dan Teknologi di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian. Sekolah aku akan menghantar dua wakil iaitu kategori bot solar dan "cooking with nature". Untuk pengetahuan, SMK Dato Penggawa Barat mendapat tempat ke-3 peringkat kebangsaan tahun lepas. Mudah-mudahan ada rezeki untuk sekolah aku tahun ni. Besar harapan warga sekolah untuk ke peringkat kebangsaan.


Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya.
Aamiin.

Sunday, July 1, 2012

Deja vu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


"deja vu"
satu term yang susah nak diterangkan. Kadang-kadang terjadi pada aku. Yang bila sesuatu berlaku (in the present), aku akan terhenti untuk berfikir yang, "eh, macam dah pernah berlaku je" (in the past)
walaupun yang macam pernah berlaku tu hanya dalam mimpi, atau angan-angan atau bayangan aku.
Menakutkan jugak bila fikir balik. Tak logik pun ye jugak.
Tapi satu yang aku tahu, lagu dejavu by shila amzah memang best!
Bagi aku. Telinga korang aku tak tahu la..
Dan bila aku merasakan sesuatu itu deja vu, selalunya aku akan diamkan saje..


Korang pernah ke alami apa yang pernah aku alami?

Tuesday, June 19, 2012

STRESS! Pergi main jauh-jauh.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Minggu ini, minggu depan dan minggu-minggu seterusnya akan penuh dengan kesibukan. Masa ni baru merasa bila dapat 3, 4 kerja serentak. Bila kerja yang sebelum ni belum pun siap, kerja yang baru telah pun menunggu...wa...macam ni nak belajar je lah..taknak kerja..boleh?

Di saat-saat kepala kusut memikirkan pelbagai benda yang belum settle, akal banyak kali mengingatkan agar tidak mengikut kata hari. Be rational, be professional. Haa...tamau stress..tamau tertekan...tamau depressed.. Senyum je..tapi dalam kepala....kusut..kusut..

Nak pinjam kocek doraemon, boleh?

Friday, June 15, 2012

Segmen: I follow u, u follow me back

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Lama tak update, terus join segmen kan...jom join sape-sape yang berminat...




klik sini untuk join sekali

Like fanpage cik honey [done]
Jemput like fanpage wardah di sini
Segmen tamat: 30-06-2012

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday #27 - Begins your day with smileee

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


source: link

Mulakan hari anda dengan senyuman :)

Monday, May 28, 2012

Program lestari: Envirobike 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Pada hari Sabtu lepas, terdapat satu program yang dinamakan Envirobike telah dijalankan sempena program lestari sekolah. Bila cakap pasal lestari je, mesti dalam kepala tu fikir pasal alam sekitar. Lestari ni maksudnya tidak berubah, kekal. Dengan adanya program macam ni, kita dapat mendedahkan pelajar dengan keindahan alam sekitar. Walaupun sesuatu kawasan itu dibangunkan untuk perumahan misalnya, pokok-pokok tetap dipelihara atau dikekalkan. Mana yang tidak dapat diselamatkan tu, mungkin ditanam semula. 

Perjalanan bermula dari sekolah, masuk ke kawasan Setia Indah terus ke Seri Austin. Dari situ terus ke checpoint 1. Aktiviti membaling bebola lumpur (mud ball) ke dalam tasik Seri Austin. Bebola lumpur ni fungsinya untuk memelihara tasik tu daripada pembiakan alga. 

Bebola lumpur

Acara membaling mud balls beramai-ramai


Dari Seri Austin, kita ke checkpoint seterusnya di Adda Heights. Di sini, kita buat aktiviti menanam pokok pulak. Ada dalam 10 batang pokok, sebagai simbolik lah...Secara keseluruhan, aktiviti ni bagi aku sangat bagus untuk mendedahkan pelajar-pelajar tentang alam sekitar. Sambil beriadah tu, sambil menghargai alam sekeliling. 


