Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Topeng

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Topeng
Sentiasa dibawa bersama ke mana sahaja
Befungsi sebagai pelindung yang ampuh
Baik juga untuk penyamaran
Kerana topeng itu tidak akan memberi makna sebenar
isi hati si pemakai
Dengan riak bersahaja yang dipamerkan pada topeng
tentu sahaja ia mampu menjadi perisai
daripada apa yang disembunyikan di sebaliknya

topeng muka, mask

Namun
topeng itu dibuka juga
tatkala bersendirian
tatkala semua orang sibuk dengan dunia mereka
tatkala kesepian
Di sebalik topeng itu tersimpan
seribu satu rasa
yang hanya diketahui si pemakainya

--agha, jb--

Wednesday, May 29, 2013

Keroncong untuk Ana

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Aku baru pertama kali dengar lagu ni semalam. Masa buat carian lagu Yuna dekat youtube. Skrol dan skrol jumpa lagu ni. Lagu yang aku dengar bukanlah lagu asal yang dinyanyikan oleh M. Nasir, tapi cover oleh Qi dan Yuna. Sedap pulak aku dengar walaupun aku baca komen-komen negatif yang mengatakan bahawa lagu itu dirosakkan. Sama seperti lagu Bulan Ditutup Awan kat entri sebelum ni. Entah ye, bagi aku best je lagu ni..

Walaupun tajuk dia keroncong, tapi aku rasa lagu ni lagu sedih. Mungkin sebab nama dia Ana so aku suka. Intro lagu ni best. Ha ha ha.

qi dan yuna
Source: Google image
Lirik lagunya...

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapatku berdiri
Di ambang pintumu

*Ke mana
Hilangnya keroncong 
Oh cinta yang kita
Nyanyikan bersama
Ataupun aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja...

Ana...ana...
ana...ana...

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untuk ku
Hingga ku termangu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku

Lagu ni macam menceritakan tentang cinta yang tak kesampaian. Sedih. Maknanya memang mendalam. Deep. Kalau sekali dengar macam Qi je yang nyanyi. Suara Yuna tenggelam. Halus je.
Apa pun orang kata, aku tetap suka lagu ni. Tekan replay je dari tadi.

#okbye

Tuesday, December 11, 2012

Aku relakan kau pergi

Dah lama aku fikirkan
Apa yang perlu aku lakukan
Sudah lima tahun kita bersama
Banyak kenangan yang terlukis bersama
Ketawa bersama
Menangis bersama
Kau sentiasa di sisi
Mungkin kini
Masanya telah tiba
Untuk aku lepaskan kau pergi
Terima kasih
Kerna sentiasa hadir setia menemaniku
Di waktu sedihku, gembiraku
Kau tetap di situ
Hingga aku bisa bangun semula
Maafkan aku
Selamat tinggal.

Saturday, April 7, 2012

Terapi kesedihan aku

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Bila datang waktu-waktu yang membuatkan aku sedih, atas berbagai alasan - tidur adalah terapi yang paling mujarab untuk aku. Bila aku sedih atau marah, aku semacam sudah programkan dalam kepala aku untuk tidur. Sebab dengan tidur, aku percaya dapat melupakan kesedihan dan kemarahan (pada waktu itu) daripada kesedihan atau kemarahan aku itu bertambah. Dan bila bangun dari tidur, secara automatik kesedihan itu akan hilang dan aku boleh berfikir secara rasional kembali.

image via

Buat masa ini, terapi ini adalah yang paling mujarab. Akan datang....aku belum pasti.

Thursday, February 11, 2010

Kiran in memories...

830 pm
Baru je sampai KHAR dari beli tiket untuk pulang ke kampung
Dapat mesej dari bonda tersayang
10.02.10
Kiran (kucing kesayangan) sudah tiada...
Speechless
Dan dan bergenang mata
Sedih sangat...
Terkilan juga
Sebab kali terakhir saya mengusap kepalanya adalah pada lima minggu yang lepas
 
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada Allah jua kami dikembalikan"

Sunday, November 29, 2009

Hargailah apa yang kita miliki sementara ia masih ada

Salam. Pada entry kali ini aku ingin menceritakan tentang sebuah kisah keluarga yang sungguh menyayat hati. Aku mendengar kisah ini buat pertama kalinya semasa meyertai program motivasi yang dianjurkan oleh Saidina Smart Consultancy semasa sedang cuti semester sem 3. Mendengar cerita ini sudah cukup untuk membuatku tersentuh dan menitiskan air mata. Sudah tentulah cerita ini diceritakan dengan penuh penghayatan oleh Pak Tam, kem komandan kami pada waktu itu.

