Sunday, October 30, 2011

Graduan ISMP kecewa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Pemberitahuan: Entri ini sekadar perkongsian dan pandangan peribadi penulis. Tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. 

Lemah semangat bila dengar kenyataan TPM berkenaan posting tadi. Apalah nasib kita-kita yang ISMP ni ya? Bagi yang tidak tahu ISMP tu apa, ISMP ialah singkatan bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Maknanya semua graduan ISMP akan jadi cikgu la secara teorinya. Tapi pada hakikatnya, tak semua jadi cikgu. Sebabnya? Anda tahu jawapannya. 

Aku kongsikan serba sedikit luahan rasa mereka yang kecewa dengan kenyataan TPM dalam buletin utama tadi,

buletin utama: ahad, 30 october 2011

isu GSTT tjuk brita tp jwpnnya utk GST
proses penempatan guru mengambil masa sperti yg kita pernah lakukan sblum2 ni.diutamakan kpd bakal guru tajaan (KPM).Yang tiada tajaan (ptptn) boleh cr kerja lain dulu...sbb mereka tdk terikat dgn kerajaan..(ayt TPM tan sri muhyiddin yasin) sekian~ ='(
pakat2 cr kja len laa...terguris rsa hati...
 Nampaknya tajuk berita hari ini menjadi isu hangat bagi kita semua yg menunggu penempatan. apalah nasib kita tahun 1987 selalu kena benda mcm ni. sabar je la wahai kwn2. lagi2 yg xmendapat tajaan KPM spt saya. mcm dianaktirikan. seronok kan belajar 4 taun dlm bdg perguruan semangat nak jadi cikgu. last2 TPM boleh ckp suruh cari kerja lain dlu. hambeek nk sgt jadi cikgu. seronok bukan?hoho :(
Tetiba rasa 4thun ni sia2 jer...bleh x kerajaan bagi balik masa, belanja yang terbuang dan sia2 je tu... tmbah lgi dgn harapan tinggi ibubapa...Kalo yg ptptn xda jaminan posting, nak byr mcamana pinjaman tu nnti. Nak keja apa kalo bidang yg khusus kat Ijazah tu PENDIDIKAN?
 terfikir sejenak.....kita yg dah habis ni pun tertunggu2 utk POSTING..rasa sakit hati dgn ape yang diluahkan tadi...TERFIKIRKAH kita dgn adik2 kita yg sedang blaja dan turut ambik kursus PENDIDIKAN????klu mereka tahu akan berita ini, mesti mereka akan susah hati....kesian aku tgk mereka....hope xmenganggu fikiran mereka.....teruskan usaha anda...sehingga memegang SEGULUNG IJAZAH.....INSYAALLAH, kita akan jumpa jalan yg terbaik.......amin...
::kesedihan melanda >> penempatan guru bukan tajan...tiada jaminan.....sabarlah ye semua GURU GST....terima kasih kerajaan...terima kasih TPM Muhyiddin Yassin atas berita sedih itu::
*semua luahan rasa di atas dipetik dari laman facebook

Ada yang sedih, ada yang marah, ada yang kecewa. Belum rezeki nampaknya. Takpelah, kita cari kerja lain dulu. Apa-apapun, PTPTN tetap kena bayar. Bila dah ada rezeki nanti, jadi cikgu elok-elok. Tak payah nak gaduh-gaduh dengan GSTT ke, tajaan KPM ke, PTPTN ke, semua sama. Semua nak jadi cikgu. Semua akan bekerja di bawah satu bumbung juga.

Insya Allah, rezeki Tuhan di mana-mana. Yang penting kita usaha dan yakin dengan limpah rahmat-Nya. Kita cari pengalaman dulu. Mudah-mudahan dengan pengalaman yang kita kutip tu, dapat kita gunakan di sekolah nanti.

#Bisik-bisik: Aku bukan tak sedih, daripada menunggu sesuatu yang belum pasti, lebih baik cari pengalaman dulu. Belum rezeki...

SEGMEN NASZ: PERANG BLOGGER

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat petang buat anda sekalian. Buat apa tu? Aku baru je balik kenduri. Alhamdulillah, kenyang makan hari ni (ada ke lepas makan lapar?). Petang-petang macam ni dari duduk je baik join segmen kan. Okeh, sekali lagi segmen dari Nasz.

klik banner untuk join

Dah bersedia dengan kelengkapan perang ke semua?

Amaran dari tuan segmen (copy paste):
AMARAN : SETIAP BLOGGER YANG JOIN SEGMEN NI DIWAJIBKAN MENERJAH SEMUA BLOG YANG JOIN SEGMEN INI JUGA. SO, SEBELUM NAK JOIN, KORANG FIKIRKAN DULU SAMA ADA KORANG BOLEH ATAU TAK TUNAIKAN KEWAJIBAN INI. 
Ada bran?