Selesai sahaja aktiviti di checkpoint ke-2 ni, kayuhan basikal diteruskan lagi untuk kembali ke sekolah. 

#Bisik-bisik: Masa aku sekolah dulu, takde pulak lestari-lestari ni. Kalau ada, dah lama aku join sekaki. Tapi dulu bukan basikal fixie la macam budak-budak sekarang..hm...

Monday, May 21, 2012

Penantian berakhir

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Akhirnya terjawab sudah teka-teki selama setahun. Keluar juga senarai nama penempatan guru bulan 5 di sekolah menengah. Selama setahun itu, banyak sudah yang ditempuh, banyak sudah yang dipelajari.
Dan aku tahu, Allah dah beri yang terbaik untuk aku. Walaupun dalam hati meronta-ronta ingin lari.
Berlapang dada. Ikhlaskan hati. Itulah yang terbaik.


Aku harap aku akan menjadi seorang guru cemerlang yang akan melahirkan anak murid yang cemerlang di dunia dan akhirat. Doakan mudah-mudahan.

Sunday, May 13, 2012

Mula-mula kenal blogger

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masa tu tahun 2009, masih lagi dalam pengajian. Semester 6 kalau tak silap. Sebelum tu ada juga kawan-kawan yang sudah mempunyai blog, tapi tak takde inisiatif pun nak pergi tengok. Tapi, selepas mendapat tugasan dari pensyarah, pulak tu nak kena hantar melalui penulisan artikel di blog, masa tu barulah mula nak explore dunia blog ni. Terkial-kial jugalah masa tu.

Masa tu design blog ke, follower ke, segmen ke semua tak ambil kisah.. yang penting tugasan siap dan dihantar sebelum tarikh akhir penghantaran. Tapi lepas tu, mula timbul minat nak tambah kawan-kawan blogger, rasa nak cantikkan blog sendiri..nak ada bloglist..bermula dari minat tu aku belajarlah serba sedikit pasal blog ni. Mula-mula tu macam pelik je nak join segmen dengan giveaway. Tapi dengan segmen, giveaway dan contest lah membolehkan kita mendapat kawan-kawan blogger yang baru.

Gambar ada kaitan ke? sumber

Sampai sekarang, aku masih lagi setia dengan blogspot ni. Walaupun dah tak sekerap dulu aku update tapi blog tetap di hati. Dan aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi jadi kawan-kawan aku dalam dunia maya ni. Apa yang baik dari blog aku ni, moga dapat dijadikan pengajaran dan yang buruk tu moga mendapat teguran untuk penambahbaikan...

Tuesday, May 8, 2012

Iron lady

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Kadang-kadang aku suka perasan yang aku ni iron lady. Sebab, time senggugut nak guling-guling pun masih boleh lagi drive balik rumah. Memang perasan kan? Bila macam tu aku selalu terbayangkan perasaan seorang isteri yang dah sakit nak beranak drive sorang-sorang pergi hospital. *Pengaruh novel punya pasal la ni*

But then, bila fikir balik...seorang ibu itulah iron lady yang sebenar. Aku yang baru bekerja ni pun dah terlepak dah bila balik rumah. Tak sempat dah nak peduli hal keliling. Tapi seorang ibu tidak... Dengan suami kerja jauh.. (weekend husband)..Seorang ibu, bangun awal pagi nak masakkan makan tengah hari untuk anaknya yang akan lapar bila balik sekolah nanti... Kemudian sebelum pergi kerja, sempat lagi sidai kain... Balik kerja pulak, sambung lagi buat kerja rumah..melipat kain, menyapu sampah dan pastikan anak-anak dan rumah dalam keadaan selamat. Dan rutin itu berulang setiap hari.