Kisahnya bermula begini. Terdapat sebuah keluarga di sebuah perkampungan yang terdiri daripada ayah, emak, abang dan adik. Hidup mereka sungguh daif. Diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Rumah mereka hanyalah terdiri daripada papan-papan plywood dan kotak-kotak yang disusun membentuk rumah cukup untuk mereka berteduh. Tiada sebarang perabot di dalamnya apatah lagi sebarang perhiasan-perhiasan dinding. Ayah hanyalah bekerja sebagai buruh kasar membuat bangunan tidak jauh daripada kampung tempat tinggal mereka. Setiap hari, ayahlah yang menyara hidup mereka sekeluarga. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari si ayah ini telah mengalami kemalangan di tempat kerja. Beliau telah terjatuh dari tingkat dua belas bangunan dan badannya menghempap cerucuk-cerucuk tajam. Tidak dapat digambarkan rupa mayat si ayah. Maka, kerja mencari nafkah terletak di bahu emak.

Setiap hari, emak akan bekerja dari rumah ke rumah mengambil upah mencuci baju, menyapu laman dan sebagainya untuk memberi makanan kepada anak-anaknya sehari-hari. Jiran-jiran mereka juga ada memberi makanan kepada mereka atas rasa belas kasihan sesama tetangga. Setiap pagi, emak hanya mampu menyediakan secawan air teh 'o' dan sekeping biskut kering kepada abang dan adik. Itulah sarapan mereka sehari-hari. Mereka tidak membawa wang ke sekolah, juga tidak membawa bekal. Pada waktu rehat, sedang kawan-kawan mereka yang lain sedang enak menjamu selera di kantin, mereka lebih selesa berehat di bawah pokok di padang sekolah. Menahan perut yang lapar sehingga tamat waktu sekolah. Setelah tamat waktu persekolahan, mereka akan menunggu kepulangan emak pada waktu petang untuk mengisi perut mereka. Dan begitulah rutin hidup mereka semenjak kematian ayah.

Pada suatu pagi, semasa abang dan adik bersarapan, emak telah berpesan kepada abang. "Abang, Kalau mak balik lambat hari ini, abang jaga adik ya?". Si abang tertanya-tanya mengapa emaknya berkata begitu. Dirinya mula rasa tidak sedap hati. Namun disembunyikan perasaan itu dihadapan emaknya. "Baiklah emak". Jawabnya. Setelah itu, mereka berdua pergi ke sekolah seperti biasa. Pada sebelah petangnya, mereka menunggu kepulangan emak seperti biasa. Namun, sekian lama menunggu, kelibat emak tidak kunjung tiba. Si abang mula memikirkan kata-kata emak pagi tadi. Dan si adik pula mula menggigil kelaparan. Sudah berkali-kali dia bertanya kepada si abang akan kepulangan ibu mereka. Si abang hanya mampu menyuruh adik bersabar. Si adik mula menangis kelaparan. Bibirnya tidak henti-henti memanggil emak. Melihatkan si adik menangis, maka abang pun mengajak si adik mencari emak. "Dik, jom kita cari emak." Dipimpinnya tangan si adik dari satu rumah ke rumah. Kesemua jiran mereka mengatakan yang si emak sudah lama balik. Tiba di sebuah rumah yang agak mewah, mereka berhenti. Pemilik rumah tersebut mengadakan jamuan. Dengan pintu pagar yang terbuka dan makanan yang terhidang di atas meja, si adik berkata kepada si abang. "Bang, makanan bang. Adik lapar...". Tiada orang kelihatan di luar rumah tersebut. Abang berkira-kira untuk mengambil makanan yang terhidang di atas meja. Dia berkata kepada adik, "Adik, adik tunggu sini, abang pergi ambilkan makanan untuk adik". Maka si abang tadi melihat-lihat ke dalam rumah tersebut dan makanan yang terhidang. Dia hanya terfikirkan adiknya yang lapar. Maka saat dia mencapai roti di atas rumah tersebut, tuan rumah tersedar dan menjerit, "Pencuri!" Dilepaskan dua ekor anjing yang garang lagi menakutkan. Si abang berlari sekuat hati dan terlepas roti yang diambil dari tangannya. Dia menjerit kepada adik, "Adikkkkkk, lariiiii!" "Lariiiiiiiiiiiiiii!" "Lari dikkkkkk!"

Si abang sempat mencapai tangan adik. Mereka berdua berlari sekuat hati. Dua ekor anjing di belakang semakin hampir. Dan tiba-tiba, pegangan tangan si adik terlepas. Abang ingin berpatah balik namun anjing itu semakin hampir. Si adik menjerit, "Abanggg! Cari emak bang. Cari emakkkkk!!" Dan itulah suara adik yang didengarinya buat kali terakhir. Si adik telah dibaham dengan lahapnya oleh anjing-anjing yang sememangnya lapar itu. si abang tergamam. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Yang hanya mampu dibuat ialah berlari sekuat hati dengan air mata berjuraian. Tiba di sebuah simpang, si abang terlihat emak tersenyum kepadanya sambil mengayuh basikal dengan makanan bergantungan di kiri dan kanan pemegang. Si abang menjerit, "Emak! Emak!" "Tengok kanan mak! Tengok kanannnn!" Baru sahaja emaknya menoleh, "Booomm!!" Sebuah van telah melanggar emaknya. Bertaburan makanan di atas jalan. Setelah kejadian menyedihkan itu, kehidupan abang tidak lagi terurus. Setiap hari abang akan menziarahi kubur ayah, emak dan adiknya. Setiap pagi, di kubur adiknya, dia akan membawa secawan teh 'o' dan sekeping biskut kering pemberian jiran terdekat. Di kepala kubur adiknya, dia akan unjurkan teh 'o' dan biskut kering tersebut. "Dik, bangunlah dik, adik kata adik lapar...abang ada bawakan adik makanan ni...adik, makanlah... Di kubur ayah pula, abang menangis lagi, "Ayah, kenapa ayah pergi tinggalkan kami dahulu...kenapa...". Di kubur emak, lain pula yang diucapkannya, "Emak, kenapa semua tinggalkan abang sorang-sorang, abang pun nak pindah rumah baru mak...". Begitulah abang setelah kematian emak dan adiknya. Akalnya menjadi tidak waras dan hidupnya sudah tidak terurus. Kematian ahli keluarga di depan mata memberi tamparan yang sangat hebat kepadanya. Sekian sahaja kisah tentang keluarga ini.

