Monday, January 30, 2012

Bila dah sakit...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


...memang rasa tak boleh buat apa-apa. Lagilah kalau demam tambah dengan sakit kepala. Tidur je la jawabnya. Kalau aku la. Tapi kalau sakit perut? Ohh tidak...

lagilah kalau yang tiap-tiap bulan punya sakit tu. Buatlah gaya macam mana pun sakitnya tak hilang. Baring, meniarap, tertonggeng, berguling..semua sudah..sakitnya tak hilang-hilang jugak. Pulak tu jenis yang keras kepala tak nak telan panadol. Bagus sangat lah tu.

So, kesimpulan yang aku nak cakap kat sini,
..kalau tak nak sakit perut macam aku...Muahahahaha

Saturday, January 28, 2012

Senyum kan sedekah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hari ni anda dah berikan senyuman kepada siapa? Bukan susah pun nak senyum kan..tapi yang jadi susah tu bila  kita tengah marah. Sah-sah muka tak boleh nak senyum. Kalau senyum jugak mesti jadi macam plastik. 


Bila senyum tu, biarlah ikhlas. Baru dikatakan sedekah. Ye tak? Tapi berikan senyuman kepada yang hak je tau. Jangan pulak nanti senyum tak tentu pasal. 

Ok, sebenarnya aku nak kongsikan sekali doodle pertama yang aku lukis guna paint.net ni. Belajar dari blog Azzah sayur lemak. Ha...terima kasih ye Azzah. Siapa yang nak belajar buat doodle boleh terjah blog beliau beramai-ramai ye. Comel je semua doodle-doodle dia. Akhir sekali,
Senyum tak perlu kata apa-apa
:)

Friday, January 27, 2012

Perkara yang korang pernah buat masa kecil

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Dalam 8 perkara di bawah, 7 yang pernah aku buat masa kecik-kecik dulu...bila ingat balik, kelakar pun ada. Korang pernah buat?

credit
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
Credit
4. Dekat sekolah, lori Milo datang. Dapat minum free. Lepas minum, menyamar jadi orang lain sebab nak ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v' atau 'w' terbalik
credit
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan atau antara dua bukit.
7. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.


Siapa pernah buat? Tinggalkan komen ya :)

Thursday, January 26, 2012

Spontan Khamis 11 - Cari kesalahan dalam ayat ini

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


image via


Siapa nampak kesalahan dalam ayat ini, sila tinggalkan komen anda :)

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #24 - Bersabarlah dengan apa yang anda benci

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


image via

Setuju sangat dengan kata-kata tu...

Novel antik

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat memulakan  tugas bagi yang sudah kembali bertugas pada hari ini...semalam sibuk mengemas bilik. Dalam mengemas tu baru sedar banyaknya novel aku..aduhai..bacanya sekali aje. Kecuali yang betul-betul best. Memang baca banyak kali. Kumpul-kumpul, sekotak novel-novel aku dari zaman sekolah rendah.


Dalam banyak-banyak novel tu, aku terjumpa novel yang umurnya lagi tua dari aku. Kepunyaan ayah aku. Dah boleh panggil novel antik dah..

Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980

Novel Salina ni, aku pernah baca sekali. Lama dulu..Tapi tak berapa faham jalan ceritanya. Yang aku tahu, Salina ni popular sangat masa tu. Tapi dalam banyak-banyak novel tu, novel ni yang paling aku suka. Lunyai dah..

Tebal tak tebal novel ni...Masa beli, tahun 2001..harga RM 35. Memang mahal masa tu. Boleh dikatakan masa tu zaman kegemilangan Ahadiat Akashah. Kalau cari novel je, mesti nak cari novel Ahadiat Akashah.

Sekarang? Aku suka baca novel-novel Hlovate. Tak larat dah nak baca cerita yang 'berat' dari Alaf 21. Aku baca novel-novel Jemari Seni pulak, takpun novel pembangunan jiwa dari Hilal Asyraf. 

Saturday, January 21, 2012

Senarai nama dan tarikh temu duga SPP bagi graduan ISMP

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Alhamdulillah, setelah sekian lama 'menunggu', berita gembira yang dinanti-nantikan tiba jua.
Temu duga pelantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 di kalangan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan mengikut opsyen secara berperingkat mulai 30 Januari 2012 hingga 16 Mac 2012. Senarai nama akan dipaparkan di Portal SPP secara berperingkat. 
Senarai nama serta tarikh-tarikh temu duga adalah seperti berikut:
30 Januari 2012
31 Januari 2012
1 Februari 2012
2 Februari 2012
3 Februari 2012
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini untuk ke portal rasmi SPP.
Jangan lupa sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan di sini.

