Monday, October 26, 2009

Cerita zirafah

Bangun je pagi ni terus teringat report belum siap. So, kena la siapkan! Adoi! Maka dari jam 9 pg, aku pun mula menaip ape yang patut utk menyiapkan bahagian aku ini. Sehingga jam 12, Dayah message aku tny xnak mkn ke? Uish. Mestila nak... Lapar... Tapi nak termuntah pon ader jgk. Pening. Berpinar dah mata. So, jam 1230 kitorang keluar. Pergi mkn kt kedai kaler kuning. Mase tgh makan tu, ade citer Teksi Tunai. Layan je la... Tapi kan, ader la jgk beberapa soalan yg ditanya tu yang aku baru terfikir bila dia tanya. Contohnya lidah zirafah warna ape? Ha, sape tahu? Sesungguhnya baru tadi aku tahu bahawa lidah zirafah berwarna biru! Kenapa lidah zirafah berwarna biru? Melalui pembacaan di internet, zirafah ni suka makan daun-daun dari pokok acacia yang tinggi. Pokok-pokok ini kebiasaannya mempunyai duri yang panjang untuk menghalang binatang-binatang daripada memakan daun mereka. Tetapi tidak bagi zirafah. Malah zirafah ini menjadikan daun pokok ini sbg favourite food mereka. Ok, kembali kepada lidah zirafah. Lidah zirafah berwarna biru kehitaman untuk mengelakkan daripada lidahnya mengalami 'sunburn' semasa cuba untuk makan daun-daun tersebut. Zirafah juga mempunyai air liur yang pekat dan agak melekit untuk menyelaputi duri-duri yang berkemungkinan ada pada daun pokok tersebut. Maha suci Allah, begitu hebat sekali penciptaan Tuhan ini. Maka setakat itu sahajalah yang dapat aku kongsikan tentang cerita zirafah ini. Ingin mengetahui banyak lagi tentang zirafah? Klik di sini.

No comments: