Showing posts with label gembira. Show all posts
Showing posts with label gembira. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #26 - Arrgghhhhhhhhhhh!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera




Sunday, October 2, 2011

Dapat doodle dan banner yang super comel

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hai semua! Okey, terus cerita straight to the point. Nampak tak banner kat sidebar blog? Haa..hari ni aku happy sangat sebab aku dapat doodle dan banner yang super comel! Macam mana boleh dapat? Aku join giveaway ini. Dan rupa-rupanya aku antara salah seorang yang bertuah dapat doodle dan banner tu. Cuma aku je tak perasan yang aku menang sehinggalah cik Dil tinggalkan komen di shoutbox aku. Haha. Kalau naik keretapi ni, sah sah dah lama aku tertinggal. Memang masin mulut iPai.

Yang ni pulak doodle mewakili Wardah Alisya. Cantikkan?
Oh...sangat-sangat berterima kasih kepada Cik Dil; Blog kerana manisnya epal. Doodle-doodle yang cik Dil reka semuanya super comel dan cantik. Kalau yang belum kenal dengan cik Dil ni, sila terjah beliau sekarang.


Lepas ni, bolehlah kita tukar-tukar banner ya?

Tuesday, August 2, 2011

Day 9: Something you're proud of in the past few days

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Meneruskan cabaran hari ke-9. Beberapa hari yang lepas, Alisya dan kawan-kawan sudah selamat mengikuti Istiadat Konvokesyen ke-13 UPSI. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Akhirnya segala penat lelah dan usaha terbayar juga pada tanggal 28 Julai 2011 di dewan SITC, UPSI. Dewan itu telah menjadi saksi kami  menjadi warga UPSI dengan menyertai minggu suai kenal (MSK) dan sekali lagi dewan itu telah menjadi saksi apabila kami melangkah dari dewan tersebut kami akan bergelar alumni anak kandung suluh budiman.

Begitu cepat masa berlalu. Kalau dulu, muka semua naif je. Perangai macam budak-budak. Tapi sekarang, setelah empat tahun, masing-masing sudah menjadi dewasa dan memikul satu tanggungjawab yang cukup berat apabila bergelar 'cikgu'. Memetik kata-kata pro-canselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim, "Once a teacher, always a teacher". Cukup besar makna kata-kata tersebut. Buat semua teman-teman seperjuangan, Alisya ucapkan tahniah buat kalian kerana berjaya menamatkan pengajian dengan wajah yang berseri-seri di samping keluarga tercinta. Perjalanan kita masih panjang kerana ini baru permulaan dalam menghadapi dunia sebenar. Cabaran menjadi guru pada masa kini lebih hebat. 


Air menurun ke tepian panji
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi 
Semakin berisi semakin menunduk


Hard work pays! Alhamdulillah~

Day 8: Short term goals for this month and why

Saturday, July 30, 2011

Selamat pendek umur

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Hari ini 30 Julai 2011 bersamaan dengan tarikh aku dilahirkan ke dunia ini. Alhamdulillah..hadiah hari lahir tahun ini merupakan yang paling bermakna bagi ku. Baru dua hari lepas aku secara rasminya telah menamatkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan secara rasminya telah menjadi Alumni Ibu Kandung Suluh Budiman. Itu juga merupakan hadiah buat ayahanda dan bonda yang telah banyak berkorban untuk membesarkan anak mereka yang seorang ini. 

Dah besar panjang ni, aku takdelah sambut hari lahir dengan tiup kek. Tapi untuk makan tengahari tadi, kitorang makan di Ichiban Ramen. Selalunya begitulah cara keluarga aku meraikan hari lahir. Terima kasih mak..terima kasih ayah..

Coffee jelly blended with ebi fried bento
Sesekali makan makanan jepun apa salahnya kan? Aku juga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pensyarah, cikgu, kawan-kawan, student dan semua yang wish birthday aku hari ini. Terharu weh. Walaupun sekadar tulis HB, hepi burfday, selamat hari lahir dan sebagainya, cukup untuk buat aku tersenyum sepanjang hari ini. Antara wish yang menarik untuk dikongsikan bersama

ada yang panggil cikgu
ada yang panggil cik agha
daripada cikgu kimia...terima kasih cikgu!
makin bertambah umur, makin tua dah aku...
sanah helwah maksudnya happy birthday :)
ohhh..soalan yang ini aku tak dapat nak jawab..
Ohh...seorang blogger yang juga merupakan 'kembar' aku yang lahir pada hari ini juga iaitu Alya Esprezzo. Happy birthday! 

Thursday, February 4, 2010

Warna-warni bukan water colour

Salam
Minggu ini adalah minggu yang "sangat packed". Serius, tak tipu. Keluar rumah pagi, petang baru kaki jejak rumah balik. Hm, macam tulah nanti da kerja. Ye tak? Tapi sekarang belajar lagi.. Penat..sangat penat...rasa malam tu tak nak buat apa-apa. Just nak berguling-guling atas katil je. Boleh tak nak buat macam tu? Kalau kat rumah buat macam tu, sah-sah mak dah kejar dengan batang penyapu. Hehe. Hari ni ada lab Genetik. Jadi nak kongsikan serba sedikit apa yang kitorang buat kat lab petang tadi. Ha, tahu tak apa tu...

