Thursday, February 10, 2011

Cabaran guru pelatih

Salam 1 Malaysia, 1 blogger.


8 hari tak update blog! Rindu giler WA...tapi apa boleh buat, WA dah start praktikum di sebuah sekolah di atas bukit. Ni pun curi-curi update sebab dah habis waktu sekolah. Nasib baik lah, kat sekolah ni ada wireless. Sudah 4 hari WA melaporkan diri sebagai guru pelatih. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah tapi segalanya selesai. Setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. 4 hari di sekolah melayan kerenah pelajar. Baru sekarang aku merasa betapa mencabarnya menjadi seorang guru. Waktu untuk aku mengajar semuanya ada 13 waktu. 9 waktu bagi subjek major dan 4 waktu minor. Tapi yang minor tu agak tersasar sedikitlah daripada opsyen aku. Nak tahu apa? PJ...Pendidikan Jasmani...Tapi okaylah, seronok jugak. Pagi-pagi dah berpeluh.

Suara aku dah semakin mantap. Daripada ayu-ayu gitu tiba-tiba dah jadi macam rockers. Tips daripada cikgu-cikgu lama, masuk kelas jangan senyum. Garang-garang sikit. Tapi tips yang aku praktikkan tu tak menjadi untuk kelas yang tersangat hiperaktif. Nasib aku lah dapat kelas macam tu. Daripada nak marah boleh tergelak aku dibuatnya. Well, minggu pertama kat sini, aku dah masuk kelas dan mengajar. Semput jugak la. Memang terlalu banyak benda yang perlu aku belajar lagi, yang perlu aku mantapkan lagi terutamanya pengawalan kelas. Agaknya muka aku ni tak cukup garang tak budak-budak tu tak dengar cakap aku. Mana taknya, disuruh keluarkan buku, macam-macam alasan yang diberi. Tu belum lagi mengacau kawan-kawan, yang buat tak tahu...Alahai..sabar je lah. Nak marah sangat pun, budak-budak lagi. Nak di rotan karang, tak pasal-pasal aku masuk paper. Haha, popular sekejap. Apa-apapun, aku memang tabik spring lah pada cikgu-cikgu cemerlang dan yang ada aura tersendiri tu. Lalu jer budak dah senyap. Bukan apa, jadi cikgu zaman sekarang ni, bukan setakat mengajar sahaja. Banyak lagi woo...hanya cikgu saja yang tahu betapa banyaknya kerja cikgu-cikgu sekarang. Tak gitu??

7 comments:

intankuterpilih said...

lepas ni kene panggil teacher farah la.. hehehe... tak dpt akak bygkan farah jadi cikgu... mesti anak murid suka sbb cikgunya ni sweet jer...

anizsDANbintang... said...

seronoknye dpt jadi cikgu.
kongsi ilmu dgn ramai org =)

Anonymous said...

selamat malam cikgu! hehehe

semoga bergembira disamping anak murid tersayang :)

Liza @ Adzriel AB said...

tag special utkmu

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/contest-sempena-3-series-ayurashidah.html

Liza @ Adzriel AB said...

wardah bz ye..

Liza @ Adzriel AB said...

konfius nak panggil alisya atau wardah? masih sekolah atau mengajar? tak pe la... tag tu pun suka2 je.

TAYAR PANCIT said...

hai awak :) saye da follow awak :) follo me back @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/2011-fia-formula-one-world-championship.html