Saturday, October 29, 2011

Malam ni semua tengok bola ke?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Dah start pun bola...dengar-dengar macam sengit je. Antara nogori dan ganu, siapakah yang akan menjulang pulang kemenangan Piala Malaysia?  Korang sokong team mana? Aku? Usah ditanya... aku pun tak tahu nak sokong yang mana satu.

Apa-apa pun, harapnya pemain-pemain tidak menghampakan peminat masing-masing lah.. Kalah menang tu adat lah. Kalau takde yang kalah, takdelah yang menang. Ye tak? Yang penting, semangat kekitaan dalam team masing-masing. Dan aku pasti pemain-pemain tu sendiri akan mempamerkan aksi cemerlang masing-masing. Yang menonton di rumah, siap dengan kuaci, kacang segala ke?

Friday, October 28, 2011

Trivia nombor 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
If all numbers are arranged in alphabetical order, "EIGHT" would be the first number, "ZERO" would be the last number
credit 


p/s: maaf entri pendek. badan kurang sihat...

Thursday, October 27, 2011

Spontaneous Thursday 9 - Protection without bodyguard

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Surah Fatiha protects one from the anger of Allah
Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgement
Surah Waqi'ah protects one from poverty and starvation
Surah Mulk protects one from the punishment of the grave
Surah Kauthar protects one from the enmity of the enemy
Surah Kafiroon protects one from Kurf at the time of death
Surah Ikhlas protects one from hypocrisy
Surah Falaq protects one from calamities
Surah Naas protects one from evil thoughts
credit: Siraat-e-Mustaqeem

pic credit

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWER

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Klik banner untuk join sekali


Ramai nampaknya yang dah join kempen ni. So, aku pun nak join sekaki. Kepada yang baru pertama kali datang blog ini, selamat datang aku ucapkan. Blog aku ni biasa je.. Blog personal. Kalau ada cadangan atau penambahbaikan, bagitahu yer. 

Trimas~

Wednesday, October 26, 2011

Superman prank dalam lecture hall

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat pagi semua. Juga selamat hari Diwali bagi yang menyambutnya. Pagi-pagi ni aku nak kongsi satu video prank dalam lecture hall. Sepanjang aku pergi lecture, tak pernah pulak aku jumpa prank macam ni. Dekat universiti korang penah tak? Tapi yang ni, memang bikin satu dewan gelak. 



p/s: Saborjelah...

Sunday, October 23, 2011

Pelik ya kalau ada tanda lahir di muka?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat pagi semua..Dah bangun ke belum nih? Semalam tak dapat nak update sebab internet buat hal. Nasib baik pagi ni dah ok. Sabar je la.. Pada entri kali ini, aku nak tanya pada pembaca-pembaca semua. Pelikkah kalau ada tanda lahir di muka?


Bagi sesetengah individu, adanya tanda lahir di wajah mungkin akan menyebabkan berlaku konflik dalaman seperti rendah diri dan tiada keyakinan kerana diejek rakan, menjadi tumpuan dan sebagainya. Turut merasai pengalaman yang sama, termasuklah adik aku yang tengah. Sejak kecil lagi dia sering menjadi tumpuan kerana tanda lahir di wajahnya. Mula-mula bersekolah tu dia sedih jugalah dengan wajahnya, namun berkat tiupan semangat daripada keluarga, dia berjaya mengatasi konflik dalaman yang dialaminya. 

Gambar raya dua tahun lepas

Satu kekurangan pada dirinya diubah menjadi satu kelebihan yang tidak semua orang miliki. Ibarat satu dalam seribu. Bagi aku, setiap ciptaan Tuhan itu terdapat hikmahnya. Walaupun adikku bertanda di wajah, tanda itu tidak menjadikannya nampak hodoh. Namun, itulah yang menjadi 'seri' pada wajahnya.

Thursday, October 20, 2011

Spontaneous Thursday 8 - Trimas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Terima kasih kerana menyerang / terjah / singgah blog aku. Lambat atau cepat, akan ku serang kembali blog-blog mu...

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #18 - Where are u?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Sunday, October 16, 2011

"My happiest moment"

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Setiap hari, setiap waktu, setiap saat, terlalu banyak benda yang berlaku di sekeliling kita. Dari kita kecil sehingga kita dewasa segala kenangan indah, pahit, masam dan manis tentunya masih segar di ingatan. Namun alangkah indahnya jika setiap kenangan itu dapat kita rakam dan simpan buat tatapan cucu cicit kita pada masa akan datang?

