Tuesday, November 30, 2010

Personal taste

Salam dan selamat petang.
Petang-petang macam ni kan aku dah tak boleh nak study sebab perut aku ni dah berkeroncong lagu samba. Aih...lambat pulak kawan-kawan aku yg lain ni [sebab nak mintak tolong. hihi]. Sementara menunggu mereka-mereka yang berkenaan baik aku update blog kan...aku nak cerita sikit la pasal drama korea yang aku tengah 'gila' sekarang ni. Bukan gila apa, aku suka sangat tengok.

Personal Taste


Tengok tajuk pun biasa-biasa saja..Tapi bila dah tengok, asyik nak tengok je. [Haha, mungkin sebab aku dah takde keje lain nak buat agaknya].


Dan salah satu sebab utama kenapa aku suka tengok cerita ni ialah sebab ada Lee Min Ho [saranghaeyo :">].
Hm..satu benda yang aku tengok pelik sikit dalam cerita ni ialah aktor lelaki dia [yang muda je la] seluar slack dorang semua paras buku lali je. Trend sekarang ke? Tapi OK je sebenarnya. Mungkin sebab kat sini aku tak pernah jumpa lagi kot lelaki yang pakai seluar macam tu. Sebab tu aku rasa pelik. 

So, sape-sape yang minat K-drama tu, jangan lupa tengok Personal Taste OK. 

Friday, November 26, 2010

Peperiksaan akhir

Ya
Sebab selepas ini aku tidak akan mengambil exam 
di Universiti Pertemuan Suami Isteri ini lagi
Masih berbaki lagi dua kertas
Dua kertas yang sudah berlalu [no comment]


Pepatah arab ada mengatakan:
man jadda wa jada
(sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya)
Insya Allah.

Friday, November 19, 2010

Muka aku gatal..tolong..

Muka: En tangan, tolonglah berhenti menggaru saye..tolonglah..
Tangan: Mintak maaf la cik muka, bukan aku nak sangat pun pegang engkau, dah tindakan refleks nak buat macam mana?
Muka: Tapi tolonglah tahan...walaupun engkau nak sangat garu (walaupun aku terseksa sangat..GATALnye)..hukhuk
Tangan: Mintak maaf la ye, aku tahu kalau aku garu, makin teruk gatal tu nanti.
Muka: Tahu takpe..tapi tak tahan sangat nie..gatal, gatal, gatal..
Tangan: Hm..aku rasa ko ada resdung la cik muka..sebab tu ko gatal...
Muka: Ye ke..aku pun rasa macam tu, tapi aku xde bersin-bersin pun. Hingus pun xde..
Tangan: Hm...menurut carian di google...artikel ni ckp antara tanda-tanda resdung:

  1. Sakit kepala [ada sakit kepala x kira masa..aku tidur je kalau sakit kepala ni]
  2. Gatal-gatal [aku gatal kat pipi, hidung, telinga]
  3. Rambut gugur [memang selalu gugur pun, jarang tak gugur]
  4. Hidung berair [Jarang berlaku]
  5. Bersin selalu [jarang juge]
  6. Mulut berbau busuk [bangun tidur ada la bau yang x best ni]
  7. Mata gatal-gatal [jarang]
  8. Penglihatan kabur [alhamdulillah, setakat ni ok lagi]
  9. Telinga gatal [ada]
  10. Seluruh muka gatal [sedang gatal..tolong]
  11. Jerawat biasa atau batu [ada juga]
  12. Muka berbintik hitam [ada akibat drpd jerawat tu]
  13. Kahak banyak di kerongkong [jarang]
  14. Gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah [yang ni gatal kt badan tu ada..tp yg hidung berdarah tu tak pernah lagi la setakat ni]
Muka: Hm..daripada senarai tu, daripada 14, banyak juga la tanda-tanda yang ada kat aku ni..huhu
Tangan: Cadangan yang aku boleh bagi kt kau ialah pergi jumpa doktor la..kalau buat anggapan sendiri tak semestinya betul..ye tak?
Muka: Baiklah2...tapi aku tengah gatal ni...tolongggggg

Thursday, November 18, 2010

P.U.R.E

Pesanan PURE perfume dah sampai.
.Suke.


Yang paling aku suka ialah
Pure Mediterranean Perfumes Red Set
Wangi je

Kenapa aku suka perfume ni?

