Friday, June 4, 2010

Kasyah Ayu

= Lagenda cinta agung

 

Novel pertama Ahadiat Akasyah yang aku beli : Lagenda Budak Setan. Masa tu aku baru form 1. Zaman tu, AA boleh dikatakan antara penulis novel yang popular. Baru bab 1 baca novel tu, aku dah pecah perut gelak sebab Kasyah memang terkenal dengan kenakalannya di sekolah. Namun Kasyah berubah selepas mengenali Ayu...Banyak halangan dalam kisah cinta Kasyah Ayu ni. Kasyah yang setia dan Ayu yang sanggup berkorban. Senyuman ayu yang misteri bagi aku la. Seperti menyimpan seribu satu rahsia kehidupannya yang penuh onak duri. Dan buat aku terfikir, ada lagikah lelaki seperti Kasyah zaman sekarang ni? Mungkin ada...hanya dalam khayalan. Selepas sedekad, novel ini telah di'movie'kan. Tengok trailer citer ni dalam Youtube. Rasa  macam  nak tengok movie ni. Samakah novel dengan movie? Bila baca review cerita ni, ada kata best, ada yang kata tak best. Tapi bagi aku, itu tepulang pada diri masing-masing. Tepuk dada, tanya hati.

No comments: