kadang-kadang aku rasa aku kotor
hati kotor
mata kotor
mulut busuk
entah berapa lama lagi masa yang ada
sebelum aku tutup mata
sempatkah untuk aku cuci segala kekotoran yang sudah tercalit
kadang-kadang aku rasa benci
dengan diri sendiri
hati tidak sehaluan dengan otak
masing-masing berlawan
dan akhirnya aku akur
bodohnya aku
kerana membiarkan mereka dikotori
lalu rasa bersalah itu datang
menjerut rasa
dan ia kekal
**rasa bersalah
-agha, jb-
2 comments:
Sayang..
Kalau bukan kita sayang diri kita
Siapa lagi..
InshaAllah masih ada kesempatan kita :)
Allah..muhasabah sebentar di sini..
Hijrah tidak terputus selagi taubat tidak terputus.^_^
Post a Comment