Aku terpanggil untuk menulis entry ini, kerana seseorang sedang bersedih sekarang ini. Walaupun si dia tidak menunjukkannye dihadapan aku...tetapi aku tahu bahawa hakikatnya dia sedang bersedih...kerana aku pernah merasainya suatu ketika dahulu. Aku tidak tahu bagaimana untuk memujuknya kerana aku tahu ia hanya akan melukakan hatinya. Namun aku ingin dia tahu bahawa aku sangat mengambil berat tentang dirinya...
Dan aku tahu bahawa rasa sedih itu amat sakit baginya. Hanya orang yang pernah mengalaminya tahu bagaimana perasaan itu...
Sungguh diri ini tidak sedar bila masa mata ini tiba-tiba basah beranak air mata,
sungguh diri ini tidak sedar sejak bila meminati lagu-lagu sedih,
sungguh diri ini tidak sedar berat badan susut mendadak,
sungguh diri ini tidak sedar menjadi seorang yang pendiam, asyik termenung,
sungguh diri ini tidak sedar menjadi seorang yang sangat sensitif...
Walaupun luarannya nampak seperti tiada apa-apa, di dalam hati siapa yang tahu. Hanya Dia...
Aku ingin membantu mengurangkan kesedihanmu itu...walaupun hanya menjadi pendengar...
Ingatlah, bahawa apa yang telah berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya dan Dia tetap ada bersama kita. Kembalilah kepada Dia, kerana mengalir air mata darah sekalipun, tetap tidak dapat mengembalikan masa silam itu. Apa yang perlu dilakukan ialah keluar daripada kesedihan itu. Kuatkan semangat walaupun memerlukan masa...Mungkin kita bukan yang terbaik untuk dia dan mungkin dia jua bukan yang terbaik buat kita. Insya Allah, akan ada yang lebih baik untuk kita...
Ketahuilah bahawa
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah, 216)
Apa yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan itu:
- Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa
- Banyakkan berdoa- Muhasabah diri tentang apa yang pernah dilakukan
- Menangislah...kerana air mata itu mampu mengurangkan bebanmu- Berkongsilah dengan kawan-kawan yang terdekat
- Dengar lagu-lagu yang happy @ tonton cerita lucu
- Sibukkan diri dengan kerja/assignment
- Jangan tengok hanphone
- Tidur
- Makan sepuasnya...tapi kalau xde selera pon, kena makan jugak walaupun sedikit
- Fikirlah betapa banyak masa dan kredit telah dihabiskan dengan sia-sia
- Buang jauh-jauh kenangan bersamanya
- Sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
- Buat perkara yang paling disukai
- Ketawa
- Berfikiran positif (bukan dia seorang sahaja di dunia ini)
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan ni. Yang penting mindset tu. Kalau fikir sedih, sedih lah dia. Kalau fikir gembira, gembiralah. Antara nak dengan tak nak je... Semoga akan hilanglah kesedihan itu dari dirimu, dan akan datang sinar kebahagiaan buatmu. Akhir sekali..."Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepada Nya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu"
"Sayangi diri anda, kerana dirimu begitu berharga!" =)
4 comments:
farah..i like your words..keep it up..hee
thanks mas.ni yg buat lg smgt nh =)
i'm too,,,in a sad moment now
but not because of people but because of my laptop...huhu
sabar yea cik lebah...laptop rosak masih boleh dibaiki...tp hati terluka. apa ubatnya?
Post a Comment