Thursday, October 7, 2010

Kosong

Hanya tinggal kurang lebih 3 minggu sahaja lagi minggu kuliah sebelum cuti study week. Bermakna hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi aku akan berada di sini. Hari-hari yang sepatutnya diakhiri dengan kegembiraan semakin hari semakin terasa kosong. Semakin kuat cabaran dan dugaan untuk melangkah ke hari-hari terakhir ini. Aku cuba kuatkan diri, kuatkan semangat, kuatkan benteng pertahanan agar tembok kesabaran yang sekian lama aku bina tidak pecah walaupun sesekali ia goyah jua. Insyaallah akan aku pertahankan benteng kesabaran itu hingga hari terakhirku di sini sebelum menjalani latihan praktikal. Jika dipanjangkan umur aku akan kembali menjejakkan kaki di sini untuk menerima segulung ijazah sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan yang sudah semestinya lebih mencabar. Ya Allah, bantulah hambamu ini, permudahkanlah segala urusanya dan berkatilah segala ilmu yang telah dipelajarinya agar dapat disampaikan ilmu tersebut kepada generasi pewaris masa hadapan. ameen.

No comments: