Thursday, November 19, 2009

Detik-detik mengambil keputusan UPSR

Hari ini keputusan UPSR diumumkan. Teringat pula sembilan tahun lalu detik-detik mengambil keputusan UPSR. Macam tak percaya jer rasa. Hari ini, giliran adikku yang bongsu pula mengambilnya. Cepat sungguh masa berlalu...Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat semua A, namun kejayaan itu amat bermakna buat kami semua walaupun pada hakikatnya adikku itu menangis kerana tidak berjaya mencapai targetnya-->5A. Biasalah dalam menimba ilmu, ada pahit manisnya..Yang penting ilmu itu mampu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai bekalan di hari muka nanti...Insyaallah...

2 comments:

PUAN PIA said...

Tahniah kt adek ara..

Kata kt adek, kak pia dl dpt 2A je UPSR.. skrg dh nak jadi cikgu dh..

Wardah alisya said...

Terima kasih...
Kak Pia, ok la tu...yang penting, setiap usaha itu insyaallah akan membuahkan kejayaan...tak gitu?