Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Aku suka baca artikel mengenai cinta. Lebih-lebih lagi di terfaktab. Walaupun cinta itu wataknya sama, lelaki dan perempuan, tapi aku masih tidak jemu untuk mencari rahsia disebalik cinta itu sendiri. Ia sesuatu yang misteri.
credit: marjoee |
Aku sendiri pernah jatuh cinta. Tapi aku tak dapat nak kelaskan cinta aku sebagai cinta apa. Cinta monyet? Cinta syok sendiri? Cintan-cintun? Entah...Aku tak punya banyak pengalaman bercinta. Tapi melalui pengalaman yang tak seberapa itulah aku ingin berkongsi pandangan aku mengenai cinta.
Berdasarkan pengalaman aku, aku mendapati cinta sahaja tidak cukup untuk menjamin sesuatu perhubungan. Untuk menjayakan sebuah percintaan itu, ia memerlukan sokongan material dan sejauh mana kita commit dengan percintaan tersebut. Tetapi aku hanya ingin ulas mengenai sokongan material sahaja dulu.
Aku bukanlah materialistik, cuma aku cuba untuk bersikap realistik. Bagaimanakah keadaan anda saat pertama kali jatuh cinta? Tunggang terbalik hidup dibuatnya bukan? Buatlah apa saja, pasti si dia yang bermain di dalam kepala. Saat itu terasa seperti di awangan. Indahnya...
credit: ayujaded |
Jadi, apakah perkara pertama yang akan dilakukan oleh sang teruna untuk memikat hati sang dara? Mula-mula mungkin miscall. Lepastu berbalas-balas mesej, itu belum lagi bergayut sampai dua tiga jam. Dan kemudian, muncullah istilah keluar dating. Bila dah jumpa haruslah makan dan paling kurang tengok wayang bukan? Itu belum lagi surprise gift untuk memikat hati si dia. Hey, semua itu memerlukan wang bukan? Jadi cukup sahajakah modal cinta untuk menjamin kebahagiaan sesebuah perhubungan?
Sekiranya hubungan cinta itu ingin diteruskan hingga ke jinjang pelamin, mampukah anda hanya dengan bermodalkan cinta?
Bisik-bisik: Alangkah membazirnya jika cinta yang disemai itu putus di tengah jalan.
10 comments:
=]
huuuuu..betol2!
moge jln cinta yg kite plih adlh cinta yg sejati kan?
tp alangkah mujurnya jika cinta itu putus sebelum diijab kabulkan ... sekiranya memang sudah tidak sehaluan ... :(
tp minta dijauhkan ler!
sokong. bukan lah terlalu materialistik tapi mampu ke kita hidup bahagia hanya dengan cinta semata mata. kan, kan?
tapi cinta pun tak boleh dibeli dgn duit jugak. duit banyak mana pun, kalau cinta takde, tak guna gak kan. heee :D
dua2 sangat penting.
amboi...cintan-cintun pulak. cinta memang perlu duit. takkan tak makan minum pulak..perlu duit tu tapi bukanlah sampai gila duit. bersederhana.
bersederhana dalam bercinta.. dr segi apa pun.. :)
teringat lagu yg dinyanyikan oleh apek senario... cinta itu ibarat sambal belacan, walaupun pedas tapi sedap di makan... walaupun banyak dugaan dan rintangan yg datang tapi itulah yg menjadikan cinta itu indah...
ishhh ishhh ishhh... bab putus di tengah jalan tu mmg rugi laa... rugi duit, rugi masa, rugi kudrat...
cinta dan duit adalah gabungan yang mantap... =)
ada sedikit hadiah untuk yg rajin jenguk ke blog saya :
http://www.4shared.com/file/08_I9FA1/T_LAHIR.html
cinta memang byk kategori...tp make sure cinta plg tinggi hanya pada-Nya..
Post a Comment