Monday, May 31, 2010

Rutin cuti hujung minggu

Masih di bumi bertuah
Bila tiba je hujung minggu, memang tak lari daripada rutin ni

Bangun solat Subuh - mungkin akan tdo balik - bangun xkira pukul bpe - breakfast - bukak laptop: tgk movie, dengar lagu, main game - tgahari kalau rajin masak - petang kalau hari sabtu, pergi pasar malam - balik makan - malam sambung tgk movie - penat: tdo

Dan memang begitulah tiap-tiap malam walaupun bukan hujung minggu. Sungguh terasa kebosanan bila tiada internet di rumah. Haish susah jugak bila dah biasakan diri dengan internet. Kne posting kat pedalaman, jawab la. Boleh mati kutu kot. 

.Saya mahu pulang.
MyEm0.Com
~penat menunggu~

Thursday, May 27, 2010

Kebahagian dalam perpisahan

Tertarik dengan lagu Syahir, juara AF8: Kebahagiaan dalam perpisahan


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

P/S: Terasa kot. sikit.

Nak buat apa ni

Melalui hari-hari di kampus
Bila semua orang sudah balik kampung
BOSAN
.sangat.

Thursday, May 20, 2010

Hati manusia sukar diramal

Salam
Kembali bercakap soal hati...
Hati manusia, memang sukar diramal. Kadang-kadang tidak terjangka pun.
Semoga dianugerahkan kesabaran untuk berhadapan dengan hati-hati ini..
Lalu aku teringat sepotong doa daripada surah Ali Imran, ayat 8:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi

“(Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)."


Semoga hati ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya
Ameen.

Monday, May 17, 2010

Hatiku...

Sakit!


It's hurt.
Really, really hurt.
Ouchh!

Tuesday, May 11, 2010

Program Mari Mengajar sesi 1

Salam. Alhamdulillah, tamat sudah sesi 1 Program Mari Mengajar yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Arab UPSI pada 5-7 Mei lepas. Terdapat tiga buah sekolah yang terlibat iaitu di Maahad Abbasiah, Sungkai, Maahad Islah, Teluk Intan dan Maahad Taufiqiah Diniah (MTD), Behrang. Saya sendiri  telah mengikuti program di MTD bukan maktab tentera diraja ya. Hanya seramai empat orang peserta hadir ke MTD walaupun sepatutnya bilangan asal peserta ialah 9 orang. Namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk berkongsi ilmu bersama adik-adik di sana.

Di MTD, kami hanya masuk mengajar di dalam kelas pada waktu P&P sebelah pagi sahaja. Manakala bagi aktiviti petang dan malam, pihak sekolah meminta kami untuk menjalankan aktiviti selain daripada belajar.  Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar okey, nakal sikit-sikit tu biasalah. Di sini, bilangan pelajar yang sedikit membolehkan guru menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajar-pelajar. Hubungan antara guru dan pelajar juga sangat rapat. 

Antara aktiviti yang telah kami jalankan di sana ialah:

  • Sg Asid
  • Jambatan goyang-goyang
  • Saya kata
  • Kata hati
  • Slot motivasi dan pengisian rohani
  • Jatuhkan botol berisi air dengan menggunakan tiga gelang getah
  • Alihkan cawan berisi air tanpa menggunakan tangan, tetapi dengan menggunakan getah dan tali rafia  
Pada 8 haribulan pula, pihak sekolah telah menjemput kami untuk bersama-sama ke Maahad Islah kerana berlangsungnya temasya sukan antara sekolah. Maka kami dengan berbesar hatinya menerima jemputan tersebut sekaligus menjadi guru pengiring pelajar perempuan. Pada sebelah petangnya, kami telah ke Hutan Rekreasi Kuala Woh. Siap rebus telur lagi. Sebab kat situ ada mata air panas. Gambar kenangan... 














Sunday, May 9, 2010

Ibu, kau ratu hatiku

Salam,
Baru balik dari Program Mari Mengajar...Kebetulan pula hari ibu jatuh pada hari ini. Bonda di Singapura. Huhu. Nak ikut sebenarnya. Tapi, xpe la...(ayat pasrah). Insyaallah, boleh pergi lainkali. Kan?

Kepada bonda tercinta: Che Faridah bt Che Lah

I love you!
Selamat Hari Ibu...Rindu mak...
Terima kasih atas segalanya...
Hanya Tuhan yang mampu membalas segala jasamu...




Saya sayang emak saya :)

Tuesday, May 4, 2010

One more to go!!

