--dormant mode--
--xde idea nak tulis ape--
--byk keje--
--byk benda kena fikir--
--bosan--
--sometimes fed-up--
.
.
.
.
.
.
.
.
.
--i think thats all--
Wednesday, September 30, 2009
Friday, September 18, 2009
ucapan raya buat semua
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.Saya dengan ini secara rasminya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini : Sahabat handai yang jauh mahupun dekat, rakan taulan, ahli PBA, rakan sekelas (sekarang), pensyarah-pensyarah dan seterusnya bloggers sekalian.
.Andainya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan, mengguris hati, ataupun ada yang terasa.
.Andainya termakan / terminum / terguna / terambil dan sebagainya apa yang bukan milik cik agha.
.Andainya buat muka tak tentu hala.
.Andainya buat perangai ntah apa-apa.
.Andainya termerapu tak kira tempat.
.Andainya terkasar bahasa.
.Ampunan dan kemaafan kupohon dan semoga kalian semua mendapat maghfirah dari-Nya jua.
.Selamat Hari Raya Aidilfitri.
.Maaf zahir dan batin.
p/s: Jangan lupa bawak balik kuih raya ^^
More Graphics @ CPGrafix.net
Sunday, September 13, 2009
Pergilah yang sedih, datanglah gembira!
Aku terpanggil untuk menulis entry ini, kerana seseorang sedang bersedih sekarang ini. Walaupun si dia tidak menunjukkannye dihadapan aku...tetapi aku tahu bahawa hakikatnya dia sedang bersedih...kerana aku pernah merasainya suatu ketika dahulu. Aku tidak tahu bagaimana untuk memujuknya kerana aku tahu ia hanya akan melukakan hatinya. Namun aku ingin dia tahu bahawa aku sangat mengambil berat tentang dirinya...
Dan aku tahu bahawa rasa sedih itu amat sakit baginya. Hanya orang yang pernah mengalaminya tahu bagaimana perasaan itu...
Sungguh diri ini tidak sedar bila masa mata ini tiba-tiba basah beranak air mata,
sungguh diri ini tidak sedar sejak bila meminati lagu-lagu sedih,
sungguh diri ini tidak sedar berat badan susut mendadak,
sungguh diri ini tidak sedar menjadi seorang yang pendiam, asyik termenung,
sungguh diri ini tidak sedar menjadi seorang yang sangat sensitif...
Walaupun luarannya nampak seperti tiada apa-apa, di dalam hati siapa yang tahu. Hanya Dia...
Aku ingin membantu mengurangkan kesedihanmu itu...walaupun hanya menjadi pendengar...
Ingatlah, bahawa apa yang telah berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya dan Dia tetap ada bersama kita. Kembalilah kepada Dia, kerana mengalir air mata darah sekalipun, tetap tidak dapat mengembalikan masa silam itu. Apa yang perlu dilakukan ialah keluar daripada kesedihan itu. Kuatkan semangat walaupun memerlukan masa...Mungkin kita bukan yang terbaik untuk dia dan mungkin dia jua bukan yang terbaik buat kita. Insya Allah, akan ada yang lebih baik untuk kita...
Ketahuilah bahawa
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah, 216)
Apa yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan itu:
- Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa
- Banyakkan berdoa- Muhasabah diri tentang apa yang pernah dilakukan
- Menangislah...kerana air mata itu mampu mengurangkan bebanmu- Berkongsilah dengan kawan-kawan yang terdekat
- Dengar lagu-lagu yang happy @ tonton cerita lucu
- Sibukkan diri dengan kerja/assignment
- Jangan tengok hanphone
- Tidur
- Makan sepuasnya...tapi kalau xde selera pon, kena makan jugak walaupun sedikit
- Fikirlah betapa banyak masa dan kredit telah dihabiskan dengan sia-sia
- Buang jauh-jauh kenangan bersamanya
- Sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
- Buat perkara yang paling disukai
- Ketawa
- Berfikiran positif (bukan dia seorang sahaja di dunia ini)
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan ni. Yang penting mindset tu. Kalau fikir sedih, sedih lah dia. Kalau fikir gembira, gembiralah. Antara nak dengan tak nak je... Semoga akan hilanglah kesedihan itu dari dirimu, dan akan datang sinar kebahagiaan buatmu. Akhir sekali..."Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepada Nya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu"
"Sayangi diri anda, kerana dirimu begitu berharga!" =)
Friday, September 11, 2009
Apa yang selalu korang buat bila korang sensorang @ bosan?
Lonely...sensorang...roomate balik kampung...kengkawan busy...so, tinggallah korang keseorangan diri merenung syiling di bilik, menopang dagu di hadapan laptop, atau seharian syahid di atas katil. Pernah x korang bersituasi begini??? Mesti pernahkan? So, apa yang korang akan buat bila sensorang @ kebosanan melanda diri itu?
Bila hal sensorang ni terjadi pada aku, biasanya aku akan melayari internet...selalu buat sebenarnya dan aku akan menjadi sangat geram bila time bosan tu xdapat internet. Rasa nak menjerit je...serius x tipu. So. kalau xdapat internet biasanya aku akan tengok cerita-cerita korea, tak pun baca novel. Hlovate of course =)
Dan sekarang sebenarnya aku tengah sensorang...wawawa...sungguhla terasa kebosanan yang amat sangat. Apa yang aku buat? Blogging...tengok Nur Kasih...tengok orang (sebab aku di bitara sekarang ni). Selalunya, opsyen utk membuat assignment mmg la menjadi pilihan last sekali utk aku buat walaupun da rasa berat da bahu aku ni memikul assignment yg x siap-siap. Bagi aku, kdg2 kita memerlukan masa untuk diri sendiri...bebas nak buat apa je.
Tapi sekarang aku B.O.S.A.N yang amat...
apa nak buat????
Sunday, September 6, 2009
Teringin sangat...
salam. ha...ape yg korang teringin sgt nk mkn tp masih lg lom dpt mkn dlm bulan ramadhan ni? Macam aku, teringin sgt nk mkn mee bandung...wawawa...tp bukan made in tg malim la...rasa x sama...hm...cbe tgk gmbar kt bwh ni.
pastu, teringin jgk nk mkn kek batik. yg kt KHAR tu kecik sgt...
pastu, teringin jgk nk mkn kek batik. yg kt KHAR tu kecik sgt...
Thursday, September 3, 2009
ramadhan dan september
...Ramadhan kembali lagi...
...Menggamit sebuah memori...
...Membawa seribu erti...
...Episod suka dan duka...
...Kini...
...Ku terus berdiri...
...Walau susah...
...Walau pedih...
...Walau payah...
...Ku gagahkan jua...
...Agar dapat ku tebus...
...Kelalaian masa lalu...
Salam. Tiba-tiba je datang idea 'merapu' kat atas tu...Actually nak kongsikan kata-kata ni. Dipetik daripada sebuah buku ala-ala La Tahzan. Tapi buku ini khas untuk wanita sahaja. (^_^)
"Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?"
...Jangan Bersedih: Jadilah Wanita yang Paling Bahagia...
Sungguh, sebelum ni tak pernah dengar kata-kata tu...dan itulah apa yang aku buat for the past few years (sangat kasihan pada diri sendiri)...Tapi alhamdulillah, rutin kesedihan itu tidak lagi menjadi sebahagian dari hidupku kini. Kerana aku akhirnya sedar, walau sedih macam mana pun, tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah kita buat pada masa lalu...So, lets us appreciate the present and think of the future.
Subscribe to:
Posts (Atom)