Pernah aku terfikir, bolehkah aku menjadi sekental ibu? Menjadi segagah ibu? Menjadi sepenyayang ibu?
Dan aku rasa aku tahu kenapa ibu boleh...
Sebab, dalam diri ibu ada satu rasa tanggungjawab untuk keluarganya..Sama juga contoh seorang doktor yang akan mengulurkan bantuan bila berlaku hal-hal kecemasan di luar hospital walaupun dia sebenarnya sedang bersantai atau bercuti. Dan seharusnya tanggungjawab aku sebagai anak pula untuk tidak membebankan ibu...membantu ibu mana yang boleh dibantu...dan pembelajaran ini akan mengambil masa untuk menjadi sebati dengan diri.. tidak semudah 1+1=2.

Aku harap aku juga mampu menjadi iron lady seperti ibu.

p/s: Maaf atas penggunaan bahasa rojak dalam entri...

Friday, May 4, 2012

Kekok

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah lama tak menulis. Rasa kekok sangat. Tulis pun merangkak-rangkak. Satu-satu fikir ayat. Well, lepas post Wordless Wednesday #26 tu, bukan tak nak update...tapi...

Haih, sebab tu kena ingat masa lapang sebelum sempit...kesibukan yang amat sangat. Padahal kalau dengar cakap-cakap orang, "alah..cikgu apa yang sibuknya". Tapi hakikatnya...cikgu itu jugalah yang tahu kesibukan itu.

So, dalam lama tak menulis ni, banyak sangat sebenarnya nak cerita. Bila dah berjiwa blogger ni, nampak sesuatu je fikir nak blog, berlaku sesuatu je nak blog. Tapi tu semua hanya sempat dalam kotak fikiran je..tak sempat nak menekan di keyboard. Oh yes, tempoh perkhidmatan INTERIM aku dilanjutkan. Dan dikatakan mungkin akan tamat dalam masa terdekat. Entahlah....malas dah nak berharap. Kalau ada rezeki aku posting tahun ni, adalah tu. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing...

Dalam kekok-kekok ni, dapat jugak aku tulis satu entri. Sorry guys, blog lama tak berupdate. Lama tak blogwalking. Oh well, statistik blog aku pun macam dah nak masuk bawah tanah je. Haha...penangan sawang-sawang kat blog aku banyak sangat. 

Well, selamat berhujung minggu semua~

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #26 - Arrgghhhhhhhhhhh!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera




Saturday, April 7, 2012

Terapi kesedihan aku

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Bila datang waktu-waktu yang membuatkan aku sedih, atas berbagai alasan - tidur adalah terapi yang paling mujarab untuk aku. Bila aku sedih atau marah, aku semacam sudah programkan dalam kepala aku untuk tidur. Sebab dengan tidur, aku percaya dapat melupakan kesedihan dan kemarahan (pada waktu itu) daripada kesedihan atau kemarahan aku itu bertambah. Dan bila bangun dari tidur, secara automatik kesedihan itu akan hilang dan aku boleh berfikir secara rasional kembali.

image via

Buat masa ini, terapi ini adalah yang paling mujarab. Akan datang....aku belum pasti.

Thursday, April 5, 2012

"SEGMEN NASZ: SPONTAN"

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera




"Apa yang spontan?"

Tuesday, April 3, 2012

Perubahan yang tidak disedari

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hari-hari lalui rutin yang sama. Bila jumpa kawan lama, bertanya khabar. Wah...kau banyak berubahlah. Orang yang melihat nampak perubahan yang berlaku, tapi kita empunya badan kadang-kadang tak terasa pun perubahan itu.

Cuma bila ditegur, baru perasan. Dan aku juga baru perasan yang aku telah banyak berubah. Kalau dulu belajar, sekarang sudah bekerja. Kalau dulu duduk sebelah pemandu, sekarang diri sendiri yang duduk di tempat pemandu. Kalau dulu ikut keputusan orang lain, sekarang dah boleh buat keputusan sendiri.

image via

Sebenarnya setiap hari berlaku perubahan itu. Sebab setiap hari kita akan belajar benda yang baru, jumpa benda yang baru. Cuma konteks belajar dahulu dan sekarang sudah berbeza. Dulu belajar, belajar, belajar kemudian exam tapi sekarang belajar apa yang dikatakan sebagai asam garam kehidupan.

