Tuesday, May 8, 2012

Iron lady

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Kadang-kadang aku suka perasan yang aku ni iron lady. Sebab, time senggugut nak guling-guling pun masih boleh lagi drive balik rumah. Memang perasan kan? Bila macam tu aku selalu terbayangkan perasaan seorang isteri yang dah sakit nak beranak drive sorang-sorang pergi hospital. *Pengaruh novel punya pasal la ni*

But then, bila fikir balik...seorang ibu itulah iron lady yang sebenar. Aku yang baru bekerja ni pun dah terlepak dah bila balik rumah. Tak sempat dah nak peduli hal keliling. Tapi seorang ibu tidak... Dengan suami kerja jauh.. (weekend husband)..Seorang ibu, bangun awal pagi nak masakkan makan tengah hari untuk anaknya yang akan lapar bila balik sekolah nanti... Kemudian sebelum pergi kerja, sempat lagi sidai kain... Balik kerja pulak, sambung lagi buat kerja rumah..melipat kain, menyapu sampah dan pastikan anak-anak dan rumah dalam keadaan selamat. Dan rutin itu berulang setiap hari.

Pernah aku terfikir, bolehkah aku menjadi sekental ibu? Menjadi segagah ibu? Menjadi sepenyayang ibu?
Dan aku rasa aku tahu kenapa ibu boleh...
Sebab, dalam diri ibu ada satu rasa tanggungjawab untuk keluarganya..Sama juga contoh seorang doktor yang akan mengulurkan bantuan bila berlaku hal-hal kecemasan di luar hospital walaupun dia sebenarnya sedang bersantai atau bercuti. Dan seharusnya tanggungjawab aku sebagai anak pula untuk tidak membebankan ibu...membantu ibu mana yang boleh dibantu...dan pembelajaran ini akan mengambil masa untuk menjadi sebati dengan diri.. tidak semudah 1+1=2.

Aku harap aku juga mampu menjadi iron lady seperti ibu.

p/s: Maaf atas penggunaan bahasa rojak dalam entri...

2 comments:

maszull said...

assalamualaikum wardah...ibu kita mmg adalah seorang yg gagah sbb boleh menjaga kita n adik beradik hingga dewasa....moga kita dpt menjadi seperti ibu kita..:)

Alisya said...

@maszull waalaikumussalam...betul tu mama..wardah pun berdoa moga wardah sekuat ibu..