Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Halwa telinga

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sejak akhir-akhir ni, 10 buah lagu yang aku ulang-ulang dengar:

1. I miss you (Incubus)  - cover by Yuna
2. Stand Up - J-Min (OST To the beautiful you)
3. Lullabies - Yuna
4. Decorate - Yuna
5. When I was your man - Bruno Mars
6. Why did you come now - Jung Yup (OST I hear your voice)
7. Thinking Bout You (remix) cover - Eanmusic (soundcloud)
8. Keroncong untuk Ana - Qi ft Yuna
9. I wanna go - Yuna
10. Locked out of heaven - Bruno mars

So, tu la yang aku dok ulang-ulang dengar.
Nak menghabiskan tag sebenarnya. Dah dua tahun tak siap-siap lagi. LOL
Nak tahu pasal apa? Klik sini.

Sunday, May 13, 2012

Mula-mula kenal blogger

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masa tu tahun 2009, masih lagi dalam pengajian. Semester 6 kalau tak silap. Sebelum tu ada juga kawan-kawan yang sudah mempunyai blog, tapi tak takde inisiatif pun nak pergi tengok. Tapi, selepas mendapat tugasan dari pensyarah, pulak tu nak kena hantar melalui penulisan artikel di blog, masa tu barulah mula nak explore dunia blog ni. Terkial-kial jugalah masa tu.

Masa tu design blog ke, follower ke, segmen ke semua tak ambil kisah.. yang penting tugasan siap dan dihantar sebelum tarikh akhir penghantaran. Tapi lepas tu, mula timbul minat nak tambah kawan-kawan blogger, rasa nak cantikkan blog sendiri..nak ada bloglist..bermula dari minat tu aku belajarlah serba sedikit pasal blog ni. Mula-mula tu macam pelik je nak join segmen dengan giveaway. Tapi dengan segmen, giveaway dan contest lah membolehkan kita mendapat kawan-kawan blogger yang baru.

Gambar ada kaitan ke? sumber

Sampai sekarang, aku masih lagi setia dengan blogspot ni. Walaupun dah tak sekerap dulu aku update tapi blog tetap di hati. Dan aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi jadi kawan-kawan aku dalam dunia maya ni. Apa yang baik dari blog aku ni, moga dapat dijadikan pengajaran dan yang buruk tu moga mendapat teguran untuk penambahbaikan...

Saturday, March 17, 2012

Kawan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Apa itu kawan?
Definisi aku - Kawan ialah orang yang paling hampir dengan kita selepas ibu bapa. Banyak masa dihabiskan dengan kawan. Dari kecik sampai besar. Dari bujang sampai dah berumahtangga, mesti ada kawan. Banyak juga rasa yang dikongsi bersama. Pahit, manis, masam, masin, tawar semua dirasai bersama. Terima kasih kerana menjadi kawan aku.

Rindu kawan-kawan lama.

Saturday, October 1, 2011

Aku dan lagu [Day 10 blogger challenge]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Cerita pasal lagu, korang dengar lagu tak? Sebenarnya, aku nak menyiapkan 30 days blogger challenge. Hadoi. Liat betul nak membuatnya ye tak?

Lagu yang aku dengar bila aku sedih, marah, gembira atau bosan? Sebenarnya tak tentu. Kalau aku sedih, biasanya aku akan dengar lagu-lagu yang berentak perlahan. Kadang-kadang dengar lagu tu lagi buat aku sedih. Baik tak payah kan. Kalau aku tengah marah atau 'bengang' dengan sesuatu biasanya aku akan dengar lagu-lagu linkin park. Biar kasi bergegar kepala. Kalau gembira pulak, of course lah lagu yang ceria. Tapi kadang-kadang dalam semua mood tu, aku tak dengar lagu pun. Lebih baik duduk diam, tenangkan fikiran. Ataupun menghadap yang Esa. Itu lebih baik bagi aku. Takdelah ingat Dia masa susah je. Masa senang pun kena ingat jugak. 

Tuesday, August 2, 2011

Day 9: Something you're proud of in the past few days

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Meneruskan cabaran hari ke-9. Beberapa hari yang lepas, Alisya dan kawan-kawan sudah selamat mengikuti Istiadat Konvokesyen ke-13 UPSI. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Akhirnya segala penat lelah dan usaha terbayar juga pada tanggal 28 Julai 2011 di dewan SITC, UPSI. Dewan itu telah menjadi saksi kami  menjadi warga UPSI dengan menyertai minggu suai kenal (MSK) dan sekali lagi dewan itu telah menjadi saksi apabila kami melangkah dari dewan tersebut kami akan bergelar alumni anak kandung suluh budiman.

