Friday, April 30, 2010

Proposal ku...juga P2M

Rabu, 28.04.10

- Ke kampus jam 1125
- Jumpa supervisor untuk mendengar kata-kata semangat daripada beliau. Al maklumlah, esoknye sudah hari pembentangan proposal.
- Dalam masa yang sama, ajk bhgn pengangkutan juga sibuk menguruskan pengangkutan utk program mari mengajar. Ada saja yang tak kena. Nak kertas kerja la, tanda tangan Dekan la...[Sabar...sabar...]
- Dalam kul 1230 baru berpeluang jumpa supervisor. 
- Setelah perbincangan, kami jumpa pula dgn seorang lg tutor untuk bertanyakan ttg analisis data.
- Ulang-alik segala, dalam pukul 4 baru settle. [Untuk proposal]
- Kemudian utk pengangkutan, tiba-tiba pulak ada masalah...en pengangkutan tu nak juga kertas kerja program..masalahnya xde.aduyai.sebab program ni asalnya adalah projek penyelidikan. kami hanya meneruskannya sahaja. so, aku dan dayah bersama dua org ajk tu pergi la ke garaj utk berjumpa dgn en tersebut. Di dalam pejabat tu usah cerita la. Faham-faham la bila berurusan dgn org atas ni..Keluar je pejabat, rasa nak nangis. Serius. SANGAT la ye di situ. Pastu, kami ke Malim sarjana utk mendapatkan memo daripada dekan. Alhamdulillah, cik setiausaha da ingat balik program ni program yang mana. So, tunggu esok la sama ada diluluskan ke x...


Khamis, 29.04.10, di dalam makmal 4B


- Ahli panel yang hadir dua orang (Dr Husni dan En Hafiz)
- Aku giliran yang ke-8
- Berdebar. Dalam pada tu sempat lagi mesej dengan dayah.


Dayah: Aku cuak
Aku: Aku pun
Dayah: Content banyak kena tanya kt sini
Aku: Huhu. Setakat ni baru sorang yang present content. Banyak juga kena tanya. Aaaaa


- Tiba giliran aku, alhamdulillah...segala pertanyaan dan kemusykilan panel dapat dijawab...walaupun ada soalan yang aku agak blur mula-mula. Elok da nak habis presentation aku, masuk sorang lagi panel yang digeruni...beliau datang lewat sedikit. Fuh...lega. Balik rumah xde wat ape. Kepala sakit. So, rehat je la.
- Hurm, dalam bas masa nak balik tu, dayah bagitahu pengangkutan da settle. Alhamdulillah...syukur sangat.


Jumaat, 30.04.10


So, hari ni? nak buat apa?
STUDY la kak....
Isnin ni da start exam balik...cukup-cukupla main-main tu...
Olrite, c ya.

MyEm0.Com

Wednesday, April 21, 2010

Dear you...kuat semangat sikit eh?


Untuk diri sendiri:
Ya...walau sebanyak mana kita belajar, ttp jika bukan kerana Allah, apalah gunanya...
Ttp jika tidak belajar, lalu bagaimana ingin berjaya?
Please, please, please...
[Be strong!]

Entah la...sem ni "sangat" kot...
Sangat bermain-main
Sangat malas
Sangat tidak peduli
Sangat tidak terurus
Sangat banyak dugaan
Sangat, sangat dan sangat

Duhai hati, tak baik tau merungut. Allah tak suka...Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang? Insya Allah... So, wake up please! Bangunlah dari mimpi lena yang asyik itu...Ia tidak menyumbang apa-apa langsung kepada kamu...
Ya Allah, aku telah banyak melakukan dosa...Ya Allah, ampunilah aku...Permudahkanlah aku untuk menghadapi peperiksaan ini. Kau tenangkanlah hati aku Ya Allah, hanya kepada Mu tempat aku bergantung..
Ameen.

Saturday, April 17, 2010

Nama baru

Pemberitahuan,

http://cikagha.blogspot telah ditukar kepada 
http://wardahalisya.blogspot.com

Segala kesulitan amat dikesalkan. Harap maklum.

Muhasabah

Menghadapi dua tiga hari ini dengan kecelaruan, kesedihan. Tidak terurus. Sungguh, rasa down yang teramat sangat. Lalu hati ini berdoa,

Dengan nama Allah,
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari kesusahan dan kesedihan. Aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan kikir. Aku berlindung padaMu dari terbelit oleh hutang dan tertindas oleh orang lain"

Ameen.

Semoga beroleh ketenangan.

Thursday, April 15, 2010

R.I.N.D.U


Rindu sangat pada si dia...

Tuesday, April 13, 2010

Simposium oh simposium

Salam. Setelah beberapa minggu tidak berblog, saya kembali ala-ala tora datang lagi. Setelah hampir tiga minggu bergerak kerja, akhirnya tiba jua hari yang dinanti-nantikan iaitu "Simposium Biologi Prasiswazah 2010". Simposium ini adalah hasil gabungan daripada tiga subjek Biologi iaitu Ekologi, Morfologi dan Histologi Haiwan serta Fisiologi Tumbuhan.  

Alhamdulillah segala penat lelah barisan ahli jawatankuasa pelaksana terbalas jua dengan perjalanan program selama tiga hari berjalan seperti yang dirancang. Adatlah bila terdapat kekurangan semasa hari kejadian, namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan program. Semasa berlangsungnya simposium, saya bertugas di bahagian makanan. Pengalaman "serve" VIP tidak dapat dilupakan dan saya akui, kerja-kerja melayan para VIP ini perlu diberikan kepada yang terlatih sahaja. Namun, pengalaman itu saya kutip sebagai sesuatu yang mungkin akan saya gunakan pada masa hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini.

Pada hari terakhir simposium, telah diadakan pembentangan poster bagi subjek Fisiologi Tumbuhan. Wah, tiap-tiap kumpulan tidak kurang hebatnya dengan kreativiti masing-masing mempamerkan hasil kerja mereka. Tema mini projek kumpulan saya ialah Water Treatment. Kami telah menggunakan tumbuhan akuatik iaitu kiambang dan keladi bunting untuk merawat sisa air kumbahan. Pengalaman mengambil sampel air longkang Bitarasiswa dan Perpustakaan adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjalankan ujikaji tersebut. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada pemenang walaupun rezeki tidak berpihak kepada kami. 

Gambar kenangan

Setting meja VIP

Barisan AJK makanan

Welcome!

Bersama presenter projek ekologi: Dayah dan Hafiza aka aa

Setting poster Fisiologi Tumbuhan

Poster kami

Bersama ahli kumpulan

Semoga segala kelemahan sepanjang program dapat dijadikan pengajaran dan dielakkan untuk program semester hadapan pula. Aja-aja fighting!