Untuk perubahan akan datang aku cuma berharap agar perubahan itu merupakan perubahan yang positif yang akan memberi kebaikan dan manfaat buat orang disekeliling aku.

Thursday, March 29, 2012

Kesibukan yang amat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat pagi. Ha..sempat lagi nak update walaupun nak pergi sekolah dah kan... minggu ini memang minggu yang sangat sangat sangat sibuk bagi cikgu-cikgu macam aku ni. Sebab minggu ni minggu terakhir kami berkhidmat di sekolah. Banyak tugas yang perlu diselesaikan. Banyak buku yang perlu ditanda. Projek mural dan bermacam-macam projek lagilah. Doakan aku dapat sempurnakan tanggungjawab yang diberi. Minggu depan? Free....boleh update hari-hari!

Sunday, March 25, 2012

Farah Alias Nak Review Belog Saya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selepas blog bertukar wajah, nak juga tahu pandangan orang lain...macam mana nak tahu? Jom join segmen di bawah ini..

Siapa yang nak blognya di review, klik banner ya..

Tazkiyatun nafs dan maulidur rasul

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hari Jumaat lepas terlibat dengan program tazkiyatun nafs sekolah. Maka pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 juga pelajar KAA dikehendaki untuk tidur di sekolah kerana pada keesokan paginya akan diadakan qiamullail. Dan bila tengok senarai nama AJK, nama aku merupakan antara yang terpilih untuk tidur besama-sama pelajar pada malam itu. Menarik.

Bermula sebelah pagi Jumaat, diadakan sembelihan lembu oleh guru-guru lelaki dan pelajar-pelajar lelaki yang terlibat. Excited juga budak-budak tengok sembelihan tu lebih-lebih lagi yang bukan muslim. Sambil-sambil tu guru-guru perempuan sesi petang pula rewang di kantin. Potong bawang, halia segala. 

Sebelah petang pula guru sesi pagi rewang daging lembu. First time tu aku turut serta memotong daging lembu. Selalunya golongan lelaki yang akan buat bahagian tu. Yang perempuan selalunya sediakan bahan-bahan masakan. Tak kisahlah... Dah siap semua, balik rumah bersihkan diri, sediakan kelengkapan dan lepas Isyak baru gerak ke sekolah. Sebelah malam sebelum tidur, pelajar-pelajar supper roti cicah sup daging! Ha lepas makan semua kena tidur. Ha..bukan main liat lagi budak-budak tu nak tidur. Almaklumlah, dapat tidur dengan kawan-kawan. Budak lelaki? Harammm nak tidur. Cikgu-cikgu yang berkawal setakat tidur-tidur ayam gitulah.

Jam 4 pagi, mula qiamullail hingga subuh. Kemudian pelajar bersiap dan program disambung dengan sambutan maulidur rasul. Wah, semua pakai cantik-cantik. Yang perempuan dengan selendangnya, makeup nys..cikgu pun kalah. Yang lelaki ada yang berjubah, kurta dah macam orang arab. Habis semua acara, yang ditunggu-tunggu oleh semua. Makannnn! Semua lapar...macam biasa makan dalam talam. Talam tu dulang bagi yang tak tahu.

Satu talam makan 4 orang. Banyak nasi dan lauk...masing-masing mula senyap mengadap rezeki..

Mula-mula tu tengok nasi banyak ingatkan tak habis...tapi.....

Licin kot...yang tinggal tu dah tak dapat nak habiskan. Kenyang. Alhamdulillah...Seronok makan ramai-ramai macam ni. Dapat eratkan ukhwah gitu. Tinggal satu minggu saja lagi untuk aku berbakti di situ...aku harap segalanya berjalan lancar dan meninggalkan hanya kenangan manis untuk aku kenang sepanjang berkhidmat di sekolah itu.