Begitu cepat masa berlalu. Kalau dulu, muka semua naif je. Perangai macam budak-budak. Tapi sekarang, setelah empat tahun, masing-masing sudah menjadi dewasa dan memikul satu tanggungjawab yang cukup berat apabila bergelar 'cikgu'. Memetik kata-kata pro-canselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim, "Once a teacher, always a teacher". Cukup besar makna kata-kata tersebut. Buat semua teman-teman seperjuangan, Alisya ucapkan tahniah buat kalian kerana berjaya menamatkan pengajian dengan wajah yang berseri-seri di samping keluarga tercinta. Perjalanan kita masih panjang kerana ini baru permulaan dalam menghadapi dunia sebenar. Cabaran menjadi guru pada masa kini lebih hebat. 


Air menurun ke tepian panji
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi 
Semakin berisi semakin menunduk


Hard work pays! Alhamdulillah~

Day 8: Short term goals for this month and why

Monday, August 1, 2011

Day 8: Short term goals for this month and why

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, matlamat Alisya ialah untuk pergi solat terawih sebanyak hari yang mungkin. Tahun-tahun sudah, awal-awal puasa je yang semangat. Hurm..tak baguslah begitu kan. Ni dah duduk kat rumah, rasanya haruslah selalu pergi terawih. 'Exercise' yang baik di bulan Ramadhan. Dan satu lagi, Alisya berazam untuk membaca kitab suci al-Quran sekurang-kurangnya satu muka setiap hari. Mudah-mudahan Alisya mampu melawan nafsu malas dalam diri Alisya ni. Haih, kalau rajin bukak blog, kitab suci pun harus rajin baca lor...Jangan fikir saham dunia je..saham akhirat pun kena jaga jugak Alisya!

Kenapa? Macam dalam entri Alisya yang ini, Alisya mengharapkan Ramadhan pada kali ini lebih bermakna dan 'terisi'. Mahu rebut banyak-banyak ganjaran yang percuma dari Tuhan. Alisya tidak mahu jadi seperti kata-kata yang terdapat dalam entri ini. Doakan Alisya berjaya!

Sekian.

Sunday, July 3, 2011

Day 7: A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Masih meneruskan cabaran blogger ni..baru hari yang ke-7. Lambat betul WA buat yer...Ok, soalan nak gambar kan? So, WA letak gambar je lah. Boleh?


Ha, sape yang pernah lalu Mersing mesti perasan bangunan ni kan? WA mula-mula masuk sini tahun 2004. Masa tu kanak-kanak ribena lagi...tapi, di sinilah WA mula belajar jadi dewasa. Belajar solat jemaah tiap-tiap waktu. Belajar solat sunat yang selama ni tak pernah nak dibuat di rumah. Belajar erti persahabatan. Belajar yang ilmu di dunia ni kalau dikejar tapi kalau tak diseimbangkan dengan agama rosak jadinya. Di sini segala ilmu dikutip tanpa penat lelah siang dan malam untuk dibuat bekalan masa depan. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar WA dahulu. Alhamdulillah~


Big time. Really missed it.


Tuesday, June 14, 2011

Day 6: Favourite super hero and why

Salam dan hallu-hallu semua..

Setelah sekian lama WA berhenti daripada meneruskan 30 cabaran blogger, hari ini WA nak buat comeback. Jadi cabaran hari ke-6: Favourite super hero and why?


Sailor moon
Ha...sape ingat lagi dengan Sailor Moon ni? Kartun ni masa WA sekolah rendah ni...suka sangat dengan Sailor Moon ni sampai rambut pun nak buat macam dia. Haha. Kecik lagi kan masa tu. Yang paling WA tak boleh lupa dia punya tagline: 



"Dengan kuasa bulan, akan menghukum mu!"

Sekarang dah takda dah Sailor Moon ni...dah digantikan dengan macam-macam kartun. Dah banyak sangat dah sekarang...so, apa pula favourite super hero anda? Kongsikan dengan WA.


Monday, May 9, 2011

Day 5: A picture of somewhere you’ve been to

Hello guys,
After quite sometimes, I’d like to continue the challenges that I’ve started before.
Oops, speaking London lah pulak. Hehe. Sesekali, apa salahnya… ye tak? Okay, bercakap pasal tempat yang WA pernah pergi. Hm…sekejap ye. Nak explore laptop jap.
Okeh, jumpa.
DSCN1239
Gambar di atas di ambil di Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan. Ha, bukan senang nak dapat peluang macam kat atas tu. Mula-mula rasa macam berani, tapi cuba amek pegang tengok. Berani ke tak? Yang penting WA berjaya lawan rasa takut tu. Nama ular di atas ialah ular punti. Tidak beracun walaupun warnanya menunjukkan ular itu membahayakan.