 
Biru: Antiserum A, Kuning: Antiserum B, Jernih: Rh

 
Dari kiri: Fara O+, Fareha O+, Dayah A+, Ct B+ (Darah siapa paling pekat?hihi)

Sebenarnya agak takut nak cucuk jari sendiri. Jadi dengan bantuan Fareha, maka dapatlah saya menyumbangkan sedikit darah ke atas tile ini. Jari sejuk je. Dah rasa macam fear factor. Padahal cucuk sikit je. Oh, lagi satu baru saya tahu yang saya tidak boleh bengkokkan ibu jari. Kesian. 

Nak lari sedikit daripada cerita di atas. My roomate beri saya chopstick. Sangat cantik. Warna-warni. Suka tengok. Tapi dia beri sepasang je la. Warna peach. Suka. Time kasih Z-yah :)

 
 Saya punya yang warna peach tu

Ok, cukup setakat itu. Malam ini ada discussion untuk wat persediaan sebelum ke Gunung Lang. Dengar-dengar xde air. Mandi air hujan? Alahai...Kalau tak hujan, x mandi kah???

Friday, November 13, 2009

Kenangan bersama rumah no 10

Nak buat ape ye? Mentang-mentang tinggal satu paper lagi...bersuka ria je gaya. Hari Rabu lepas, habis je Biochem, terus pergi makan char kuey teow dekat depan KHAR tu...jumpa pulak dgn roomate dayah kt sane. Lepas tu, terus ke rumah kak syitar dan malamnye ke KFC. Hehe. Gathering dengan budak-budak rumah sebelum cuti semester ni. Mane tahu, sem depan tak dapat serumah sekali...
Antara gambar yg sempat diambil... Ahli rumah no 10 terdiri drpd: Cik Agha, Cik Un, Zai, Ilham Qaseh, Farah Adilla, Jen dan Sandra...tidak ditampilkan di sini ialah Nor (beliau sudah pulang ke kg halaman). Penat adjust kamera nak bagi semua masuk. Idea bernas daripada Mis Unz. Sesi bergambar diteruskan dgn gaya bebas. Sweet memories... Housemate yang sporting dan happening Dan akhir sekali, bergambar sebelum naik ke rumah no 10. Haha, lawak je. Tak pernah lagi aku bergambar kat lif cmni. Sekian saje sesi perkongsian untuk kali ini...Ucapan buat budak2 rumah no 10...
  • Do keep in touch
  • Panjang umur kita berjumpa lagi
  • Buat roomate ku, selamat berpraktikum... dan semoga bahagia di samping orang tersayang

Wednesday, October 28, 2009

Hari ini hari Rabu

Weee...hari ini sudah hari Rabu...Sudah banyak study kah? Hoho...macam tak je...adeyh. kesian sungguh diri ini. Well, selamat pagi semua *wink* Apa yang telah saya lakukan pagi ini? Walaupun pagi lagi saya sudah bangun, namun buku saya masih tidak berganjak dari bab 8. Haila. Orang bangun awal study la! Tapi xpe. Yang penting saya happy!! *_* Kerana pada pagi ini saya telah mendapatkan ilmu yang baru...walaupun bukan daripada bab 8 itu...
Mula-mula saya baca artikel ni:
Lepas tu...
Percikan api neraka? ---sebab artikel ini ada sedikit kaitan dgn saya. Sebab tekak saya ada sedikit kurang selesa.
Seterusnya pembacaan bersambung pula dengan artikel yang ni:
Hey Lady ---"Know that Allah's promise is true. Surely for every believing woman, there is a believing man for her, insya Allah. Remember when The Prophet Muhammad (peace be upon him), full of praise for virtuous and chaste women, said: The most precious thing in the world is a virtuous woman." (quote dari Iluvislam) Insya Allah...

Kemudian cari video ni pula..sebab dalam video artikel Hey Lady tu ada sebut ayat ni...

"Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"...(91:10)
Demi matahari : Snada

Boleh search di youtube.

Teringat video ini sebab pernah dimainkan semasa ceramah kt KHAR dan semasa join program motivasi MRSM Pontian di Tiram Indah Village dulu... Oh, seterusnya saya sambung dgn membaca kisah Ratu Balqis dengan Nabi Sulaiman dalam surah Semut (an-Naml)...Subhanallah, sungguh terasa lapang hati ini. Alhamdulillah... Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan menjadi pedoman buat hari esok. Senyum selalu =)

