Hoho...setelah sekian lama bertapa di bumi KHAR, akhirnya semalam aku keluar juga bersama-sama dgn
"aida and the geng" dan x lupa jua dgn
"hyda--fiza"..ahaks.
Seawal jam 2.oo ptg kami (hyda-na-fiza) sudah siap sedia menunggu bas di bustop Khar, menunggu aida serta kuncu2 nya bersiap. Namun akhirnya kami terpaksa menunggu mereka di bustop kampus shj.
Dan seterusnya lebih kurang jam 3.00 kami telahpun sampai di pekan tg malim...hoho..terasa lain dgn suasana di sana disebabkan pasar malam telah berubah kedudukannya. Maka kami terus straight ke destinasi yang ingin dituju iaitu KFC...dan hujan menemani perjalanan kami ke sana.
Da sampai sana, apa lagi beratur la jawabnya...agak ramai jugak org kt sane...sume pakat2 nak makan kfc.. Kitorang guna vaucer kfc TM, so ada la satu makanan tu cheezy chikaroni. Aa citer, adk dia panggil menda tu makanan bulat-bulat macam terowong...Tergelak aku. Budak-budak kan...ada je idea dorang. =)
So, mase yg ditunggu-tunggu telah tiba.
.semua nampak x sabar dah nk makan tu.
.faten pon ade sekali.
.muka2 ceria...da kenyang la katakan.
.hoho..gambar ini dayah yg candid.
Setelah selesai menikmati hidangan...kami meneruskan misi mencari hadiah utk majlis hari raya pada hari esok. Kami ke Cahaya Gifts dan seterusnya ke kedai cenderamata yang lain (x tw nama kedai tu). Dan rupa-rupanya bukan kami sahaja yg ke situ kerana kami telah terserempak dgn azie dan mas. Kantoi!. Ahaks.
.faten, da jumpa lom tudung yg dicari2?.
Seronok sgt berjalan sampai x sedar da petang. Maka cerita akan bersambung dgn jamuan raya di KHAR.
Kesimpulan: Aku sangat gembira dan semua orang berwajah ceria =) Terima kasih kawan-kawan!