Thursday, March 29, 2012

Kesibukan yang amat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat pagi. Ha..sempat lagi nak update walaupun nak pergi sekolah dah kan... minggu ini memang minggu yang sangat sangat sangat sibuk bagi cikgu-cikgu macam aku ni. Sebab minggu ni minggu terakhir kami berkhidmat di sekolah. Banyak tugas yang perlu diselesaikan. Banyak buku yang perlu ditanda. Projek mural dan bermacam-macam projek lagilah. Doakan aku dapat sempurnakan tanggungjawab yang diberi. Minggu depan? Free....boleh update hari-hari!

Sunday, March 25, 2012

Farah Alias Nak Review Belog Saya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selepas blog bertukar wajah, nak juga tahu pandangan orang lain...macam mana nak tahu? Jom join segmen di bawah ini..

Siapa yang nak blognya di review, klik banner ya..

Tazkiyatun nafs dan maulidur rasul

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hari Jumaat lepas terlibat dengan program tazkiyatun nafs sekolah. Maka pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 juga pelajar KAA dikehendaki untuk tidur di sekolah kerana pada keesokan paginya akan diadakan qiamullail. Dan bila tengok senarai nama AJK, nama aku merupakan antara yang terpilih untuk tidur besama-sama pelajar pada malam itu. Menarik.

Bermula sebelah pagi Jumaat, diadakan sembelihan lembu oleh guru-guru lelaki dan pelajar-pelajar lelaki yang terlibat. Excited juga budak-budak tengok sembelihan tu lebih-lebih lagi yang bukan muslim. Sambil-sambil tu guru-guru perempuan sesi petang pula rewang di kantin. Potong bawang, halia segala. 

Sebelah petang pula guru sesi pagi rewang daging lembu. First time tu aku turut serta memotong daging lembu. Selalunya golongan lelaki yang akan buat bahagian tu. Yang perempuan selalunya sediakan bahan-bahan masakan. Tak kisahlah... Dah siap semua, balik rumah bersihkan diri, sediakan kelengkapan dan lepas Isyak baru gerak ke sekolah. Sebelah malam sebelum tidur, pelajar-pelajar supper roti cicah sup daging! Ha lepas makan semua kena tidur. Ha..bukan main liat lagi budak-budak tu nak tidur. Almaklumlah, dapat tidur dengan kawan-kawan. Budak lelaki? Harammm nak tidur. Cikgu-cikgu yang berkawal setakat tidur-tidur ayam gitulah.

Jam 4 pagi, mula qiamullail hingga subuh. Kemudian pelajar bersiap dan program disambung dengan sambutan maulidur rasul. Wah, semua pakai cantik-cantik. Yang perempuan dengan selendangnya, makeup nys..cikgu pun kalah. Yang lelaki ada yang berjubah, kurta dah macam orang arab. Habis semua acara, yang ditunggu-tunggu oleh semua. Makannnn! Semua lapar...macam biasa makan dalam talam. Talam tu dulang bagi yang tak tahu.

Satu talam makan 4 orang. Banyak nasi dan lauk...masing-masing mula senyap mengadap rezeki..

Mula-mula tu tengok nasi banyak ingatkan tak habis...tapi.....

Licin kot...yang tinggal tu dah tak dapat nak habiskan. Kenyang. Alhamdulillah...Seronok makan ramai-ramai macam ni. Dapat eratkan ukhwah gitu. Tinggal satu minggu saja lagi untuk aku berbakti di situ...aku harap segalanya berjalan lancar dan meninggalkan hanya kenangan manis untuk aku kenang sepanjang berkhidmat di sekolah itu.

Thursday, March 22, 2012

I hate it!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Sometimes there's a person who just like to do this
hurm...

image via
grrrr...

Wednesday, March 21, 2012

5 perkara perlu SEGERA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Perkongsian daripada buletin mimbar raudatul jannah

image via
Dari Hatim Al-Asom: "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat, maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW:
  1. Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung
  2. Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati
  3. Mengahwinkan anak perempuan bila telah cukup umur
  4. Membayar hutang bila telah sampai masanya
  5. Bertaubat dari dosa bila telah melakukannya 
Semoga bermanfaat.

Sunday, March 18, 2012

p tido esok sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Setelah seminggu beristirehat, akhirnya esok kembali bertugas seperti biasa. Mesti ramai yang cakap,"Sekejapnya cuti..tak terasa pun." Apa boleh buat.. Aku pun termasuk salah seorang yang cakap macam tu. Mana nak rasa cuti. Tanda kertas exam, buat teks syarahan, buat slaid alih-alih dah nak naik balik dah. Takpe, takpe, demi amanah yang dipikul..kugagahi juga.. Ha...yang ada homework tu dah siap belum? Jangan esok dah kena denda dengan cikgu sebab tak siap homework sudahla ye?

Dah pukul 11 lebih... kecik-kecik dulu, waktu macam mak dah hambat suruh tido dah ni. Esok sekolah..nanti liat pulak nak bangun pagi. 

image via

Mata dah mengantuk. Tengok kucing-kucing ni lagi tambah mengantuk. Selamat malam semua.
Selamat bertugas. Selamat kembali ke sekolah.

Saturday, March 17, 2012

Kawan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Apa itu kawan?
Definisi aku - Kawan ialah orang yang paling hampir dengan kita selepas ibu bapa. Banyak masa dihabiskan dengan kawan. Dari kecik sampai besar. Dari bujang sampai dah berumahtangga, mesti ada kawan. Banyak juga rasa yang dikongsi bersama. Pahit, manis, masam, masin, tawar semua dirasai bersama. Terima kasih kerana menjadi kawan aku.

Rindu kawan-kawan lama.

Thursday, March 15, 2012

Spontananeous Thursday 12 - The present

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


image via

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday #25 - Hijab

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


image via

Tuesday, March 13, 2012

Pengakhiran cerita vanilla coklat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Happy ending.
Smile.
image via

Akhirnya bahagia itu milik Zara dan Aiman. Persengketaan terlerai, hubungan dijernihkan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan cepat melatah bila datangnya cubaan. Tenang dan dengar penjelasan barulah buat keputusan. Bukannya menghakimi tanpa mengetahui perkara yang sebenar. 

Minggu depan cerita apa pula ya?

Kritikan membina

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Sudah hampir sebulan berakhirnya segmen Ben Ashaari tanya kau berani kritik blog aku tak. Baru sekarang berkesempatan nak balas kritikan dan kunjungan. Terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi memberi kritikan dan komen. Antara komen yang aku terima:
better tukar font kat tajuk entri sebab susah nak baca
 wiget follower letak di sidebar
kemaskan sidebar
lebarkan sikit ukuran blog
besarkan ruang entri
Terima kasih..terima kasih.. So, dengan gigihnya aku dah tukar template semalam. Daripada tema pink dah jadi hitam putih. Aku guna template yang readymade sebab tak reti nak design sendiri. Harap-harapnya dapat memenuhi segala teguran di atas. Kalau ada yang terkurang lagi, jangan segan-segan tinggalkan komen ya. 

Wednesday, March 7, 2012

etc

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Bila balik rumah petang-petang memang rasa macam ni. Otak tu blur saje. Sebab banyak sangat 'kerja' yang tidak sepatutnya ditolak kepada kami. Nasib jadi cikgu yang takde status apa-apa ni. So, sebagai orang bawahan, terima saje tugasan tu. Dan dalam hati anggap ia sebagai persediaan untuk masa hadapan.


memang dah etc. tak boleh nak fikir.