Wednesday, March 23, 2011

Day 4: A habit that you wish you didn't have

Assalamualaikum w.b.t

A habit that I wish I don't have
would be

Source: Here

...sleeping with teddy. Grrr...

Monday, March 21, 2011

Day 3: A picture of you and your friends

Salam...Duk belek-belek folder nak cari gambar, teringat pulak kenangan kat Kuala Gandah, Pahang. Kitorang ada fieldtrip masa tu. Masing-masing excited sebab nak naik gajah tapi bila bab nak mandikan, semua tarik diri. Alkisah tentang gajah tersebut boleh klik di sini. Maka yang tinggal hanya sekerat inilah yang masih excited nak mandikan gajah tersebut...


p/s: Rindu nak berkumpul balik ramai-ramai macam ni...


Saturday, March 19, 2011

Day 2: The meaning behind your Blogger name

Salam..Tengah buat apa tu? Yang tak ada kerja tu, meh baca entri kat blog Wardah Alisya meh. Ok, tanpa melengahkan masa, mari kita ke cabaran hari kedua. Makna di sebalik nama blog. Hm..apa yang korang fikir bila dengar nama Wardah Alisya? Sebenarnya...


WARDAH = bunga mawar,  ALISYA = dilindungi Tuhan

WA suka sangat dengan nama wardah. Sebab tu WA abadikan sebagai nama blog ni. Blog ni dah macam diari WA dah, cuma ianya boleh dikongsikan dengan semua pembaca. WA harap korang semua gembira saja bila singgah blog ni. Yang penting apa? Senyum...


Friday, March 18, 2011

Day 1: A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Salam...okay, cabaran hari pertama..

A recent picture of me

With my student
Thats the latest one. Ok lah tu kan..15 fakta menarik tentang WA?
Lets see...

  1. WA seorang yang kidal. Orang putih cakap left-handed.
  2. Teacher-to-be. Sekarang orang dah mula panggil cikgu.
  3. Part time blogger sebab dah tak boleh jadi full time macam dulu.
  4. Akan beli kue teow goreng, ayam dan keropok setiap kali pergi pasar malam.
  5. Suka jalan-jalan.
  6. Akan blur nak makan apa setiap kali sampai kat kedai makan.
  7. Suka novel Hlovate.
  8. Akan jahit crosstitch bila ada masa terluang.
  9. Ada akaun Tumblr. "Wardah Alisya"
  10. Akan blur setiap kali nak buat kira-kira yang melibatkan duit.
  11. Ada seorang kakak angkat sejak umur 14 tahun.
  12. Ambil mudah dengan perkara yang remeh.
  13. Suka simpan kad-kad pemberian orang.
  14. Sukar nak jawab soalan cepu cemas yang selalu ditanya oleh student: Cikgu bila nak kahwin?
  15. Sedang praktikal di negeri tanah tumpah darahku - Pahang.
Selesai. Tunggu untuk cabaran hari kedua. Senyum...

Thursday, March 17, 2011

30 challengers of bloggers

Assalamualaikum semua..

Hari ini WA nak mulakan 30 challengers of bloggers..Jalan-jalan kat google dan terjumpa blog ibumadeeha tentang 30 days challenge ni. Menarik. Jom tengok apa cabaran-cabarannya:


Day 01 – A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 – The meaning behind your Blogger name
Day 03 – A picture of you and your friends
Day 04 – A habit that you wish you didn’t have
Day 05 – A picture of somewhere you’ve been to
Day 06 – Favorite super hero and why
Day 07 – A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08 – Short term goals for this month and why
Day 09 – Something you’re proud of in the past few days
Day 10 – Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 – Another picture of you and your friends
Day 12 – How you found out about Blogger and why you made one
Day 13 – A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 – A picture of you and your family
Day 15 – Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 – Another picture of yourself (baby pic!)
Day 17 – Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 – Plans/dreams/goals you have
Day 19 – Nicknames you have; why do you have them
Day 20 – Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 – A picture of something that makes you happy
Day 22 – What makes you different from everyone else
Day 23 – Something you crave for a lot
Day 24 – A letter to your pet
Day 25 – What I would find in your bag
Day 26 – What you think about your friends
Day 27 – Why are you doing this 30 day challenge
Day 28 – A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 – In this past month, what have you learned
Day 30 – Who are you?


Ha...menarik kan? Jom, sape-sape yang nak buat juga, jangan segan-segan ya. Yang penting apa? Senyum...