Saturday, October 31, 2009

Bila rasa sedih

.Assalamualaikum. .Sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana, dan tak tahu nak cerita macam mana. .Seperti title kat atas tu. .Bila rasa sedih.
.Rasa sangat down nak exam ni...mungkin sebab carry mark rendah kut. .Aku buat ape je ye sem ni?. .Muhasabah balik. .Entah dapat score ke x final nanti. .Risau.Takut. Lalu hati ini memujuk: "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman" (3:139) "Jangan anda biarkan keletihan dan penderitaan yang anda alami menjadi bahan pembicaraan, kerana hal itu akan menjadi penghalang bagi anda untuk meraih kebahagiaan." Jangan Bersedih: Jadilah Wanita yang Paling Bahagia .Jadi, jangan bersedih lagi.

Wednesday, October 28, 2009

Hari ini hari Rabu

Weee...hari ini sudah hari Rabu...Sudah banyak study kah? Hoho...macam tak je...adeyh. kesian sungguh diri ini. Well, selamat pagi semua *wink* Apa yang telah saya lakukan pagi ini? Walaupun pagi lagi saya sudah bangun, namun buku saya masih tidak berganjak dari bab 8. Haila. Orang bangun awal study la! Tapi xpe. Yang penting saya happy!! *_* Kerana pada pagi ini saya telah mendapatkan ilmu yang baru...walaupun bukan daripada bab 8 itu...
Mula-mula saya baca artikel ni:
Lepas tu...
Percikan api neraka? ---sebab artikel ini ada sedikit kaitan dgn saya. Sebab tekak saya ada sedikit kurang selesa.
Seterusnya pembacaan bersambung pula dengan artikel yang ni:
Hey Lady ---"Know that Allah's promise is true. Surely for every believing woman, there is a believing man for her, insya Allah. Remember when The Prophet Muhammad (peace be upon him), full of praise for virtuous and chaste women, said: The most precious thing in the world is a virtuous woman." (quote dari Iluvislam) Insya Allah...

Kemudian cari video ni pula..sebab dalam video artikel Hey Lady tu ada sebut ayat ni...

"Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"...(91:10)
Demi matahari : Snada

Boleh search di youtube.

Teringat video ini sebab pernah dimainkan semasa ceramah kt KHAR dan semasa join program motivasi MRSM Pontian di Tiram Indah Village dulu... Oh, seterusnya saya sambung dgn membaca kisah Ratu Balqis dengan Nabi Sulaiman dalam surah Semut (an-Naml)...Subhanallah, sungguh terasa lapang hati ini. Alhamdulillah... Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan menjadi pedoman buat hari esok. Senyum selalu =)

Monday, October 26, 2009

Cerita zirafah

Bangun je pagi ni terus teringat report belum siap. So, kena la siapkan! Adoi! Maka dari jam 9 pg, aku pun mula menaip ape yang patut utk menyiapkan bahagian aku ini. Sehingga jam 12, Dayah message aku tny xnak mkn ke? Uish. Mestila nak... Lapar... Tapi nak termuntah pon ader jgk. Pening. Berpinar dah mata. So, jam 1230 kitorang keluar. Pergi mkn kt kedai kaler kuning. Mase tgh makan tu, ade citer Teksi Tunai. Layan je la... Tapi kan, ader la jgk beberapa soalan yg ditanya tu yang aku baru terfikir bila dia tanya. Contohnya lidah zirafah warna ape? Ha, sape tahu? Sesungguhnya baru tadi aku tahu bahawa lidah zirafah berwarna biru! Kenapa lidah zirafah berwarna biru? Melalui pembacaan di internet, zirafah ni suka makan daun-daun dari pokok acacia yang tinggi. Pokok-pokok ini kebiasaannya mempunyai duri yang panjang untuk menghalang binatang-binatang daripada memakan daun mereka. Tetapi tidak bagi zirafah. Malah zirafah ini menjadikan daun pokok ini sbg favourite food mereka. Ok, kembali kepada lidah zirafah. Lidah zirafah berwarna biru kehitaman untuk mengelakkan daripada lidahnya mengalami 'sunburn' semasa cuba untuk makan daun-daun tersebut. Zirafah juga mempunyai air liur yang pekat dan agak melekit untuk menyelaputi duri-duri yang berkemungkinan ada pada daun pokok tersebut. Maha suci Allah, begitu hebat sekali penciptaan Tuhan ini. Maka setakat itu sahajalah yang dapat aku kongsikan tentang cerita zirafah ini. Ingin mengetahui banyak lagi tentang zirafah? Klik di sini.