Dalam banyak-banyak kenangan dalam hidup aku, kenangan manis yang tiada gantinya pada aku ialah ketika zaman bergelar seorang pelajar. Sungguh, dari tidak mengenal huruf, sekarang sudah pandai membaca dan menulis pula. Sungguh, aku sangat rindukan zaman itu. Ah, masa tidak boleh diputar kembali kan? Oleh sebab itu, dalam menghabiskan waktu-waktu akhir bergelar pelajar, kurakamkan detik-detik manis ini bersama kawan-kawan agar ia menjadi bukti bahawa aku tersangat gembira pada waktu itu.


Lokasi gambar adalah di Mini Zoo, Taman Teruntum, Kuantan. Ketika dalam tempoh praktikal, sempat aku membawa teman-teman datang ke sini. Sesekali merehatkan minda menikmati keindahan semulajadi. Datang kembali ke tempat ini mengingatkan aku sewaktu kecil dahulu. Di sinilah tempat aku menghabiskan masa hujung minggu bermain-main di taman permainan ini. Dan sekarang aku berbangga kerana dapat membawa sahabat-sahabatku kembali ke tempat ini. Lebih berharga jika semua kenangan itu dapat dirakam dengan Olympus PEN-Lite E-PL3 ataupun Olympus PEN mini E-PM1!

Oh, ada apa dengan PEN Lite ataupun PEN mini itu? Haruslah anda semua bersama-sama menyertai peraduan terbaru daripada Nuffnang ini. Antara hadiah-hadiah yang mungkin dimenangi oleh anda:-

Tempat pertama: Olympus PEN Lite E-PL3 kit

Tempat kedua: Olympus PEN mini E-PM1 kit

Tempat ketiga hingga kelima: Olympus PEN leather carry-all bag

Menarik bukan? Menggoda betul hadiah-hadiah tu. Nak tahu lebih lanjut mengenai peraduan ini, sila klik link ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

p/s: Semua gambar hadiah adalah dari sumber ini.

Sweet je kan bercinta selepas kahwin

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat petang semua. Hari ini buat apa je? Jangan tidur aje sudahlah ye? Kenapa tajuk macam jiwa-jiwa je ni kan? Sebenarnya, aku saja nak berkongsi satu komik islami yang bertajuk "Potret Zaujahku". Kalau translate zaujah tu maksudnya isteri. Sweet je aku baca komik tu. Tak tebal, hanya beberapa mukasurat sahaja. Tapi dapatlah mesej yang nak disampaikan tu. Mungkin ramai yang dah baca komik ni tapi mana tahu, ada yang belum pernah dengar lagi kan? 


Komik ini merupakan hasil tangan saudara Alfi Ramadhani yang juga pemilik blog alwanPelangi.com. Siap ada lagu OST lagi untuk komik ni yang bertajuk Isteri Solehah. So, kalau nak dengar lagu OST tu dan nak baca komik Potret Zaujahku ni, rajin-rajinlah klik link ini ye. Jangan risau, lagu dan komik boleh download percuma.


Ameen.

Saturday, October 15, 2011

SEGMEN NASZ: KUMPUL DAN SERANG

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Wah, dalam seminggu dah dua kali alisya join segmen Nasz ni. Klik je banner untuk join sekali.


Jom serang ramai-ramai!

Situasi wanita tanpa make-up

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Wanita dan alat kosmetik sudah menjadi seperti isi dan kuku. Peralatan make-up merupakan antara benda wajib yang perlu ada di dalam tas tangan wanita, betul tak? Paling minimum pun mesti ada compact powder dan lip balm atau gincu.


Mengikut pemerhatian aku secara rambang, wanita jarang atau langsung tidak bermake-up apabila:-
1. Pergi ke pasar
Setakat nak beli ikan, ayam, sayur tu tak kan nak pakai make-up beriya kan? Buat membazir je.. Yang asas mungkin la, bedak dan lip balm, nanti karang terkejut pulak orang kat pasar tengok muka pucat. Tapi ada ke orang pergi pasar pakai blusher, bulu mata palsu segala? 

2. Pergi klinik 
Ha, situasi pergi klinik ni merujuk kepada wanita itu sendiri yang sakit. Bukan kawan, ibu atau kakak yang meneman ye. Kalau nak bangun pun tak larat, memang aci pergi je la klinik tu takde make-up pun. Nama pun orang sakit kan...

3. Dalam rumah
Yang ni memang dah boleh dipanggil macam "I cannot live without make-up" dah ni kalau pakai make-up jugak. Memang saje je nak make-up tu cepat habis kan...

Setakat ni 3 tu je lah yang aku terfikir. Kalau ada lagi boleh tambah kat komen ye. 

Bisik-bisik: Natural beauty lebih cantik bagi aku... 

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #17 - Dua-dua kiut!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Tuesday, October 11, 2011

Pelik ke?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


credit

Monday, October 10, 2011

SEGMEN NASZ: MEH KRITIK BLOG GUA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera




Dengan segmen ini, anda dialu-alukan untuk memberi kritikan bernas terhadap blog Wardah Alisya. Semoga dengan segala kritikan tersebut penulis dapat memperbaiki dan mengubahsuai pengisian blog ini. Terima kasih semua~

Klik banner untuk join sekali... tutup: 11.10.11 11.00 malam.