Salam,
Hari ni paper terakhir untuk sem ni la...
Jam 230ptg di SITC
Roomate ku sudah balik, semalam
Housemate2 juga ramai yg da balik
Psiko2...
Nak balik jugak...
wawawawawa

Huh, gigih! (Bak kata kak ecah)
Kepada kawan-kawan yang akan balik bercuti di kampung tu,
selamat bercuti...hati-hati, jaga diri
Ingatlah orang tersayang
Kerana aku hanya mampu menghantar kalian dari jauh
SEBAB??------------>>>> aku kena bertapa kt tg malim terchenta ni...
Minggu depan da start masuk lab woi. Aduss...
Takpe la, demi tisu kultur ku...aku sanggup berkorban walaupun tak balik sebulan.
Mampukah aku?
Berusaha!!

Sunday, May 2, 2010

Senarai nama terbaru peserta Program Mari Mengajar (P2M)

Maahad Taufiqiyah Behrang

Sesi 1 ( 5 mei – 7 mei 2010)

1.      Aida izyani bt daud
2.      Nor Farahana Bt Adnan
3.      Nur Adhilah bt Mohamed
4.      Nur Hidayah Bt. Shaari
5.      Mohd Rafaie Bin Kusnin

Sesi 2 ( 8 julai -11 julai)

1.      Siti Munirah Alias
2.      Nadhirah Binti Nor Azmi
3.      Nor Haslawati Mohd Mokhlas
4.      Nor Syakirah Binti Osman
5.      Siti Rohana Saiman

Maahad Abbasiah Sungkai

Sesi Satu (4 mei -7 mei)

1.      Maslina Bt Ramli                                                       
2.      Noor Hakimah Abd Rahman
3.      Khalilah Abu Hassan
4.      Siti syamimi bt rosli
5.      Wardatu Aqilah Awang                                                         
6.      Ummu Aiman Abdullah
7.      Nurul Adawiah bt Mad Zin
8.      Mohd Fauzie Bin Mansor
9.      Rusman bin Ismail
10. Wan Muhammad Adam Abd Halim

Sesi 2 (5 mei -7 mei)

1.      Suliha Bt Abd Hamid
2.      Hamidaton Salihah Bt Abd Rahman
3.      Nor Fadhilah Bt Ramli
4.      Nurul Nabisah Bt Hj Mohamed
5.      Zarina Bt Shakri
6.      Nor Liyana Hafizah Bt. Saiful Bahri 
7.      Che Wan Kartika bt Che Wan Ahmad
8.      Hafiza Hani Bt Hasan
9.      Habsah Bt Che Soh

                                                    
Sesi 2 ( 8 julai -11 julai)

1.      Siti Maisarah Bt Yakat Ali
2.      Louisa Wilhemina Pinto
3.      Siti Asmidar Fairuzee Bt Ramli
4.      Lailatul Rahimah Idris
5.      Izzati bt Ibrahim
6.      Nur Pattin Hakima Binti Yahya
7.      Nur Farahaain Puteh
8.      Ummi Kalsum Azizan
9.      Misliha
10.  Hakimah
11. Azmah
12. Aminudiin bin Mohamed

Maahad Islah, Teluk Intan

Sesi 1 (8-11 julai 2010)

1.  Maslina Bt Ramli                               
2.  Ummu Aiman Bt. Abdullah
3.  Suliha bt Abd t Abd Hamid
4.  Hamidaton Salihah bt Abd Rahman
5.  Nor Fadhilah Ramli
6.  Nurul Nabisah Bt Hj Mohamed
7.  Mastura bt Ariffin
8.  Zarina Bt. Syakri
9.  Nur hidayah Binti Shaari
10. Nor Farahana Bt Adnan
11. Aida izyani Bt Daud
12. NorHamili Bt.Ibrahim
13. Sakinah Bt Mamat
14. Mohd Rafaie Bin kusnin
15. Mar Chee Hong
16. Muhammad Aiezad bin Asni
17. Ahmad Jamalulldin Bin Ridzuan
18. Raja Shahrul Afandi Bin Raja Nik Mahmood
19. Ahmad Ikhmal Bin Osman



P/S: Jika terdapat sebarang masalah, boleh hubungi salah seorang daripada AJK di bawah:
Mohd Fauzie Bin Mansor     013-4029455
Noor Hakimah Abd Rahman     013-9728596
Nor Farahana Bt Adnan     013-4317511
Nur Hidayah Bt.Shaari     013-4541190
Lailatur Rahimah Idris     017-5542824