Bau dia kena dengan taste aku
Tahan satu hari, lebih kurang one drop perfumes
Design kotak dia cantik
Affordable: RM28 satu set
Yang penting aku puas hati guna pure ni..hehe..

Kalau berani, cubalah.
Maklumat lanjut boleh klik di sini.

Tuesday, November 16, 2010

Diet Rasulullah

1. Jenis makanan

Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh makan dengan sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai-bagai penyakit antaranya kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan penyakit-penyakit lain. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (cthnya koktel)
2. Cara makan

a. Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
b. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
c. Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
d. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Sumber: Berita Harian Online

Monday, November 15, 2010

Pengantin Baru

To my beloved sis...
Selamat Pengantin Baru




What more can I say. Alhamdulillah, tiba jua hari bahagia itu. You looks gorgeous on that day...To abg Nuar, please, please and please take good care of my sis. Semoga kalian bahagia hingga ke anak cucu.

.Happy.

Friday, November 12, 2010

Eh, birthday kita sama la

Selepas 22 tahun hidup, aku baru jumpa orang yang sama birthday dengan aku..[30 Julai 1988]..sama dengan tahun-tahun sekali. Hahaha [lol]. Mungkin orang lain akan cakap ek eleh, budak ni..tu pun nak kecoh ke..tapi biar r! Suka hati aku r nak suka kan. hehehehehe...

So, setelah meng'google'kan diri, aku jumpa beberapa fakta menarik tentang birthday aku ni..Just for fun :)


  • Your lucky days are Saturday (Conceivement date, Your parents decided to not to have an abortion, You were born) and Sunday (Your first cell is built, Your mother suspects she is pregnant, Your heart beat for the first time).





  • You are exactly 22 years 15 weeks 5 days 5 hours 2 minutes 22 seconds old (pada masa aku google tersebut).





  • You will receive your next birthday gift in 37 weeks 18 hours 57 minutes 38 seconds later.





  • If your hair were never cut since 30.July.1988, it would be 3.248 m. today.





  • If your nails were never cut since 30.July.1988, they would be 8.059 cm. today.





  • An apple tree seeded on 30.July.1988, bore 1,979.298 kg. apple till today.





  • Kepada yang menyambut harinya pada hari ini, selamat hari lahir...semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu...

    Under construction

    Sorry, the site you are looking for is still under construction.
    Please come back soon.
    Thank you.

    Saturday, November 6, 2010

    Explorace

    Kali ini kami menyertai pertandingan explorace yang dianjurkan oleh kump nurul dan fadh..
    Kumpulan kami hanya bertiga (walaupun pada asalnya 4 orang)
    Oleh sebab kawan aku yang sorang lagi tu sakit, maka tinggallah
    [Aku, Aa dan Dayah]
    Ada 5 checkpoint semuanya.
    Disebabkan explorace ni, aku berjaya tawaf satu kampus ulang-alik dah macam terbang untuk mengejar checkpoint.
    Ada checkpoint main bahasa isyarat, susun barang kitar semula ikut warna tong, buat tangan daripada kertas, jawab cross-word puzzle dan lastly buat origami.
    Terketar-ketar jugaklah tangan buat origami yang last tu.
    Apa-apa pun, aku enjoy sangat join explorace ni, sebab hilang sekejap segala masalah dalam kepala nie…
    Anyway, kami adalah kumpulan kedua yang berjaya habiskan explorace ni…
    Hehe.

    IMG_0014

    Perbentangan mini projek

    Setelah beberapa lama tidak berkesempatan untuk menulis, aku ingin menyambung kembali beberapa ‘event’ yang tidak sempat aku kongsikan di sini…

    Hari ke-3 minggu alam sekitar…
    Perbentangan mini projek Animal Physiology

    IMG_0265

    IMG_0283

    IMG_0272

    Pada sebelah padi, diadakan perbentangan secara Power Point presentation manakala pada sebelah petangnya pula ialah perbentangan poster. Sebelah malamnya, diadakan tayangan filem The Day After Tomorrow.

    poster the day after tomorrow Walaupun sehari suntuk di kampus, tayangan pada sebelah malamnya menghilangkan segala kepenatan pada waktu siang kerana mendapat sambutan daripada kawan-kawan yang memberi sokongan. Tidak lupa juga kepada pensyarah yang bersama-sama menonton tayangan ini…