Sunday, October 9, 2011

Sejuk perut ibu..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Kalau dapat nota macam ni bila penat balik kerja, tentu hati rasa lapang. Hilang semua penat kerja seharian.

credit: Wardina Safiyyah OfficialPage

Gambar di atas diambil dari fan page Wardina. Bila baca nota ni, rasa terharu sangat. Sejuk perut ibu yang mengandung dan melahirkan. Alisya suka sangat cara kak Wardina mendidik anak-anaknya. Semoga Tuhan merahmati dan memberkati kak Wardina sekeluarga.

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Salam hujung minggu. Hari ni, alisya nak join satu segmen oleh HH. Sebenarnya dah lama mengikuti blog beliau. Daripada dot blogspot dengan gambar sebuah bangku kosong sebagai header, sekarang blog beliau  sudah ke dot com. Blog alisya juga yang masih seperti dulu. Tahniah kepada Blog Bangku Kosong kerana telah berjaya sehingga peringkat sekarang. "Hard work pays!" Tak gitu?


Teruskan dengan segmen, HH nak tahu serba sedikit mengenai blog...

Nama blog: Wardah Alisya
Nama blogger: Wardah Alisya (nama pena)
Tahun mula berblog: 2009
Jumlah follower semasa join segmen: 759

Kepada yang belum join dan nak join sekali, boleh klik banner tu.. Tatikh tutup 10.10.11...tinggal sehari sahaja lagi. 

p/s: Blog yang menarik perhatian akan dipromosi oleh HH dalam satu entri khas.

Wednesday, October 5, 2011

Trivia nombor

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Bagi menggantikan entri wordless untuk hari ini, aku nak kongsikan tentang nombor..

credit

Monday, October 3, 2011

Jom tambah trafik blog!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Sempena permulaan hari untuk minggu ini, jom kita join satu segmen


oleh cik salwaismail. Klik banner untuk join sekali.
Tutup: 5/10/2011 - 2.30 petang  (rabu)

Sunday, October 2, 2011

Dapat doodle dan banner yang super comel

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hai semua! Okey, terus cerita straight to the point. Nampak tak banner kat sidebar blog? Haa..hari ni aku happy sangat sebab aku dapat doodle dan banner yang super comel! Macam mana boleh dapat? Aku join giveaway ini. Dan rupa-rupanya aku antara salah seorang yang bertuah dapat doodle dan banner tu. Cuma aku je tak perasan yang aku menang sehinggalah cik Dil tinggalkan komen di shoutbox aku. Haha. Kalau naik keretapi ni, sah sah dah lama aku tertinggal. Memang masin mulut iPai.

Yang ni pulak doodle mewakili Wardah Alisya. Cantikkan?
Oh...sangat-sangat berterima kasih kepada Cik Dil; Blog kerana manisnya epal. Doodle-doodle yang cik Dil reka semuanya super comel dan cantik. Kalau yang belum kenal dengan cik Dil ni, sila terjah beliau sekarang.


Lepas ni, bolehlah kita tukar-tukar banner ya?

SEGMEN 1hari : Tambah rakan blogger

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera




Cuti-cuti ni jom kita join segmen 1 hari by cik dila. Kalau nak join klik aje banner tu.
Dah nama pun segmen 1 hari maka tarikh tutup segmen ini ialah 3.10.11 @ malam esok.

Bak kata cik dila, tak boleh lama-lama...nak fokus study :)

p/s: Utamakan yang paling utama dahulu ~

Saturday, October 1, 2011

Aku dan lagu [Day 10 blogger challenge]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Cerita pasal lagu, korang dengar lagu tak? Sebenarnya, aku nak menyiapkan 30 days blogger challenge. Hadoi. Liat betul nak membuatnya ye tak?

Lagu yang aku dengar bila aku sedih, marah, gembira atau bosan? Sebenarnya tak tentu. Kalau aku sedih, biasanya aku akan dengar lagu-lagu yang berentak perlahan. Kadang-kadang dengar lagu tu lagi buat aku sedih. Baik tak payah kan. Kalau aku tengah marah atau 'bengang' dengan sesuatu biasanya aku akan dengar lagu-lagu linkin park. Biar kasi bergegar kepala. Kalau gembira pulak, of course lah lagu yang ceria. Tapi kadang-kadang dalam semua mood tu, aku tak dengar lagu pun. Lebih baik duduk diam, tenangkan fikiran. Ataupun menghadap yang Esa. Itu lebih baik bagi aku. Takdelah ingat Dia masa susah je. Masa senang pun kena ingat jugak.