Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Tuhan tabahkan hatiku agar luka ini mampu kurawat sendiri. Lara itu mampu kujahit sendiri. Berikanku pengertian seperti mengertinya insan-insan yang terdahulu. Mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi padaku juga adalah limpah kurnia-Mu. Mengambil juga adalah hak-Mu. Semoga aku kian berani menempuh hari-hari-Mu. Insya Allah. Amin...
Esok, 1 Syawal akan menjelma...meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah. Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada Tuhan kerana masih diberi kekuatan menempuh hari-hari yang telah meninggalkan seribu satu macam memori pahit manis suka dan duka. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin atas kekhilafan diri ini. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, insan lemah yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.
p/s: aku doakan dia bahagia di samping orang yang disayanginya dengan sepenuh hati
1 comment:
salam lebaran awak ;)
http://www.yohanibrahim.com/blog/happy-eid-ul-fit
http://www.yohanibrahim.com/blog/salam-silaturrahim
Post a Comment