UPDATE:
9 Februari 2012
10 Februari 2012

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #23 - Why...why..why..?

image via

Tuesday, January 17, 2012

Yes! Cikgu relief masuk

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Sejak minggu lepas, aku hanya dapat jadual relief (jadual ganti) guru yang tidak hadir. Setelah beberapa hari, pelajar sudah boleh cam yang mana kalau aku masuk je kelas berkenaan, maknanya cikgu mata pelajaran pada waktu itu tidak datang lah. 

Sampai ke minggu ini, aku hanya dapat relief sahaja. Jadual tetap masih belum dapat lagi. Hari ini, aku masuk saja kelas.. "Yes, cikgu relief!" Amboi, suka betul bila cikgu tak datang ya. Aku pun apa lagi.."dah, jangan nak suka sangat. Buat latihan ni dulu baru boleh buat kerja sendiri". Pelajar biasalah... alaa cikgu...banyak homework..nak hias kelas...bla..bla..bla.. Banyak betul alasan kan..

Tapi masa belajar dulu 2 kali lima jugak. Suka bila cikgu tak masuk kelas. Lagi suka bila boleh buat kerja sendiri. Bila dah jadi cikgu sekarang ni, amek kau. Hadap lah semua tu balik. Tapi budak-budak sekarang, tak sama macam dulu. Tak sama macam zaman aku sekolah dulu...setuju?

Monday, January 16, 2012

Tertinggal gitar dalam kelas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Kalau sebut pasal gitar-budak sekolah, dalam kepala tu mesti terfikir Najwa Latif kan. Hai, popular sungguh adik Najwa Latif ni sekarang. Sampai aku pun terkena tempiasnya. Tapi aku tak pandai menyanyi dan main gitar. 
sumber gambar
Alkisah aku pakai shawls ke sekolah hari ini. Tapi takdelah yang macam Najwa Latif pakai dalam gambar tu. Maunya kena kejar dengan pengetua pakai macam tu. Pakai gaya biasa sajalah..yang penting nampak kemas. So macam biasa, dapat kelas relief. Wah, boleh tahan banyak kelas juga yang kena masuk hari ni. 

Dari satu kelas ke satu kelas tak sedar dah hampir waktu balik. Masa duduk dalam bilik guru, masuk dua orang pelajar tingkatan 3 membantu guru bawa buku ke bilik guru. Tiba-tiba pelajar itu cakap, "Cikgu, cikgu tertinggal gitar kat dalam kelas". Tercengang-cengang aku dibuatnya. Rupa-rupanya daripada budak itu, aku dapat tahu bahawa mereka kata aku macam Najwa Latif hari ini. Haa..senyum je lah. Macam-macam...

p/s: Kenapa ayat aku macam skema je nih?

Friday, January 13, 2012

Gambar | Ombak rindukan INTERIM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Antara sebab blog aku tak berupdate
credit

Interim? Aku pun blur-blur bila mula-mula dengar. Tapi alhamdulillah, Tuhan nak bagi rezeki, hari Jumaat lepas dapat panggilan, Isnin pergi dengar taklimat dan dapat sekolah. Syukur-syukur..Siap boleh jumpa kawan sekolah lagi masa pergi taklimat tu. Keciknya dunia.

Guru Interim ni baru sahaja diperkenalkan. Batch pertama adalah dari negeri Johor, diikuti oleh Selangor. Bagi kawan-kawan yang dapat tu, selamat bertugas. Kepada yang tak dapat, sabar la. Rezeki Tuhan tu luas...mana tahu, esok lusa?

Monday, January 9, 2012

Jom Blogwalking by Ieyza Afieyna

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Jom join ramai-ramai.
Tutup: 14 Januari 2012

Tag:
Anugerah Cinta
Tulip Merah
QasehSuci


Klik banner untuk join :)

p/s: Tahniah buat Ezani kerana berjaya menjuarai Masterchef Malaysia yang pertama :)

Sunday, January 8, 2012

Masterchef Malaysia | Antara Ezani dan Wahidan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Malam ini merupakan malam penentuan antara dua orang peserta iaitu Ezani dan Wahidan. Pemenang bakal membawa pulang wang berjumlah RM 100,000 beserta menerbitkan buku masakan sendiri. 

image via

Cabaran pada malam ini, dengan bertemakan "The Meal of Your Life", dua peserta ini harus merekacipta menu masing-masing untuk dihidangkan kepada 40 orang tetamu. Mereka akan turut dibantu oleh 10 lagi peserta yang pernah tersingkir iaitu Deena, Zamir, Ary, Shahriah, Danial, Amita, Felix, Brian, Azilah dan Imelda. 