Sunday, October 11, 2009

Jalan-jalan cari makan

Hoho...setelah sekian lama bertapa di bumi KHAR, akhirnya semalam aku keluar juga bersama-sama dgn "aida and the geng" dan x lupa jua dgn "hyda--fiza"..ahaks.
Seawal jam 2.oo ptg kami (hyda-na-fiza) sudah siap sedia menunggu bas di bustop Khar, menunggu aida serta kuncu2 nya bersiap. Namun akhirnya kami terpaksa menunggu mereka di bustop kampus shj. Dan seterusnya lebih kurang jam 3.00 kami telahpun sampai di pekan tg malim...hoho..terasa lain dgn suasana di sana disebabkan pasar malam telah berubah kedudukannya. Maka kami terus straight ke destinasi yang ingin dituju iaitu KFC...dan hujan menemani perjalanan kami ke sana. Da sampai sana, apa lagi beratur la jawabnya...agak ramai jugak org kt sane...sume pakat2 nak makan kfc.. Kitorang guna vaucer kfc TM, so ada la satu makanan tu cheezy chikaroni. Aa citer, adk dia panggil menda tu makanan bulat-bulat macam terowong...Tergelak aku. Budak-budak kan...ada je idea dorang. =)
So, mase yg ditunggu-tunggu telah tiba.
.semua nampak x sabar dah nk makan tu.
.faten pon ade sekali. .muka2 ceria...da kenyang la katakan.
.hoho..gambar ini dayah yg candid.
Setelah selesai menikmati hidangan...kami meneruskan misi mencari hadiah utk majlis hari raya pada hari esok. Kami ke Cahaya Gifts dan seterusnya ke kedai cenderamata yang lain (x tw nama kedai tu). Dan rupa-rupanya bukan kami sahaja yg ke situ kerana kami telah terserempak dgn azie dan mas. Kantoi!. Ahaks.
.di kedai cenderamata.
.faten, da jumpa lom tudung yg dicari2?.
Seronok sgt berjalan sampai x sedar da petang. Maka cerita akan bersambung dgn jamuan raya di KHAR. Kesimpulan: Aku sangat gembira dan semua orang berwajah ceria =) Terima kasih kawan-kawan!

Sunday, September 13, 2009

Pergilah yang sedih, datanglah gembira!

Aku terpanggil untuk menulis entry ini, kerana seseorang sedang bersedih sekarang ini. Walaupun si dia tidak menunjukkannye dihadapan aku...tetapi aku tahu bahawa hakikatnya dia sedang bersedih...kerana aku pernah merasainya suatu ketika dahulu. Aku tidak tahu bagaimana untuk memujuknya kerana aku tahu ia hanya akan melukakan hatinya. Namun aku ingin dia tahu bahawa aku sangat mengambil berat tentang dirinya... Dan aku tahu bahawa rasa sedih itu amat sakit baginya. Hanya orang yang pernah mengalaminya tahu bagaimana perasaan itu... Sungguh diri ini tidak sedar bila masa mata ini tiba-tiba basah beranak air mata, sungguh diri ini tidak sedar sejak bila meminati lagu-lagu sedih, sungguh diri ini tidak sedar berat badan susut mendadak, sungguh diri ini tidak sedar menjadi seorang yang pendiam, asyik termenung, sungguh diri ini tidak sedar menjadi seorang yang sangat sensitif... Walaupun luarannya nampak seperti tiada apa-apa, di dalam hati siapa yang tahu. Hanya Dia... Aku ingin membantu mengurangkan kesedihanmu itu...walaupun hanya menjadi pendengar... Ingatlah, bahawa apa yang telah berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya dan Dia tetap ada bersama kita. Kembalilah kepada Dia, kerana mengalir air mata darah sekalipun, tetap tidak dapat mengembalikan masa silam itu. Apa yang perlu dilakukan ialah keluar daripada kesedihan itu. Kuatkan semangat walaupun memerlukan masa...Mungkin kita bukan yang terbaik untuk dia dan mungkin dia jua bukan yang terbaik buat kita. Insya Allah, akan ada yang lebih baik untuk kita...
Ketahuilah bahawa "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah, 216)

Apa yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan itu:

- Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa

- Banyakkan berdoa

- Muhasabah diri tentang apa yang pernah dilakukan

- Menangislah...kerana air mata itu mampu mengurangkan bebanmu

- Berkongsilah dengan kawan-kawan yang terdekat

- Dengar lagu-lagu yang happy @ tonton cerita lucu

- Sibukkan diri dengan kerja/assignment

- Jangan tengok hanphone

- Tidur

- Makan sepuasnya...tapi kalau xde selera pon, kena makan jugak walaupun sedikit

- Fikirlah betapa banyak masa dan kredit telah dihabiskan dengan sia-sia

- Buang jauh-jauh kenangan bersamanya

- Sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

- Buat perkara yang paling disukai

- Ketawa

- Berfikiran positif (bukan dia seorang sahaja di dunia ini)

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan ni. Yang penting mindset tu. Kalau fikir sedih, sedih lah dia. Kalau fikir gembira, gembiralah. Antara nak dengan tak nak je... Semoga akan hilanglah kesedihan itu dari dirimu, dan akan datang sinar kebahagiaan buatmu. Akhir sekali...

"Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepada Nya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu"
"Sayangi diri anda, kerana dirimu begitu berharga!" =)