Jadi, marilah kita menghargai orang yang berada disekeliling kita kerana esok kita mungkin tidak akan menemuinya lagi. Wallahua'lam.

Saturday, October 31, 2009

Bila rasa sedih

.Assalamualaikum. .Sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana, dan tak tahu nak cerita macam mana. .Seperti title kat atas tu. .Bila rasa sedih.
.Rasa sangat down nak exam ni...mungkin sebab carry mark rendah kut. .Aku buat ape je ye sem ni?. .Muhasabah balik. .Entah dapat score ke x final nanti. .Risau.Takut. Lalu hati ini memujuk: "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman" (3:139) "Jangan anda biarkan keletihan dan penderitaan yang anda alami menjadi bahan pembicaraan, kerana hal itu akan menjadi penghalang bagi anda untuk meraih kebahagiaan." Jangan Bersedih: Jadilah Wanita yang Paling Bahagia .Jadi, jangan bersedih lagi.

Sunday, September 13, 2009

Pergilah yang sedih, datanglah gembira!

Aku terpanggil untuk menulis entry ini, kerana seseorang sedang bersedih sekarang ini. Walaupun si dia tidak menunjukkannye dihadapan aku...tetapi aku tahu bahawa hakikatnya dia sedang bersedih...kerana aku pernah merasainya suatu ketika dahulu. Aku tidak tahu bagaimana untuk memujuknya kerana aku tahu ia hanya akan melukakan hatinya. Namun aku ingin dia tahu bahawa aku sangat mengambil berat tentang dirinya... Dan aku tahu bahawa rasa sedih itu amat sakit baginya. Hanya orang yang pernah mengalaminya tahu bagaimana perasaan itu... Sungguh diri ini tidak sedar bila masa mata ini tiba-tiba basah beranak air mata, sungguh diri ini tidak sedar sejak bila meminati lagu-lagu sedih, sungguh diri ini tidak sedar berat badan susut mendadak, sungguh diri ini tidak sedar menjadi seorang yang pendiam, asyik termenung, sungguh diri ini tidak sedar menjadi seorang yang sangat sensitif... Walaupun luarannya nampak seperti tiada apa-apa, di dalam hati siapa yang tahu. Hanya Dia... Aku ingin membantu mengurangkan kesedihanmu itu...walaupun hanya menjadi pendengar... Ingatlah, bahawa apa yang telah berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya dan Dia tetap ada bersama kita. Kembalilah kepada Dia, kerana mengalir air mata darah sekalipun, tetap tidak dapat mengembalikan masa silam itu. Apa yang perlu dilakukan ialah keluar daripada kesedihan itu. Kuatkan semangat walaupun memerlukan masa...Mungkin kita bukan yang terbaik untuk dia dan mungkin dia jua bukan yang terbaik buat kita. Insya Allah, akan ada yang lebih baik untuk kita...
Ketahuilah bahawa "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah, 216)

Apa yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan itu:

- Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa

- Banyakkan berdoa

- Muhasabah diri tentang apa yang pernah dilakukan

- Menangislah...kerana air mata itu mampu mengurangkan bebanmu

- Berkongsilah dengan kawan-kawan yang terdekat

- Dengar lagu-lagu yang happy @ tonton cerita lucu

- Sibukkan diri dengan kerja/assignment

- Jangan tengok hanphone

- Tidur

- Makan sepuasnya...tapi kalau xde selera pon, kena makan jugak walaupun sedikit

- Fikirlah betapa banyak masa dan kredit telah dihabiskan dengan sia-sia

- Buang jauh-jauh kenangan bersamanya

- Sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

- Buat perkara yang paling disukai

- Ketawa

- Berfikiran positif (bukan dia seorang sahaja di dunia ini)

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan ni. Yang penting mindset tu. Kalau fikir sedih, sedih lah dia. Kalau fikir gembira, gembiralah. Antara nak dengan tak nak je... Semoga akan hilanglah kesedihan itu dari dirimu, dan akan datang sinar kebahagiaan buatmu. Akhir sekali...

"Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepada Nya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu"
"Sayangi diri anda, kerana dirimu begitu berharga!" =)