Antara dua peserta ini, siapakah yang bakal bergelar juara? Sama-sama kita nantikan. Kurang lebih satu jam sahaja lagi...

p/s: Aku sokong Ezani. Korang?

Saturday, January 7, 2012

Aiskrim untuk si sugar glider

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Lulu bersama tuannya. Saya cuma babysitter saja
Aku tak tahu istilah yang tepat bagi makanan untuk sugar glider ni, tapi setelah baca entri neon di sini, aku rasa istilah yang betul ialah smooties. Betul ke? Disebabkan aiskrim si Lulu ni dah lama habis, maka aku dengan rajinnya buat aiskrim untuk dia. Kalau masa mula-mula buat dulu aku guna HPW, madu dan scramble egg tanpa minyak, disebabkan kekurangan bajet, maka aku buat ala-ala neon sajelah.

Bahan-bahan:
Buah betik
Buah epal
Sedikit tomato
Madu

Cara-cara:
Blenderkan semua bahan di atas. Dan inilah hasilnya...
Mudah, cepat dan jimat


Dapat satu tupperware kecil. Cara penyimpanan: Disebabkan aku panggil nama dia aiskrim, maka sudah tentu aku simpan kat dalam freezer. Masa nak bagi makan, aku ambil sikit, bagi dia cair baru bagi Lulu tu makan. 

Thursday, January 5, 2012

Spontaneous Thursday 10 - Rules to a better life

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


image via

:)

Tuesday, January 3, 2012

Pengaruh 11:11 dengan My Girl

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Setiap kali ternampak jam 11:11 malam dekat dashboard laptop, mesti aku teringat dia ni

image via
sebab dalam cerita My Girl, dia ada cakap masa pukul 11:11 mesti akan ada orang yang teringat kat kita. [nonsense]
Tapi terfikir jugak, ada ke orang yang teringat kat aku?
Hadoi. Putus fius dah. Kuat betul pengaruh cerita kat aku. Macam mana boleh terfikir macam tu??

image via
Mungkin sebab cerita ni antara drama Korea yang mula-mula aku tengok kot?
Korang pernah terfikir macam aku tak??

Monday, January 2, 2012

Segmen | Qaseh ajak kenal kawan blogger

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Alhamdulillah, segmen pertama yang aku join dalam tahun baru.
Cantik kan header ni..

Sebenarnya bw dari blog HJ, nampak segmen ni. Nampak header cantik tu, terus je rasa nak join. Tentang aku? Takde yang menarik untuk dikongsikan. Tapi kalau nak tahu jugak sikit-sikit boleh je klik tab "About" kat atas tu. Kenapa aku berblog? Sebab orang lain ada blog...hihi..takdelah, aku buat blog ni pun sebab masa sem bape aku tak ingat, lecturer aku suruh hantar assignment menggunakan medium blog. So, dari situ aku mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni...Best apa, ada blog. Dapat ramai kawan..kan?kan?

Pasal blog Qaseh, aku sebenarnya baru je kenal blog beliau ni. Penulis novel? Waa...novel apa ye? Peminat novel ni....tapi aku memang berkenan dengan header blog Qaseh. 
Conteng menconteng cinta dan Qaseh hanya untuk Illahi...
 Mendalam maksudnya....
Ok, 5 blog yang aku suka lawat...Nombor tu bukan ranking ya..
1. Belog UBi
2. yoUnique
3. Budak Lelaki Sebelah Pintu
4. .blog ijat.
5. cisdel.com

Sape yang nak join, klik banner Qaseh ye. Ada hadiah..jeng-jeng-jeng...
Tutup: 10 malam ini.

Baru masuk tahun baru sudah kecoh...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Celik je mata masuk tahun baru harapnya semua ok sajalah...tapi bila buka facebook dan lihat video ini, kusss semangat. Benda pertama yang terlintas dalam kepada aku ni kenapa mereka buat macam tu? Walaupun aku bukan lagi seorang mahasiswa, tapi sedikit sebanyak tempiasnya terasa juga. Sehingga kini, terlalu banyak berita berkaitan isu panas Adam Adli dilaporkan.

Pada mulanya, aku ingatkan si dia (AA) ni perjuangkan isu posting, tapi setelah melihat video tersebut dan mencari maklumat berkaitannya baru aku faham berkaitan isu ini. Sedih bila melihat keadaan sebegitu terjadi di universiti sendiri. Kalau macam ni gayanya, nak ke kampus pun takut...

Harap-harap isu ini tak memberi kesan kepada posting nanti. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.