Showing posts with label doodle. Show all posts
Showing posts with label doodle. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday #31 - Dare to dream

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

credit: The healing nest

Dare to dream
Dare to work hard
Insya Allah success will be in your hand
:)

Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday #30 - Terapi pengubat duka

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dulu, inilah caranya untuk mengurangkan kesedihan, kemarahan dalam diri => entri ini
Tapi kini, melukis dan mewarna juga mampu mengurangkan sedikit sebanyak kesedihan, kecelaruan yang aku alami.


"La tahzan artinya jangan bersedih. Ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa mengingati-Nya"

Thursday, February 14, 2013

#29 Saya budak baru belajar

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

paisley doodle

Baru nak belajar buat doodle sendiri
Need more practice

KEEP CALM
and
SMILE

:)

Monday, January 30, 2012

Bila dah sakit...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


...memang rasa tak boleh buat apa-apa. Lagilah kalau demam tambah dengan sakit kepala. Tidur je la jawabnya. Kalau aku la. Tapi kalau sakit perut? Ohh tidak...

lagilah kalau yang tiap-tiap bulan punya sakit tu. Buatlah gaya macam mana pun sakitnya tak hilang. Baring, meniarap, tertonggeng, berguling..semua sudah..sakitnya tak hilang-hilang jugak. Pulak tu jenis yang keras kepala tak nak telan panadol. Bagus sangat lah tu.

So, kesimpulan yang aku nak cakap kat sini,
..kalau tak nak sakit perut macam aku...Muahahahaha

Saturday, January 28, 2012

Senyum kan sedekah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hari ni anda dah berikan senyuman kepada siapa? Bukan susah pun nak senyum kan..tapi yang jadi susah tu bila  kita tengah marah. Sah-sah muka tak boleh nak senyum. Kalau senyum jugak mesti jadi macam plastik. 


Bila senyum tu, biarlah ikhlas. Baru dikatakan sedekah. Ye tak? Tapi berikan senyuman kepada yang hak je tau. Jangan pulak nanti senyum tak tentu pasal. 

Ok, sebenarnya aku nak kongsikan sekali doodle pertama yang aku lukis guna paint.net ni. Belajar dari blog Azzah sayur lemak. Ha...terima kasih ye Azzah. Siapa yang nak belajar buat doodle boleh terjah blog beliau beramai-ramai ye. Comel je semua doodle-doodle dia. Akhir sekali,
Senyum tak perlu kata apa-apa
:)

Sunday, November 20, 2011

Cubaan pertama melukis doodle

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Setelah beberapa jam mengadap depan laptop, akhirnya aku berjaya menghasilkan satu doodle berdasarkan tutorial dari entri "Lukis spongebob guna excel pun boleh" oleh yoUnique! Wah, lepas baca entri tu terus rasa nak cuba buat. Belum cuba, belum tahu dapat buat ke tidak, ye tak?

Dan dengan gigihnya aku google gambar Pororo. Kenapa Pororo? Ntah, mungkin sebab aku baru je lepas tengok Running Man kot? Influence Haroro lah ni~


Gambar Pororo ni sebenarnya aku dah gunting terlebih dahulu menggunakan FotoFlexer. Itu pun belum clean cut. Sila abaikan. Almaklumlah, empunya badan ni tak tahu nak guna Photoshop. Jadi, kita gunalah apa yang ada. So, setelah beberapa jam, inilah hasilnya....


Tolong jangan gelak



Ok, memang berbeza sangat. Banyak yang kena improve lagi nih. Tunjuk ajar ku sifu! Apa-apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada cik yoUnique sebab tak lokek ilmu ajar macam mana nak buat doodle guna excel ni. Bak kata cik yoUnique,
Sila cuba sekarang dan lihat betapa senangnya nak buat kalau imaginasi dan kesungguhan digunakan pada tahap tertinggi
See...aku dah pun buktikan kata-kata cik yoUnique ni. Yang penting, minat dan sabar..mesti jadi punyalah. Tak gitu?

Sunday, October 2, 2011

Dapat doodle dan banner yang super comel

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hai semua! Okey, terus cerita straight to the point. Nampak tak banner kat sidebar blog? Haa..hari ni aku happy sangat sebab aku dapat doodle dan banner yang super comel! Macam mana boleh dapat? Aku join giveaway ini. Dan rupa-rupanya aku antara salah seorang yang bertuah dapat doodle dan banner tu. Cuma aku je tak perasan yang aku menang sehinggalah cik Dil tinggalkan komen di shoutbox aku. Haha. Kalau naik keretapi ni, sah sah dah lama aku tertinggal. Memang masin mulut iPai.

Yang ni pulak doodle mewakili Wardah Alisya. Cantikkan?
Oh...sangat-sangat berterima kasih kepada Cik Dil; Blog kerana manisnya epal. Doodle-doodle yang cik Dil reka semuanya super comel dan cantik. Kalau yang belum kenal dengan cik Dil ni, sila terjah beliau sekarang.


Lepas ni, bolehlah kita tukar-tukar banner ya?