Thursday, February 7, 2013

Jurnal hidup 1: Hormati ibu bapa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Seburuk-buruk perangai manusia itu, jika dia masih bergelar ibu dan bapa kita hormatilah dia. Kerana dialah satu-satunya ibu dan bapa kita yang tiada galang gantinya. Di rumah, lihatlah dia sebagai seorang bapa. Seorang ayah kepada kita. Dia yang matanya sudah kabur, badan yang sudah uzur, raut wajah yang dimamah usia...lihatlah dia dari kaca mata itu. Dan bukannya dari kaca mata dia di hadapan masyarakat. Kerana itu hanyalah samaran kepada dirinya yang sebenar. Juga kepada ibu. Lihatlah dari sinar matanya yang redup, kerutan di dahinya dan pelukannya yang mendamaikan...

Walau betapa garangnya mereka kepada kita, betapa bingitnya telinga mendengar leteran, terimalah ia. Kerana mungkin suatu hari nanti kita akan rindukan bebelan emak setiap hari, kata-kata nasihat daripada bapa. Dan pada masa itu, hanya doa dari anak yang soleh sebagai bekalan buat mereka. Oleh itu, jika mereka ada mengguriskan hati kita sebagai anak, maafkanlah mereka kerana mereka juga manusia biasa. Yang bisa melakukan kesilapan. Leraikanlah segala dendam yang terbuku di hati dan doakan kesejahteraan mereka..Redha Allah terletak pada redha ibu dan bapa..

P/S: Sebak setiap kali dengar lagu ayah dan ibu oleh Sudirman

Tuesday, January 29, 2013

Kisah di pagi hari

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Selamat pagi! Senyum sikit.. barulah semangat macam tu.
Ok, nak cerita sikit apa yang berlaku pagi ni. Alkisah malam tadi tidur lambat..tapi tak la lambat sangat. Ala-ala princess gitu la waktu tidurnya dalam pukul 12. So, pagi tadi bangun dalam keadaan terkejut lepas mak panggil nama suruh tengokkan tulang atas dapur. What?? Tulang. Dapur. Ha..mamai mamai. Ok, rupa-rupanya mak tengah rebus tulang nak buat sup. Bangun terkejut tu bukan apa, sebab ingat dah lambat nak pergi sekolah. Ha ha ha ha. Rupa-rupanya aku sekolah petang kan.. pastu mak pesan suruh aku pergi cari lengkuas kat tepi rumah. OK. Dan lepastu dia keluar pergi kerja. Yang aku ni pulak boleh lagi nak sambung tidur kan..

Wait! Tunggu jap. Lengkuas pokok dia macam mana eh?? Oh.. aku tak pernah pergi ambil lengkuas. Serai tu selalu lah. Betapa kesiannya seorang aku, pergi Google dulu pokok lengkuas macam mana. Ok, dah tahu macam mana. Yang tak tahan tu siap mesej mak balik tu pokok dia kat mana. Tak jadi tidur. Pergi cari lengkuas dulu. So, cubaan pertama memang fail la kan. Ohh, serius tak pernah ambil lengkuas. Terkial-kial jugaklah nak mengorek pasir tu, nak pastikan dapat isi lengkuas tu. Nasib baik pisau kesayangan mak aku tu tak patah. Done.

pokok lengkuas
Haa ini dia pokok lengkuas bagi siapa-siapa yang tak kenal. sumber: google image.

Masuk rumah pergi kat dapur bersihkan dan hiris masuk periuk. Letak garam dah rasa ok tutup api. Ha...sedapnya bau. Perasan pulak aku yang masak. Ha ha ha. Dah settle tu takkan tidur balik kan.. mata dah cerah ni. Kerja yang mak tinggalkan lagi - sidai kain baju. Ok. Dan lepastu entah kenapa terlebih rajin pulak nak cuci kereta. Akhirnya dalam pukul 9 suku baru masuk rumah. Apalagi. Terus cari makanan la kan, perut dah berkeroncong. Disebabkan perut aku dah rasa lain macam..maka dengan terpaksanya aku bancuh nesvita perisa honey ditambah lagi dengan 2 sudu oats.

nesvita campur oats
Gambar malas nak crop. Inilah sarapan saya hari ini.

Alhamdulillah. Perut dah terisi. Begitulah kisahnya pagi-pagi hari ni. Dan tahun ni aku mengajar sesi petang. Mengajar budak-budak form 1. Bergelumang dengan PBS la nampaknya. Nantikan kisah seterusnya...

Friday, January 25, 2013

Pelajaran baru 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah hampir sebulan berada dalam tahun baru. Cepat betul masa bergerak. Pantas. Dah banyak juga pelajaran yang dikutip. Belajar dengan pelajar sendiri. Belajar menjadi ikhlas. Belajar bekerja dengan orang yang mempunyai kuasa. Belajar mengawal emosi. Belajar menghargai kelebihan dan kelemahan orang lain.

Ahh...banyak. Dan yang paling penting, belajar untuk keluar dari 'comfort zone'. Ya..bila berlaku sesuatu yang tidak terjangka oleh akal, sungguh menguji ketahanan mental dan fizikal. Dan aku sedang belajar. Belajar menerima hakikat itu.

Dan kita takkan pernah berhenti belajar. Walaupun sudah menjadi 'pengajar', proses itu tidak akan terhenti. Malah ketika sedang bekerja juga kita sedang belajar. Belajar dari pengalaman. Belajar dengan orang sekeliling. Banyak yang ingin aku kongsikan tentang pelajaran yang aku dapat. Banyak.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, masuk tahun baru menandakan bertambah juga umur. Bertambah kerutan dan kedutan di wajah. Apapun, di awal tahun ini aku belajar untuk menjadi diri sendiri. Belajar untuk memahami diri sendiri yang terkadang susah untuk makan ajar. Belajar untuk menjadi tenaga pengajar yang terbaik buat pelajarnya.