Tuesday, July 20, 2010

Misi mencari paku merah

Wah...sudah dua hari berturut-turut aku ke pasar tg malim. Kul 7.30 dah keluar rumah. Semangat betul. Sebab apa?




Mencari segala pucuk-pucuk yang orang jadikan ubat tradisional. Selepas selesai urusan di pasar, kesemua pucuk-pucuk serta sayur-sayuran yang telah dibeli, di bawa ke makmal untuk  diproses. Bayangkan, pucuk paku tu dipetik daunnya satu-persatu. Ambil masa beberapa jam jugakla.. Dan akhirnya, inilah hasilnya.



Kesemua tumbuh-tumbuhan yang siap diproses akan dijemur dan dimasukkan ke dalam oven untuk proses pengeringan. Sebenarnya, ini ialah projek thesis akhir aku. Kami berlima di bawah supervisor yang sama akan mengkaji kandungan kimia yang ada dalam tumbuhan yang orang biasa jadikan sebagai makanan/ubat tradisional. Antara tumbuhan yang akan dikaji ialah pucuk paku pakis, paku merah (pucuk midin), cekur manis, pucuk meranti, bayam keremak merah, terung pipit, peria kecil, daun kucai, daun sup, cendawan butang dan cendawan sisir. Aku harap thesis kali ni, berjaya...insyaallah... 

No comments: