Salam. Sekembalinya dari cuti raya yang panjang, assignment beratur berderet-deret minta disiapkan. Dan natijahnya (mcm buat karangan pulak keluar perkataan natijah) baru hari ini aku boleh online..hahaha..padahal kat rumah 24/7 online. Ya Allah, banyak sungguh kerja yang perlu disiapkan. Sekarang da macam kerja ofis...Keluar rumah sebelum kul 8, balik kul 5...(hm..xper la...anggap training sebelum masuk alam pekerjaan nanti..) Tapi kalau jadi cikgu, kul 7.30 dah kena sampai sekolah kan? Takpe, takpe..ikhlas kan hati..dapat pahala. Aku harap aku sempat la siapkan semua kerja-kerja yang banyak tu especially tesis! Huhu..orang lain dah analisis data, aku masih lagi bertungkus lumus di lab...doakan aku ye...
Sunday, September 26, 2010
Sunday, September 19, 2010
Tuesday, September 14, 2010
Riang ria aidilfitri
Salam. Diam tak diam, sudah 4 Syawal berlalu...namun kemeriahan aidilfitri masih terasa. Mana tidaknya, kita masih lagi diziarahi oleh sahabat handai, jiran tetangga dan sanak saudara yang datang bertandang ke rumah...Pada hari raya ke-3 baru-baru ini aku aku juga tidak ketinggalan untuk berhari raya ke rumah sahabat lama aku...Shamirah nama dia...sahabat yang kukenali sejak menengah rendah lagi...sama-sama berkongsi suka dan duka sepanjang bergelar budak sekolah.
Di pagi syawal |
Sanak-saudara Di rumah Shamirah |
Namun dalam kita bergembira, masih terdapat insan yang berduka tatkala Syawal menjelma. Kita telah digemparkan dengan berita kehilangan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya yang telah dibunuh dengan kejam oleh manusia yang tidak berhati perut. Takziah aku ucapkan buat keluarga mangsa dan semoga orang melakukan kejahatan itu mendapat hukumannya yang setimpal.
Friday, September 10, 2010
Salam lebaran
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Tuhan tabahkan hatiku agar luka ini mampu kurawat sendiri. Lara itu mampu kujahit sendiri. Berikanku pengertian seperti mengertinya insan-insan yang terdahulu. Mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi padaku juga adalah limpah kurnia-Mu. Mengambil juga adalah hak-Mu. Semoga aku kian berani menempuh hari-hari-Mu. Insya Allah. Amin...
Esok, 1 Syawal akan menjelma...meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah. Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada Tuhan kerana masih diberi kekuatan menempuh hari-hari yang telah meninggalkan seribu satu macam memori pahit manis suka dan duka. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin atas kekhilafan diri ini. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, insan lemah yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.
p/s: aku doakan dia bahagia di samping orang yang disayanginya dengan sepenuh hati
Friday, September 3, 2010
Jadi penyiasat selama 5 jam
Lab biotech minggu ni lima jam. Merasa lah juga jadi penyasat sekejap untuk menyelesaikan kes Ah Man ni...Macam-macam teori keluar. Seronok walaupun penat. Bukan apa, penat menunggu sebenarnya...Dan selepas lima jam, inilah hasilnya
Dari kiri: Ladder, mangsa, suspek A, B, C dan D Mula jam 10.30 dan akhirnya jam 3.30 ptg, kes ini berjaya diselesaikan...nampak kan kat situ...DNA mangsa ada pada suspek C... Eperiment yang menarik. |
Subscribe to:
Posts (Atom)